Advertorial
Home » Koleksi Artikel (page 20)

Category Archives: Koleksi Artikel

Dusphaton dan Keguguran

  “As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan.     Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=1083.       Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan dan selalunya disebabkan oleh janin yang dikandung itu sendiri ’tidak berapa kuat’ secara genetiknya.     Ini bermakna jika janin itu membesar ... Read More »

Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia

  Seorang rakan bertanya kepada saya, “Apakah ada kesan sampingan kepada kesihatan semasa gerhana bulan?”  Saya menjawab bergantung soalan itu ditanyakan kepada siapa.   Jika ditanyakan pada orang yang kuat berfahaman tahayul yang datangnya dari unsur Hindu dan peramal bintang, sudah tentu pelbagai kesannya kepada kesihatan, kekayaan dan perjalanan hidup.   Jika ditanyakan pada peminat pseudo-science, pelbagai hypothesis yang pelik2 dikeluarkan. Kalau nerdasarkan pembacaan saya terhadap journal perubatan, sesungguhnya tiada kesan sampingan kepada kesihatan secara nyata.   Saya percaya gerhana bulan lebih kepada tanda kekuasaan ALLAH yang mempunyai hikmah tersendiri agar kita menjadi manusia yang lebih taat.   Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana ... Read More »

Makanan yang boleh menyebabkan alahan

Hampir kesemua makanan mengandungi histamine. Histamine inilah yang akan menyebabkan seseorang pesakit asthma diserang asthma, pesakit yang mempunyai kulit yang sensitive akan mengalami dermatitis, urticaria, eczema dan psoriasis.   Jadi berhati-hatilah ketika memakan sesuatu makanan. Selalunya makanan yang sering menyebabkan alahan dan alergik pada seseorang ialah makanan laut, telur, kekacang dan coklat.   Tetapi ada beberapa makanan yang sering kita makanan juga mengandungi histamine, tetapi kadarnya terlalu sedikit.   Adakalanya seseorang yang memakan sesuatu makanan akan mengalami alahan walaupun dia telah biasa memakanan makanan itu sebelum ini.   Bagaimana ia boleh terjadi?   Sebenarnya kadar histamine dalam sesuatu makanan boleh meningkat apabila sesuatu makanan apabila ia disimpan lama di dalam stor atau peti sejuk.   Sebagai contoh, buah-buahan yang belum masak disimpan didalam stor untuk menantikan ia masak, akan mengalami ... Read More »

Adakah haids saya normal?

Saya cuba rangkumkan soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya dari FB dan blog. Berapa lama biasanya pendarahan haids berlangsung? jawapan: 3-5 hari. Secara purata wanita mengalami haids selama 3-5 hari, tetapi ia juga normal antara 2 hingga 7 hari. Namun jika pendarahan haids melebihi dua minggu atau 15 hari, dinasihatkan agar berjumpa doctor. Berapa banyak seorang wanita kehilangan darah ketika haids? jawapan: 2 sudu makan Selalunya aseorang wanita mengetahui apabila darah yang keluar lebih banyak dari kebiasaan. Tanda pendarahan yang terlalu banyak ialah terpaksa menukar pad setiap jam untuk enam jam atau terdapat banyak ketulan darah beku yang keluar. Adakah jika seorang wanita tidak mengalami haids, mereka pasti hamil atau menghidap penyakit tertentu? jawapan: Salah Apabila seorang wanita tidak kedatangan haids, boleh jadi ia adalah sesuatu yang normal terutama bagi remaja ... Read More »

Vaksin BCG tidak berkesan

    “As Salam mu alaikum doktor, saya lengkap divaksinasi. Tapi baru-baru ini saya didiagnosa sebagai penghidap TB setelah saya batuk berterusan selama lebih dua bulan. Sekarang saya masih dalam rawatan. Alhamdulillah rawatan ini berkesan dan ia bertambah baik. Pertanyaan saya ialah mengapa walaupun saya telah divaksinasi, tetapi masih lagi dijangkiti oleh kuman TB”.   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar puan dipermudahkan oleh ALLAH untuk mendapat kesembuhan. Saya juga mengucapkan tahniah atas kesabaran puan menghadapi ujian yang ALLAH berikan.   Vaksin TB yang sekarang digunakan dikenali sebagai BCG (bacille Calmette-Guérin), yang diperkenalkan semenjak 1920an. Ia dibuat daripada bacteria yang dilemahkan dari jenis bacteria TB yang menjangkiti haiwan lembu dan secara genetiknya menyerupai 98% serupa dengan kuman TB yang menjangkiti manusia. Ketika di awal penggunaannya, vaksin BCG sangat berkesan ... Read More »

