Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak (page 3)

Category Archives: Bayi/Kanak-kanak

Anak terhantuk dan kepala berdarah

   “SALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan itu? Adakah ia berbahaya? Mohon pandangan doctor, terima kasih”         WA ALAIKUM MUS SALAM   Anak-anak dalam usia segini memang aktif dan selalu terdedah kepada kecederaan kepala.   Walau bagaimana pun, kesan luka atau koyakan pada kulit kepala sebenarnya adalah kecederaan yang tidak serius, terutama apabila tiada pendarahan yang banyak dan pendarahan telah berhenti.     Ia hanya disebabkan oleh saluran darah yang koyak. Untuk menghentikan pendarahan, puan boleh menekapkan luka dengan menggunakan tuala atau kain yang ... Read More »

Bimbang anak jatuh dari katil

“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa.  Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.”  WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang berada di lantai dan posisi anak ketika dia jatuh. Tanda-tanda kecederaan otak ialah ialah muntah, badan letih dan tidak sedarkan diri. Jika tiada tanda seperti itu selalunya tiada kecederaan dan ... Read More »

Infectiosum erythema ruam, demam rendah

  Infectiosum erythema, atau “fifth disease” adalah penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak akibat jangkitan virus Parvovirus B19. Jangkitan boleh menyebabkan ruam pada tubuh dan muka.   Ia bermula apabila kanak-kanak itu mengadu sakit kepala, demam yang rendah, dan hidung selsema dan berair 2-3 hari sebelum bermulanya ruam. Kanak-kanak ini akan pulih secara spontan tanpa rawatan, pastikan minum air secukupnya , insha ALLAH. Read More »

Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)

  KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa. 2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk ... Read More »

Vaksin disahkan selamat dan berkesan?

  Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa.   Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan.   Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan.   Para penyelidik itu mengkaji sebanyak 20, 478 kajian saintifik yang telah diterbitkan, termasuk vaksin seperti DTaP (difteria, tetanus dan pertusis), hepatitis A, hepatitis B, influenza, meningitis, MMR (campak, beguk dan rubela), varicella dan vaksin ... Read More »

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

    “Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain.   Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang juga akan membantu mengurangkan sakit kepala dan badan.   Kanak-kanak yang mengalami HFMD juga digalakkan untuk minum secukupnya. Bagi luka di mulut yang menyebabkan rasa ... Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan.     Wa alaikum mus salam Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang ... Read More »

Bayi Jatuh Dari Katil

“Salam doktor. Baru-baru ini anak saya berusia 5 bulan telah jatuh dari katil tempat kami tidur. Kami tidurkan dia di atas katil kerana ia lebih selesa. Malangnya saya tidak menyedari dia telah bangun dan bergolek. Dia jatuh dan menangis kuat. Apakah ini berbahaya kepada anak saya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang sangat bahaya jika bayi yang kecil terjatuh dari katil. walaupun katil itu tidak tinggi, namun ketinggian katil itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan ketinggian bayi. Bayangkan jika kita jatuh dari tempat yang setinggi aras kepala kita. Begitulah bahaya apabila bayi terjatuh dari katil. Namun begitu tidak semua keadaan menyebabkan bahaya yang serius. Selalunya hanya terdapat lebam dan bengkak saja pada kepala atau anggota lain pada bayi. Namun jika ada tanda-tanda berikut, perlu membawa anak berjumpa doktor ... Read More »

Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?

    “Salam doctor. Baru-baru ini anak saudara saya telah dilahirkan pramatang 32 minggu. Bayi yang dilahirkan hanya 2.5kg. Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa anak saudara saya itu hanya dimasukkan ke wad neonatal unit hanya beberapa hari saja. Boleh mendapat penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Neonatal Unit (NNU) yang disediakan oleh hospital menyediakan sekumpulan pakar yang terlatih bertugas secara 24 jam bagi menjaga bayi baru dilahirkan yang mengalami komplikasi kelahiran atau mengalami penyakit sejak dalam rahem atau dilahirkan secara pramatang.   Mereka yang terlibat dalam penjagaan NNU ini ialah:   Jururawat yang terlatih dalam penjagaan bayi neonate. Jururawat kanan yang mengendalikan urusan NNU yang dipanggil ‘siater’ yang bertindak sebagai pengurus NNU. Doktor perunding pakar kanak-kanak (Neonatologist), yang mengetuai penjagaan bayi neonatal. Doktor pakar yang lain ... Read More »

Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur

  “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan. Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam. Saya juga mencadangkan agar: 1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang lemas dalam selimut. Boleh gunakan selimut yang berongga memudahkan perudaraan. 3. Pastikan shu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, sebaiknya antara 24 atau 25 darjah C. 4. Pastikan ... Read More »

