Advertorial
Home » Koleksi Artikel (page 27)

Category Archives: Koleksi Artikel

Ada Dara atau Tidak?

Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang hymenal repair, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak. Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai akan berjumpa bomoh dan melunyaikan selaput dara yang berbaki. Selaput dara (hymen) atau ke’dara’an menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, sosial malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan hanya bermakna kebersihan saja, tetapi maruah dari ‘diceroboh’ oleh lelaki bukan suaminya. “Dan mereka itu yang memeliharakan kehormatan mereka melainkan atas isteri atau hamba sahyanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka ... Read More »

Adakah Suntikan Vaksin Memberikan Kesan Sampingan?

(Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia) S: “Saya telah difahamkan bahawa sesetengah vaksin seperti vaksin untuk polio boleh menyebabkan penyakit tersebut dan bukan mencegahnya. Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika anak saya berisiko untuk mendapat penyakit tersebut? Adakah lebih selamat jika anak saya langsung tidak mendapat sebarang vaksin?” Hampir semua kanak-kanak di negara ini telah menerima vaksinasi terhadap beberapa penyakit yang berbahaya. Dahulu, sebelum terdapatnya vaksin, beribu-ribu kanak-kanak telah menjadi lumpuh setiap tahun akibat polio. Rubella pula menjadi punca kecacatan kelahiran pada bayi baru lahir dan akhirnya menyebabkan kecacatan mental pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, dahulu difteria merupakan punca utama kematian kanak-kanak sekolah. Sebelum pengenalan imunisasi Haemophilus influenzae B (Hib) pada tahun 2002, kuman Hib merupakan punca utama penyakit meningitis (jangkitan pada selaput otak) yang telah menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami kecederaan ... Read More »

Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala – Petanda bagi Neural tube defects (NTD)

Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala – Petanda bagi Neural tube defects (NTD)

“Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w“. Doa di atas adalah doa yang sering dianjurkan untuk dibaca selalu oleh ibu-ibu yang hamil. Tiada kekuatan dan daya usaha yang boleh mengatasi qadar Allah kecuali doa kerana Allah sajalah yang mampu melakukan apa saja untuk kebaikan bayi yang dikandung. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab kita telah cuba mengusahakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun siapa yang dapat menjamin, bayi yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yang sempurna dan sihat. “Saya baru kehilangan seorang putera ketika dilahirkan” kata seorang kenalan yang baru saya jumpa. Beliau mula mesra dan  bertanya apabila saya memperkenalkan diri ... Read More »

Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING

Bila membaca akhbar NST semalam (20 nov 2010), saya rasa kanak-kanak perempuan bernama Mi Ling yang yang berada di China, amat beruntung. Walaupun tangan kirinya cedera teruk dan terputus, dengan izin Allah, tangannya dapat disambung semula. Lima belas tahun  lalu ketika saya bekerja di wad pembedahan di hospital awam di Johor Bahru, seorang pekerja buruh warga Indonesia datang ke hospital kerana tiga jarinya terputus. Beliau telah pergi ke salah sebuah hospital swasta, namun tidak dapat disambung kerana  ketika itu tiada pakar microsurgery. Malang sungguh nasib pesakit itu kerana bila sampai ke hospital awam tempat saya bekerja, tidak dapat disambungkan jari-jari itu. Bila teringat kisah itu, rasa beruntungnya kita yang masih mempunyai jari, tangan dan kaki. Kemudahan itu Allah berikan percuma, hanya meminta kita melakukan tanggungjawab kita sebagai hambaNya saja. Sabda ... Read More »

Sejauh Mana Ketepatan Ultrasound Mengesan Jantina?

“Doktor, kenapa doktor cakap bayi saya perempuan. Minggu lepas buat scan di klinik lain, doktor kata lelaki!” Fuh… berpeluh saya mahu jawab soalan itu. Apakan tidak, saya tidak tahu judgement yang dilakukan oleh doktor lain. Mungkin pada masa itu dia melihat ada petunjuk-petunjuk yang membawa kesimpulan bahawa bayi itu lelaki. Saya buat scanning sekali lagi. Berulang-ulang kali. Masih lagi mencari petunjuk yang dilihat oleh doktor ’di klinik lain’ itu. Setelah 15 minit berusaha untuk memuaskan hati ibu muda itu, akhirnya saya menyerah mengangkat bendera putih. Saya tidak jumpa imej bayang zakar yang seharusnya ditemui di layar mesin ultrasound yang membawa petunjuk bayi itu lelaki. Akhirnya saya menetapkan pendirian. Saya mengambil buku antenatal clinic yang berwarna merah dan menulis : mungkin perempuan. Rakan FB saya, Amin Ledang bertanya “ada kebarangkalian tak, ... Read More »

