Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Motivasi

Category Archives: Motivasi

Segera menyahut jika kita sayang

SEGERA MENYAHUT JIKA KITA SAYANG   Seorang suami bertanya pada isterinya : ” Sudah solat asar ke?” “Belum” jawab isterinya ringkas.   Suami bertanya lagi : “Kenapa belum solat ?”   Lalu isterinya menjawab : ” Saya baru sahaja balik, badan letih sekali dan saya tertidur tadi “   Suaminya menjawab : ” Baiklah … Bangun dan solatlah asar dan maghrib sekaligus. Sebentar lagi sudah masuk waktu Isyak “   Pada keesokan harinya suami pergi untuk bertugas ke Singapura. Si suami selalunya akan menelefon isterinya bila telah sampai ke destinasi. Si isteri menunggu panggilan telefon berjam-jam dari suaminya. Namun si suami tak juga menelefon.   SMS atau whatapp singkat pun tidak ada. Si isteri pun mulai risau. Selalunya suaminya akan menghubungi segera apabila sudah sampai. Si isteri mula membuat berbagai ... Read More »

Jangan cepat sangka buruk terhadap nasib kita

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA     Ini adalah pelajaran tauhid yang sangat bernilai.   Dahulu kala, ada seorang lelaki arab memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah. Ramai yang cuba membeli dari lelaki ini, namun dia tidak mahu menjualnya.   Suatu hari, seorang saudagar kaya dari bandar ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sepuluh ganda dari harga yang biasa ditawarkan.  Lelaki itu masih tidak mahu menjualnya. Teman-temannya mengejek karena dia tidak menjual kudanya.   “Rugi kamu tidak jual kuda putih itu. Mana tahu kuda kamu akan mati esok hari” kata mereka sambil tertawa.   Keesokan harinya, dengan takdir ALLAH kuda itu hilang dari kandangnya. Puas dia mencari serata kampung namun tidak ditemui. Dia pun balik ke rumah sambil berdoa, “Semoga ALLAH ... Read More »

Cara menguruskan kemarahan

CARA MENGURANGKAN KEMARAHAN   Salah satu cara untuk mengawal kemarahan , selain kita mengingati ALLAH SWT dan mengambil wudhu’, ialah dengan cara mengamalkan “konsep diam dan berfikir “.   Konsep ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan dengan cara rasional. Dengan ini kita dapat berfikir secara rasional tentang diri kita. Oleh itu, konsep ini sangat membantu diri menjadi rasional semasa marah.   Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:   1) Diam   2) Berfikir     Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.   Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.   1. Mengapa aku perlu marah?   2. Apakah kesan kemarahan ... Read More »

Kisah penjual tempe

KISAH PENJUAL TEMPE     Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari… Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ... Read More »

Sabar mengharungi kehidupan

SABAR MENGHARUNGI KEHIDUPAN     Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya. “Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.” Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya. “Saya akan bekerja selama mana yang saya mau ... Read More »

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

  Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya.   Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri)   Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya.   Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka.   Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita semula. Ia akan memberi kesan kepada jiwa kita yang selama ini mungkin gagal untuk meraih satu kejayaan kerana kita terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling ... Read More »

NOTA KAUNSELING: MUSIBAH MEMBUKA PINTU BARU DALAM HIDUP KITA

NOTA KAUNSELING Kadang-kadang kita merasakan keberuntungan hidup tidak menyebelahi kita. Pintu kebahagian telah tertutup. Sebenarnya inilah masa untuk kita bergerak ke hadapan. Masa untuk kita meneruskan hidup. Dan percayalah bahawa keberuntungan hidup dan kebahagian itu berada di hujung jalan yang baru kita pilih. Musibah hidup memaksa kita bergerak kerana selalunya kita tidak akan bergerak atau berubah jika kita tidak dipaksa. Apabila kita dilanda ujian dan musibah serta menghadapi masa yang sukar, selalu beritahu diri bahawa semua yang diberikan oleh ALLAH mempunyai tujuan dan hikmah. Cuma kita belum melihatnya lagi atas keterbatasan fikiran kita. Kesakitan dan kesusuahan yang dialami adalah mainan fikiran. Katakankan bahawa kita redha dengan ujian ALLAH ini dan berdoalah agar ALLAH menunjukkan kebaikan dan hikmah atas apa yang telah berlaku. Nescaya segala ujian yang diberikan tidak lagi akan ... Read More »

Mengapa isteri suka dipeluk

    Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan ... Read More »

Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

  Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi.   Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah. Begitulah rutinnya. Selepas pemeriksaan terakhir dibuat, 3 bulan selepas kalau tak silap saya, doktor sangat terkejut. Doktor tidak menjumpai di mana kanser tersebut! Sehinggakan doktor berkata ‘Where is your ... Read More »