Clomid dan ketidaksuburan lelaki

Assalam mu alaikum doktor, saya ingin bertanya adakah clomid hanya boleh digunakan untuk kaum wanita sahaja? Ini kerana sebelum ini, saya dan suami isteri ada membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapati bahawa  resultnya suami saya mempunyai kekurangan sperma. Doktor menncadangkan suami saya mengambil ubat clomid selama 6 mnggu. Bila saya pergi ke farmasi, ahli farmasi itu memberitahu bahwa clomid hanya untuk wanita. Sekarang saya keliru.   Wa alaikum mus salam. Saya doakan puan bersabar dengan ujian yang diberikan dan tetap terus mencari kesembuhan.   Untuk pengetahuan puan, Clomid biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ini kerana clomid akan menggalakkan pengeluaran telur ovum dari ovary.   Saya ada menulis tentang clomid di http://drzubaidi.com/blog/?p=653   Namun dalam kajian terbaru, clomid juga digunakan untuk merawat masalah lelaki yang mempunyai bilangan sperma dan bentuk ... Read More »

Kematian bayi disebabkan oleh penyakit VACERL.

Salam doktor. Saya ada pertanyaan. Saya baru melahirkan seorang bayi perempuan pada pertengahan tahun ini, akan tetapi usianya tidak panjang meninggal selepas empat hari pembedahan jantung. Doktor mengesahkan anak saya mempunyai sindrom VACTERL. Boleh doktor terangkan lebih lanjut apa punca VACTERL? Adakah kemungkinan berlaku lagi pada kelahiran seterusnya? Terima kasih     Wa alaikum mus salam.     Semoga ALLAh berikan kekuatan dan kesabaran kepada puan dalam menghadapi ujian ALLAH. Saya doakan agar ALLAH mengampunkan semua dosa-dosa puan dan saya.     Saya tersentuh membaca ketabahan puan menghadapi semua ujianNYA. Saya percaya ALLAH ‘menyimpan’ anak puan dalam lindunganNya dan berada dalam syurga ALLAh menunggu puan.       Sebenarnya masalah yang dihadapi anak puan lebih disebut sebagai VACTERL association, bukan VACERL syndrome.     VACTERL association adalah kecacatan bayi yang ... Read More »

Darah Nifas

Definisi Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Tempoh Nifas Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan . Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu ... Read More »

Penggunaan ubat Smecta dalam ceret beret

  Ceret-beret atau diarrhoea adalah antara yang masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan bayi. Gejala yang biasa diadukan oleh penajaga atau ibubapa ialah bayi atau kanak-kanak membuang air besar yang kerap dan cair, ada kalanya bercampur dengan lendir dan darah, dan kembung perut.   Dalam kes yang agak serius ibubapa dan penjaga mengadu anak mereka mengalami demam, sakit perut, muntah dan tidak boleh makan atau minum.   Tanda-tanda yang lebih teruk ialah apabila gejala yang dihadapi oleh bayi atau kanak-kanak berlangsung melebihi 48 jam, dan mereka tidak lagi aktif.   Banyak punca ceret beret di kalangan kanak-kanak dan bayi. Ia kebiasaannya disebabkan oleh keracunan makanan, iaitu jangkitan kuman melalui makanan, sama ada virus atau bakteria.   Ada kalanya ceret beret disebabkan oleh makanan tertentu seperti susu dan produk susu, ... Read More »

Kesuburan Sperma dapat dirawati dengan ProXeed Plus

Ramai lelaki yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya menjadi punca kegagalan untuk kehamilan isteri mereka. Pada hal ketidaksuburan yang berpunca dari lelaki menyumbangkan sebanyak 40-50% dari keseluruhan punca-punca ketidaksuburan di pasangan suami-isteri. (rujuk: Brugh VM, Lipshultz LI (2004). “Male factor infertility”. Medical Clinics of North America 88 (2): 367–85). World Health Organisation (WHO) telah menetapkan beberapa syarat untuk mendiagnosa air mani itu sihat. Antaranya: 1.  Jumlah spermanya tidak kurang 20 juta dalam satu milliliter (ml), 2.  Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml 3.  Total sperma yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 40 juta. 4.  Sekurang-kurangnya 60 % dalam bentuk yang normal 5.  Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup 6.  Sekurang dari 50% sperma yang aktif bergerak (ke depan atau belakang) 7.  Sekurang-kurangnya 25% yang bergerak aktif ke hadapan Saya sering juga ditanya mengenai masalah air ... Read More »

