Advertorial
Home » Koleksi Artikel (page 28)

Category Archives: Koleksi Artikel

Baby Walker: Adakah Selamat?

Baby Walker vs Kehidupan Bekerja Dalam kehidupan sekarang terutama bagi para ibu yang bekerja, mempunyai anak kecil adalah satu cabaran yang besar. Apa tidaknya di saat pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula meminta perhatian dan merengek minta didukung. Untuk seketika mendukung anak kecil memberikan keseronokan kepada ibu untuk melepaskan rindu. Akhirnya tangan yang letih akan menyebabkan ibu tadi meletakkan semula anaknya. Namun tangisan anak kebosanan bermain di lantai, membuat para ibu memikirkan bagaimana cara untuk mengalihkan perhatian anak dan dalam masa yang sama agar mereka dapat berehat. Baby Walker adalah peralatan untuk para ibubapa meletakkan anak mereka di dalamnya untuk tujuan ini. Untuk jangka masa yang pendek tidak mengapa, namun jika Baby Walker menjadi gantian untuk ibubapa memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar untuk kanak-kanak itu mula belajar ... Read More »

Kecederaan: Tuam dengan Air Panas atau Pek Ais?

Selalu saja ada kekeliruan di kalangan para pelatih First Aid ketika saya mengajar mereka menangani kecederaan. Mungkin pengetahuan mereka yang lama tidak digilap, hanya mengingati pengetahuan ketika menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah atau St John Ambulance dua puluh tahun yang lalu. Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka hanya sesekali berjumpa dengan kemalangan dan kecederaan. Saya pula setiap hari dihantar pesakit yang cedera kemalangan ketika beriadah/sukan atau kemalangan jalan raya. ”Doktor, bila harus kita gunakan pek ais dan bila pula kita boleh tuam dengan air panas? ” Itulah soalan yang sering ditanya dan saya telah bersiap dengan jawaban. Membezakan kecederaan Acute dan Chronic Pesakit yang mengalami kecederaan itu selalu mengadu kesakitan pada sendi atau bahagian badan mereka. Dengan bertanya kepada mereka samada ianya kecederaan baru atau kecederaan lama, ia sebenarnya dapat membantu ... Read More »

Berapa Banyak Air yang Perlu Diminum?

Cerita tentang air Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab. Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap. Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu. Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?” Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !” ”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?”  Tanya mereka beramai-ramai. Si tabib seolah-olah memberikan fatwa. “Lapan gelas sehari” Maka ramailah yang cuba minum sebanyak lapan gelas sehari. Ada yang minum sekali teguk, ada yang minum sedikit sedikit. Malah yang pelik atas kejahilan mereka, anak ... Read More »

Kaitan Migraine dan MSG

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata  “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kamikembali” (al Baqarah: 156) Bagi pesakit migraine, sakit kepala adalah ujian Allah yang kadang kala mengecewakan. Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit apabila migraine menyerang. Malah apa yang lebih mengecewakan lagi ialah punca sebenar migraine tidak diketahui. Tiada ujian tertentu yang boleh mengesan punca-punca migraine. Seorang professor Internal Medicine yang mengajar saya ketika ditanya mengenai punca migraine, beliau menjawab berkata “ everything under the sun” Ini bermakna punca-punca migraine terlalu banyak.  Migraine bukan suatu simptom sakit kepala yang mudah. Selain mengambil ubat tahan sakit, menukar cara hidup yang sihat juga membantu. Dapatkan tidur yang secukupnya, bersenam selama 30 minit setiap hari dan cuba uruskan stress. Kurangkan minuman ... Read More »

Pengambilan Paracetamol (PANADOL) Ketika Hamil

Sebelum ini, saya tidak ada masalah memberikan Paracetamol (PCM) pada pesakit-pesakit saya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, Paracetamol menjadi ubat untuk menghilangkan demam. Ianya menepati sunnatullah. Namun baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang rakan mengenai penggunaanya pada ibu yang hamil. Ianya berikutan dengan laporan media yang memetik satu kajian ringkas yang tidak teliti di siarkan dalam sebuah Journal Perubatan luar negeri. Dalam Journal Perubatan Thorax, kajian itu mengaitkan wanita hamil yang penggunaan paracetamol  di akhir kehamilan dengan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sila rujuk : Paracetamol use in pregnancy and wheezing in early childhood; 2002; S O Shaheen et al; Thorax; 2002; 57; 958-963. Abstract Background: We recently reported links between frequent paracetamol (acetaminophen) use and wheezing and asthma in adults and children, but ... Read More »

