Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak (page 4)

Category Archives: Bayi/Kanak-kanak

Penyakit Kawasaki boleh membawa maut pada bayi dan kanak-kanak

  Sewaktu saya menghadiri satu konferens mengenai penyakit kanak-kanak, antara penyakit yang ditekan ialah Penyakit Kawasaki (PK).   Ini kerana penyakit ini dapat dirawat, tetapi boleh menyebabkan kematian jika ia lambat dikesan.   Ini kerana pesakit PK yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung (coronary artery aneurysme), menyebabkan otot jantung menjadi bengkak (myocarditis), dan injap pada jantung menjadi rosak, sehingga menyebabkan jantung gagal berfungsi.   Oleh itu ibubapa tidak boleh berlengah untuk membawa anak mereka ke hospital untuk berjumpa pakar perubatan kanak-kanak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan apabila doctor di klinik mengesyaki anak mereka mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit Kawasaki.   Ini kerana rawatan awal menyebabkan pesakit akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari, dengan izin ALLAH.     Selalunya penyakit ini menyerang kanak-kanak berusia bawah ... Read More »

Jangkitan Rotavirus mudah berlaku di TASKA

  Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah, sehingga menyebabkan kematian.   Apabila berlaku wabak jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit-berit, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.   Vaksin rotavirus adalah antara langkah pencegahan yang paling berkesan dan selamat.   Ramai doctor yang menyarankan agar suntikan vaksin diberikan kepada bayi dan kanak-kanak, namun saya mengharapkan ibubapa menimbangkan keperluan suntikan itu terutama pada bayi yang berumur enam bulan.   Boleh baca penulisan saya di http://drzubaidi.com/blog/?p=2594   Cirit-birit tidak semestinya berpunca dari jangkitan rotavirus, ia boleh disebabkan jangkitan lain. Cuma kebanyakan jangkitan cirit-berit disebabkan jangkitan rotavirus. Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana pesakit akan menunjukkan tanda-tanda yang sama.   Bayi dan kanak-kanak itu ... Read More »

Bolehkah bayi dan kanak-kanak minum air glukos?

  “As salamu alaikum doctor, Saya ingin bertanya adakah pemberian air glukos pada bayi digalakkan dan pada usia berapakah ia boleh dilakukan? Mohon pencerahan. Terima kasih ”     Wa alaikum mus salam.   Memberikan air glukos pada bayi dan kanak-kanak telah menjadi amalan biasa dalam sesebuah keluarga. Mereka percaya bahawa air glukos memberikan faedah pada bayi dan anak mereka seperti mana orang dewasa mendapat kesegaran apabila minum air glukos setelah penat bekerja atau sedang dalam  pantang.   Glucose adalah bahan yang sangat penting untuk bayi mendapatkan tenaga dan mengaktifkan minda mereka.   Namun begitu memberikan bayi berumur kurang setahun air glukos bukanlah langkah yang baik.   Ini kerana glukos boleh didapati dari pencernaan makanan yang seimbang terutamanya dari makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, dan gandum.   Air ... Read More »

Anak 5 tahun masih tidak dapat bertutur

  “Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai anak yang sudah berusia 5 tahun. Masalah anak saya ialah dia masih belum bertutur dgn baik. Dia boleh bercakap (mengeluarkan bunyi), tetapi belum boleh bertutur seperti kanak-kanak yang sama usia dengan beliau. Jika dia bertutur, hanya satu patah perkataan sahaja, dan kami juga tidak faham pertuturan dia kerana seperti bercakap dalam bahasa asing. Kebanyakan doktor memberitahu saya bahawa secara fizikal anak saya ok. Lagipun anak saya aktif. Sekarang ni saya tidak tahu tahu apa yang patut saya lakukan. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang dialami oleh anak puan. Saya tidak menyalahkan puan kerana sepatutnya doctor yang memeriksa anak puan mengetahui bahawa jika seorang kanak-kanak tidak dapat bertutur dengan baik ketika berumur 5 tahun, maka  bahawa anak ... Read More »

Bahayakah Thalassaemia?