Senarai Produk Acaiberry beracun

    Ada produk kesihatan di pasaran yang didakwa dihasilkan berasaskan buah istimewa, acai beri dikesan mengandungi kimia beracun sibutramine selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).   Setakat ini, tiga produk berasaskan acai beri disahkan mengandungi racun berjadual itu termasuk jenama ABC Acai Berry Soft Gel, Acai Berry Dietry Supplement dan Acai Berry Slimming Herbal.     Lima lagi produk acai beri iaitu Acai 1000mg Soft Gel, Acai Berry Detox, Acai Berry Extreme, Acai Berry Pure dan Acai Supreme Plus pula didapati dibawa masuk secara haram dan tidak berdaftar dengan KKM.   Kewujudan bahan kimia berjadual dalam produk berkenan dikesan hasil ujian makmal terperinci dilakukan pakar Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) KKM sejak beberapa bulan lalu.     Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah Abdul Rahman dalam ... Read More »

Bengkak di cuping telinga

  Assalammualaikum dan salam Aidil Adha doktor, boleh tidak saya tahu di mana untuk dapatkan pemeriksaan dari doktor sendiri? Saya dapati ada semacam bengkak di cuping telinga saya. Baru perasan dua minggu lepas. Tiada kesan gigitan serangga, mungkinkah patang tulang? Tetapi tidak pula rasa sakit bila dipicit. Saya lebih selesa berjumpa doktor sebab doktor lebih memahami jiwa pesakit yang takut jarum dan takut mendengar berita buruk. Terimakasih.   Wa alaikum mus salam. Semoga ALLAH permudahkan saudara mencari rawatan.   Bengkakan pada cuping telinga saudara berkemungkinan akibat dari pembentukan kumpulan darah beku yang berkumpul di antara tulang rawan (cartilage) dan struktur yang melindunginya (perichondrium).   Bengkakan itu selalunya berada pada permukaan depan cuping telinga. Ia tidak menyebabkan rasa sakit apabila disentuh.   Selalunya disebabkan oleh kecederaan trauma sama ada kemalangan, atau ... Read More »

Perlukah tonsillectomy untuk anak saya?

  Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanyakan tentang masalah jangkitan tonsil yang alami oleh anak saya. Baru-baru ini anak saya dinasihatkan oleh pakar ENT untuk menjalani pembedahan tonsillectomy kerana sering  demam dan mengganggu persekolahan beliau. Tetapi suami saya pula ‘dicadangkan’ tidak dibuang tonsilnya semasa kecil dulu oleh pakar ENT juga, kerana jika dibuang tonsil itu, maka sukar untuk mengesan penyakit/tahap kesihatan dia. Saya menjadi keliru.   Wa alaikum mus salam. Saya masih ingat lagi satu peristiwa seorang ibu yang ‘educated’ membawa anaknya berjumpa dengan saya akibat jangkitan kuman pada tonsil anaknya.   Oleh kerana serangan kuman itu sangat teruk, sering berlaku (hampir setiap dua bulan) dan menjejaskan persekolahannya, maka saya mencadangkan agar menjalani pembedahan tonsillectomy.   Tidak semena-mena wanita tadi melenting.   “Doktor ! Saya hairan doktor di Malaysia ini. Semua ... Read More »