Keperluan Menilik Jantina Bayi Menggunakan Ultrasound

“Doktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?”  Ramai doktor yang teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Perasaan bersalah dan berdosa pernah menjelma di jiwa saya. Adakah saya mengganggu qadar Allah yang menentukan sama yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan? Selama ini saya menganggap apa yang berada di dalam rahem seorang ibu adalah rahsia Allah. Walhal rahsia Allah ialah sesuatu yang ditentukan oleh Allah sebelum benih lelaki dan wanita disenyawakan di dalam rahem. Namun apabila persenyawaan telah berlaku, jantina bayi telah ditentukan, bayi ditempatkan di sebuah ruang sementara bernama rahem. Segala-galanya telah ditentukan Allah dan bukan menjadi rahsia lagi. Terdapat perbezaan antara ’menilik’ jantina bayi yang telah berada dalam kandungan rahem (jantinanya telah ditentukan) menggunakan peralatan ultrasound, dengan ’menilik’ dan meramal seseorang itu akan mendapat anak lelaki atau ... Read More »

Mengapa Bayi Menangis di Waktu Malam?

Saya on call malam itu di sebuah pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam. Saya sempat memejamkan mata selama dua jam sebelum bilik rehat doktor diketuk. ”Doktor, ada pesakit sedang didaftarkan” suara staff yang mengejutkan saya. Saya memandang ke jam di tangan. Waktu sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Saya menggeliat dan membasuh muka. ”Doktor, baby saya ni tak berhenti menangis sejak 1.00 pagi tadi. Saya tak tahu nak buat apa. Cuba doktor tolong periksa” Saya perhatikan bayi itu yang berada di pelukan ibunya. Bayi itu seolah-olah tersenyum melihat saya. Agaknya gelihati melihat saya seakan-akan mamai bila dikejutkan di awal pagi. ”Tapi dia diam sekarang ni…” saya cuba mencari penjelasan. Belum ayat saya habis, suara hebat meletup. ”Ya Allah ! Doktor ingat saya ni bohong ke?!” Bentak suaminya yang barangkali kepenatan dan mengantuk tidak ... Read More »

Lelaki dan Kesuburan

Lelaki dan Kesuburan

Kerana ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah ketidaksuburan. Sesetengah lelaki menganggapnya sebagai langkah mempersoalkan ’kejantanan’ mereka. Belum lagi disahkan sebagai lelaki mandul yang tidak mampu mendapatkan zuriat. Tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mengaku dirinya dalam keadaan begitu. Perkataan ’mandul’, sesolah-olah dekat dengan perkataan ’pondan’. Ia sangat pahit untuk ditelan bersama keegoan lelaki. Maka lebih mudah menuduh isterinya yang mengalami masalah ketidaksuburan. Masyarakat pula lebih mudah menerima jika wanita yang menjadi puncanya. Jika lelaki penyebabnya, istilah ’lelaki mandul’ sendiri seolah-olah telah merabakkan institusi kelelakian. Lelaki lain tentu tidak dapat menerima kehadiran lelaki sebegini di dalam pergaulan mereka. Beliau akan dipinggirkan dan dipandang hina. Malah diperli dan ditertawakan. Apatah lagi jika dia menjawat jawatan yang tinggi dalam masyarakat, nescaya ianya sesuatu yang terlalu pahit untuk ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor. Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di ... Read More »

Menyusukan Anak bagi Menjarakkan Kehamilan

Puan Hamidah, 26 tahun baru saja melahirkan anak 5 bulan yang lalu. Dia datang ke klinik kerana batuk dan selsema. Sebelum saya memberikannya preskripsi ubat, saya bertanyakan kitaran haidsnya. Beliau memberitahu dia belum lagi kedatangan darah haids kerana menyusukan bayinya. Setelah saya mendesak untuk melakukan ujian kehamilan, beliau melalukannya dan mendapati ianya positif. Dia kehairanan dan menyangka selama ini dia tidak hamil kerana menyusukan bayinya. Rupanya dia hamil walaupun kitaran haids belum datang semula. Bukankah kita selalu mendengar kenyataan ”Menyusukan anak boleh menjarakkan kehamilan”? Adakah ianya suatu kenyataan benar atau kenyataan yang dusta? Ramai para ibu yang keliru dan menyangka bahawa: Kepercayaan #1 – Menyusukan anak boleh mencegah kehamilan. Kepercayaan #2 – Asalkan menyusukan anak, tidak kira berapa kali dan berapa banyak jumlah susuannya, kaedah ini akan menghalang kehamilan. Satu ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Kekurangan Berat Badan (Underweight)