Bagaimana melatih bayi tidur sepanjang malam

“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari itu. Jadi puan banyaklah bersabar. Jika puan mahu bayi puan tidur sepanjang malam, puan boleh membantu anak puan tabiat tidur yang baik seawal mungkin. Antaranya ialah : 1. Belajar mengenal ... Read More »

Anak sengau

  “Salam doctor. Saya mempunyai anak berusia 7 tahun dan baru memasuki sekolah. Beliau mempunyai masalah sengau. Apakah punca sengau dan perlukah beliau menjalani pembedahan? Mohon perncerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan anak puan. Masalah sengau haruslah diatasi segera kerana selalunya kanak-kanak sebegini mempunyai rasa rendah diri dan sering menjadi mangsa buli.   Apabila seorang bercakap antara satu sama lain, pertuturan berlaku ketika bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui mulut atau hidung.   Bunyi yang keluar dari hidung ialah bunyi ‘m’, ‘n’, ‘ng’ dan ‘ny’. Bunyi selain dari ini dihasilkan dari mulut.   Jadi sekiranya, bunyi yang sepatutnya keluar dari mulut, tetapi keluar melalui hidung, akan menyebabkan bunyi yang sengau.   Ia berlaku apabila struktur dalam mulut dan hidung yang dikenali sebagai injap velopharyngeal yang terdiri ... Read More »

Adakah makan buah-buahan akan menambahkan gula dalam darah wanita yang hamil

  “Assalamu alaikum doktor,  saya ada pertanyaan mengenai kadar gula yg terkandung dalam buah-buahan seperti mangga, ciku dsb.  Adakah dengan mengambil buah-buahan ini juga akan meningkatkan kadar gula dalam badan, sekaligus meningkatkan bacaan gula semasa ujian BSP bagi wanita hamil?  Mohon penjelasan, terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita hamil perlu disaring untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil dengan mengambil kira sejarah perubatan wanita itu.   Setelah seorang wanita itu risiko mengalami penyakit  itu, ujian Ujian Toleransi Glukosa akan dilakukan dengan meneriksa  kandungan gula wanita itu sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan sebelum tidur. Ia juga dikenali sebagai BSP.   Kandungan gula yang normal antara  4-6 mmol/L.   Gula dalam buah-buahan termasuk gula dari tebu adalah gula yang kompleks iaitu sucrose iaitu ... Read More »

Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?

  “Salam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya.   Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah saiz payudara saya mempengaruhi susu yang dihasilkan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana puan mempunyai dua orang anak kembar. Itlah rahmat ALLAH.   Namun setiap rahmat dan rezeki yang ALLAH berikan, ada juga ujian yang disertakan, bagi melihat siapakah di antara kita yang baik amalannya.   Payudara yang kecil tidak bermakna puan tidak boleh menyusukan anak puan dengan baik. Apa yang penting ialah bagaimana kelenjar susu puan berindakbalas dengan hormone Prolaktin dan bagaimana puan menjaga pemakanan ... Read More »

Perubahan payudara ketika hamil

  “Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya hamil 32 minggu dan saya mendapati bahawa payudara agak tegang dan kawasan sekitar nipple saya berwrana lebih gelap dan terdapat banyak bintik-bintik kecil disekitarnya. Adakah ini bahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan jangan risau atas perubahan payudara yang puan alami. Ia adalah perubahan yang normal dan semulajadi.   Sebaik sahaja puan hamil, payudara puan akan mula mengalami perubahan bagi menyiapkan payudara puan mengeluarkan susu.   Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu. Walau bagaimana pun ia bukanlah tanda yang pasti bagi suatu kehamilan.   Pemeriksaan air kencing (UPT) dan pemeriksaan ultrasound dapat membantu seorang wanita mengesahkan kehamilannya.   Berbalik kepada perubahan pada payudara seorang ... Read More »

Perlukah Mengepam Susu di Tempat Kerja?

        “Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi.   Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti.   Cuma pastikan anak puan tidak diberikan susu sekurang-kurangnya SEJAM sebelum puan pulang untuk memberikan anak puan susu.   Jika anak puan telah diberikan susu oleh penjaga di TASKA, berkemungkinan ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Bayi berdengkur ketika tidur

  “Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini. “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jawaban yang diberikan  seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam keadaan yang normal dan perlu pemeriksaan doktor.   Selalunya ia disebabkan lendir dalam saluran pernafasan.   Ia juga boleh disebabkan oleh bengkakan adenoid dan tonsil yang mengecilkan ruang ... Read More »

Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?