Ubat penahan sakit dan keguguran

“Doktor saya sering mengalami sakit kepala dan telah didiagnosakan oleh doctor sebagai migraine. Kadang kala saya tidak tahan menanggung sakit kepala saya, seolah-olah ada batu berat yang berada pada kepala saya. Adakalanya saya rasa mahu menghantukkan kepala saya bagi mendapatkan kelegaan. Sakit kepala sangat mengganggu kerja saya sehingga saya terpaksa MC beberapa hari dalam sebulan. Nasib baik saya menjalankan perniagaan sendiri. Doktor yang merawat saya telah memberikan ubat penahan sakit bagi meredakan sakit kepala saya. Ia sangat mujarab. Setiap kali saya sakit, saya akan cepat-cepat menelan ubat itu. Jika tidak saya akan menaggung sakit kepala sepanjang hari. Baru-baru ini seorang rakan memberitahu saya bahawa ubat penahan sakit ini boleh menyebabkan keguguran pada wanita yang hamil. Masalahnya saya baru berkahwin dan sedang hamil 10 minggu. Berita ini amat merisaukan saya. Adakah ... Read More »

Kekeringan faraj ketika hubungan intim

“Assalamu alaikum. Terlebih dahula saya mohon maaf kerana soalan saya agak sensitive. Oleh kerana masalah ini agak besar, saya harap doctor dapat menjawabnya dengan lapang dada. Saya berumur 43 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Masalah saya ialah saya tidak seronok lagi untuk melayan suami saya di ranjang. Setiap kali suami saya menghampiri saya, saya rasa trauma dan fobia. Ini kerana setiap kali beliau memasukkan batang zakarnya, saya merasai sakit. Saya telah memberitahu hal ini kepada beliau, tapi beliau agak tidak perduli dan tergopoh-gapah. Setiap kali lepas bersama saya akan merasa sakit ketika mandi membersihkan kemaluan atau sedang kencing. Bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya harap puan bersabar dengan ujian ini. Puan harus segera mencari penyelesaiannya kerana ia melibatkan hubungan suami dan isteri. Jika ... Read More »

Pembedahan ‘Knee Replacement Surgery’

  Ramai di kalangan orang Melayu yang agak spektikal bila disebut ‘pembedahan ganti lutut’. Saya boleh faham perasaan sebegitu. Kita sanggup menderita menanggung kesakitan pada sendi lutut ketika sedang tidur daripada menjalani pembedahan. Pembedahan ganti lutut adalah pembedahan yang sangat mengerikan.   Pada zaman sekarang, sakit sendi lutut bukan saja dialami oleh orang tua, tetapi juga orang muda yang aktif bersukan, wanita yang berumur dan individu yang obese.     Penyakit lutut, yang dikenali sebagai osteoarthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit akibat sendi semakin lusuh) yang melibatkan struktur dalam sendi iaitu tulang rawan cartilage dan ligament yang berada dalam sendi.   Apabila tulang rawan cartilage semakin menipis dan lusuh, dan lendiran pelicir synovial fluid dalam sendi semakin berkurangan mengakibatkan permukaan tulang dalam sendi bergesel antara satu sama lain.       ... Read More »

Eczema atau psoriasis?

“Doktor, saya sekarang menjadi keliru.” “Mengapa pula?” “Ada doctor kata saya mengalami sakit eczema, ada yang kata saya kena psoriasis” kata pesakit saya sambil menunjukkan ruam merah di tangannya. “Sudah lima orang doctor, saya jumpa. Yang peliknya semua berikan ubat yang serupa. Ubat sapu, ubat pil gatal dan ubat pil alahan” “Mana satu yang betul, doctor?”   Saya memeriksa semula ruam yang dialami beliau.   “Ubat untuk eczema dan psoriasis  adalah hampir sama kerana kedua-duanya berpunca dari alahan pada kulit. Jangan risau tentang itu”   “Yang penting ubat-ubat itu harus mengikut nasihat doctor kerana ubat-ubat ini mengandungi steroid bagi mengurangkan tindakbalas alahan. Jadi doctor kena pantau, jika tidak dibimbangi kesan mudarat akan berlaku” Banyak kali saya ditanya mengenai perbezaan antara eczema dan psoriasis. Ia adalah suatu cabaran bagi doctor juga ... Read More »

