Advertorial
Home » Koleksi Artikel (page 5)

Category Archives: Koleksi Artikel

Anak Selalu Mengalami Pembengkakan Tonsil

ANAK SELALU MENGALAMI PEMBENGKAKAN TONSIL   Terima kasih kerana membaca email saya,di sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan. Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap demam, batuk dan selsema  sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami “febrile fits”, dan berulang pada usia 2 tahun 3 bulan. Apa y merisaukan saya, tiap kali demam, doctor akan memberikan ubat antibiotic kerana jangkitan kuman pada tonsil, dan boleh dikatakan 2 bulan sekali diberikan antibiotics. Saya risau akan ada kesan sampingan jika ubat tersebut diambil dgn kerap. Sehingga kini, tonsil anak saya bengkak wlupun tidak demam. Dari segi makan dan minum, tiada masalah. Cuma ketika tidur saja berdengkur. Pada pandangan doctor, perlukah pembedahan buang ... Read More »

Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar pada permulaan itu adalah darah wiladah, sementara darah yang berterusan sepanjang 60 hari (mengikut mazhab syafie) itu darah nifas.   Ada ulamak yang kata perlu mandi wiladah, dan mandi nifas. ... Read More »

Bayi berak dalam rahem

BAYI BERAK DALAM RAHEM   Ramai yang bertanya tentang masalah bayi mereka dikatakan berak dalam rahem.   Dalam kes-kes yang biasa, air ketuban (cecair amniotik) yang berada di dalam rahem, akan ditelan dan masuk ke dalam paru-paru. ia tidak berbahaya kepada bayi dalam rahem, kerana ia bersifat sterile (bersih dari kuman).   Meconium ialah najis awal (tahi) yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir tidak lama selepas kelahiran. Kebiasaannya ia keluar dari badan sebelum bayi tersebut mula mencerna susu ibu (atau susu formula) yang diberikan sebaik saja atau beberapa jam selepas dilahirkan.   Dalam beberapa kes, ada bayi yang mengeluarkan meconium ketika masih di dalam rahem. Ini akan berlaku apabila bayi adalah “di bawah tekanan” kerana bekalan darah dan oksigen berkurangan. Ia selalunya disebabkan oleh masalah dengan plasenta (uri).   Jadi ... Read More »

Berapa banyak penambahan berat badan ketika hamil?

BERAPA BANYAK BERAT BERTAMBAH SEMASA HAMIL?   Ada beberapa ibu hamil yang risau dengan penambahan berat badan yang agak perlahan. Hal ini telah ditegur oleh jururawat/bidan terlatih yang bertugas. Penambahan berat badan ini sangat penting kerana ia menunjukkan bayi dalam rahem sedang membesar dengan baik. Agak sukar saya memberikan komen kepada hal ini, kerana ia bergantung kepada ketinggian, bentuk tubuh dan berat sebelum hamil. Namun pada amnya di akhir kehamilan, penambahan berat badan sebanyak kira-kira 12.5kg (27,6 lb) berbanding sebelum hamil. Daripada penambahan berat ini, satu pertiga datangnya dari berat bayi, uri dan cecair ketuban. Sebagai contoh, penambahan berat badan disebabkan oleh: 1. Berat bayi kira-kira 3.3kg 2. Uri kira-kira 0.7 kg 3. Cecair ketuban 0.8 kg   Dua pertiga daripada penambahan berat badan ini adalah disebabkan oleh : 1. ... Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP     “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi mendiagnosa pesakit diabetes. Ia bukan pemeriksaan saringan.     Jadi saya puan hanya disyaki mengalami diabetes mellitus saja.     Pemeriksaan gula dalam darah dilakukan kepada ... Read More »

Rahem ke dalam, adakah sukar hamil?

RAHEM KE DALAM, ADAKAH SUKAR HAMIL?   “Salam .dan salam syawal Dr. Harap Dr menjawab persoalan saya. Semasa bulan puasa. Period saya berlarutan sehingga 15hari. Kemudian saya pergi hospital pakar puan. Doktor melakukan pemeriksaan scan dan tiada apa kelihatan yang tidak normal termasuk rahim, cuma kata “rahim berada dalam keadaan ke dalam” katanya. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut sebab pada masa itu saya agak keliru. Sekarang baru saya khuwatir .Adakah bahaya jika rahim ke dalam dan tidak kelihatan. Adakah sukar untuk hamil? Mohon penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA.   Puan mengalami dua kemusykilan, pertama posisi rahem puan yang dikatakan “ke dalam” setelah doktor melakukan pemeriksaan ultrasound. Saya percaya rahem puan berada dalam posisi “retroflexed” di mana posisi fundal rahem membongkok menghadap tulang belakang. ... Read More »

