Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan

Category Archives: Fiqh Perubatan

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

HUKUM MINYAK IKAN YANG DIPROSES TANPA DIBUANG PERUT DA NAJISNYA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya ... Read More »

Cara Pengiraan Haid

CARA PENGIRAAN HAID “Saya ada menonton rancangan di tv oleh seorang ustaz mengenai cara pengiraan haid. Apa yg disampaikan betul-betul perkara baru bagi saya. Jadi saya makin keliru tentang pengiraan haid yang sebenar. Beliau ada beritahu wanita kena kira kitaran haid mengikut kalendar Islam bukan masihi. Beliau ada bagi contoh. misalnya kebiasaan wanita datang haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan datang haid pada 5 Ramadhan juga tetapi tidak datang pada 5 tetapi pada 7 misalnya, jadi 7 Ramdhan itu kena kira sebagai hari ke-3 datang haid bukan hari pertama. Tapi 2 hari yang suci itu boleh solat macam biasa. Boleh bantu saya memahami perkara ini.”   PENJELASAN:   Berdasarkan analisa kepada penjelasan ulama berkaitan kaedah pengiraan haid, para ulama hanya merujuk kepada bilangan hari dan mengikut kebiasaan seseorang ... Read More »

adakah proses induksi kelahiran selamat?

PROSES INDUKSI KELAHIRAN, ADAKAH IA SELAMAT?   “Salam doktor, saya sedang hamil 39 minggu. Menurut doktor jika tiada rasa sakit untuk hamil, berkemungkinan saya akan diinduksi proses kelahiran. Adakah ia selamat. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya semasa bekerja di wad persalinan (obstetric), iaitu soalan yang sama juga ialah adalah proses induksi kelahiran selamat? Tidakkah ia mengganggu proses kelahiran yang normal? Induksi kelahiran adalah proses permulaan kelahiran yang dibantu olrh doktor dengan beberapa kaedah dan ubat, agar selepas itu proses kelahiaran yang normal (dengan rahem mengecut) dapat dapat bermula. Tujuan proses induksi kelahiran ini, agar bayi yang masih dalam rahem cepat dikeluar setelah ia matang (lebih 38 minggu) dan mengelakkannya daripada mengalami masalah. Dengan itu pembedahan ceserean secara tiba-tiba (emergency) ... Read More »

Hukum menggunakan ethyl alkohol @ ethanol sebagai bahan antiseptik

HUKUM MENGGUNAKAN ETHYL ALKOHOL @ETHANOL SEBAGAI BAHAN ANTISEPTIK     Semasa saya bekerja sebagai houseman di sebuah hospital awam di selatan tanahair air, tugas yang agak mencabar ialah melakukan rutin mengambil darah setiap pesakit sebelum kami melakukan ward-round setiap pagi.   Tujuan pengambilan darah di waktu pagi ialah agar keputusan darah akan dapat diketahui dan dibincangkan ketika melakukan ward-round di waktu petang.   Pada satu pagi seorang pakcik telah dimasukkan ke wad kerana disyaki mengalami demam denggi. Saya memberi salam dan memberitahu beliau hasrat saya untuk mengambil darah.   Beliau enggan. Ini kerana cecair sapuan yang saya lakukan sebelum saya menyuntik dan mengambil darah mengandungi alcohol, yang mana haram digunakan.   Saya terdiam. Pakcik itu benar-benar marah dan menghalau saya. Saya mengalah dan berundur diri.   Saya berkata dalam hati, ... Read More »

Memahami konsep Istihalah (Pembahagian dan Model Istihalah dalam Proses Pembuatan Makanan)

PEMBAHAGIAN DAN MODEL ISTIHALAH DALAM PROSES PEMBUATAN MAKANAN   Kerancakan perkembangan sains dan teknologi secara tidak langsung menyebabkan para fuqaha lebih bersikap progresif dan peka dengan perkembangan yang ada.   Ini kerana sains diambil kira sebagai nilai semasa dalam menetapkan sesuatu ketetapan hukum yang lebih tepat. Ia selaras dengan dinamisme fiqh yang merentasi masa dan tempat terhadap penentuan persoalan-persoalan baru.   Pengaplikasian teori istihalah sebagai instrumen purifikasi alternatif dapat membantu dalam menyelesaikan beberapa polemik baru yang dikembangkan oleh kemajuan sains dan teknologi khususnya terhadap penghasilan dan pemprosesan makanan secara moden di Malaysia.   Walaupun begitu, ia memerlukan penelitian serta kajian yang lebih mendalam dan terperinci supaya pengaplikasiannya dapat dilakukan dengan berjaya.   Justeru, instrumen ini perlu dikembangkan dalam mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Sungguhpun begitu, para sarjana hukum Islam perlu ... Read More »

Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)

  KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa. 2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk ... Read More »

Pesakit mana yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

  “Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya.   Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit.   Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa.   Ini kerana amalan berpuasa sendiri mempunyai hikmah yang banyak. Pengamal perubatan silam memberikan preskripsi “berpuasa” sebagai rawatan pada kebanyakan penyakit. Berpuasa juga diakui oleh pengamalan perubatan moden ... Read More »

Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina anak kami. Mohon penjelasan, doktor dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sekadar untuk mengetahui jantina anak, tidak berdosa kerana jantina anak puan telah ditetapkan dan telah pun terbentuk ketika bayi puan masih dalam rahem. Zaman dulu ibubapa tidak mengetahui jantina anak, dan meminta pertolongan pawang yang menggunakan khidmat jin untuk mengetahui jantina bayi. Mereka ingin mengetahui kerana sangat menghendaki anak lelaki dan tidak mahu anak perempuan. Oleh itu ia adalah berdosa kerana: 1. menggunakan khidmat jin 2. berniat ... Read More »

Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Ulat Bagi Pesakit Luka Kronik

  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:   Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat:   فَقَالُوْا: “يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى؟” قَالَ: “تَدَاوَوْا، عِبَادَ اللهِ! فَإِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً. إِلاَّ الْهَرَمَ”. رواه ابن ماجه   Maksudnya: Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat (penyakit kami)?” Rasulullah bersabda, “Dapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah! Sesungguhnya Allah Yang ... Read More »

Demam yang lambat sembuh

  “Salam dr. Ibu saya sedang demam dan sudah dibawa untuk pemeriksaan doctor. Beliau telah mengambil ubat yang telah diberikan. Pada mulanya, demamnya macam sudah kebah tetapi kemudian panas semula. Semalam dan pagi ini suhu badan dia kadang kala sejuk kadang kala menjadi panas. Adakah normal? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Demam yang berulang adalah sesuatu yang bukan normal. Selagi belum belum mendapat kesembuhan, selagi itu ubat perlu diberikan.   Namun begitu ubat yang diberikan hanyalah asbab untuk kesembuhan. Kena yakin bahawa ALLAH yang menyembuhkan. Namun ALLAH meminta kita berusaha mendapat kesembuhan tanpa mengurangkan keyakinan kepadaNYA.   Abu Daud mentakhrîjkan daripada Usamah bin Syuraik: Maksudnya: “Bahawa segolongan orang Arab kampung bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah boleh kami berubat?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Berubatlah kamu, kerana Allah Ta‘ala ... Read More »

Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah “haram ” mengikut syariat Islam.   Tidak semua makanan yang mengandungi alcohol tidak dibenarkan.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi, cider buah-buahan termasuk epal. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.   Namun jika proses penapaian dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan makanan atau minuman yang memabukkan dan ... Read More »

Produk kosmetik dari bahan plasenta haiwan

  “Assalamu alaikum, doctor. Betul ke placenta yang digunakan di dalam kosmetik diharamkan dalam Islam, walaupun ia menggunakan placenta (uri) dari lembu atau biri-biri? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia, penggunaan uri atau plasenta yang berasal dari haiwan yang halal dimakan dan disembelih untuk bahan kosmetik luaran dan ubat sapuan hukumnya mubah (dibenarkan).   Namun, jika penggunaan plasenta berasal dari bangkai hewan halal (binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih dengan cara yang tidak sesuai dengan ketentuan syar’i) hukumnya haram.   Hukumnya sama seperti penggunaan soft gel yang diperbuat dari gelatin haiwan.   Jika uri atau plasenta itu diambil dari haiwan yang hidup setelah melahirkan anaknya, ia dianggap najis kerana ia telah berpisah dari tubuh haiwan tersebut. Maksudnya ia harus ... Read More »

Apakah itu Perubatan Islam?

  Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin   Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, saya ada saudara yang menganggap bahawa kita tidak patut mengambil berubat dengan ubat-ubat yang lain dari yang Nabi s.a.w dah ajar. Dia kata perubatan Islam seperti ubat-ubat nabi sudah sempurna. Ubat-ubat hospital atau orang putih itu tidak sesuai dengan orang Islam. Orang Islam patut pegang ubat Islam, bukan ubat kafir. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?   Maslina, Jerantut.   Jawapan Dr MAZA: Maslina, sikap saudara puan/cik yang ingin menghayati ajaran Nabi s.a.w itu amatlah baik. Namun, beliau memerlukan kefahaman terhadap Islam yang lebih jelas dalam masalah ini. Perkataan perubatan Islam itu sendiri memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas Islam itu sendiri. Untuk itu maka saya ingin menyentuh beberapa perkara berikut;   1. Tiada ... Read More »

Memotong kuku semasa hadas besar

      “Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?”   Dijawab oleh  Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad,   Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.   Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu ... Read More »

Apakah penyusuan ibu boleh dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.” Ayat ini hanya berupa panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya. Al-Imam al-Qurtubiy ketika ... Read More »

Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih

  “Assalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya.  Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya berusia 12 minggu. Sehingga saat ini, walaupun hamper setahun, saya berasa sangat sedih. Mohon nasihat doctor”   Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan kehilangan yang puan alami dan percaya, ALLAH memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNYA walaupun ia kelihatan merugikan kita.   ALLAH SWT pasti menguji setiap manusia yang mendakwa mereka muslim yang beriman. Tujuan diadakan ujian ini bagi membezakan mana di antara manusia yang benar-benar beriman dengan manusia yang hanya mengaku beriman.   Setiap pinjaman berupa ... Read More »

Hukum Gelatin dalam Ubat

      Penggunaan gelatin telah digunakan begitu lama dan secara meluas dalam industri makanan, kecantikan dan perubatan.  Di hospital dan klinik, gelatin digunakan dalam bentuk kapsul ubat dan kapsul lembut seperti yang kapsul minyak ikan dan extrak minyak zaitun.   Sementara dalam industri makanan ia digunakan dalam penyediaan gula-gula, coklat, yogurt, keju, mentega, aiskrim, makanan pencuci mulut segera seperti agar-agar dan pudding, dan gula-gula getah.   Isu utama di sini adalah bolehkan pesakit Muslim menggunakan ubat yang mengandungi kapsul yang diperbuat dari gelatin? Adakah ia halal?   Kapsul ubat menggunakan gelatin yang dihasilkan dari proses pengasingan protein kolagen yang diambil dari tubuh haiwan. Protein kolagen ini diperolehi dari sumber kulit, tulang, dan tendon haiwan. Dalam teknolgi terbaru, pengeluar gelatin boleh menghasilkan gelatin dari beberapa jenis tumbuhan rumpai laut atau ... Read More »

Hukum membuang jari lebih

Soalan: Assalammualikum…Anak lelaki saya dilahirkan dengan mempunyai jari lebih di setiap tangan dan kaki. Sekarang dia berumur 14bulan. Doktor menyarankan semua jari lebih itu dibuang, supaya besar nanti dia tak merasa rendah diri atau malu di ejek kawan-kawan. Apa pendapat ustaz tentang masalah saya ini. Jawapan: Melakukan pembedahan untuk memperelokkan tubuh ada dua jenis; 1. Pembedahan yang dilakukan untuk tujuan membaiki kecacatan di badan sama ada kecacatan itu timbul kerana kekurangan suatu anggota atau kerana ada lebihan pada anggota di luar dari kebiasaan. Pembedahan sebegini diharuskan kerana ia bukan bertujuan mengubah ciptaan Allah, akan tetapi mengembalikan ciptaan Allah kepada keadaan normalnya. Namun hendaklah dipastikan pembedahan itu tidak menimbulkan mudarat lebih besar (perlu nasihat doktor). Bagi anggota lebih, jika tidak menimbulkan mudarat atau kesulitan pada diri, eloklah dibiarkan sahaja. Namun jika boleh ... Read More »

Hukum ‘home birth’ atau beranak di rumah

1. Amalan beranak dirumah atau ‘home birth’ pada zaman dahulu merupakan adat kebiasaan masyarakat yang lazim berdasarkan kemahiran semasa mereka seperti perbuatan bertani, bercucuk-tanam dan seumpamanya. Hukumnya ialah harus pada zaman dahulu kerana ia termasuk dalam perkara yang disebut dalam hadith Rafi’ bin Khadij al-Ansori RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda  ”Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu semua.” [Riwayat Muslim]   Justeru untung-rugi adalah berdasarkan rezeki Allah yang ber’asbab’kan kepada kemahiran dan teknologi zaman tersebut.   Oleh itu risiko kematian ibu bersalin, bayi lemas memang tidak dapat dielakkan pada zaman tersebut dan diterima sebagai takdir Allah seperti penyakit taun, tibi, buasir, dirrehea, demam kepialu, dan lain-lain.   Namun pada zaman hari ini risiko tersebut sudah tidak wujud lagi atas faktor teknologi, perkembangan ilmu perubatan dan sebagainya. Maka menolak kebaikan teknologi ... Read More »

