Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak

Category Archives: Bayi/Kanak-kanak

PERNAFASAN BERBAU BUSUK

    “Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas die berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti dia malu dgn kawan-kawannya. Terima kasih doktor”     Walaikumusalam.     Pernafasan berbau busuk boleh berpunca dari mulut atau pernafasan seseorang. Selalunya ia disebabkan aktiviti pembiakan bakteria dalam mulut dan hidung yang menghasilkan komponen asid dan sulfur.       Kebanyakan bakteria ini bersifat hiduptanpa oksigen dan hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti dalam hidung, celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.       Pembiakan bakteria ini berlaku di kalangan:   Perokok   Penggunaan gigi ... Read More »

TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK-ANAK

TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK-ANAK     Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu.     Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang.     Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus.     Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahi individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat.     Sebagai ibubapa kita perlu perihatin kepada pemakanan anak-anak kita. Aspek keselamatan dan kesihatan harus kita letakkan keutamaan. Pastikan anak kita mendapat sumber makanan yang terbaik agar mereka mendapat tenaga, dan kekal ... Read More »

6 manfaat minyak kelapa dara untuk bayi

6 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK BAYI       Minyak kelapa dara (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesehatan. Ia bukan hanya bermanfaat utuk orang dewasa saja, tetapi untuk bayi dan kanak-kanak.   Saya kongsikan enam manfaat VCO untuk bayi dan kanak-kanak.   Sebagai minyak urut.   Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur,  memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka.   VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang.   Sapu dan urut dengan lembut pada bahagian belakang dan bahu bayi dan kanak-kanak bagi memudahkan mereka tidur dan mendapat kulit yang cantik.     Mengurangi sembelit ... Read More »

bayi kuat menangis akibat makhluk halus

BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS?     Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.       Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?       Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus.     Mungkin benar ada gangguan seperti itu.       Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak memberikan susu yang cukup pada bayi kita. Memaksa kita memberikan lebih banyak susu pada hal bayi kita tidak lapar. Kita tahu anak kita ... Read More »

bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala

BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA       Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.     WALAIKUMUSALAM     Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.     Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan menekan luka atau bengkakan menggunakan kain yang bersih, pendarahan akan berhenti dan bengkakan(benjolan) akan mengecut.     Jika luka terlalu besar dan pendarahan terlalu banyak, bawalah anak ke klinik ... Read More »

Panduan melawat bayi yang baru lahir

PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR        Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus, terutamanya yang melibatkan saluran pernafasan seperti pneumonia.         Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.       Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.       Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.       Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:       ... Read More »

panduan memberikan susu formula pada bayi

PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI     Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan  segera memberikan susu formula.   Saya mencadangkan :   1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman.   2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu.   3. Jangan simpan baki susu formula dalam botol melebih sejam. Jika susu formula tidak diminum oleh bayi, simpanlah di tempat yang sejuk (contohnya peti sejuk ) dan digunakan sebelum tempuh sejam. Jika mahu digunakan semula, boleh keluarkan dari peti sejuk, dan biarkan ia mencapai susu bilik ... Read More »

buah naga untuk bayi

BUAH NAGA UNTUK BAYI     “Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM     Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun.     Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan.     Buah naga dapat boleh diberikan pada bayi, tetapi ia haruslah dikisar halus dan cair. Jangan berikan terlalu banyak.     Setakat ini saya belum berjumpa dengan kajian journal yang mengatakan buah naga yang diambil dalam kuantiti ... Read More »

anak menyusu ibu tapi sembelit

ANAK MENYUSU IBU TETAPI SEMBELIT     Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan. Anak saya sepenuhnya breast feeding. Masa baru lahir buang air besar normal, tetapi beberapa minggu kemudian, beliau tidak buang air besar selama 16 hari ketika usia 37 hari. Namun tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan. Dia kentut seperti biasa. Tidur lena. Perut tidak keras, buang kencing pun ok. Saya terpaksa bawa beliau ke   hospital kerana bimbang dan doktor berikan ubat cecair. Selepas itu baru dia buang air besar. Tetapi lepas itu dia kembali tidak buang air besar kini sudah masuk 6 hari. Apa perlu saya lakukan? Adakah normal baby fully breastfeeding begini? Adakah saya masih perlu berikan dia ubat seperti sebelum ini? Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM.   Masalah yang dihadapi oleh anak puan yang berusia kurang dari dua ... Read More »

tips bagi ubat pada anak

TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT.       Banyak tips yang ingin saya kongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.   Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah:   Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.   Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak.   Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan ... Read More »

mahu anak bijak

MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT     Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.   Tiada lagi hubungan anak-ibubapa yang akrab.   Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak.   Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.   Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.   Gunakan kebijaksanaan kita untuk  berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.   Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.   Berikan sepenuh perhatian kepada ... Read More »