Anak demam melebihi 10 hari

ANAK DEMAM “ON AND OFF” BATUK DAN BERKAHAK MELEBIHI 10 HARI   “Assalammualaikum doktor. Anak saya mula batuk pada 8hb Feb kemudian pada 10hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan. Doktor yang bertugas memberikan ubat antibiotik amoxycilin dgn ubat batuk bromehexine. Lepas habis ubat antibiotic, anak saya masih tidak sembuh.   Pada 13hb Feb saya pergi klinik swasta dan doctor tidak berikan antibiotik, Cuma memberikan ubat salbutamol dan prednisolone, namun anak saya masih tidak sembuh juga.   Pada 24hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan semula. Doktor memberikan nebulizer dan melakukan pemeriksaan x-ray. Doktor memberitahu ada kuman dalam paru-paru dan kahaknya terlampau banyak. Doktor memberikan ubat ubat antibiotik EES, dan salbutamol.   Hari ini anak saya mengalami demam panas yang tinggi (39°C), berkahak kuning meleleh keluar ... Read More »

Pendarahan selepas keguguran

PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN   Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya: 1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami. 2)adakah pendarahan ringan itu masih dikira hadas nifas?kerana masih dalam tempoh 60 hari. 3)apakah yang perlu saya lakukan? Saya berharap mendapat jawapan bagi persoalan saya ini.terima kasih.     WA ALAIKUM MUS SALAM   ... Read More »

Suntik Rubella secara tidak sedar telah hamil dan anak dikatakan akan cacat

SUNTIK RUBELLA SECARA TIDAK SEDAR TELAH HAMIL DAN ANAK DIKATAKAN AKAN CACAT    “Assalamualaikum. Saya nak ucapkan terima kasih pada doktor.. kerana dgn penulisan dan penerangan doktor dlm blog dan juga di fb byk membantu sy.. terutama semasa sy mengandungkan anak sy yg ke 2 yg mana nurse desa memberi sy suntikan rubella yg ketika tu sy tak sedar sy sedang hamil 4 minggu.. bila sy tahu dan sy rujuk semula pada klinik desa berkenaan semua kata2 negetif dr diorg.. dia ckp anak sy akak cacat dan soh sy pergi mana2 klinik swasta utk cuci.. tp sy tak sanggup sbb bg sy anak yg sy kandung tu tak de dosa.. sy down sgt.. satu hari sy google dan terjumpa blog doktor.. jawapan doktor buat sy yakin dan positif.. dan dpt ... Read More »

Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan

ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN   “Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang bulan.Dia telah membuat pemeriksaan UPT sebanyak 4 kali (3 kali buat di rumah, dan sekali dibuat di klinik swasta). Agak menyedihkan, keempat-empat ujian tersebut adalah negative. Saya telah membuat appointment lain dengan klinik tersebut untuk membuat scanning pada isteri saya. Di sini ada beberapa soalan ya Dr.: 1. Jika scanning itu tidak menunjukkan tanda-tanda kehadiran janin/baby, apa yang mesti saya lakukan seterusnya? 2. Perlu atau tidak isteri saya mengambil ubat atau supplement untuk membetulkan kembali kitaran haidnya? Doktor di ... Read More »

Sedikit pendarahan pada 8 minggu kehamilan

 PENDARAHAN PADA MINGGU KE LAPAN KEHAMILAN   “salam doc.. sori ,meganggu. ada 1 soalan kecemasan ni. sy pregnant 2 1/2 bulan. ms kandungan 8 minggu ada sedikit bleeding & warded lps tu ok. skg keluar pulak lendir coklat yg terlalut pekat. coklat kehitaman. blh tlg jelaskan tak apa yg berlaku? Tq”   WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa, terutamanya dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, kadang kala ia tidak membahayakan bayi dalam rahem. Pendarahan ini akan berhenti dalam masa dua atau tiga hari. Punca pendarahan seperti ini disebabkan oleh: Pendarahan implantasi, yang mungkin berlaku apabila ovum yang disenyawakan ditanam di lapisan endometrium pada dinding rahem. Terdapat luka (erosion) pada permukaan pangkal rahem. Pendarahan akibat jangkitan faraj atau pangkal; rahem atau ketumbuhan seperti polyps. Ianya berlaku ... Read More »