  “As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan.   Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan.   Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah.   Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu   ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat.   Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, haruslah pastikan isteri beliau tidak mempunyai penyakit yang sama.   Sekiranya kedua-dua pasangan mempunyai Beta Thalassaemia Trait, dibimbangi anak yang dilahirkan nanti, mengalami penyakit ... Read More »

Risau Anak Tidak Buang Air Besar

    “Assalamu alaikum doctor.Bayi saya baru berusia 20 hari dan diberikan susu ibu sepenuhnya. Masalahnya dia tidak membuang air besar selama 10 hari. Saya perhatikan tiada masalah kembung, menangis atau kelihatan meneran. Bayi saya buang air kecil (kencing) dan kentut setiap hari. Saya susah hati kerana dia tidak buang air besar. Mohon pencerahan”   Dr Zubaidi Hj Ahmad : Wa alaikum mus salam.   Puan tidak perlu dirisaukan atau memaksa bayi puan untuk membuang air besar dengan memberikan apa-apa ubat.   Jika anak puan semasa di wad bersalin telah pun membuang air besar, atau sudah membuang angin  (kentut) bermakna tiada masalah di saluran najis beliau.   Apatah lagi anak puan berkeadaan selesa, tidak meragam dan meneran untuk buang air besar.   Makanan yang puan berikan ialah susu ibu (cecair), ... Read More »

Bagaimana Meningkatkan Berat Badan Bayi Saya?

        “As salam mu alaikum doctor. Saya ingin bertanya bagaimana untuk meningkatkan berat badan bayi saya berusia 11 bulan. Beratnya hanya 6.8kg. Saya sudah beri dia makan bubur nasi. Dia masih masih menyusu badan dan campur susu formula. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan perasaan risau puan alami. Sememangnya pada umur 11 bulan dan mempunyai berat 6.8 kg, agak sedikit ketinggalan. Namun puan masih berpeluang untuk meningkatkan berat bayi puan.   Peningkatan berat bayi mengikut berat yang  sepatutnya amat penting bagi bayi kerana pertumbuhan otak berlaku dengan hebatnya sehingga anak puan berumur 3 tahun.   Banyak kajian menunjukkan bayi yang mempunyai berat badan dan tinggi yang setara dengan berat dan tinggi yang sepatutnya, mempunyai tahap IQ yang tinggi. Sebenarnya terdapat pelbagai punca ... Read More »

Bayi yang mengalami masalah Pierre Robin Syndrome mudah tercekik

    Pierre Robin syndrome adalah keadaan di mana bayi dilahirkan dengan tulang rahang bawah yang kecil, menyebabkan lidah boleh menyekat tekak sehingga menyebabkan sukar bernafas.   Ia adalah masalah genetik, dan tidak perlu diubat. Ia bukan kecacatan seumur hidup. Selepas berumur setahun, selalunya tulang rahang bawah akan membesar dengan lebih cepat.   Oleh itu ibubapa yang mempunyai anak seperti ini harus memerhatikan anak mereka kerana bayi seperti ini mudah mengalami ‘choking’ dan sukar bernafas ketika berbaring.   Wa allahu a’lam. Read More »

Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak.

    Sebut saja makanan segera, semua orang pasti tahu jenis makanan yang dimaksudkan. Ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, piza dan mi segera, antara makanan segera yang popular.   Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak berbahaya kepada kesihatan.   Ini kerana makanan segera mempunyai kandungan zat makanan yang tidak seimbang, dan mempunyai berlebihan garam dan bahan kimia dalam serbuk perasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.   Kadar kolesterol dalam badan juga boleh bertambah dan menyebabkan masalah obesiti serta darah tinggi jika tidak dikawal.   Makanan segera juga menyebabkan masalah penambahan berat badan atau obesiti kerana mempunyai saiz hidangannya yang besar dan tinggi kalori. Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu, natrium, dan tinggi kolesterol manakala vitamin pula lebih rendah daripada makanan lain.   Kita seharusnya mengelak memberikan ... Read More »

Makanan untuk minda anak-anak

    Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak  terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih  fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik. Pada usia lima hingga enam tahun anak-anak  sedang berada pada  usia pra sekolah. Kebiasaannya,  besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya ... Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)   Bayi itu dinamakan Rumaisa Rahman, dilahirkan oleh ibunya yang berumur 23 tahun, secara pramatang pada usia kelahiran ... Read More »

Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak

  Taman Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara mempunyai tahap keselamatan yang meragukan.   Dianggarkan sebanyak 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK.   Bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK dan tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh.   Selain itu, kemalangan lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam ruang pembukaan yang biasanya terdapat di platform gelongsor.     Oleh itu saya mencadangkan agar ibu bapa memainkan peranan dengan mengawasi anak ketika mereka bermain.   Ibu bapa juga perlu ... Read More »

Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur

    “As salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar ke taska. Persoalan saya, bolehkah bayi rakan saya meninggal dunia tanpa sebab?. Terima kasih atas perkongsian doctor”     Wa alaikum mus salam.   Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan anak rakan puan, lebih-lebih lagi dalam kes ini adalah kes kematian yang melibat pendakwaan (medicolegal) dan mungkin juga melibat polis dan mahkamah.   Secara umumnya, ada kes kematian bayi secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, dan dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome yang ... Read More »

Hydrocephalus

Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini adalah takdir ALLAH. Jika bayi ini pergi, relakanlah pemergian mereka kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi-bayi seperti ini dan ibubapa mereka. Sesungguhnya kita adalah hak ALLAH. Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak. Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

Lendir Melekat di Tekak

    “Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung?   Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk  saya?  Harap doktor dapat menjawab secepat mungkin kerana saya amat risau dgn keadaan saya.”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya  puan mengalami alahan allergic rhinitis, iaitu sejenis alahan yang ... Read More »

Merawat kutu di kepala anak.

    Saya sudah lama tidak melihat kutu, apatah lagi mendapat pesakit yang mengalami jangkitan kutu  di kepala.   Namun baru-baru itu seorang kanak-kanak telah dibawa oleh ibubapa mereka kerana sering gatal kepala. Mereka telah mencuba pelbagai shampoo untuk mengurangkan kegatalan yang dihadapi oleh anak mereka.   Bila saya memeriksa rupanya terdapat banyak kutu dan telur kutu di pangkal rambutnya.   Kutu kepala sebenarnya adalah serangga parasite kecil yang menghisap darah dari kulit kepala manusia. Ia tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat.   Ramai kanak-kanak dijangkiti oleh kutu kepala tanpa disedari oleh ibubapa mereka kerana ia sukar dikesan.   Walau bagaimana pun kegatalan kepala bukanlah tanda utama seorang kanak-kanak itu dijangkiti kutu kepala kerana tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti kutu mengadu mengalami kegatalan di kepala. Kutu kepala boleh hidup ... Read More »

Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

    “Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?”   Wa alaikum mus salam.   Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan.   Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol.     Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi kanak-kanak yang diketahui penyebab serangan asthma inhaler boleh digunakan bagi mengelakkan serangan asthma.   Sebagai contoh jika seorang kanak-kanak diketahui sering diserang asthma ... Read More »

Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?

      “Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.   Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.   Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini.   Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer.   Inhaler dan nebulizer bertindak pantas untuk memberikan kelegaan kepada pesakit yang diserang asthma. Jika tidak diberikan, ia boleh meragut nyawa.   Kesan ubat inhaler dan nebulizer ... Read More »

Merawat dan mencegah ruam lampin

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai anak berusia 8 bulan, dan mengalami ruam merah di celah peha. Dia kerap menangis bila ditukarkan lampin pakai buang. Saya menyapunya dengan krim, tetapi ruam merah itu berulang. Soalan saya adakah saya perlu menyapu krim tersebut pada waktu terdapat ruam merah atau pada setiap masa.”   Wa alaikum mus salam. Saya percaya anak puan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘nappy rash’ atau ‘ruam lampin’. Ia berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah, lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan menyebabkan pedih dan sakit.     Masalah ruam lampin biasa berlaku pada kepada bayi yang berusia bawah setahun setengah.   Antara puncanya ialah:   a) bayi mempunyai kulit ... Read More »

Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?