Vitamin B Kompleks Membantu Mencegah Migraine

Sakit kepala adalah ujian dari Allah Sakit kepala yang berpanjangan amat menduga kita. Bagi mereka yang mengalaminya, sudah tentu menelan ubat penahan sakit amat menjemukan. Malah ada yang telah menghafal nama segala ubat penahan sakit yang boleh dibeli dari farmasi. Namun bersabarlah atas ujian Allah itu. Sabda Rasulullah saw “Sesiapa yang dihendaki oleh Allah kebaikan, nescaya akan diujinya orang itu” Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine. Sakit kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simptom seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya (flashes of light), kabur pemandangan, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin hanya dimulai dengan perasaan resah tanpa diketahui sebabnya. Akhirnya penghidap migraine akan merasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut di sebelah kepala, diikuti dengan loya, muntah dan amat sensitif pada cahaya ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Memilih Jantina Anak : Sains atau Takdir?

Doktor bukannya Tuhan Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka. Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu naïve dan innocent didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan. Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Jadi mereka ketawa, “kami tahu doktor bukan tuhan, cuma kami mahukan tips-tip agar kami dapat anak lelaki”. Jika begitu, cuba perbaiki ayat yang digunakan. Awas kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Adakah mungkin untuk memilih jantina anak yang bakal “diusahakan” itu? Banyak artikel mengenai isu pemilihan jantina ini. Dr Hamid Arsat dan Dr Ismail Thambi antara dua pakar sakit puan dan perbidanan yang memberikan tip-tip nasihat mengenainya. Banyak juga teori-teori yang dihasilkan ... Read More »

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita

  إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Insan : 2)   Isu kesuburan adalah ketetapan Allah Tentunya pasangan yang berkahwin mempunyai matlamat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin malahan ada yang mahu mendapatkannya seramai yang boleh. Tekanan daripada keluarga di kedua pihak lelaki dan wanita menyebabkan pasangan suami isteri harus membuktikan bahawa mereka mampu mendapatkan cahaya mata untuk meneruskan kelangsungan salasilah keturunan. Namun ramai yang tidak menyangka bahawa mendapat cahaya mata adalah merupakan sebahagian ketentuan takdir Allah kepada semua manusia. Sebagai mana rezeki, jodoh dan kematian, mendapat cahaya mata juga telah ditetapkan oleh Allah. Ada yang diberikan Allah ... Read More »

Sawan dan Ketumbuhan Otak: Tiada kaitan dengan saka

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Banjir besar di Kota Tinggi “Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir besar dlm sejarah tanahair. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. ... Read More »

Kitaran Haids : Fisiologi dan Syariah

“Segala puji Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya”   Doktor merangkap ustaz? Saya tidak menyangka tugas saya sebagai doktor juga berhadapan dengan persoalan-persoalan syariah yang diajukan oleh pesakit. Kebanyakan pesakit wanita yang bertanya masalah kitaran haids mereka. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu puan-puan dan saudari-saudari bahawa saya hanya memetik beberapa perenggan kata-kata ulamak mengenai haids. Saya tidak dapat menyertakan nas-nas yang lebih tepat (al quran dan hadis). Jadi jika masih ragu-ragu mengenai haids silalah bertanyakan ulamak yang berhampiran dengan tempat tinggal puan. Namun tujuan saya menulis artikel ini agar para pembaca dapat memahami haids dari sudut fisiologi dan mengaitkannya dengan kaedah syariah. Pendarahan haids tidak sama dengan kitaran haids Pembaca haruslah memahami penggunaan ... Read More »