Keguguran akibat makan ikan pari

KEGUGURAN AKIBAT MAKAN IKAN PARI   “Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa.  Sy baru mengalami keguguran pd usia kandungan 3 bulan..dan sy ingin bertanya adakah memakan ikan pari sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana sy ada mkn ikan pari sewaktu hamil dan selepas beberapa hari ada bleeding. Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab persoalan sy ini”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang puan alami. Semoga ALLAH  mnggantikan kehilangan yang puan alami dengan sesuatu yang lebih baik.   Puan mengalami keguguran pada usia kehamilan 3 bulan iaitu lebih kurang 12 minggu. Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan. Saya punca ia bukan berpunca dari makan ikan pari.   Punca utama keguguran ialah apabila janin terbentuk dari pencantuman benih yang kurang berkualiti akibat terdapat masalah dalam ... Read More »

Selamatkah ubat untuk anak anda?

 SELAMATKAH UBAT UNTUK ANAK ANDA?   Dalam merawat kanak-kanak, penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa. Ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka.   Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.   Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan.   Cara pengambilan ubat juga penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat rawatan optimum. Ibu bapa atau penjaga perlu mengikut arahan doktor dan ahli farmasi ... Read More »

Rahem jatuh

RAHEM JATUH   “Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament.  Jika ini otot atau ligamen menjadi lemah dan tidak lagi dapat menyokong rahem, ia menyebabkan “rahem jatuh” . Dalambahasa perubatan ia dinamakan uterine prolapse. Ia berlaku apabila rahim tidak lagi berada pada kedudukan yang normal ... Read More »

Susu formula tidak serasi menyebabkan sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT     “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.   Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.   Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin untuk mendapatkan sembelit. Susu ibu menghasilkan najis yang sentiasa lembut, walaupun bayi yang telah tidak dilakukan membuang air besar untuk ... Read More »

Susu formula tidak serasi menyebabkan sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT     “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.   Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.   Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin untuk mendapatkan sembelit. Susu ibu menghasilkan najis yang sentiasa lembut, walaupun bayi yang telah tidak dilakukan membuang air besar untuk ... Read More »

Vaksin untuk URTI?

VAKSIN UNTUK URTI?   “Salam dr. Vaksin pneumococcal utk kanak2 bole ambil dr umur brape ye? Ada vaksin lain x yg bagus utk elakkn ank slalu dapat URTI? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Vaksin pneumococcal ada dua jenis.   1. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV13)  adalah disyorkan untuk semua kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, semua wargatua berumur 65 tahun atau kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur  6 tahun ke atas dan mempunyai faktor-faktor risiko tertentu.     2, Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPSV23)  adalah disyorkan untuk wargatua berusia 65 tahun ke atas, Tetapi boleh juga diberikan pada kanak-kanak yang berusia  2 tahun ke atas jika mempunyai  berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit pneumoccocus.   Untuk makluman puan ia bukanlah rawatan untuk mengelakkan URTI.   Bagi kanak-kanak yang selalu ... Read More »

Ibu mempunyai fibroid. Perlukah pembedahan?

IBU MEMPUNYAI FIBROID. PERLUKAN PEMBEDAHAN?     “Salam sejahtera doktor zubaidi. Maaf menggangu, Saya ingin bertanyakan soalan. Macam ni..emak sy setelah di scan oleh doktor didapati terdapat fibroid yang sudah membesar  di dalam rahimnya, Mohon pencerahan.  Terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekian.”     SALAM SEJAHTERA.   Ia bergantung kepada umur ibu puan dan saiz fibroid dalam rahem.   Jika saiz fibroid terlalu besar sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid, atau mengganggu rutin seharian yang lain, mungkin akan mencadangkan pembuangan rahem, kerana secara biologinya fungsi rahem sudah tidak digunakan lagi (kerana fungsi rahem adalah untuk hamil). Ia lebih bermanfaat.     Tetapi jika saiz fibroid itu sederhana, tidak menyebabkan pendarahan dan ibu puan telah memasuki fasa menopause, saya rasa tidak perlu pembedahan.   Selalunya fibroid akan mengecil apabila masuk ... Read More »