    “Assalamu alaikum, baru-baru ini ibu saya mencadangkan kepada saya agar memberikan sedikit ‘garam bukit’ kepada bayi saya yang berumur satu tahun kerana katanya ia adalah cara untuk mengelakkan gangguan jin dan memberikan tenaga untuk bayi saya. Saya keliru, bolehkan bayi saya diberikan sedikit garam pada bayi saya?”     Wa alaikum mus salam.   Saya berpendapat bahawa memberikan sebarang jenis garam pada bayi, terutama berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan malah nyawa bayi puan.     Ini kerana bayi puan masih yang kecil. Organ penghadaman mereka masih tidak matang dan  masih tidak berfungsi dengan sempurna. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang kecil dalam makanan atau minuman mereka.     Bayi yang berumur setahun seperti anak puan hanya memerlukan kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari.   Sebagai ... Read More »

Makanan yang tidak baik diambil ketika menyusukan bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Meningkatkan berat badan bayi

    “Salam doctor, saya mempunyai seorang bayi baru berumur 3 bulan. Masalanya bayi saya mengalami berat badan. Semasa dilahirkan berat bayi saya hanya 2.84kg, selepas berumur sebulan beratnya naik 3.8kg, kemudian ketika berumur 2 bulan, berat bayi saya meningkat kepada 4.1kg saja. Hanya meningkat 300gm saja. Sekarang bayi saya berumur 3 bulan dan beratnya hanyar 4.4 kg saja. Mohon pendapat doctor untuk penambahan berat badan anak saya” Wa alaikum mus salam. Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya bayi akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari selepas dilahirkan. Kemudian bayi akan mengalami penambahan berat badan yang secara perlahan-lahan. Secara pengiraan mudah, berat badan seorang bayi akan meningkat 2 kali ganda berat dari berat badannya selepas dilahirkan apabila mencapai umur umur 5-6 bulan, dan kemudian meningkat kepada 3 kali ganda apabila meningkat ... Read More »

Tabiat mengetap gigi di kalangan kanak-kanak

      “Salam doktor. Saya mempunyai masalah. Anak saya berumur 3 tahun mula melakukan habit yang pelik. Anak saya suka mengetap giginya dan menggoreskan gigi-giginya sehingga menyebabkan bunyi yang nyaring. Saya risau ia akan menyebabkan kerosakan gigi yang teruk. Saya harap doctor boleh membantu”   Wa alaikum mus salam.   Anak puan melakukan tabiat ‘grinding teeth’ atau ‘bruxism’ yang  agak biasa dilakukan oleh kanak-kanak, terutamanya ketika tidur.   Ada banyak sebab, antaranya:   Ada banyak sebab, antaranya: 1) gigi atas dan bawah tidak sekata atau tidak “align” dengan sepatutnya.   2) tindakbalas pada rasa sakit. Ada kanak-kanak yang merasakan lega dengan melakukannya apabila mengalami rasa sakit pada bahagian tertentu di muka atau telinga.   3) tindakbalas pada stress. Ada kanak-kanak memberikan tindakbalas mengetap gigi tanpa mereka sedari ketika mengalami ... Read More »

Vitamin tambahan untuk bayi dan kanak-kanak

      “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka bertambah cerdik. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam.   Ramai ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka sihat dan menjadi orang bijak.   Lebih-lebih lagi banyak produk-produk kesihatan  yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna.   Saya tidak menghalang mana-mana ibubapa yang membeli produk-produk itu, namun ingin memberitahu bahawa majoriti pakar-pakar pemakanan mengatakan bahawa kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada tumbesaran fizikal ataupun ... Read More »

Doktor, betul ke anak saya juling?

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya mempunyai seorang anak yang berumur 4 bulan dan dilahirkan secara pramatang pada usia kehamilan 34 minggu. Ketika usianya mencecah 3 bulan, saya mendapat pandangan matanya tidak selari. Adakah anak saya juling?”   Wa alaikum mus salam.   Terima kasih kerana bertanya. Saya menasihati puan agar jangan risau terhadap pemandangan mata anak puan yang tidak selari itu, kecuali jika anak puan telah berusia 6 bulan.   Masalah penglihatan yang tidak selari ini tiada kena mengena dengan kelahiran pramatang. Ia berlaku hampir pada semua bayi yang lahir berumur 6 bulan ke bawah, sama ada cukup tempuh hamil atau lahir pra-matang.   Ketika dilahirkan, secara normal pemandangan mata bayi tidak selari dan tidak fokus.Pergerakan bola matanya menjadi tidak menentu.   Setelah bayi berusia 3-4 bulan, mereka mula ... Read More »