  “Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat.   Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin)   Jangan risau, Jika anak kecil puan muntah dengan serta-merta selepas puan memberinya antibiotic,  atau selepas 15 minit ubat diberikan, puan boleh memberinya satu lagi dos penuh.   Wallahu a’lam. Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.   Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik. ... Read More »

Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

  “Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”     Wa alaikum mus salam.   Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka.   Ini boleh membawa kepada masalah sembelit.   Menurut Akademi Pediatrik Amerika, di dalam Panduan mereka untuk “Pemakanan Anak Anda”, mencadangkan “pengambilan harian serat untuk seseorang ... Read More »

Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur

  “Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya  yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur.   Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik.   Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami kerosakan gigi. Membiarkan bayi puan minum dalam botol ketika berbaring juga boleh meningkatkan risiko bayi puan mengalami tercekik dan jangkitan kuman pada telinga .   ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi.   Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam, karena air sejuk boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun ... Read More »

Simpan susu formula dalam peti sejuk

    “Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?”   Wa alaikum mus salam.   Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam.   Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya.   Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi sus botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik.   Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu formula dan disimpan.   Walaupun menyimpannya didalam petisejuk, bakteria boleh membiak dalam susu dalam tempoh masa empat jam. Jadi jangan simpan susu formula di dalam peti sejuk selama lebih 4 ... Read More »

Bayi hanya berak sebulan sekali

  “Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal.   Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras.   Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.   Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang air besar setiap dua atau tiga hari, tidak dikatakan sembelit.   Lebih-lebih lagi jika bayi hanya minum susu ibu, mungkin hanya akan membuang air ... Read More »

Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?

  “Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?”   Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik.   Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan  bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula.   Ini adalah konsep yang salah.   Sebenarnya, bayi yang mempunyai berat badan yang mencukupi, secara amnya boleh dikatakan sebagai bayi yang sihat.   Secara purata bayi akan mengalami penambahan berat ... Read More »

Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air

  “Assalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut apabila anak saya telah tidur. Doktor, adakah selamat untuk saya meninggalkan bayi saya tanpa pengawasan semasa saya mandi lima minit? Mohon pendapat doctor. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami situasi puan yang terpaksa menjaga anak dan menguruskan rumah tanpa pembantu. Saya percaya ia sangat sukar untuk menguruskan anak bersendirian, apatah lagi meninggalkan beliau walaupun sebentar.   Jika puan mempunyai pembantu atau tinggal dalam keluarga yang besar, sudah tentu ia menjadi lebih mudah. Puan boleh boleh meminta ... Read More »

Membawa Anak dalam Kereta

    “Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.   Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan di tempat yang sama.   Dalam kajian yang dilakukan di UK menunjukkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas beg udara telah menyelamatkan lebih daripada 1,500 kematian dalam kemalangan jalan raya. ... Read More »

Adakah bayi saya mengalami cirit-birit?

    “As salamualaikum doktor, saya ingin bertanya, anak saya berusia 2 bulan. Adakah menjadi kebiasaan bayi berusia 2 tahun membuang air besar sebanyak 4-5 kali sehari. Najis dia berwarna kuning dan kadangkala kehiijauan. Saya risau. Mohon pencerahan.”   Walaikum mus salam. Ramai ibu bapa seperti puan berasa bimbang bahawa bayi mereka mengalami ceret beret kerana kerap membuang air besar. Secara kebiasaannya bayi yang baru lahir mempunyai banyak pergerakan usus. Ini akan menyebabkan anak puan akan buang air besar banyak kali dalam sehari.   Warna najis bayi puan akan bergantung kepada pemakanan yang diberikan, sama ada dia meminum susu ibu atau formula.   Najis bayi yang baru lahir susu ibu biasanya kekuningan , sama ada lembut atau cair. Ia boleh berlaku sehingga lima kali sehari.   Kadang-kadang bayi yang diberikan ... Read More »

Sudah Setahun Tapi Belum Tumbuh Gigi

  “Assalamu alaikum doktor, anak saya hamper berusia setahun, tetapi belum tumih gigi lagi. Adakah ia normal? Mohon pencerahan?”   Walaikum mus salam.   Selalunya gigi susu tumbuh pada usia 6 bulan, dimulai dengan siri gigi bawah pada usia 6-10 bulan diikuti dengan siri gigi atas pada usia 8-12 bulan.   Namun jangan risau kerana setiap kanak-kanak mempunyai pertumbuhan gigi yang berbeza. Malah ada yang lambat tumbuh gigi, sehingga berusia satu tahun baru tumbuh.   Pertumbuhan gigi ini selalunya disebabkan oleh tulang rahang atau gusi yang tebal.   Tetapi jika gigi susu masih tidak tumbuh selepas anak berusia 18 bulan, puan perlu membawa anak puan untuk pemeriksaan xray oleh doktor gigi. Read More »