Hamil dan mengalami sedikit pendarahan

HAMIL DAN MENGALAMI SEDIKIT PENDARAHAN      “Assalamualaikum doktor. Maaf mengganggu sekarang ni saya sedang hamil anak ke 4 usia kehamilan 32minggu. Saya mahu bertanya doktor dalam 2 hari kebelakangan ini saya mengalami darah coklat cair yang keluar dari faraj. Apakah puncanya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jika pendarahan yang sedikit tanpa rasa ada rasa sakit perut di bahagian bawah pusat (tanda kontraksi mahu lahirkan anak) dan pergerakan bayi dalam rahem seperti biasa, ia tidak perlu dirisaukan.   Biasanya berlakunya “engorgement “(pengembangan salur darah) sekitar faraj menyebabkan sedikit darah keluar dari saluran darah. Ini kerana bayi yang bersaiz semakin besar dan menjadi berat menekan saluran di darah di kawasan itu.   Saya mencadangkan puan buat pemeruksaan doktor jika pendarahan itu melebihi seminggu kerana pendarahan seperti ... Read More »

Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan

HAMIL BERSAMA FIBROID DAN MENGALAMI PENDARAHAN       “Salam doktor, saya berumur 26thn dan sudah genap setahun kahwin . Sekarang  asay sedang hamil anak pertama berusia 14 minggu. Masalah saya sekarang adalah saya ada fibroid berukuran 13x11cm yang berada dalam rahem bahagian atas. Baru-baru ini, saya  ada mengalami pendarahan yang berwarna coklat. Saya sudah pergi buat pemeriksaan di hospital. Doktor telah melakukan scan, dan mendapati bayi saya  dalam rahem alhamdulillah sihat dan degupan jantung juga baik. Tetapi  saya risau kenapa masih ada pendarahan untuk beberapa hari sampai sekarang, tambah lagi kalau saya bergerak lebih sikit. Mujur sekarang saya adalah suri rumah, jadi saya  kena bed rest je sepanjang masa. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan mempunyai saiz fibroid yang agak besar, dan malangnya dikesan ... Read More »

Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari

DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI.     “Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan.       WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan perancang keluarga yang  diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion itu telah menyebabkan puan mengalami pendarah haid yang panjang dan kauntitinya hanya sedikit.   Untuk menjawab soalan puan, sama ada puan kita harus memahami fiqh perubatan. ... Read More »

Hamil lima minggu dan keluar darah warna coklat

HAMIL LIMA MINGGU DAN KELUAR DARAH WARNA COKLAT     “Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi  ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran.     Puan mengalami pendarahan berwarna coklat.  Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah pendarahan yang serius apabila berlaku ketika hamil kerana meninggikan risiko untuk keguguran.     Pendarahan ketika di awal kehamilan boleh ... Read More »

Kehamilan dan ubat jerawat

KEHAMILAN DAN UBAT JERAWAT   “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Saya telah hamil  9 minggu dan mengalami jerawat di muka. Boleh ke saya pakai ubat jerawat kat muka ? Ubat jerawat tersebut saya beli di klinik pakar kulit. Bahaya tak untuk kandungan? Terima kaseh.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jerawat yang berlaku semasa hamil bukanlah sesuatu yang luar biasa, ia hanya disebabkan oleh tahap hormon puan yang tinggi. Bagi mereka yang hamil, perlu lebih berhati-hati menggunakan ubat merawat jerawat.   Antara ubat jerawat yang harus dielakkan adalah:   Kream Accutane: mengandungi bahan isotretinoin. Kream Retinoid: mengandungi bahan adapalene, tazarotene dan tretinoin. Ubat pil antibiotic tetracyclines  seperti doxycycline, minocycline, tetracycline. Kream yang mengandungi asid salisilik (salicylic acid) Produk yang mengandungi asid alpha-hydroxy, tidak digalakkan kerana kesan mudaratnya masih belum diketahui. ... Read More »

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

HUKUM MINYAK IKAN YANG DIPROSES TANPA DIBUANG PERUT DA NAJISNYA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya ... Read More »

Hukum Menggugurkan Bayi dalam Rahem

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN   “Salam doktor, apa hukum menggugurkan bayi dalam rahem?” WA ALAIKUM MUS SALAM Berdasarkan analisa kepada 3 fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, panduan bagi menjelaskan hukum menggugurkan janin adalah merujuk kepada penjelasan berikut, tanpa membezakan antara satu kes dengan kes yang lain: Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat, iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari 1 hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ialah peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhgah yang berumur di antara 40 hari hingga 120 hari. Peringkat ketiga pula ialah peringkat selepas berumur 120 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya.   Menurut para doktor, peringkat sebelum berbentuk ialah peringkat dari hari pertama hingga 40 hari seseorang itu mengandung. Majoriti ... Read More »