Pengalaman Pesakit SLE Kedua

Saya didiagnos SLE pada tahun 1991 setelah hampir setahun sakit dan doktor yg merawat ketika itu tidak dapat kenalpasti penyakit saya. Setelah didiagnos saya dirawat dgn steroids akan tetapi buah pinggang saya gagal pada tahun 1993. Saya menjalani hemodialysis selama 5 tahun. Dari saya mula didiagnos dan diberitahu bahawa penyakit ini tiada ubat, keluarga saya tak henti2 ikhtiar. Bermacam2 ubat tradisional dan pemakanan yg dicuba. Ubat doktor tidak pernah tinggal. Doa serta solat hajat apatah lagi. Ini kerana kita yakin apa yg tertera dlm Quran tentang setiap penyakit ada penawar. Keadaan saya ketika hemodialysis memang agak teruk dan tidak stabil. Kerap dimasukkan wad. Perasaan saya ketika itu memang sedih dan tertekan. Lebih2 lagi bila doktor mengatakan saya terpaksa dirawat hemodialysis seumur hidup. Ini krn tidak bole transplant memandangkan SLE tidak bole ... Read More »

Jangan hanya mengira sengsara dan bencana tanpa menghitung nikmat dan bahagia

Dalam kehidupan kita, sering kali kira mengira berapa banyak kerugian, kemalangan dan kekurangan yang kita ada, sedangkan jika dicampur ketiga-tiga hal ini tidak sampai 1% jika dibandingkan dengan  nikmat kurniaan ALLAH yang berupa kesenangan, rezeki, kenikmatan, keuntungan, kebahagiaan, dan pelbagai lagi kurniaannya.   Kita sering mengenang nasib kita yang malang, tanpa menyedari ALLAH telah banyak memberikan kenikmatan sebelum ini.   Seorang lelaki yang kehilangan kasutnya dan terpaksa ‘berkaki ayam’ ditanya perasaannya ketika mengetahui bahawa kasutnya telah dicuri, dia segera menjawab, “Saya bersyukur, walaupun kasut saya telah ditakdirkan hilang tetapi saya masih diberikan kesempatan menikmati lagi kedua belah kaki saya yang masih kuat”   Semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, ketika berada di jabatan orthopaedic, saya sempat menyaksikan seorang pesakit diabetis yang baru sedar dari pembedahan dipotong sebelah ... Read More »

SYUKUR adalah motivasi terbaik

  Saya menganggap diri saya sebagai kurniaan ALLAH yang sangat berharga dan saya sangat bersyukur atas segala pemberian nikmatNYA. Saya bersyukur dengan nyawa, kehidupan, bakat dan rahmat yang diberikan. Saya juga bersyukur dengan jutaan kurniaan yang tidak dapat saya hitung dari mula saya dilahirkan sehingga kini.   Setiap saat, jutaan nikmat, rahmat dan kasih sayang ALLAH yang saya perolehi, menyebabkan saya rasa bermotivasi untuk menunjukkan kesyukuran dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya ada untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.   Saya menganggap diri saya sebagai bekas pelajar yang biasa dan sederhana. Saya tidak memperolehi ‘straight As’ sebagai mana rakan-rakan saya yang cemerlang dalam akademik mereka.   Saya percaya mereka telah dianugerahkan dengan kecerdikan yang luar biasa, mampu menghafal dengan sekali bacaan, mudah memahami apa yang diajar dengan mudah dan mempunyai ... Read More »

Hidup bersederhana tapi ada banyak wang

    Dengan kenaikan harga petrol dan barang makanan yang melonjak, ramai pekerja dalam golongan pertengahan merasa sangat tertekan. Ini kerana peningkatan harga menyebabkan nilai wang yang mereka ada semakin mengecil.     Kalau dulu jika pergi pasaraya Giant, wang sebanyak RM100 boleh penuh troli yang ditolak dengan barang-barang keperluan yang dibeli. Sekarang tidak lagi. Dengan RM100 setengah troli pun tidak dapat dipenuhkan.     Peningkatan harga barang yang mendadak, serta gaji yang tidak pernah dinaikkan setara dengan peningkatan harga barang dan komitmen kepada keluarga semakin bertambah, menyebabkan perbelanjaan kebanyakan kita melebihi pendapatan yang sedia ada.     Di akhir bulan tidak tidak mempunyai lebihan untuk disimpan, malah itu sudah dikira bernasib baik kerana ramai di antara kita yang semakin banyak berhutang di hujung bulan.     Jadi tidak hairanlah ... Read More »