Baru-baru ini, saya dikunjungi oleh seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun. Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana ‘desakan rakan sebaya’ yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya. Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 kg dan ketinggiannnya 160 cm. Menurutnya dia telah cuba menambahkan berat badannya namun tidak berjaya. Setelah dikira, didapati BMI gadis ini mencecah 21.5 lalu saya terus memberitahunya bahawa berat badannya sebenarnya normal. ... Read More »

SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam

SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam

  Penderaan ke atas kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia, tetapi para doktor juga semakin gelisah dengan peningkatan bilangan kes bayi yang didera dan menderita akibat Shaken Baby Syndrome (SBS). Shaken Baby Syndrome, mula diperkenal pertama kalinya pada 1974 , sebagai satu sindrom diakibatkan oleh goncangan kuat pada bayi yang boleh menyebabkan kematian.   Kematian atau kecacatan kekal SBS selalunya menyebabkan kematian akibat kecederaan otak yang teruk. Kematian bayi akibat SBS dijangkakan antara 20%–25%. Jika tidak menyebabkan kematian, biasanya kecacatan kekal pada penglihatan (kebutaan), kecacatan kekuatan otot (e.g. cerebral palsy), terencat akal, sawan dan kecacatan pertuturan dan pembelajaran.  Konsep SBS ini diterangkan oleh Dr.John Caffey, seorang pakar radiologist, dan Dr. Norman Guthkelch, pakar neurosurgeon pada awal 1970an. Mereka berpendapat bahawa pendarahan saluran darah vena subdural dalam otak di kalangan bayi disebabkan oleh ... Read More »

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

  ”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya dengar. Namun satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga ialah “Bila saya masuk bilik stor (yang gelap dan sempit) tu, saya terus berpeluh-peluh macam orang berlari doktor. Saya rasa bilik stor ... Read More »

Pembedahan untuk Ovarian Cysts

Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak. Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta’ruf) sama ada dia sudah berkahwin, berapa umurnya dan bila dia didiagnosakan menghidap ovarian cyst. Pesakit ini seharusnya memastikan adakah ketumbuhan cyst itu tidak merbahaya (benign) atau ia adalah ovarian cancer yang boleh meragut nyawa.   Bertanyalah sehingga faham Jika pesakit itu tidak mengetahuinya, seeloknya bertanyakan pada doktor yang merawatnya. Antara soalan yang perlu ditanya: adakah ovarian cyst itu adalah ketumbuhan cyst yang tidak merbahaya (benign) atau pun ovarian cancer? berapa bilangan cyst yang terdapat di situ? adakah ianya melibatkan kedua-dua belah ovari? adakah ... Read More »

Perlukah Lebam Gigitan Jin Diberikan Rawatan?

  Semasa mengajar kursus First Aids dan CPR kepada para pekerja di sebuah kilang baru-baru ini, saya bertanyakan kepada peserta, “Perlukah lebam yang disebabkan kecederaan dihantar ke hospital?” Sebelum sempat pertanyaan saya dijawab, seorang daripada peserta bertanya, “Doktor, perlukah lebam yang disebabkan gigitan jin diberikan bantuan Pertolongan Kecemasan?”   Lebam akibat gigitan jin Saya terdiam dan memandang tepat ke muka peserta yang bertanya. Saya cuba membaca fikirannya. Dia bertanya kerana ‘ikhlas atas kebodohannya’ atau ‘mahu buat lawak jenaka’? Saya pernah juga terbaca tentang gigitan jin ini di majalah, namun saya menolaknya kerana tiada asas hadis atau penerangan ulama’ yang muktabar yang pernah saya temui. Saya hanya ada mendengar mengenai isu ini dari ustaz-ustaz yang berceramah melalui VCD. Dalam membicarakan tentang gigitan jin, syarahannya disambut oleh gelak ketawa para hadirin yang mendengar. Jadi saya berpendapat ... Read More »

Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita

Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman. Rujuklah pada yang pakar Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar Gynaecologist yang begitu pakar tentang tubuh badan wanita dari segi anatomy atau pun physiology. Saya  membantu setakat mana ilmu yang saya pelajari ketika di Fakulti Perubatan. Jadi jika seseorang wanita itu menghadapi masalah sakit puan, cara yang terbaik ialah dengan berjumpa dengan pakar Gynaecologist. Saya hanya memberikan maklumat sampingan yang mungkin membantu seseorang wanita memahami penyakit atau masalah yang dihadapinya. Saya bukannya rujukan pertama untuk ditanyakan masalah. Saya bimbang jika pengetahuan saya yang sedikit ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Sapaan Maut dengan Strok Ringan

Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan.  Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya “Dia baru kena angin ahmar kecil. Doktor di hospital suruh dia berjaga-jaga !” Oh patutlah dia menukar gaya hidupnya 180 darjah. Dia ‘disapa’ malaikat maut. Perjuangan mengekalkan kesihatan sering dilupakan Namun bila saya pulang ke kampung semasa hari raya yang lepas, beliau telah berbalik semula ke perangai yang lama. Semasa singgah ke sebuah kedai mamak untuk bersarapan, saya melihat beliau tidak lekang dengan puntung rokok. Air teh tarik dan ‘roti canai special’ yang penuh dengan kolestrol berada di depannya. Segala-galanya telah kembali seperti dulu. Nasihat ... Read More »

Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil

Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri.   Adab melawat pesakit yang dilupakan Apa yang saya ceritakan ini adalah suatu gambaran biasa yang kita lihat di hospital pada waktu lawatan pesakit. Saya percaya banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Saya faham pelawat mungkin datang ... Read More »

Pendarahan Ketika Baru Hamil

Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya. Musibah atau rahmat? “Doktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan saya. Saya keguguran ke?” Saya tidak berminat untuk bertanya lanjut mengenai masalah pendarahannya. Sebaliknya saya tersentuh dengan kesedihannya. Agaknya apa yang sedang difikirkan. “Doktor, saya memang harap-harap benar saya mengandung kali ini. Keluarga belah saya dan suami selalu bertanya. Saya harap kandungan ini boleh diselamatkan” Saya menarik nafas panjang. Saya cuba menyusun ayat untuk menjawab permintaannya. “Kalau tidak boleh diselamatkan, bagaimana?” saya cuba meneka fikirannya. “Saya amat berharap kandungan kali ini berjaya” “Tapi kalau kandungan ini bermasalah, cacat..bagaimana?” “Apa maksud ... Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua orang kanak-kanak yang cedera ketika bermain sesama sendiri. Seorang luka di dahi dan seorang lagi luka di dagu. Saya sendiri pernah luka di kening kiri ketika berumur 5-6 tahun ketika ... Read More »

Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala

Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai sakit kepala dari kalangan pembaca blog. Ramai yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan dan minta pandangan saya. Mereka bukannya tidak berjumpa doktor di klinik atau di hospital, tetapi doktor yang mereka jumpa tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Saya dapati doktor itu hanya mengatakan mereka mengalami sakit ’kepala biasa’, atau migraine atau stress akibat kerja yang banyak. Namun sebagai pesakit, mereka lebih tahu apa yang mereka rasa dan cuma mereka tidak dapat menjelaskan keadaan mereka. Saya sebenarnya tidak boleh memberikan pandangan atau consultation on-line seperti mana yang diharapkan. Sebagai doktor, saya harus melakukan pemeriksaan fizikal kepada pesakit dan melakukan beberapa ujian makmal ke atasnya. Dari gabungan pemeriksaan fizikal, keputusan makmal dan pengimejan, mungkin saya mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap apa yang berlaku pada pesakit. ... Read More »

Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak

Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak

Suatu petang semasa saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) untuk mengunjungi rakan sekerja, Dr Zainal yang sama-sama selesai menjalani On Call. Saya memang seronok ke sana, di samping mengajak rakan saya ”mengeteh” (istilah orang Johor untuk menggambarkan suasana santai minum teh atau kopi di samping berbual-bual dengan sahabat), ETD merupakan jabatan yang amat sibuk. Di situlah pelbagai insiden kecemasan dan kelam-kabut seperti cerita drama ER di televisyen. Tetapi di ETD adalah ’real life story’.  Tidak seperti bekerja di wad pembedahan yang kebanyakan masa tenang, hanya sesekali pesakit collapse (tidak sedarkan diri) selepas pembedahan. Di saat saya menunggu beliau, saya melihat seorang wanita 40an sedang menangis dipeluk oleh seorang anak perempuannya. Wanita itu menangis dengan teresak-esak tetapi anak perempuannya kelihatan kebingungan. Mereka ... Read More »