Nifas Wanita yang Melahirkan secara Cesarean

  “Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan cesarean.   1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal.   2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas?   Mohon dengan pencerahan doctor.   Wa ‘alaikum mus salam.   Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan dari faraj langsung.   Untuk memahami keadaan ini, kita bincang semula pendarahan yang dialami oleh wanita.   Pertama  Darah Haid: Darah yang keluar dalam kitaran haid yang normal. Ia berasal ... Read More »

Perlukah pemeriksaan ultrasound untuk mendiagnosa kehamilan

  “Doktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?”   Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT.   Selalunya pemeriksaan UPT hampier pasti puan telah pun hamil. Ada beberapa kes di mana ujian UPT positif tetapi wanita itu tidak hamil. Ini disebabkan oleh kesilapan teknikal, tetapi ia jarang berlaku.   Ujian Urine pregnancy Test atau UPT dilakukan untuk menguji kehadiran kadar hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan dari uri dalam rahem wanita yang hamil di dalam air kencing.   Hormon HCG ini meningkat secara perlahan-lahan sejak lebih kurang sebulan setelah proses persenyawaan berlaku. Semakin bertambah usia ... Read More »

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

      Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan oleh masyarakat Melayu sempena menyambut kehadiran bayi yang baru dilahirkan.   Namun begitu, istilah cukur jambul sebenarnya tidak selari dengan ajaran sunah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)   Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.   Rasulullah s.a.w memberikan nama dan mencukur rambut cucunya, Hasan dan Husin, dan pada jatuh hari ketujuh diadakan akikah untuk mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. ... Read More »

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

  “ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?   2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketulan darah ia tidak dianggap nifas… Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis dan kering?   Bantulah ... Read More »

Demam suatu musibah atau rahmat?

      Saya sering didatangi oleh pesakit yang demam. Demam bukanlah suatu penyakit tetapi lebih kepada tanda-tanda kewujudan penyakit dalam tubuh.   Sungguhpun ia hanya suatu tanda, tetapi sudah cukup untuk menyebabkan seseorang yang demam merasa menderita akibat rasa tidak sedap badan, kurang berselera makan, sakit kepala dan tubuh dan malah ada yang menggigil.   Saya pernah ditanya, “Sebagai seorang doctor Muslim, adakah doctor berpendapat bahawa kita perlu mengambil ubat demam? Bukankah itu kifarah dosa?”   “Jadi apa tujuan tuan datang berjumpa saya? Untuk menerima rawatan atau hanya bertanya hukum?” soal saya pula.   “Kedua-duanya, doctor..”   Saya merasakan ia seolah-olah soalan perangkap. Entah apa tujuannya bertanyakan hukum agama pada saya yang berkelulusan MBBS saja.   “Jika tuan menganggap ubat yang saya akan beri memberikan kesembuhan secara total, maka ... Read More »

Amalan syirik, khurafat, tahyul dalam perubatan

  Soalan: Saya ingin mengutarakan satu soalan di mana soalan ini adalah berkaitan budaya biasa masyarakat setempat. Saya rujuk kepada kaedah perubatan di mana insan itu apabila diduga oleh Allah SWT dengan kesakitan, amalan masyarakat setempat adalah di antara hukum syirik, khurafat, tahayul dan bid’ah. Di antara empat perkara ini, ada atau tidak ruang yang boleh membawa kepada niat doa dan usaha serta ikhtiar manusia. Mohon penjelasan ustaz.   Jawapan:   Berkenaan dengan sikap masyarakat setempat yang seringkali mengamalkan kaedah rawatan yang dirujuk sebagai rawatan alternatif; seperti bertemu dengan bomoh, dukun, dan terlibat dengan perkara-perkara syirik, khurafat, tahyul, sihir, dan hal-hal yang seumpama dengannya.   Kita kena tahu bahawasanya rawatan di dalam Islam terbahagi kepada dua jenis. Pertama, rawatan hasil daripada kajian saintifik seperti yang diamalkan doktor-doktor pakar dan sebagainya. ... Read More »

Hukum Menghisap Shisha adalah Haram

Oleh : Mufti Brunei   Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda.   Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.   Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau ... Read More »

Darah Nifas

Definisi Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Tempoh Nifas Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan . Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu ... Read More »