Tepislah bisikan hati yang negatif

    Apa saja pemikiran yang terlintas adakalanya akan masuk ke otak bawah sedar kita, walaupun tanpa kebenaran kita dan tanpa kita sedari. Pemikiran ini akan menguasai perasaan dan emosi kita. Apatah lagi jika kita seorang yang sangat visual, boleh membayangkan sesuatu.   Sebagai contoh apabila kita berjalan di sebuah perkuburan, ada pemikiran dan bisik hati bahawa terdapat hantu di kawasan itu. Pemikiran dan bisik hati ini akan masuk ke pemikiran bawah sedar, bergaul dengan emosi kita.   Maka kita mula merasakan satu perasan seram dan takut. Bagi orang yang mempunyai kekuatan visual pula segera membayangkan rupa bentuk hantu yang telah masuk ke pemikiran sebelum ini, dengan melihat cerita-cerita hantu.   Perasaan takut ini menjadi lebih parah jika kita mempercayai pemikiran atau bisik hati yang masuk ke pemikaran bawah sedar ... Read More »

“The Kung Fu Panda”

    Apa yang saya belajar dari video “The Kung Fu Panda”…   Video “Kung Fu Panda” mempunyai banyak pengajaran yang tersirat dan tersurat, sesuai ditontoni oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mencari inspirasi dalam kehidupan. Ia mengajar erti takdir (destiny) dan percaya pada kebolehan sendiri (the power of self-belief).   Ia adalah suatu kisah “dari zero kepada hero” apabila seekor Panda bernama Po yang membantu ayahnya di restoren akhirnya menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior.   Po sangat meminati pahlawan ‘Furious Five’ iaitu Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey dan berangan-angan untuk menjadi seperti mereka. Tetapi hasratnya dihalang oleh bapanya yang mahukan dia mengambil alih restoren yang diusahakannya. Apatah lagi bentuk tubuh Po tidak sesuai untuk menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior.   Po berkeras untuk sendiri upacara pemilihan pahlawan ... Read More »

Keguguran Berulang

  SOALAN: “Saya baru sahaja keguguran seminggu lalu. Kandungan saya mencecah dua bulan setengah. Masalah saya ini keguguran kedua. Keguguran pertama juga kandungan saya masuk dua bulan. Kedua-duanya turun sendiri bersama sarung. Saya juga tidak menggunakan kaedah D&C kerana menurut doktor rahim saya sudah kosong dan bersih.  Saya ingin bertanya doktor adakah disebabkan janin saya atau rahim saya tidak kuat. Suami saya juga kuat mengambil ubatan seperti ubat asma. Adakah itu juga puncanya?”   Keguguran sering berlaku di awal kehamilan selalunya disebabkan masalah ‘janin yang tidak kuat’secara gentiknya. Keguguran yang puan alami juga bukan disebabkan oleh ubat asma yang diambil oleh suami puan.  Saya mencadangkan puan meneruskan pengambilan folik asid untuk memberi banyak kebaikan kepada ibu dan janin.   Jika puan mengalami keguguran yang berulang, saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan ... Read More »

Ujian Kesihatan Memerlukan Kesabaran

Tawakal bermakna berserah kepada Allah dengan sebulat hati, atas takdir yang ditentukanNYA setelah kita berusaha. Seperti mana seorang pelajar sedang menjalani pengajian di universiti. Setelah berusaha mendalami dan memahami bahan kuliah, maka tibalah masa untuk menghadapi peperiksaan. Maka pelajar itu menjawab soalan-soalan itu dengan cara yang terbaik. Akhirnya berserah dan menunggu sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh pensyarah. Begitu juga sebagai seorang hamba yang berusaha untuk memuaskan hati tuannya. Terserahlah kepada tuannya menilai pekerjaan yang dilakukan. Sabar dalam menerima keputusan yang bakal diterima setelah melakukan yang terbaik. Untuk mendapat kesembuhan penyakit, seorang pesakit harus berusaha mencari ubat dan rawatan terbaik buat dirinya. Selain itu kesabaran juga membantu proses penyembuhan penyakit. Saya melihat ramai pesakit yang tidak sabar dan sentiasa merungut terus menderita kesakitan berbanding dengan pesakit yang bersabar dan redha. ... Read More »