Cara Pengiraan Haid

CARA PENGIRAAN HAID “Saya ada menonton rancangan di tv oleh seorang ustaz mengenai cara pengiraan haid. Apa yg disampaikan betul-betul perkara baru bagi saya. Jadi saya makin keliru tentang pengiraan haid yang sebenar. Beliau ada beritahu wanita kena kira kitaran haid mengikut kalendar Islam bukan masihi. Beliau ada bagi contoh. misalnya kebiasaan wanita datang haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan datang haid pada 5 Ramadhan juga tetapi tidak datang pada 5 tetapi pada 7 misalnya, jadi 7 Ramdhan itu kena kira sebagai hari ke-3 datang haid bukan hari pertama. Tapi 2 hari yang suci itu boleh solat macam biasa. Boleh bantu saya memahami perkara ini.”   PENJELASAN:   Berdasarkan analisa kepada penjelasan ulama berkaitan kaedah pengiraan haid, para ulama hanya merujuk kepada bilangan hari dan mengikut kebiasaan seseorang ... Read More »

Baru Gugur Mahu Hamil Lagi

BARU GUGUR MAHU HAMIL LAGI   “Assalamualaikum. Maaf mengganggu doktor. Sekadar ingin bertanya. Saya baru keguguran pada awal tahun ini. Saya ingin bertanya bilakah waktu subur sesorg itu dan bilakah waktu sesuai untuk saya ‘bersama’ dengan suami. Haid saya tidak teratur. Saya baru dating haid pada 1hb mei baru-baru ini. Maaf kalau soalan saya terlalu peribadi kerana saya dan suami inginkan zuriat. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah kepada puan. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.   Ramai doktor menasihatkan wanita yang keguguran agar menunggu sehingga kedatangan haid sekurang-kurangnya sekali selepas keguguran, sebelum mencuba untuk hamil sekali lagi.   Semakin lama puan menunggu, ia makin tinggi peluang puan untuk hamil kerana hormone puan akan berada dalam keseimbangan, ... Read More »

Strawberi menyebabkan keguguran?

STRAWBERRY MENYEBABKAN KEGUGURAN? “Assalam mu alaikum dr. Saya ada satu soalan.Saya sedang hamil 6 bulan dan saya sangat gemar memakan buah strawberi. Ada rakan yang memberitahu bahawa strawberi adalah buah yang tajam dan membahayakan kehamilan. Soalan saya, adakah jika makan strawberi terlalu kerap boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Strawberi merupakan buahan bukan tropika yang sangat banyak khasiat. Beberapa kajian telah menunjukkan pengambilan strawberi dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular kerana bahawa fitokimia yang terdapat dalam strawberi mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser. (rujuk: Giampieri F, The potential impact of strawberry on human health. Natural product research 27 (4-5): 448–55.)   Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan strawberi dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar kolesterol LDL, dan mengurangkan gula dalam darah.   (rujuk: Basu ... Read More »

Anak 6 Bulan Alami Ruam Selepas Demam

ANAK 6 BULAN ALAMI RUAM SELEPAS DEMAM     “Salam doktor,  anak saya berusia 6 bulan. Tiga hari lepas dia kena demam panas. Setelah demamnya surut timbul pula bintik-bintik  merah pada seluruh tubuh hingga kepala sehingga menyebabkan dia rasa tidak selesa. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jika anak puan baru mengalami demam dan kini mempunyai ruam, boleh jadi anak puan mengalami masalah yang dinamakan sebagai roseola, juga dikenali sebagai roseola infantum atau sixth disease.   Roseola adalah penyakit virus yang agak ringan dan biasa yang biasanya menyerang kanak-kanak berumur antara 6 bulan dan 3 tahun. Ia disebabkan oleh sejenis virus herpes.   Ia bermula dengan demam yang agak tinggi secara tiba-tiba, berlangsung selama tiga hingga lima hari dan diikuti dengan ruam. Ruam ini tidak gatal ... Read More »

Luka Pembedahan Lambat Baik

LUKA PEMBEDAHAN YANG LAMBAT SEMBUH   “Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan DR. Saya telah menjalani pembedahan pada 17/4/2015 akibat saluran tiub kiri ovari pecah disebabkan kandungan luar rahim yang berusia 7minggu dan telah berlaku pendarahan didalam perut. Selepas menjalani pembedahan buang tiub ovari kiri doktor telah mengesahkan masih terdapat fibroid kecil dirahim saya. Selepas 14 hari pembedahan, luka pada pembedahan masih tidak sembuh,  kulit kering tetapi di hujung kiri dan kanan masih terasa pedih dan panas, serta lukanya bernanah(tetapi tidak banyak). Saya juga mengalami batuk dari sebelum pembedahan sehingga sekarang masih tidak pulih. Setiap kali batuk, luka pada kawasan pembedahan akan terasa sakit dan pedih. Kadang2 akan terasa berdenyut di kawasan ovari sebelah kiri dan kanan. Adakah fibroid yg masih ada dirahim saya membahayakan dan bagaimana utk menghilangkan fibroid selain drpd ... Read More »

habatus sauda menyebabkan keguguran?