Kesakitan Abdomen Semasa Hamil

Kesakitan Abdomen Semasa Hamil

“Segala puji bagi Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya”  Saya mulakan artikel kali ini dengan satu pertanyaan dari seorang ibu yang kerungsingan.  “Tuan Doktor, sekarang saya mengandung 30 minggu anak kedua. Anak pertama sudah 4 tahun dan lahir secara pembedahan caeseran. Kenapa saya merasa sakit di pangkal perut bawah seolah terasa bayi yang di kandung berada di bawah tu? Saya merasakan sakit perut itu seharian dan saya merasa tidak selesa. Saya sudah berjumpa doktor dan telah menjalani ujian scan untuk bayi saya. Doktor memberitahu kedudukan bayi saya adalah normal, bergerak aktif dan pergerakannya melebih 10x sehari. Saya ingin bertanya doktor masalah saya iaitu sakit perut yang tidak henti-henti dan apa perlu saya buat?”   Adakah ... Read More »

ASHERMAN’S SYNDROME: Lekatan Dinding Rahim

Lekatan dinding rahim Saya masih ingat bagaimana resahnya seorang ibu muda yang baru mempunyai seorang anak. Oleh kerana dia tidak bersedia untuk menerima ‘rezeki’ kedua, maka kandungan kehamilannya digugurkan beberapa bulan yang lalu. Apa yang merungsingkan beliau ialah walaupun setelah 3 bulan menjalankan proses pengguguran itu dengan menggunakan teknik D&C, dia masih lagi merasakan sakit di bahagian ari-ari (suprapubic) dan haidnya tidak menentu. Dan yang lebih merunsingkan lagi, setelah mendengar kata-kata dari rakan-rakannya, dia sering bertanya “mampukah dia mengandung semula selepas ini?” Berlainan pula dengan seorang lagi wanita muda yang mempunyai tiga orang anak. Masalahnya bermula setelah anaknya yang terakhir berumur 10 tahun itu semakin membesar. Beliau terasa sunyi dan dan mahukan seorang lagi anak. Masalah beliau ialah beliau selalu keguguran semasa kehamilan apabila umur kehamilan mencecah 2 bulan. Beliau ... Read More »

Halitosis : Pernafasan berbau busuk

Semua orang mulut berbau Ramai yang tidak menyangka pernafasan berbau busuk sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Ianya lebih ketara terutama pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali. Tahap bau busuk yang tidak terlalu serius tidak dapat dikesan oleh sistem deria bau kita. Tetapi apabila apabila ianya terlalu kuat, maka hidung kita mula mengesan bau busuk dari pernafasan kita. Bau busuk pada mulut ketika menghembuskan nafas ini dinamakan Halitosis. Bau pernafasan yang busuk akan menyebabkan reaksi yang kurang menyenangkan pada orang lain. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila otak mengesan bau busuk, ianya memaksa fizikal kita menjauhi bau ini dengan mengempiskan lubang hidung. Adakalanya ianya menyebabkan tersedak (gagging) tanpa dipaksa. Malah bagi yang sensitif, bau busuk menyebabkan rasa mual dan mahu muntah.    Semua reaksi sebegini adalah involuntary, kadang kala menyebabkan seseorang ... Read More »

Takut Pada Jarum: Benar atau Mengada-ngada?

  Sampai pitam? Semasa bekerja di hospital awam, saya pernah mengalami peristiwa, pada waktu itu saya merasakan peristiwa itu lucu. Sedang saya mengambil darah untuk ujian rutin dari seorang isteri, di hadapan suaminya, tiba-tiba saya mendengar bunyi seperti ”nangka yang masak jatuh dari dahan”. Rupa-rupanya suami si pesakit tadi pitam, melihat jarum dan darah dari jauh. Satu ketika pula ketika saya memberikan suntikan kepada seorang pegawai polis bermisai lebat di punggungnya, dia berjalan bersahaja ke ruang menunggu ubat dan tiba-tiba dia jatuh akibat pitam. Dalam kedua-dua kes itu saya membiarkan mangsa yang pitam itu terus berbaring di lantai. Ini akan memastikan darah dari tubuhnya mengalir semula ke otak. Alhamdulillah, setelah beberapa minit, mangsa yang pitam tadi telah sedar semula.   Sejauh mana kebenaran ketakutan ini? Dalam istilah perubatan ketakutan pada ... Read More »

Apakah Punca Bibir Kering?