Ibu Penagih Membunuh Anaknya Tanpa Sengaja

    Saya membaca satu berita yang sedih berlaku di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.   Seorang bayi lelaki Ryder Salmen, berusia lapan bulan mati pada September 2012 selepas menghisap susu ibunya yang disahkan mengandungi campuran ubat metadon (ubat yang mengurangkan ketagihan dadah), Opana (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur) yang tinggi.   Sarah Stephen, 32 tahun sebelum ini mengalami masalah ketagihan dadah dan diberikan beberapa ubat untuk sebagai rawatan masalah ini.   Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia, Sarah pernah diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan penyusuan  isu apabila doktor mengesan kandungan metadon tinggi dalam tubuh bayi terbabit.   Malangnya, Sarah tidak menghiraukan perintah mahkamah dan terus menyusukan anaknya.   Pada hari kematian Ryder, Sarah membawa anaknya ke Jabatan Kecemasan kerana tidak ... Read More »

Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?

      “Salam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia  sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih sama. Untuk pengetahuan doctor beliau adalah kanak-kanak yang aktif. Ada ke cara lain saya dapat pulihkan pernafasan anak saya? perlu ke di rujuk ke ENT?”   Wa alaikum mus salam.   Selsema sering terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Ia menyebabkan mereka merengek da nada kalanya tidak boleh tidur dan terus menangis. Bayi menjadi tidak selesa.   Selsema biasa berlaku pada kanak-kanak dan bayi yang berumur dua tahun ke bawah. Namun begitu selalunya selesema tidak serius. Ia boleh ... Read More »

Bahayakah cucuk air tulang belakang?

    Saya pernah membawa anak saya yang berusia setahun, secara tiba-tiba pengsan di rumah ke Jabatan Kecemasan. Beliau terus dibantu dengan bantuan sistem pernafasan sehingga peratusan kandungan oksigen dalam darah memuaskan.   Akhirnya beliau ditahan diwad untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut punca sebenar beliau mengalami masalah itu.   Banyak ujian yang dibuat, tetapi semuanya negative. Masih tidak diketahui punca sebenar. Saya bimbang jika tidak dirawat punca sebenar, masalah yang sama (pengsan secara tiba-tiba) akan berulang.   Pakar pediatric akhirnya mencadangkan kepada saya untuk melakukan pemeriksaan air tulang belakang atau disebut sebagai ‘lumbar punture’.   Sebagai seorang doctor, saya faham prosedur itu. Saya juga faham faedah dan kemudaratan yang mungkin menimpa.   Saya berserah pada ALLAH dan memohon petunjuk. Saya menandatangani surat keizinan dengan berat, walaupun bapa saya bersungguh-sungguh melarang ... Read More »

Mengapa Anak Saya Batuk waktu Malam ?

        “assalamualaikum, doktor. Saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang sering mengalami batuk yang kuat terutama malam dan subuh. Dia telah membuat pemeriksaan di klinik dan doctor memberitahu memberikan rawatan nebulizer untuk mengurangkan batuknya tetapi masih tidak lagi sembuh. Mohon pencerahan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Ibubapa selalu membawa anak mereka ke klinik kerana anak mereka mengalami batuk. Adakalanya batuk mereka tidak disertai dengan demam, hanya batuk kering yang berterusan sebaik saja batuk bermula.   Batuk berlaku sebagai satu tindak balas apabila ada bendasing sama ada kahak, habuk dan sebagainya yang memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini, paru-paru kita dapat mengelak daripada dicemari dengan bendasing itu.   Jadi batuk sebenarnya memberikan faedah kepada kita. Oleh itu, batuk hanya sebagai tanda bahawa system pernafasan kita sedang mengalami ... Read More »