Penggunaan Perkataan ‘KITA’ Ketika Salah Faham

Saya sering ditanya melalui e-mail untuk mendapat nasihat dan panduan bagi pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga. Kebanyakan yang bertanya adalah suri rumah yang tidak tahan lagi dengan pertengkaran dengan suami mereka, sama ada yang hanya melibatkan ’verbal’ atau pertengkaran yang melibatkan kekerasan fizikal. Sayang sekali kebanyakan pertengkaran ini melibatkan pasangan yang masih muda dan tempoh perkahwinan mereka baru saja memasuki separuh dekad. Bagi pasangan muda seperti ini, konflik keluarga yang tidak diselesaikan dengan baik, ia boleh menjurus ke arah penceraian. Walaupun ada juga pertengkaran ini melibatkan pasangan yang lebih berusia, namun pasangan ini lebih matang ketika bertengkar dan mudah berdamai. ”Apakah nasihat doktor tentang ini? Perlukah kami berpisah?” Soalan yang pertama saya akan tanyakan, “ketika bertengkar, adakah puan dan suami menggunakan perkataan ‘kau’ dan ‘aku’ atau istilah pengganti ... Read More »

Mengapa Suami Bermalasan di Rumah

Dalam tubuh lelaki terdapat hormon kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki. Hormon ini bukan saja penting bagi menyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki, tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing, menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang serta mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami. Hormon testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormon testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya, malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya, tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga. Oleh itu jika isteri perhatikan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah juga bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang ... Read More »

Saya Tidak Tahu

“Encik ini doktorkah?” seorang rakan FB yang baru saya ‘approved’ bertanya di dalam ruangan chatting FB. Dengan merendah diri, saya menjawab, “Ya..” “Doktor merawat apa..?” Rasa macam malas nak melayan, tapi demi siratur rahim saya menyambung, “Saya merawat manusia..” “Doktor ini doktor pakar apa?” “Saya doktor tapi tak pakar..” “Kalau tak pakar, kenapa jadi doctor..” Fuh, boleh tahan loyar buruk. Saya segera memberi salam dan memadamkan komputer. Orang yang bijaksana adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan memberikan jawapan pada setiap soalan yang diberikan. Orang yang bijaksana akan bersifat berhati-hati dalam perbuatan mahupun perkataannya. Imam Ghazali memberitahu dalam kitab Ihya Ulumuddin mengenai akhlak orang yang bijaksana sebagai: “Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, ‘La adri (aku tidak tahu)’, jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, ... Read More »

Mengapa Lelaki Tidak Ingat Tarikh Perkahwinan?

“Doktor ingat tarikh perkahwinan?” saya ditanya oleh petugas di kaunter pendaftaran sarjana di UTM beberapa minggu lepas. Saya diam. Rasa malu. Tersengih. “Errr… boleh saya minta talian hayat. Saya nak call isteri saya” Saya bukan lelaki yang tidak peduli pada perkahwinan.  Cuma saya tidak dapat mengingati tarikhnya. Di waktu yang lain, ketika saya memeriksa seorang kanak-kanak yang demam kuat. Saya mahu memberikan ubat. Dosnya harus diberikan mengikut umur dan berat badan kanak-kanak itu. “Berapa umur anak encik  ni. Ingat tarikh lahirnya?” saya menyoal bapa yang membawa kanak-kanak ini. “Nanti saya tanyakan isteri saya..” jawapan yang serupa saya berikan dahulu. Kaum bapa bukan tidak sayang anak. Tetapi nombor pada tarikh-tarikh itu agak sukar diingat. Entah mengapa. “Mengapalah suami saya sukar mengingati tarikh lahir anak, tarikh perkahwinan dan tarikh-tarikh penting..” keluh seorang ... Read More »

Suami Isteri Perlu Berpelukan

Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan. Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan. Keperluan pelukan antara suami-isteri Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi. Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja ... Read More »

Azam Untuk Menurunkan Berat Badan

Sambutan tahun baru 2012 sudah selesai. Pada malam itu, saya berada di halaman rumah dan memerhatikan percikan bunga api yang jelas dari pusat bandar. Percikan itu naik ke ruang angkasa, berpecah kemudian meletup. Memberikan pemandangan yang menarik. Saya memandang muka anak saya yang kegirangan melihat percikan bunga api itu. Saya cuba mengaitkan percikan bunga api itu dengan kehidupan realiti. “Bila kita melihat percikan bunga api, elok juga kita menanamkan azam dalam hati..” Dia tercengang dengan penjelasan saya. “Sudah menanam azam?” Saya memandangnya. “Shafiq mahu dapat nombor satu.Tapi matematik susahlah abah.” Saya tahu kelemahannya dalam matematik dan saya tidak mahu dia berputus asa. Saya harus menanamkan semangat dalam hatinya. Terus berusaha. “Kalau dapat nombor tiga pun, abah sudah cukup bangga. Tahun ini masuk kelas 5 Bukhari, adalah pencapaian terbaik untuk tahun ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!