  Bagaimana keadaan bibir yang kering? Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling). Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap. Saya cuba memaparkan kepelbagaian sebab terjadinya bibir kering. Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah). Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari. Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan ... Read More »

Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?

Normal physiology atau penyakit ? Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup. Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan seperti ini menunjukan bahawa fungsi physiology mereka adalah normal. Namun ada juga kesakitan yang terlalu parah memerlukan rawatan segera dan pembedahan. Saya berdoa setiap wanita muslimah diberikan kekuatan untuk menghadapi kesakitan seperti ini. Saya mengharap juga agar artikel ringkas ini dapat membantu wanita muslimah khasnya memahami kesakitan yang mereka alami. Artikel ini berguna agar dapat membezakan antara kesakitan yang merupkan normal physiology atau kesakitan yang disebabkan oleh penyakit yang benar dan merbahaya. Selepas ini dalam artikel ini akan menyebut kawasan ... Read More »

Multiple Myeloma: Kanser Darah Yang Jarang Berlaku

Saya diminta oleh rakan FB agar menceritakan secara ringkas tentang penyakit ini. Sepanjang ingatan saya ketika di universiti, Multiple Myeloma adalah antara topik yang diajar dalam dua kuliah yang berturutan di samping tutorial di hujung minggu. Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor. Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM). Saya mengharapkan gaya bahasa tidak menjemukan malah memudahkan pemahaman si pembaca. Selain itu saya mengharapkan pembaca memahami bagaimana MM terjadi dan bagaimana MM boleh merosakkan sistem tubuh badan pesakit. Saya pernah menerima ke masukan kes Multiple Myeloma (MM) semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pesakit itu itu berusia ... Read More »

Keguguran rambut : Fenomena Normal atau Perlu Dirawat?

  Memahami situasi sebenar   Banyak sekali soalan mengenai rambut yang diajukan kepada saya. Saya juga tidak mampu menyusun artikel ini dalam masa yang singkat disebabkan komitmen yang terlalu banyak. Terima kasih yang bertanya dan bersabar menunggu artikel ringkas ini. Terimakasih juga beberapa rakan FB yang merupakan pendandan rambut yang bertanya, memberikan input dan idea bagaimana artikel ringkas ini harus ditulis. Ilmu mengenai rambut mungkin sebanyak helaian rambut di kepala. Namun apa yang mahu saya beritahu pembaca adalah tentang masalah keguguran rambut yang bukan disebabkan penyakit jangkitan kulit kepala. Rambut sebenarnya organ ringkas yang amat dihargai oleh wanita. Namun tidak kurangnya lelaki. Walaupun lelaki tidak menjaga rambut serapi wanita, namun apabila kepala mula membotak, lelaki juga risau tentang penampilan yang berambut nipis itu. Lalu lelaki membotakkan kepala untuk menutup rasa ... Read More »

Menghasilkan susu ibu untuk anak angkat?

Tradisi lama diamal semula Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama dipraktiskan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan amalan sebegitu bukan suatu amalan yang asing. Bagi ibu yang menyusukan bayi sendiri, sudah tentu tiada masalah untuk memberikan susunya kepada bayi yang bukan anaknya, sama ada anak yatim yang kematian ibu, atau mungkin ibunya sakit tenat. Namun sekarang ini ramai gadis yang tidak berkahwin (atau andartu) dan ibu yang tidak boleh hamil, mengambil anak angkat dan mengharapkan anak itu menjadi anak susuannya bagi membolehkan mereka menjadi mahram. Kaedah syarie untuk menjadikan anak itu anak susuan boleh dirujuk kepada mana-mana agamawan. Oleh kerana saya juga mengikuti pengajian tidak rasmi (bukan di universiti bidang syariah), dan saya diberitahu bahawa ianya dibolehkan. Sekali lagi harap rujuk pada ulama, saya ... Read More »

Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil

Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB “doctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi  yang songsang?” Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan. Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal yang saya lakukan percuma, kadang kala terpaksa mengorbankan masa untuk berehat sebentar apabila tiada pesakit yang perlukan rawatan. Maka saya amat berbesar hati apabila rakan FB yang bertanyakan soalan, menghormati masa yang saya  korban itu dengan mengajukan soalan dengan penuh kesantunan. Songsang tidak bermakna situasi bahaya Selepas menulis perkataan salam, saya bertanya ”puan sudah hamil berapa bulan? Bagaimana puan tahu anak puan songsang?” Dengan cepat dia menerangkan bahawa bukan dirinya yang hamil sebab dia masih bujang ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Post Pill Amenorrhea: Dari Kemandulan Sementara Kepada Kemandulan Kekal

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, namun atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka menggunakan ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran. Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP). Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka sudah tidak menentu. Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ada yang menunggu sehingga setahun dua. Namun haids mereka tidak juga muncul. Bagi seorang wanita muda, tanpa kedatangan haids membuatkan mereka ”tidak seperti wanita lain”. Kehadiran darah haids memberikan satu ... Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Plantar Fascitis menyebabkan sakit tumit

Pesakit kerap datang berjumpa saya bertanyakan tentang kaki mereka yang bengkak dan sakit. Terlalu banyak sebab yang mungkin menyebabkan kedua-dua keadaan itu. Tidak adil bagi pesakit menyoal saya bertanyakan sebabnya tanpa membenarkan saya melakukan bebarapa ujian. Antara ujian yang biasa dilakukan ialah pemeriksaan darah, untuk mengesan diabetes mellitus, rheumatoid atau rheumatic disease (dua penyakit berbeza), gouty arhtritis dan beberapa masalah sendi dan sistemic yang baik. XRAY juga harus dilakukan untuk melihat kecacatan (deformity) struktur tulang atau lebihan serpihan tulang (spur) yang mungkin melekat pada mana-mana tulang kaki. Namun apa yang sering berlaku segala ujian-ujian yang dilakukan adalah negatif. Kemungkinan kerosakan berlaku pada ligament kaki yang dikenali sebagai ligament Plantar Fascia. Kerosakan ligament ini dinamakan Plantar Fascitis. Ianya adalah masalah yag biasa berlaku pada tumit kaki. Keadaan ini berlaku apabila ligament ... Read More »

Ovarian Cyst

Sekadar berkongsi pengalaman. Saya teringat kepada seorang wanita yang dimasukkan ke wad sakit puan akibat perutnya amat besar. Pelbagai perubatan alternatif telah dicuba. Pelbagai nama juga telah diberikan kepada penykit serupa ini. Ada yang kata ”busung”, dan ada yang menamakannya sebagai ”bunting keladi” kerana wanita itu dikatakan telah hamil melebihi setahun. Apabila perbincangan dilakukan bersama dengan suaminya, saya mendapati mereka adalah keluarga yg agak sederhana dan berpelajaran. Saya amat musykil apabila rawatan moden di hospital menjadi rawatan terakhir sedangkan penyakit wanita itu sudah memasuki tahun kedua. Terlalu lama untuk membuat keputusan. Perasaan wanita itu bercampur baur, antara sedih dan malu. Malah kelihatan tertekan. Mungkin melihat layanan suaminya yang semakin pudar. Saya dapat bayangkan bagaimana seorang suami mendekati isterinya di waktu malam dengan perut yang membusung besar namun tidak pula melahirkan ... Read More »

Pudendal Nerve Entrapment

Seorang wanita mengadu suaminya iaitu seorang lelaki berumur 40an telah mengadu sakit di bahagian perutnya. Kesakitannya menjadi bertambah buruk apabila dia duduk menjalankan tugasnya sebagai seorang pengurus di sebuah kilang. Bila ditanya bagaimana sakitnya, dia menggambarkan kesakitannya seperti dihiris-hiris dan ditusuk dengan pisau. Kadang kala terasa seperti terbakar di peha di sebelah dalam, punggung, bawah abdomen dan juga bahagian kemaluan. Kerandut zakar (scrotum) nya juga menjadi sensitif sehinggakan terkena kain yang dipakai pun dia merasa terlalu sakit seperti dihiris-hiris. Saya masih teringat satu kes beberapa tahun lalu di mana seorang wanita berumur 40an mempunyai anak 8 orang, semuanya dilahirkan secara normal, vaginal delivery mengadukan masalah seakan sama iaitu dia merasa sakit di bahagian “peranakan dan saluran najis”. Kesakitannya menyebabkan dia tidak menikmati hubungan kelamin bersama suaminya selama ini, walaupun dia ... Read More »