Mengesan Duchenne Muscular Dystrophy ketika hamil

    As salam mu alaikum doktor,   Dua minggu lepas 2 orang anak lelaki kakak saya telah diagnose sebagai penghidap Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Selama yang saya ketahui tiada susur galur keturunan saya yang mengidap penyakit ini. Saya dimalumkan bahawa penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang jarang dihidapi dan ia adalah penyakit genetik. Perlukah saya atau anak lelaki saya melakukan ujian utk mengesan sama ada saya juga adalah pembawa DMD/pengidap DMD? Sekiranya saya hamil, perlukan saya memberitahu pakar sakit puan tentang penyakit ini supaya ujian pengesanan dapat dibuat?   Terima kasih.   Walaiakum mus salam, Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH permudahkan puan menjalani ujian ini.   Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) adalah penyakit yang dibawa melalui genetik, iaitu X-linked recessive gene. Ini ... Read More »

Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?

Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya mendedahkan diri anak-anak kita dengan kemungkinan-kemungkinan dijangkiti penyakit berbahaya ini. Hanya orang-orang kita sahaja yang agak skeptikal terhadap program immunisasi ini, sedangkan orang-orang lain berlumba-lumba untuk menyiapkan diri mereka dengan ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW.   Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan”   Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong.   Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb)   Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN ... Read More »

Pemindahan rahem dari ibu kepada anak

Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang  bernama Sara Ottoson berumur  25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012.     Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu  Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung.     Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun masih lagi tidak mengalami haids dan pemeriksaan lanjut seperti ultrasound dan CT scan pelvis menunjukkan kecacatan ini.     Sara mungkin akan menjadi pesakit pertama yang tidak mempunyai rahem sendiri ... Read More »

Tahnik dan Kebaikannya dalam Perubatan Moden

Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia 7 hari akan disapukan air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit mulut bayi itu. Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda. Tahnik afdal dilakukan dengan buah kurma. Jika tiada kurma, boleh gunakan rutob (kurma muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih baik daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah kurma ... Read More »

Kopi Luwak : Manfaat dan Hukum

  Kopi luwak atau juga dikenali sebagai civet coffee, adalah antara kopi yang termahal di dunia dan ia sangat sukar didapati. Ini kerana pengeluarannya sangat terhad.   Harga kopi luwak boleh mencecah antara US$100 dan $600 sekilo bergantung kepada kualitinya. Kopi yang dihasilkan oleh musang liar dalam hutan lebih mahal dari kopi yang dihasilkan oleh musang yang dijinakkan.   Kebanyakan pengeluaran kopi luwak ini dihasilkan di Pulau Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi, Indonesia. Ia juga dikeluarkan di Vietnam, Filipina (dinamakan kape alamid) dan Timur Timor (kafé-laku).       Pengeluaran kopi ini bermula apabila bijian kopi yang dimakan oleh  musang sepsis Paradoxurus hermaphrodites, dipungut selepas melalui sistem penghadam dan dikeluarkan bersama najis musang.   Ketika berada dalam dalam perut dan saluran usus musang itu selama satu setengah hari, enzim proteolytic ... Read More »

“Meramal” hayat anak menggunakan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis

Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu  Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh doctor pakar, bahawa kebarangkalian untuk isteri beliau hamil semula dan mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi, beliau mengharapkan dan berdoa agar biarlah selepas ini mendapat anak yang sihat. Perkataan ‘meramal’ adalah perkataan yang agak keras dan sensitif. Saya bimbang rakan saya mungkin akan salah faham. Isu sama ada Islam membenarkan para doktor dan saintis menggunakan teknologi moden untuk ‘meramal’ kesihatan bayi apabila dilahirkan, saya akan bahaskan dalam penulisan yang lain. Namun begitu secara ringkasnya, doktor tidak menggunakan sesuatu yang ... Read More »

Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil

Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita.   Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat yang terbaik bila menyentuh hal perkahwinan semasa belajar.   Oleh itu keputusan sama ada untuk bernikah atau tidak adalah keputusan yang agak harus diteliti mengikut kes-kes yang berbeza. Keperluan untuk ... Read More »

Menghisap ‘rokok elektrik’ adalah amalan sia-sia

  Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok. Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan ‘rokok tanpa asap’. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok. Idea untuk mencipta ‘rokok elektrik’ (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun kerana kekangan teknologi ketika itu, ideanya tidak dapat dijadikan kenyataan. Pada tahun 2003 seorang ahli farmasi di China, Hon Lik telah memperkenalkan idea ini semula dan berjaya menjualnya di pasaran ... Read More »

Scroll To Top