‘Baby Walker’ tidak membantu bayi berjalan

      “Assalamu alaikum, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘baby walker’ untuk bayi yang berumur kurang setahun. Adakah ia selamat ?”   Para ibu yang berkerjaya dan mempunyai anak kecil menghadapi satu cabaran yang besar, terutama yang tiada pembantu rumah. Apabila mereka pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula meminta perhatian dan merengek minta didukung.   Untuk seketika mendukung anak kecil memberikan keseronokan kepada ibu untuk melepaskan rindu. Akhirnya tangan yang letih akan menyebabkan ibu tadi meletakkan semula anaknya.   Namun tangisan anak kebosanan bermain di lantai, membuat para ibu memikirkan bagaimana cara untuk mengalihkan perhatian anak dan dalam masa yang sama agar mereka dapat berehat.   Baby Walker adalah peralatan untuk para ibubapa meletakkan anak mereka di dalamnya untuk tujuan ini.   Penggunaan  ‘walker’ ... Read More »

Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

  “Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?”   Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya.   Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin kerana ibubapa mereka keliru dengan pelbagai maklumat yang salah terhadap terhadap vaksin.   Alhamdulillah, puan telah menyedari kebaikan vaksin sebagai usaha mencegah jangkitan kuman berbahaya pada anak puan. Langkah yang ... Read More »

Doktor, kenapa anak saya tak mahu makan?

  ” Doktor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Apa yang merisaukan saya ialah anak saya agak sukar untuk makan.Beliau hanya makan apabila benar-benar lapar, itu pun satu dua suap saja. Saya pernah memberikan anak saya vitamin untuk menambah selera makan beliau, tetapi nampaknya tidak berkesan. Saya amat risau apabila anak saya kelihatan kurus, walaupun beliau aktif.”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Masalah anak yang agak sukar untuk makan agak biasa berlaku, terutama apabila umur beliau memasuki umur setahun.   Banyak punca anak mempunyai masalah ini. Jika anak puan sihat dan telah mendapat pemeriksaan doctor, maka ada beberapa langkah yang puan boleh ambil untuk mengurangkan masalah ini.   1. Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sikap memilih makanan. Ada makanan yang tidak disukai dan ada beberapa ... Read More »

Mata Bayi Kerap Berair

  ‘Salam doktor,  saya ada bayi  berumur 3 bulan, Masalahnya dia mengalami  mata sebelah kanan yang sentiasa  berair. Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi  dia memberikan  ubat mata saja, tetapi  sampai sekarang pun lagi mata dia masih  berair. Ada cara lain untuk menguraangkan mata berair mata bayi saya? “ Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam. Anak puan mengalami satu masalah salur air mata yang tersumbat, yang dikenali sebagai “blocked nasolacrimal duct”. Terdapat salur-salur halus di bahagian tepi mata, yang menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung. Kadangkala, salur-salur ini tidak terbuka sepenuhnya, atau tersumbat, terutama di kalangan bayi baru lahir. Ini menyebabkan air mata berkumpul di dalam mata, dan mata kelihatan berair. Apabila air mata tidak mengalir dengan biasa, air yang bertadah ini boleh dijangkiti kuman, dan menyebabkan terbentuknya ... Read More »

Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?

    Baru-baru ini saya melihat kelahiran seorang bayi melalui kongsian di facebook. Saya sangat sedih melihat bayi ini masih hidup dan bergerak-gerak di dalam incubator, malangnya bayi ini bermata satu.   Saya memikirkan bagaimana nasib beliau di masa akan datang apabila telah meningkat dewasa, dan lebih malang ada rakan-rakan di facebook yang terlalu dangkal dengan mengaitkan kelahiran bayi yang tidak berdosa ini dengan kelahiran makhluk dajjal.   Pada saya kelahiran bayi ini hanya menunjukkan kekuasaan ALLAH yang boleh mencipta makhluknya dengan pelbagai bentuk kejadian.   Bayi yang tidak bersalah ini tidak seharusnya dikaitkan dengan makhluk dajjal yang dikatakan bermata satu. Bayi ini tidak berdosa dan tidak minta dilahirkan sebegitu.   Sebenarnya kelahiran bayi seperti ini berlaku di seluruh dunia. Ia dinamakan “holoprosencephaly” iaitu kecacatan pada otak di mana otak ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!