Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak (page 6)

Category Archives: Bayi/Kanak-kanak

Suntikan Vitamin K Meningkatkan Risiko Leukaemia?

Banyak sangat kontroversi perubatan yang melanda. Paling baru saya mendapat pertanyaan dari seorang ibu di Australia. Pertanyaan itu dihantar ke dalam inbox facebook saya. ”Doktor, saya berada di Australia sekarang. Doktor yang menyambut kelahiran anak saya tidak memberikan suntikan Vitamin K. Beliau hanya memberikan titisan supplemen Vitamin K di mulut anak saya. Apakah kesan jika saya mendapat suntikan Vitamin K kerana saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa suntikan Vitamin K amat merbahaya”   Amalan di Malaysia Di hospital kerajaan Malaysia, suntikan vitamin K diberikan kepada semua bayi yang baru dilahirkan. Saya belum mendengar di mana-mana conference perubatan yang saya hadiri tentang bahaya suntikan Vitamin K. Namun saya lebih faham apa yang berlaku jika suntikan vitamin K tidak diberikan. Jika disuruh memilih, saya suka memilih sesuatu fakta yang saya yakini dan sahih ... Read More »

Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?

“Assalamualaikum, doktor.  Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?” Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang. Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin tidak selamat. Bisphenol A (BPA) adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik polycarbonate. Ia digunakan kerana tahan lebih lama, berwarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat pada dinding dalam rahem. Uri disambungkan kepada bayi melalui satu bukaan pada abdomen bayi melalui tali pusat. Itulah perlambangan hubungan erat antara ibu dan anak. Apabila telah melahirkan, seorang ibu ... Read More »

Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?

Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat. Malangnya, apabila di pusat kesihatan, saya dapati ramai bayi yang mengalami kekurangan berat badan. Kelihatannya seperti tidak diberikan perhatian. Namun saya ucapkan tahniah kepadaibubapa yang dapat memastikan anak mereka sihat dan mendapat berat yang sepatutnya mengikut umur mereka. Kali ini saya menulis agar dapat memberi panduan bagaimana pertumbuhan fizikal kanak-kanak dapat diawasi oleh ibubapa. Ibubapa tidak seharusnya mengharapkan jururawat di Pusat Kesihatan saja untuk menjaga pertumbuhan fizikal ini dan kemudiannya ‘menarik muka masam’ apabila ditegur oleh jururawat di sana. Para jururawat memang diajar agar mengambil berat terhadap ... Read More »

Selamatkah Makan Mi Segera?

Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan  dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak. Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat? Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang dibenarkan. Walaupun bahan pengawet itu (methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid) dikatakan selamat, namun jika digunakan pada kadar  yang terlalu tinggi dikhuatiri akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan. Sebenarnya produk ... Read More »

Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya?

Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik. Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi. Saya tidak pasti sama ada penerangan telah diberikan oleh para jururawat sebelum anak mereka dibenar keluar dari hospital. Mungkin Kementerian Kesihatan harus memastikan para ibu menghadiri kelas selama sejam sebelum dibenarkan pulang agar dapat diterangkan perkara-perkara yang perlu mereka tahu mengenai bayi mereka. Saya masih teringat seorang nenek membawa cucunya yang kekuningan ke klinik dengan ditemani oleh anak lelakinya. ”Cucu saya kekuningan, bahaya ke doktor?” tanya seorang nenek selepas meletak cucunya di atas katil pemeriksaan. Kekuningan atau istilah perubatannya ”jaundice”  adalah keadaan di mana ... Read More »

Jangkitan Fungal di Mulut Bayi

Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri yang mengadu anak mereka mengalami keputihan di dalam mulut. Bayi yang berumur 3 bulan itu menangis ketika saya memeriksanya.  Mulut dan bibirnya agak kering. Bila dia menjerit, saya mengambil kesempatan untuk melihat keadaan di dalam mulutnya. Keputihan itu seakan-akan kepingan ’susu basi’ melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Bahagian mulutnya telah menjadi kering dan kemerah-merahan. Sungguh menyedihkan. Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi? Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri. Saya juga suka menasihatkan para ibu yang menyusukan anak  agar berhati-hati dengan penggunaan antibiotik atau ubatan herba yang dipindahkan melalui susu ibu. Bayi yang breastfeeding mudah ... Read More »