Suplemen Glucosamine dan Chondroitin untuk pesakit arthritis lutut

Seorang rakan FB, seorang wanita berusia 50an mengadu bahawa dia mengalami alahan pada ubat penahan sakit NSAID. Dia sekarang mengalami sakit sendi lutut yang keterlaluan. Setiap pagi dia mengalami masalah untuk membengkokkan sendi lututnya.   Doktor yang memeriksa beliau mengatakan beliau mengalami arthritis lutut, osteoarthritis (OA). Dia bertanyakan kepada saya tentang pilihan yang beliau ada untuk mengurangkan rasa sakit sendi lututnya setiap pagi.   Penyakit osteoarthritis  selalunya berlaku akibat peningkatan umur. Oleh itu ia selalu disebut sebagai penyakit “degenerative”, dan mula dikesan apabila seseorang mengalami sakit (pada sendi atau pada tulang belakang), rasa sukar menggerakkan sendi (“stiff joints”) atau mengalami kecederaan sendi yang berulang.   Apabila usia bertambah, tubuh tidak dapat memperbaiki kerosakan yang berlaku dalam tubuh (terutamanya sendi) dengan berkesan. Ini kerana  Glucosamine Sulphate (GS) yang merupakan bahan semulajadi ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal. Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami ... Read More »

Pesakit Jantung boleh memanfaatkan Q10

As salam mu alaikum, doctor saya mohon penjelasan, kakak saya berumur 38 tahun, baru keluar dari wad pesakit jantung, kerana doktor mengesyaki beliau mengalami masalah kerosakan injap jantung. Namun begitu temujanji bagi echocardioscan hanya dilakukan pada bulan April 2013. Ubat apa yang perlu diambil untuk menguatkan injap jantung beliau? Wa alaikum mus salam, Saya berharap kakak puan bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan kerana di sebalik ujian ini ALLAH mahu berikan banyak kebaikan yang tidak dapat kita fikirkan. Saya juga berdoa agar ALLAH juga permudahkan usaha puan dan kakak puan untuk mendapatkan kesembuhan. Saya percaya doktor pakar jantung telah memberikan ubat-ubatan untuk kakak puan untuk dimakan. Ubat-ubat ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan symptom-simptom penyakitnya, seperti mudah sesak nafas, mudah rasa penat dan sakit dada. Ia harus diamalkan sehingga temujanji ... Read More »

Dos Vitamin C yang dibenarkan?

Ramai yang keliru dengan dos vagi vitamin C yang selamat diambil setiap hari. Jika kita melihat  label pada botol suplemen Vitamin C yang dijual di farmasi, kita kadang kala juga menjadi keliru Ada yang melabelkan sebagai 200mg, da nada yang mencecah 500mg bagi setiap tablet pil. Malah ada yang mencecah 1000 mg. Saya tidak menafikan masih terdapat perdebatan di kalangan ahli sains mengenai dos yang dibenarkan untuk mendapat manfaat yang terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia. “Linus Pauling Vindicated; Researchers Claim RDA For vitamin C is Flawed” (Press release). Knowledge of Health. July 6, 2004. Walau bagaimana pun, mengikut North American Dietary Reference Intake, dos yang dicadangkan yang ialah 100 milligram sehari dan tidak melebihi 2 grams (2,000 milligrams) sehari bagi orang dewasa yang sihat. Bagi manusia yang sihat, pemakanan yang ... Read More »

Bahaya Mengambil Vitamin C secara berlebihan?

Saya terperanjat apabila ada beberapa orang ‘pesakit’ yang datang ke klinik. Mereka sebenarnya bukanlah mengalami apa-apa penyakit, cuma meminta saya menyuntikkan vitamin C secara intravenous (masuk terus ke dalam darah). Saya melihat dose ampule suntikan itu, dan menggeleng kepala. Dos vitamin C dalam ampule agak tinggi,  sedangkan dos yang biasa dicadangkan adalah lebih kurang dari 100 mg saja. “Apa keperluan puan menyuntik sebegini banyak vitamin C ke dalam tubuh?” “Untuk kecantikan kulit, doktor..” “Tapi adakah doktor yang menjualkan produk ini memberitahu tentang kesan sampingan dan bahayanya?” “Bahaya ke doktor kalau menyuntik vitamin C?” Kesian kerana dia tidak pernah terfikir akan kesan jangka panjang. Saya menggeleng-geleng kepala. “Minta doktor yang menjual produk ini menyuntik sendiri pada awak. Saya bimbang jika produk ini diambil tanpa kawalan dan penyeliaan, puan mungkin mengalami bahaya” ... Read More »