Lendir Degil di dalam Tekak

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)? Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak. Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna ... Read More »

Restless Legs Syndrome (RLS)

Apakah dia Restless Legs Syndrome? RLS adalah masalah saraf (neurological disorder) di mana terdapat suatu perasaan yang tidak dapat dibendung (irresistible urge) untuk menggerakkan kaki bagi menghentikan “perasaan tidak selesa atau pelik” pada bahagian itu. Perasaan pelik itu biasanya digambarkan seperti panas terakar, gatal yang teramat sangat, mencucuk-cucuk seperti dicucuk jarum dan kadang kala kebas (paresthesias). Ada juga yang mengadu seolah-olah otot kakinya berasa sangat sakit. Ada juga menggambarkannya sebagai “ada sesemut yang merayap di bawah kulit”. Ianya seolah-olah serupa dengan masalah ketagihan narkotik,namun pesakit biasanya tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini. Pesakit akan mula merasakan “kedatangan” perasaan itu apabila dia berbaring atau cuba merehatkan kakinya. “Perasaan pelik” itu akan hilang sebentar apabila ianya digerakkan secara berterusan. Adakalanya pesakit terpaksa berjalan bermundar-mandir atau menggerakkan kakinya berterusan. Kadang kala ... Read More »

Bahaya Kanak-kanak/Bayi dalam Kapal Terbang

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih, ramai di antara kita berpeluang untuk menjelajah ke banyak negara dengan kemudahan pengangkutan kapalterbang. Malah penerbangan domestik di Malaysia telah melalui fasa yang begitu maju sehingga ramai kanak-kanak di bawah umur setahun dibawa naik ke kapalterbang bersama ibubapa mereka dengan pelbagai sebab dan alasan. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa setiap kali kita menaiki kapalterbang, kita mengalami perubahan fizik yang mungkin tidak kita sedari. Perubahan fizik ini kadang kala boleh menyebabkan penumpang kanak-kanak dan bayi yang mempunyai masalah paru-paru dan jantung semenjak kecil akan mengalami kesukaran bernafas. Kanak-kanak dan bayi biasanya tidak boleh mengadu kepada ibubapanya ketika mengalami masalah ini. Namun ibubapa mampu melihat kesukaran kanak-kanak atau bayi mereka. Kesukaran bernafas ini digambarkan dengan kadar pernafasan yang meningkat (kanak-kanak itu tercungap-cungap / tachypnoic) atau ... Read More »

Keputihan (Vaginal Discharge)

APA ITU KEPUTIHAN (VAGINAL DISCHARGE) Keputihan (Vaginal discharge ) adalah satu istilah untuk cecair atau lendir yg kental yg keluar dari vagina. Ianya adalah normal kecuali jika ianya gatal, rasa seperti terbakar atau berbau. Ia dipengaruhi oleh hormone estrogen, maka apabila seseorang wanita yg menopause, keputihan akan menjadi kurang, malah berasa kekeringan. Keputihan bertambah ketika mengandung, semasa subur (ovulation), sebelum haids atau keghairahan sebelum melakukan sex. BILA KEPUTIHAN ITU TIDAK NORMAL Perlu berjumpa dgn doktor jika : Gatal pada kemaluan (vulva atau labia) Pada kulit vulva kelihatan merah, rasa terbakar, pedih. Keputihan itu menjadi lebih pekat dan berwarna kekuningan Berbau busuk Bercampur dgn darah Sakit ketika kencing atau bersetubuh Sakit perut terutama di bahagian ari2. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Keputihan bisanya berlaku pada wanita yang melakukan douching, menggunakan feminine wash secara keterlaluan, ... Read More »