Acanthosis Nigricans: Bukan Setakat Daki di Kulit

Masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak telah menjadi isu yang sering diperkatakan dalam komuniti perubatan. Ini kerana kegemukan mereka bukan setakat masalah kosmetik dan penampilan fizikal kanak-kanak itu atau saiz baju yang mereka yang terpaksa ditempah. Ia boleh menjadi lebih parah daripada itu kerana mampu menyebabkan penyakit kronik dalam jangka masa yang panjang. ”Doktor, cuba doktor nasihatkan anak saya ini. Baru darjah tiga beratnya sudah 45kg!” Keluh seorang ibu yang saiz badannya juga agak gempal meminta saya menasihatkan anaknya. Katanya, ayam dan telur ayam menjadi kegemaran si anak. Tidak aktif dan suka duduk di rumah. Tiada apa yang boleh saya nasihatkan kanak-kanak berumur 9 tahun itu. Dia tidak akan faham mengapa ibunya melarang dia makan ayam gorang yang menjadi kegemarannya itu. Lebih baik saya menasihati ibunya cara pemakanan yang sihat.  Makan ... Read More »

Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami. ”Perlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?” Saya menjawab, “Berkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan”. ”Doktor, selama ini saya tidak pernah berkhatan. Tidak ada kekurangan pun. Keperluan apa? Doktor bersekongkol dengan mereka yang menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka!” Saya tergamam dengan dakwaan itu. Saya mencari-cari punca. Mengumpulkan segala rasional untuk menjawab dakwaan itu. Satu hadis bermaksud, ” Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai”. ( Riwayat Muslim) Hadis itu tidak mengkhususkan kepada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berpendapat bahawa, hadis-hadis yang mewajibkan khitan bagi wanita adalah lemah. ... Read More »

Adakah Suntikan Vaksin Memberikan Kesan Sampingan?

(Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia) S: “Saya telah difahamkan bahawa sesetengah vaksin seperti vaksin untuk polio boleh menyebabkan penyakit tersebut dan bukan mencegahnya. Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika anak saya berisiko untuk mendapat penyakit tersebut? Adakah lebih selamat jika anak saya langsung tidak mendapat sebarang vaksin?” Hampir semua kanak-kanak di negara ini telah menerima vaksinasi terhadap beberapa penyakit yang berbahaya. Dahulu, sebelum terdapatnya vaksin, beribu-ribu kanak-kanak telah menjadi lumpuh setiap tahun akibat polio. Rubella pula menjadi punca kecacatan kelahiran pada bayi baru lahir dan akhirnya menyebabkan kecacatan mental pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, dahulu difteria merupakan punca utama kematian kanak-kanak sekolah. Sebelum pengenalan imunisasi Haemophilus influenzae B (Hib) pada tahun 2002, kuman Hib merupakan punca utama penyakit meningitis (jangkitan pada selaput otak) yang telah menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami kecederaan ... Read More »

Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala – Petanda bagi Neural tube defects (NTD)

“Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w“. Doa di atas adalah doa yang sering dianjurkan untuk dibaca selalu oleh ibu-ibu yang hamil. Tiada kekuatan dan daya usaha yang boleh mengatasi qadar Allah kecuali doa kerana Allah sajalah yang mampu melakukan apa saja untuk kebaikan bayi yang dikandung. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab kita telah cuba mengusahakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun siapa yang dapat menjamin, bayi yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yang sempurna dan sihat. “Saya baru kehilangan seorang putera ketika dilahirkan” kata seorang kenalan yang baru saya jumpa. Beliau mula mesra dan  bertanya apabila saya memperkenalkan diri ... Read More »

Mengapa Bayi Menangis di Waktu Malam?

Saya on call malam itu di sebuah pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam. Saya sempat memejamkan mata selama dua jam sebelum bilik rehat doktor diketuk. ”Doktor, ada pesakit sedang didaftarkan” suara staff yang mengejutkan saya. Saya memandang ke jam di tangan. Waktu sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Saya menggeliat dan membasuh muka. ”Doktor, baby saya ni tak berhenti menangis sejak 1.00 pagi tadi. Saya tak tahu nak buat apa. Cuba doktor tolong periksa” Saya perhatikan bayi itu yang berada di pelukan ibunya. Bayi itu seolah-olah tersenyum melihat saya. Agaknya gelihati melihat saya seakan-akan mamai bila dikejutkan di awal pagi. ”Tapi dia diam sekarang ni…” saya cuba mencari penjelasan. Belum ayat saya habis, suara hebat meletup. ”Ya Allah ! Doktor ingat saya ni bohong ke?!” Bentak suaminya yang barangkali kepenatan dan mengantuk tidak ... Read More »

SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam

  Penderaan ke atas kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia, tetapi para doktor juga semakin gelisah dengan peningkatan bilangan kes bayi yang didera dan menderita akibat Shaken Baby Syndrome (SBS). Shaken Baby Syndrome, mula diperkenal pertama kalinya pada 1974 , sebagai satu sindrom diakibatkan oleh goncangan kuat pada bayi yang boleh menyebabkan kematian.   Kematian atau kecacatan kekal SBS selalunya menyebabkan kematian akibat kecederaan otak yang teruk. Kematian bayi akibat SBS dijangkakan antara 20%–25%. Jika tidak menyebabkan kematian, biasanya kecacatan kekal pada penglihatan (kebutaan), kecacatan kekuatan otot (e.g. cerebral palsy), terencat akal, sawan dan kecacatan pertuturan dan pembelajaran.  Konsep SBS ini diterangkan oleh Dr.John Caffey, seorang pakar radiologist, dan Dr. Norman Guthkelch, pakar neurosurgeon pada awal 1970an. Mereka berpendapat bahawa pendarahan saluran darah vena subdural dalam otak di kalangan bayi disebabkan oleh ... Read More »

Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil

Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri.   Adab melawat pesakit yang dilupakan Apa yang saya ceritakan ini adalah suatu gambaran biasa yang kita lihat di hospital pada waktu lawatan pesakit. Saya percaya banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Saya faham pelawat mungkin datang ... Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua orang kanak-kanak yang cedera ketika bermain sesama sendiri. Seorang luka di dahi dan seorang lagi luka di dagu. Saya sendiri pernah luka di kening kiri ketika berumur 5-6 tahun ketika ... Read More »

Perlukah Ubat Selesema untuk Anak?

Memecahkan tradisi memberi ubat pada anak Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara over the counter (OTC) (iaitu pembelian ubat tanpa prespripsi doctor) ada kalanya tidak perlu dan membazir. Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selsema anak-anak mereka adalah tidak serius. Inilah masalahnya jika ibubapa terlalu advance sehingga anak yang baru bersin atau batuk hanya beberapa kali terus diberikan ubat selsema dan batuk. Mungkin niat ibubapa mereka adalah baik supaya keadaan kesihatan anak tidak bertambah teruk dan melarat sehingga mendapat jangkitan kuman di paru-paru. Saya masih teringat lagi bila saya semasa kecil, ibubapa saya ‘membiarkan’ saya bersin dan mengalami selsema sehingga mucous (lender) selsema itu kering di pipi. Selsema saya berhenti sendiri untuk beberapa hari ... Read More »

Baby Walker: Adakah Selamat?

Baby Walker vs Kehidupan Bekerja Dalam kehidupan sekarang terutama bagi para ibu yang bekerja, mempunyai anak kecil adalah satu cabaran yang besar. Apa tidaknya di saat pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula meminta perhatian dan merengek minta didukung. Untuk seketika mendukung anak kecil memberikan keseronokan kepada ibu untuk melepaskan rindu. Akhirnya tangan yang letih akan menyebabkan ibu tadi meletakkan semula anaknya. Namun tangisan anak kebosanan bermain di lantai, membuat para ibu memikirkan bagaimana cara untuk mengalihkan perhatian anak dan dalam masa yang sama agar mereka dapat berehat. Baby Walker adalah peralatan untuk para ibubapa meletakkan anak mereka di dalamnya untuk tujuan ini. Untuk jangka masa yang pendek tidak mengapa, namun jika Baby Walker menjadi gantian untuk ibubapa memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar untuk kanak-kanak itu mula belajar ... Read More »

Bahaya Kanak-kanak/Bayi dalam Kapal Terbang

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih, ramai di antara kita berpeluang untuk menjelajah ke banyak negara dengan kemudahan pengangkutan kapalterbang. Malah penerbangan domestik di Malaysia telah melalui fasa yang begitu maju sehingga ramai kanak-kanak di bawah umur setahun dibawa naik ke kapalterbang bersama ibubapa mereka dengan pelbagai sebab dan alasan. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa setiap kali kita menaiki kapalterbang, kita mengalami perubahan fizik yang mungkin tidak kita sedari. Perubahan fizik ini kadang kala boleh menyebabkan penumpang kanak-kanak dan bayi yang mempunyai masalah paru-paru dan jantung semenjak kecil akan mengalami kesukaran bernafas. Kanak-kanak dan bayi biasanya tidak boleh mengadu kepada ibubapanya ketika mengalami masalah ini. Namun ibubapa mampu melihat kesukaran kanak-kanak atau bayi mereka. Kesukaran bernafas ini digambarkan dengan kadar pernafasan yang meningkat (kanak-kanak itu tercungap-cungap / tachypnoic) atau ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!