Bahaya ubat Epilim (sodium valproate) ketika hamil

  Assalamualaikum doktor, maaf mengganggu. Sekarang saya sedang hamil anak pertama 5 minggu. Saya didiagnosakan sebagai pseudoseizure dan diberikan ubat Epilim 200 pada usia 13 selepas kemalangan jalanraya. Apabila memasuki university saya tidak pernah mendapat serangan epilepsy dan doktor telah mula kurangkan dosnya. Sekarang saya tidak lagi menggunakan pil itu. Saya ingin bertanya jika saya masih berisiko untuk mengalami komplikasi ubat itu ketika hamil.   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil.   Untuk pengetahuan puan, ubat Epilium yang diberikan doktor mengandungi bahan aktif sodium valproate, yang digunakan untuk merawat epilepsy (sawan).   Dalam otak kita terdapat jutaan saraf-saraf yang berhubungan antara satu sama lain dengan memancarkan signal elektrik (impulse).   Apabila terdapat  impulse yang dikeluarkan secara tidak normal dan berulang-ulang dalam otak, maka ... Read More »

Psoriasis boleh diwarisi?

Salam doctor, Saya bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan saya menghidap penyakit kulit yang serius iaitu Psoriasis selama 10 tahun, terutama pada kaki, badan dan kulit kepala. Adakah bakal zuriat saya nanti akan mengalami psoriasis juga ? Adakah ia penyakit genetik ? Sekian .   Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh pasangan puan dan mengucapkan tahniah atas kesabaran beliau menghadapi ujian itu selama ini.   Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan puan kerana ia adalah kebarangkalian yang belum dapat dipastikan.   Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)   ALLAH AWT berfirman lagi “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui ... Read More »

Craniosynostosis – Kecacatan tulang tengkorak

As salam mu alaikum doktor, saya ada 2 org anak yang mempunyai masalah CRANIOSYNOSTOSIS yang berumur 1tahun 8bulan dan sorang lain berusia 8 bulan. Saya mohon pendapat doktor, kenapa masalah ini tidak boleh dikesan semasa hamil & adakah saya akan mendapat bayi yg ada masalah yang sama jika saya hamil semula? Harap doktor dapat membantu .   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar menghadapi ujian dari ALLAH.  Sabar adalah ubat bagi hati dan motivasi yang kuat untuk kita semua.   Dalam al Quran, ALLAH berfirman : “Orang-orang yang bersabar itu ialah mereka yang apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,’ Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada ALLAHlah kita akan dikembalikan’. Mereka ini beroleh rahmat dan kebaikan dari ALLAH ... Read More »

Air tuban atau air kencing?

“Assalamu alaikum.. Saya hamil 20 minggu. Bila saya batuk atau bersin kuat, saya perasan seluar dalam saya akan basah. Walau bagaimana pun ia tidak sering belaku. Saya sangka ia disebabkan ‘leaking’ air tuban. Tetapi bidan terlatih mengatakan ia bukan air tuban. Saya keliru..”   Wa alaikum mus salam. Agak sukar untuk menentukan sama ada cecair yang keluar itu adalah air tuban atau air kencing. Kalau mahu menilai dari segi fizikal, air kencing mungkin lebih berbau lebih hancing. Tetapi ia bukanlah suatu kemestian, kerana kuantiti air kencing yang sedikit ada kalanya tidak bersifat hancing. Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doctor pakar O&G agar pemeriksaan ultrasound dapat dilakukan. Untuk sementara waktu hadkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan keadaan lebih bertambah teruk. Pemeriksaan ultrasound juga dapat menentukan sama ada air tuban yang ... Read More »

Bayi mempunyai kembar di dalam abdomennya.

  “Mulanya disangka ketumbuhan di abdomen pada bayi berusia dua bulan, rupanya ‘ketumbuhan’ itu adalah kembarnya”, begitulah berita yang dikeluarkan dalam akhbar di Pakistan yang say abaca secara on-line.   Sekumpulan pakar bedah kanak-kanak (paediatric surgeons)di Hospital Kanak-kanak,  Pakistan Institute of Medical Sciences (PIMS), berjaya melakukan pembedahan pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 pada seorang bayi yang disangka mengalami ketumbuhan dalam abdomennya.   Pembedahan yang dijalankan selama tiga jam yang diketuai oleh Professor Zaheer Abassi, ke atas bayi yang bernama Amna, anak perempuan kepada Lakhmir Khan, dilahirkan dengan perut yang membesar. Sebelum ini, bayi ini mengalami ceret beret dan muntah semenjak dilahirkan.   Doktor yang merawat Amna akhirnya merujukkannya ke hospital itu.   Amna adalah anak ke empat, dan ibu bapa mereka adalah mempunyai talian sepupu. Sebelum ini ibu Amna yang ... Read More »