Apakah penyusuan ibu boleh dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.” Ayat ini hanya berupa panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya. Al-Imam al-Qurtubiy ketika ... Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

  “Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”   Walalaikum mus salam.   Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.   Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada bayi mereka.   Kolostrum dalam susu ibu, adalah sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan ... Read More »

Susah beri ubat pada anak

      “Salam doctor, saya mempunyai anak berusia 2 tahun. Baru-baru ini dia mengalami sawan akibat demam yang panas. Doktor menasihatkan agar memberikan ubat demam jika suhu badannya terlalu tinggi. Malangnya anak saya agak sukar untuk menelan ubat. Bolehkan saya memasukkan ubat ke dalam makanannya? Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Kanak-kanak bukan sengaja tidak mahu menelan ubat. Mereka berbuat demekian kerana rasanya yang pahit atau tidak sedap. Selalunya mereka akan memuntahkan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.   Saya tidak rasa ada kanak-kanak yang sengaja melakukannya semata-mata untuk mencari perhatian ibubapa. Jika kanak-kanak melakukan hal tersebut, saya berpendapat sudah semestinyalah seorang anak mengharapkan perhatian yang lebih apabila mereka sakit, dan ianya adalah normal.   Walau pun kanak-kanak itu enggan menelan ubat tersebut, ibu bapa perlu ... Read More »

Pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif

  Pemakanan yang bernutrisi sangat baik untuk anak-anak. Pemakanan yang bernutrisi bermakna makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang. Ia saja ia dapat menghalang masalah jantung dan kanser apabila mereka besar nanti, tetapi dapat merangsang otak anak-anak.   Banyak kajian telah membuktikan bahawa pemakanan yang bernutrisi akan menggalakkan kesuburan otak, mengurangkan stres dan gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka.   Bagi kanak-kanak yang hiperaktif (ADHD), selain memberikan rawatan menggunakan ubat-ubatan hospital, pemakanan yang baik juga membantu kanak-kanak ini.   Berikan omega 3 setiap hari selama enam bulan dan ia dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dan mereka dapat melengkapkan kerja serta meningkatkan prestasi akademik.   Kanak-kanak juga harus dielakkan dari memberikan makanan ringan. Dalam kajian yang dilakukan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, pada tahun 2009, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ... Read More »

Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?

        As salam mu alaikum, doctor. Anak saya sudah berusia setahun 2 bulan dan sudah 7 hari demam. Saya ada bawa diake  hospital dan telah melakukan ujian darah. Doktor memberitahu bahawa semuanya OK tetapi saya rasa dia  sekarang makin panas 39 c. Apa nasihat doktor.Terimma kasih.   Wa alaikum mus salam.   Saya memahami perasaan puan. Ibu mana yang tidak risau jika anaknya mengalami demam yang panas dan berlarutan.   Saya juga selalu merawat bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam, dan jarang memberikan ubat antibiotic kecuali jika ianya benar-benar perlu.   Cuma ibubapa yang risau, datang semula dan bertanyakan jika anak mereka perlukan antibiotik.   Antibiotik hanya perlu untuk bayi dan kanak-kanak yang demam akibat jangkitan kuman bakteria saja. Jika ia disebabkan oleh virus yang biasa, antibiotic ... Read More »

Penyakit Kawasaki boleh membawa maut pada bayi dan kanak-kanak

  Sewaktu saya menghadiri satu konferens mengenai penyakit kanak-kanak, antara penyakit yang ditekan ialah Penyakit Kawasaki (PK).   Ini kerana penyakit ini dapat dirawat, tetapi boleh menyebabkan kematian jika ia lambat dikesan.   Ini kerana pesakit PK yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung (coronary artery aneurysme), menyebabkan otot jantung menjadi bengkak (myocarditis), dan injap pada jantung menjadi rosak, sehingga menyebabkan jantung gagal berfungsi.   Oleh itu ibubapa tidak boleh berlengah untuk membawa anak mereka ke hospital untuk berjumpa pakar perubatan kanak-kanak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan apabila doctor di klinik mengesyaki anak mereka mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit Kawasaki.   Ini kerana rawatan awal menyebabkan pesakit akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari, dengan izin ALLAH.     Selalunya penyakit ini menyerang kanak-kanak berusia bawah ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!