Ubat Herba untuk Ereksi adalah Ubat Terkawal

Baru-baru ini seorang sahabat lama  bercerita panjang dengan saya di sebuah kedai kopi 5 bintang mengenai kemajuan masing-masing. Beliau bertambah maju prestasinya kerana menyertai perniagan berasaskan makanan dan minuman. Walaupun perniagaan dia bertambah besar dan maju, beliau memberitahu bahawa beliau mengalami masalah yang amat ditakuti oleh orang lelaki, iaitu mati pucuk. Ini semua mungkin akibat stress, penyakit kencing manis dan tahap kolestrolnya yang semakin tinggi, yang mula dihadapinya awal tahun ini. Oleh kerana perkataan mati pucuk itu sensitif dan orang lelaki malu untuk membincangnya secara terbuka, maka beliau ia juga tidak pasti sama ada beliau mengalami keadaan itu atau tidak. Beliau hanya mengagak dan mendiagnosa dirinya sendiri. Apa yang lebih parah beliau merawat dirinya sendiri berdasarkan pengetahuan yang sedikit. Banyak khabar-khabar angin yang diberitakan oleh masyarakat tentang ubat untuk mati ... Read More »

Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan

Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan

Seorang pesakit datang berjumpa saya kerana masalah sakit kepalanya yang kuat. Pemeriksaan tekanan darah adalah normal lalu saya mencadangkan pemeriksaan ujian darah memandangkan umurnya dalam 40an. Seminggu selepas itu pesakit datang semula berjumpa saya untuk mengetahui keputusan darah yang diambil itu. Malangnya sakit kepala beliau hanya lega setelah menelan ubat penahan sakit untuk beberapa jam dan kemudian sakit kepalanya menyerang semula. Saya kebingungan dan menatap kosong kertas yang mengandungi keputusan darahnya. Saya tidak tahu di mana punca sakit kepala beliau kerana keputusan darah beliau adalah normal dan pesakit ini mempunyai badan tegap seperti athelet. Saya cuba mengorek lagi cerita sakit kepalanya. Kemarahan beliau akibat terlalu kecewa dengan sakit kepala itu kadangkala menguji kesabaran saya juga. Namun saya cuba menfokuskan diri dan mencari sebab-sebab sakit kepalanya. Akhirnya saya bertanya kalau-kalau dia ... Read More »

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini) Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh. Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita itu tidak mengancam nyawanya namun kehamilannya mungkin menyebabkan dirinya bertambah sakit (akibat penyakit yang sedia ada). Banyak lagi perdebatan dan hujah yang dikongsikan para ulamak dalam hal ini. Saya tidak ... Read More »

Perlukah Ubat Selesema untuk Anak?

Memecahkan tradisi memberi ubat pada anak Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara over the counter (OTC) (iaitu pembelian ubat tanpa prespripsi doctor) ada kalanya tidak perlu dan membazir. Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selsema anak-anak mereka adalah tidak serius. Inilah masalahnya jika ibubapa terlalu advance sehingga anak yang baru bersin atau batuk hanya beberapa kali terus diberikan ubat selsema dan batuk. Mungkin niat ibubapa mereka adalah baik supaya keadaan kesihatan anak tidak bertambah teruk dan melarat sehingga mendapat jangkitan kuman di paru-paru. Saya masih teringat lagi bila saya semasa kecil, ibubapa saya ‘membiarkan’ saya bersin dan mengalami selsema sehingga mucous (lender) selsema itu kering di pipi. Selsema saya berhenti sendiri untuk beberapa hari ... Read More »

Adakah Penyakit Jantung Berlubang Perlu Dibedah ?