Kesan Coenzyme Q10 Pada Riadah Sukan

Saya bersama seorang rakan lama yang meminati sukan berbasikal jarak jauh. Sudah banyak wang yang dilabur untuk minat ini. Dia mengadu rasa cepat penat ketika berkayuh, berbanding dengan rakan-rakan pengayuh yang muda. Faham-faham sajalah apabila umur sudah memasuki 40an. “Doc, bolehkah saya ambil suplemen untuk menambahkan kekuatan tenaga saya?” Saya cuba menduga beliau. “Suplemen apa ?” “Anabolic steroid..!” “Bro, itu bukan suplemen. Itu racun… bahaya kalau gunakan tanpa pemantauan” Saya menggeleng-gelengkan kepala. Seorang rakan bina badan mengalami kesukaran untuk menimang cahaya mata setelah berbelas tahun berkahwin, mungkin akibat suntikan steroid anabolic yang diambil untuk memperkasakan tubuhnya. “Apa pilihan yang i ada?” “Multivitamin bagus terutama yang mengandungi elemen superti zink, dan selenium kerana ia membantu enzime meningkatkan penghasilan tenaga” “I sudah biasa ambil multivitamin, dok. Tapi macam tak berkesan” Akhirnya saya ... Read More »

Debaran mengganggu perasaan

    “Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan saya makan CAFFOX…sakit kepala tu hilang….tetapi saya sukar untuk tidur. Jantung saya berdebar laju…dan kadang-kadang rasa kebas pada tangan. Saya telahpun membuat pemeriksaan jantung ECG..jantung saya berdebar kencang 100 lebih…entahlah ... Read More »

Migraines tidak menyebabkan kegemukan

    Wanita yang penghidap migraines tidak mempunyai risiko untuk mengalami risiko menjadi gemuk, walau pun secara teorinya, migraine menyumbangkan ke arah kegemukan secara tidak langsung. Antara sebabnya ialah kerap sakit kepala  menyebabkan seseorang tidak dapat melakukan riadah.     Satu kajian yang dilakukan oleh Department of Medicine, Brigham and Women’s Hospital, Harvard Medical School, Amerika Syarikat, mendapati wanita penghidap migraine mengalami peningkatan purata sebanyak 4.5 kg, sama seperti wanita yang tidak menghidap migraine selepas 13 tahun.   Kajian ini melibatkan 19,162 wanita yang bekerja sebagai ‘professional kesihatan’ yang berumur 25 tahun ke atas, dan mempunyai berat yang normal (BMI<25). Seramai   3,500 orang penghidap migraines. Selepas 13 tahun, 41 peratus wanita-wanita ini mengalami kegemukan (25<BMI >30 ) sementara 4 peratus dari mereka mengalami obesity (BMI>30).   Secara perbandingan wanita yang ... Read More »

Ubat lactulose untuk mengatasi sembelit

Lactulose adalah gula synthetic yang digunakan  untuk merawat sembelit yang teruk (chronic constipation).   Cernaan lactulose, carboxylic acid,  yang dihasilkan  oleh bakteria pada hujung saluran usus besar (colon), tidak dapat diserapkan  ke dalam usus malah  menyebabkan air bertambah banyak di dalam najis dan menjadikannya lembut.   Lactulose juga digunakan untuk merawat buasir (hemorrhoids) kerana najis yang lembut, mudah dikeluarkan tanpa perlu meneran.   Lactulose juga dianggap sebagai prebiotic kerana ia menggalakkkan perkembangan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium dalam usus dan secara tidak langsung mengurangkan perkembangan Escherichia coli dan Staphylococcal dalam najis.   (rujuk: Shukla, S.; Shukla, A.; Mehboob, S.; Guha, S. (2011). “Meta-analysis: The effects of gut flora modulation using prebiotics, probiotics and synbiotics on minimal hepatic encephalopathy”. Alimentary Pharmacology & Therapeutics 33 (6): 662)   Lactulose selamat digunakan ... Read More »