HABATUS SAUDA  BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN?     “Assalammualaikum doktor. Saya ada satu soalan,saya ada terbaca satu artikel berkenaan habatussauda.Dalam artikel tersebut ada menyatakan wanita mengandung dan merancang untuk mengandung tidak digalakkan untuk mengambil habatusauda kerana ia boleh menyebabkan rahim mengecut.Adakah benar kenyataan tersebut sebab saya ada mengambil habatusauda untuk mengurangkan alahan saya.Dalam masa yang sama,saya merancang untuk mengandung anak kedua.Saya harap doktor dalam memberi jawapan dari soalan ini. Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, pengambilan suplemen habatus sauda boleh menyebabkan keguguran bagi wanita yang mempunyai rahem yang sensitif, sebagai contohnya wanita yang sering keguguran atau mengalami senggugut yang kuat, kerana dalam beberpa kajian habatus sauda boleh menyebabkan rahem mengecut.   Jika pengecutan ini berlaku ketika hamil, maka dibimbangi boleh menyebabkan keguguran.   Walau pun begitu, pengambilan habatus sauda ... Read More »

Adakah ia normal untuk payudara mengeluarkan susu semasa hamil ?

SUSU KELUAR DARI PAYUDARA KETIKA HAMIL   “Assalamualaikum doctor.. saya sekarg tgh hamil 32 mggu.. pg td tiba2 sy bangun, payudar saya terasa sakit seperti bgkak susu.. dan ptg ni sy cuba untuk marmet dan keluar cecair pekat berwarna putih kehijauan. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Puan tidak perlu bimbang dengan cecair yang keluar dari payudara puan kerana ia adalah susu awal (kolustrum). Ia lebih pekat dan berkrim, mula dikeluarkan beberapa minggu sebelum masa puan melahirkan anak.   Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya payudara wanita hamil akan mula membengkak sebagai persediaan untuk menghasilkan susu apabila memasuki minggu ke 16.   Semakin mendekati waktu melahirkan anak, payudara puan akan bertambah membengkak dan mula menghasilkan susu.   Adakalanya susu kolustrum ... Read More »

Morning Sickness (Loya dan Muntah ketika Hamil)

MORNING SICNESS (LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL)   “Salam doktor, boleh doktor terangkan apa itu morning sickness? Bila bermulanya morning sickness?” Morning sickness biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita kepada wanita.   Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah apabila bangun pagi. Walaupun ia dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah boleh datang bila-bila masa sepanjang hari. Rasa loya dan muntah ini lebih kerap berlaku pada sebelah pagi, mungkin disebabkan pada waktu pagi perut kita telah kosong.   Bau tertentu boleh menyebabkan rasa loya, menyebabkan tiada ada selera untuk makan dan minum sehingga membuatkan wanita hamil ini berasa letih sepanjang hari.   ” Adakah morning sickness memberikan tanda ... Read More »

Anak kena chicken pox boleh mandi

ANAK DIJANGKITI VIRUS CHICKEN POX BOLEH MANDI   “salam, doktor. Saya mahu bertanya anak saya berumur 4 thn 3 bulan, dia kena sakit chickn pox. Bolehkah dia mandi dan berkipas?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya boleh. Pesakit harus mandi dan bersabun bagi menjaga kebersihan diri. Cuma tuala jangan digunakan oleh orang lain bagi mengelakkan jangkitan. Tiada masalah untuk berkipas.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:               Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya ... Read More »

Kaffein dan IVF

KAFEIN DAN IVF   ” Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF.   Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran.   Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein.   Wa allahu a’lam.       IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema ... Read More »

Bolehkah Kafein Mengganggu Kesuburan?

BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?   ” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ”    Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum dari ovari dan disenyawakan, kemudian membawa ovum yang telah disenyawakan masuk tertanam ke rahem. Perjalanan ovum yang disenyawakan ke arah rahem dibantu oleh gelombang otot-otot ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!