Baru-baru ini saya bertandang ke rumah rakan sempena sambutan Hari Raya Puasa. Di samping mengucapkan selamat hari raya, saya juga mengucapkan ”tahniah dan selamat menjadi ibubapa” kerana mereka baru saja dikurniakan seorang cahayamata lelaki. Dalam masa berbual-bual, beliau menceritakan tentang anaknya yang baru saja dikeluarkan dari NICU kerana dilahirkan dalam usia kandungan yang tidak matang. Namun apa yang merunsingkan mereka ialah apabila diberitahu oleh doktor pakar bahawa anak mereka mengalami penyakit jantung berlubang. Berita yang sebegini tentu saja merunsingkan hati ibubapa, lebih-lebih lagi mengingatkan nasib anak saudara mereka yang meninggal dunia ketika berumur 6 tahun akibat penyakit yang sama. Saya cuba menenangkan mereka dengan bertanyakan sama ada penyakit itu telah dipastikan atau masih lagi dalam kategori ”suspected”. Namun maklumat yang saya dapati amat mengecewakan, kerana mereka tidak pasti apa yang ... Read More »

Clomid: Bukan Ubat Ajaib untuk Kesuburan

Baru-baru ini saya melayari internet untuk mengetahui berapa banyak artikel-artikel tentang kesuburan di dalam Bahasa Melayu, di samping melihat berapa ramai pelayar yang lain sudi membaca artikel saya. Apa yang saya jumpa adalah sesuatu yang memeranjatkan bagi saya kerana saya terjumpa satu forum ringkas yang membincangkan kesuburan dan clomid. Topik kesuburan bukanlah topik eksklusif doktor perubatan. Ramai pengamal alternatif lain yang membincangkannya. Sehingga ada juga bomoh-bomoh yang menawarkan ‘mandi bunga’ agar mudah untuk “melekat” di halaman sesawang mereka. Namun bila berbicara tentang clomid, satu ubat di dalam perubatan moden, saya minta puan-puan berhati-hati. Walaupun ianya dikira agak selamat dan mempunyai kesan sampingan yang sangat kurang, namun apabila pengambilannya tidak dimonitor oleh para doktor, bimbang berlaku kesan sampingan yang puan-puan tidak sedari. Kesan sampingan bagi setengah wanita tidaklah teruk. Ia biasanya menyebabkan ... Read More »

Kaitan Kitaran Haid yang Tidak Teratur dengan Masalah Kesuburan

Saya memahami antara ujian bagi pasangan muda yang beru berkahwin ialah tekanan untuk mendapatkan zuriat. Bagi mereka yang Allah mudahkan dalam perjalanan hidup mereka, Allah kurniakan nikmat zuriat sebagai penghias hidup psangan itu. Alhamdulillah. Namun bagi mereka yang mengalami ujian kesukaran untuk hamil, percayalah bahawa inilah ujian yang Allah berikan untuk menguji siapakah antara kita yang lebih baik amalnya. Kita akan pulang berjumpa dengan Allah nanti dengan perasaan syukur dan puas, apabila telah menerima segala ujian dariNya dengan sabar. Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah Al Mulk : Ayat 2   Anovulasi adalah masalah kesuburan yang utama Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang masalah kesuburan ini, elok ... Read More »

Remaja dan Kitaran Haids yang Tidak Teratur

Remaja dan Kitaran Haids yang Tidak Teratur

Bila mula kedatangan pendarahan haids? Saya tidak mempunyai anak gadis. Jadi pengalaman membesarkan anak gadis atau remaja perempuan memang tidak pernah ada dalam sejarah hidup saya sehingga kini. Kadang-kala saya kasihan melihat remaja perempuan yang tidak diberikan perhatian oleh ibubapa mereka. Bila seorang kanak-kanak perempuan mulai meningkat remaja, banyak perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibubapa. Sama ada dari aspek fizikal atau emosi. Namun saya mengucapkan tahniah pada ibubapa yang bersungguh-sungguh ingin mengambil bahagian dalam tumbesaran fizikal dan mental anak mereka. Banyak soalan-soalan yang ditanya melalui email. Antaranya bertanyakan bilakah anak gadis mereka akan mula kedatangan pendarahan haids. Kebiasaannya pendarahan haids bermula apabila remaja itu mula menunjukkan perubahan emosi dan fizikal. Tanda yang paling mudah dilihat oleh ibubapa mereka ialah perkembangan payudara mereka yang semakin membesar dan terasa sakit. Ini ... Read More »

Ovulation Predictor Kits (OPK)