Haramkan loket radioaktif

  Saya pernah menulis isu bahaya memakai loket  yang dibeli dengan harga mahal tetapi tidak mempunyai manfaat kesihatan. Malangnya saya diserang , diugut untuk disaman dan dicaci maki dalam FB. Saya dituduh menyekat rezeki orang. Tidak kurang yang mengatakan saya menfitnah.. Padhal pada waktu itu saya hanya mahu berkongsikan info dari salah seorang ‘orang kuat’  Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) Malaysia.   Saya masih ingat malam itu saya dibuli secara mental oleh penjual-penjual loket  itu (dari salah satu syarikat MLM), secara beramai-ramai. Sehingga 4 am saya masih menerima kutukan dan cacian, sehingga isteri saya menasihatkan saya agar memadamkannya kerana emosi saya sangat terganggu.   Pada hari ini 6 September 2012, satu kenyataan akhbar dari CAP di Sinar Harian telah memulihkan semangat saya kembali… Alhamdulillah.   Berikut adalah petikan akhbar  SINAR HARIAN ... Read More »

Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

  Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Wa alaikum mus salam.   Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk.   Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan.   Zaditen sama ada yang berbentuk pil atau cecair, mengandungi bahan aktif yang dinamakan ketotifen hydrogen fumarate, yang merupakan sejenis ubat antihistamine.   Zaditen digunakan bagi merawat dan menghalang tindak ... Read More »

Kaitan migraine dan stroke

Kaitan migraine dan stroke   Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa terdapat berita yang mengatakan bahawa kebarangkalian orang yang menghidap migraine untuk diserang stroke,  dua kali ganda lebih tinggi dari orang yang tidak mengalami migraine. Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita.   Berita yang dikeluarkan oleh Reuters Health pada 2 Jun 2010 ini mengejutkan ramai pesakit migraine terutamanya wanita.  Ia dilapor memetik satu artikel dalam journal terkenal American Journal of Medicine. Walau bagaimana pun saya cuba mencari pautan journal tersebut tetapi gagal. Pautannya terputus.   Sebelum ini banyak kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat perubatan mengenai kemungkinan pesakit migraine diserang stroke.   Dalam satu artikel yang diterbitkan di British Medical Journal (BMJ), mendapati bahawa migraine mungkin menyumbangkan risiko serangan stroke.  Penulis artikel itu memberitahu bahawa perbandingan wanita yang berumur 45 ... Read More »

Mengesan Duchenne Muscular Dystrophy ketika hamil

    As salam mu alaikum doktor,   Dua minggu lepas 2 orang anak lelaki kakak saya telah diagnose sebagai penghidap Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Selama yang saya ketahui tiada susur galur keturunan saya yang mengidap penyakit ini. Saya dimalumkan bahawa penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang jarang dihidapi dan ia adalah penyakit genetik. Perlukah saya atau anak lelaki saya melakukan ujian utk mengesan sama ada saya juga adalah pembawa DMD/pengidap DMD? Sekiranya saya hamil, perlukan saya memberitahu pakar sakit puan tentang penyakit ini supaya ujian pengesanan dapat dibuat?   Terima kasih.   Walaiakum mus salam, Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH permudahkan puan menjalani ujian ini.   Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) adalah penyakit yang dibawa melalui genetik, iaitu X-linked recessive gene. Ini ... Read More »

Minyak EPO dan Menopause.

  Saya meragui keberkesanan Evening Primerose Oil sebagai suplemen bagi wanita yang sedang mengalami menopause.   Saya mengakui bahawa gejala-gejala menopause kadang kala menyebabkan seorang wanita agak terganggu dalam menguruskan kehidupan sehariannya.     Antara gejala dan tanda-tanda itu ialah:   1.rasa panas badan 2.sakit pada payudara 3.rasa kurang bernafsu untuk bersama suami 4.kitaran haids yang tidak teratur 5.rasa kekeringan pada faraj ketika bersama suami 6.ada kalanya mengalami masalah membuang air kencing, seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing 7.mood yang berubah-ubah 8.mengalami masalah tidur   Saya ada menulis dalam artikel sebelum ini di http://drzubaidi.com/blog/?p=2951   Unsur aktif dalam EPO adalah asid lemak omega-6 yang dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA akan ditukarkan kepada bahan yang dikenali sebagai prostaglandin E1 yang boleh ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!