Nasib Pelajar Jururawat Kolej Swasta

1000am 150310 Semasa berjumpa dengan teman-teman yang mempunyai anak gadis, saya menerima banyak rungutan dari mereka (ibubapa) tentang anak-anak perempuan mereka yang telah tamat mengikuti nursing course dari Kolej Swasta, masih lagi menganggur tanpa pekerjaan. Mungkin ada di antara mereka yang bernasib baik dapat bekerja di klinik swasta, namun tangga gaji ditawarkan hanya RM450, iaitu gaji bagi lulusan SPM bukan tangga gaji bagi lulusan diploma nursing. Ibubapa menjadi tidak puas hati kerana ketika ditawarkan kursus oleh kolej jururawat swasta ini (bukan pelajar yg memohon), mereka dijanjikan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Kononnya Hospital Kerajaan akan mengambil mereka sbg Staff Nurse (Jururawat Terlatih), namun itu semua hanyalah suatu janji manis. Ramai yang masih menganggur walaupun telah lama tamat pengajian. Semasa di tahun akhir pengajian, mereka hanya dibenarkan membuat praktikal di hospital ... Read More »

Tubuh Berangin Atau REFLUX?

1000am 240310 Saya terpinga-pinga bila seorang tua memberitahu bahawa tubuhnya penuh dgn “angin”. Mulanya saya ingatkan dia bergurau. Katanya bila diurut tubuhnya, dia akan sendawa. Banyak angin yg dikeluarkan. Menurut logiknya tentulah angin akan keluar dari dalam otot/daging apabila dipicit. Agaknya dia membayangkan tubuhnya ibarat buah limau, apabila diperah jusnya akan keluar. Namun sepanjang pengajian dahulu, dan pengalaman saya melakukan dissection pada cadaver/mayat, melakukan post mortem pada mayat yg baru meninggal dan melakukan pembedahan pada manusia yg masih hidup, tak ada pula angin yg keluar bila kulit di toreh atau otot di potong. Ini semua adalah salah faham, apabila orang yg memberi nasihat dan pendapat itu bukan org yg berilmu dan ahlinya. Pelbagai tanggapan dibuat mengenai penyakit itu mengikut logik yg mampu difikirkan. Saya percaya “angin” yang keluar ketika sendawa ... Read More »

Bilakah sakit dada merbahaya?

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang ringgi (hypercholestrole) dan obesiti , serangan sakit jantung adalah punca utama. Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius.  Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung. Bila ianya merbahaya ? Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat. Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika sakit dada menjadi lebih kuat sakit dada tidak berkurang dengan berehat sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress. ... Read More »

Duromine Ubat Kurus

DUROMINE adalah pil diet dan merupakan ubatan yang memerlukan preskripsi. Ia adalah ubat yg digunakan untuk mengurangkan nafsu makan. Selalunya diberikan kepada mereka yg mempunyai risiko perubatan (medical risk) jika pesakit itu terus gemuk. Duromine mengandungi phentermine (synthetic stimulant) yang bertindak di otak (Central Nervous System). Oleh kerana duromine mengandungi resine, phentamine akan keluar perlahan2 ke dalam darah. Oleh itu ianya bertindak sepanjang hari. DUROMINE  harus diberikan kepada mereka yg BMInya >  30kg/m² dengan nasihat agar berat badan dikurangkan bukan saja dgn ubat, tetapi juga dgn senaman, diet yang betul (kurangkan makan berkalori tinggi).  Jika berat badan tidak dapat dikurangkan sebanyak 5% selepas memakan ubat selama 2 minggu, ianya haruslah dihentikan kerana tidak berkesan. Pesakit yg tidak boleh memakan Duromine :  tekanan darah tinggi mengalami penyakit berkaitan dengan injap jantung. ... Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya berlaku apabila pundi penuh. Selalunya apa yang dirasa ialah rasa hendak kencing (rasa pundi kencing penuh) tetapi bukanlah sakit yang teruk. Kemudian puan melepaskan kencing dan merasa lega. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!