OPK berguna bagi yang mahu atau mengelak zuriat Saya mendapat banyak pertanyaan melalui email dan inbox facebook, para isteri muda bertanya tentang penentuan hari kesuburan. Saya ucapkan tahniah atas keazaman puan-puan untuk melengkapkan keluarga. Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari telah sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Oleh kerana ovum yang terpisah dari ovari tidak boleh hidup lama, maka bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah berjima’ bersama suami pada ketika itu. Dan bagi mereka yang mahu merancang dengan cara selamat, elakkan berjima’ bersama suami pada hari itu. Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita yang lain. Namun tidak lebih dari tiga hari. ”Dialah yang ... Read More »

Mencari Ubat adalah Tawakal

Saya menolak debat Saya adalah di antara orang yang tidak suka berdebat. Ia bukan kerana saya tiada fakta untuk dilontarkan dalam perdebatan, tetapi pada pendapat saya tiada siapa yang mendapat keuntungan dari perdebatan itu. Selepas perdebatan itu nanti, saya masih dengan pendirian saya dan dia masih dengan pendiriannya. Akhir sekali muka berubah menjadi  masam mencuka dan putus ukhwah. Setiap perdebatan memang mengujakan emosi. Bila emosi menggelegak panas dek mempertahankan ego, semua adab perdebatan dan kesahihan/kebenaran fakta disimpan di belakang punggung. Gelojak amarah akan mengemudikan perdebatan itu. Masing-masing mahu menang. Kemenangan dan ego dipertahankan tetapi fakta/kebenaran dibuang. Perdebatan bukan lagi kerana Allah tetapi perdebatan berkiblat pada nafsu amarah.   Mencari kesempurnaan tawakal  Baru-baru ini saya diajak lagi berdebat dalm ruangan chatting di facebook. Saya segera menolaknya. Alhamdulillah, saya tenang mengerjakan solat ... Read More »

Komplikasi Pembedahan Cesarean

Mahukah anak anda lahir pada 1 Jan 2011, supaya tertera di kad pengenalannya sebagai 1.1.11 ? Caranya mudah, lakukan pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak. Malah waktu kelahiran pada 11 pagi atau 11 malam juga boleh dirancang. Begitukah tahap kegilaan ibubapa yang kononnya menyayangi anaknya dan cuba memberikan terbaik untuk anaknya? Kelahiran bayi melalui pembedahan Cesarean secara elektif sudah menjadi popular walaupun ianya bukanlah pilihan yang baik. “Elektif” bermaksud tiada keperluan dari segi perubatan. Ianya bukannya prosedur emergency untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak. Maka jika seseorang wanita berhasrat untuk melakukan pembedahan Cesarean, haruslah berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan dan komplikasi pembedahan itu. Berbincang bermaksud, mengetahui buruk dan baiknya dan bukannya hanya mengikut arahan doktor. Satu kajian terbaru menunjukkan kadar kematian di sebabkan oleh pembedahan Cesareans adalah tiga kali ... Read More »

Hyponatraemia: Penyakit Misteri?

”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Seorang wanita dalam usia 30an mempunyai seorang anak dimasukkan ke hospital kerana lemah badan dan ketika itu dia tidak mampu berjalan, malah sukar berdiri. Saya mengingati kes ini kerana pada masa itu banyak kedengaran kata-kata yang menyindir wanita itu. ”Ala mengada-ngada pesakit ni. Harap je muka cantik, tapi lembik” Saya tidak pasti mana datangnya suara itu. Namun ianya tentulah tidak adil baginya kerana hanya orang yang sakit saja mengetahui keadaan dirinya. Dan apa yang lebih menjadikan saya geram apabila suaminya ... Read More »

Memahami Kekejangan Otot Kaki

Kekejangan otot kaki adalah masalah yang kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ia adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Namun harus diketahui bahawa kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki sahaja, malah mungkin isunya lebih besar. Ini bermakna kekejangan hanya satu simptom, bukannya satu penyakit. Jika berulang dengan kerap, berjumpalah dengan doktor. Kali ini saya cuba membincangkan kekejangan otot dalam tiga keadaan, iaitu kekejangan otot kaki di waktu malam, di kalangan atlet dan di kalangan ibu hamil. Punca dan sebabnya hampir sama. Kekejangan otot kaki di waktu malam Ia dikenali sebgai “noctunal leg cramps” iaitu pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku di malam hari dan selalunya ketika tidur. Biasanya otot yang terlibat ialah otot betis. Kesakitan akibat kekejangan ini mampu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!