bibir anak menjadi biru

MENGAPA BIBIR ANAK TIBA-TIBA JADI BIRU?   Terdapat beberapa sebab mengapa bibir anak boleh berubah berwarna biru secara tiba-tiba. Terutamanya anak yang berumur setahun ke bawah.   Ada dua keadaan di mana keadaan yang tidak berbahaya di akibatkan oleh suhu persekitaran yang sejuk, atau mungkin anak telah diberikan makanan yang berwarna biru.   Keadaan yang agak berbahaya ialah apabila ada tanda-tanda yang seiring dengan perubahan warna pada bibir anak, iaitu:   1. pernafasan yang cepat 2. degupan jantung yang laju 3. demam 4. anak merengek sepankang hari 5. perubahan warna pada keseluruhan tubuh.     Jika tidak pasti apa yang berlaku, elok bawa anak untuk pemeriksaan doktor. Semoga bermanfaat.   Dr Zubaidi Hj Ahmad 0197712391 Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, bagi masalah kitaran haid yang tidak menentu, Ekstrak Kacip Fatimah ... Read More »

hfmd boleh membawa maut jika..

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA..      Inilah adalah intervieu saya dengan RADIO SALAM pada Khamis 11 Ogos 2018 730am.   Alhamdulillah,  Kementerian Kesihatan Malaysia pada laporan berita 5 Ogos 2018 telah merekodkan penurunan kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Hal ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 770 kes jangkitan baharu dilaporkan, menurun 19.1 peratus berbanding 952 kes pada Khamis 2 Ogos 2018 yang lalu.   Walaupun terdapat penurunan laporan, bukan bermakna wabak ini telah tamat. Setiap hari ada laporan jangkitan baru. Cuma kadar jangkitan semakin menurun, seperti mana dilaporkan.     Apakah punca penyakit ini?   Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand, Mouth, Foot Disease, HFMD) disebabkan oleh sejenis virus dalam kumpulan ... Read More »

bolehkah menghentikan ubat thyroid

BOLEHKAH MENGHENTIKAN UBAT HORMON THYROID?   Gambar Hiasan   Assalamualaikum Dr Zubaidi.  Anak perempuan saya berusia 4 tahun disahkan sebagai pesakit hypothyroidism sejak lahir. Dia diberikan ubat oleh pihak hospital. Setakat ini tahap tumbesarannya baik. Tetapi dia terpaksa mengambil ubat tersebut sepanjang hayat untuk menampung hormone yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuhnya. Sekarang saya ingin beralih pada perubatan alternative kerana pengambilan ubat hospital menjadikan anak saya bergantung dengan ubat itu seumur hidup. 1) Apakah dia boleh berhenti selepas perkembangan tumbesarannya sempurna/lengkap semasa remaja? 2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti hormon tersebut.? 3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Masalah yang dialami oleh anak tuan bermula sejak dilahirkan. Masalah ini dinamakan sebagai congenital hypothyroidism. Ini bermakna kelenjar thyroid anak tidak dapat ... Read More »

penghawa dingin dan bayi

PENGHAWA DINGIN DAN BAYI Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya beberapa soalan. 1.adakah bayi yang berumur setahun kebawah boleh untuk berada dalam air-conditioning yg bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas.   2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air-cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung Dan paru-paru bayi?   3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?     Sekian, terima kasih..     WALAIKUMMUSALAM .   1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius.   2. Suhu yang terlalu sejuk dalam bilik, sudah pasti akan menjejaskan kesihatan bayi terutama bayi berusia bawah setahun. Jika tidur pastikan bayi memakai baju yang ... Read More »

rawatan sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK     Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih.         Walaikumusalam.   Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal.     Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka.     Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan dan air kosong), mereka mungkin tiada masalah sembeli. Mereka membuang air besar ... Read More »

Anak berusia 7 bulan tidak mahu minum susu formula

ANAK BERUSIA 7 BULAN TIDAK MAHU MINUM SUSU FORMULA       “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saya berusia 7 bulan lebih. 1- Apakah kesan kepada bayi saya jika dia berhenti menyusu di usia 7bln lebih, dia lebih suka makan dri susu. Utk pngetahuan doktor bayi saya sepenuhnya mengguna susu formula. 2- Doktor boleh bagi cadangan tidak susu apa yang sesuai utk anak saya sebab anak saya memang tidak mahu susu. Sudah mcm2 susu saya bagi dia tetap tak nak. Sekarang ini saya bagi susu formula yang terkenal (dan mahal) dan memaksa anak saya namun dia masih mnolak hinggakan saya terpaksa guna picagari untuk dia minum. Itu pun dia masih mnyembur keluar dan tidak mahu minum susu. Boleh tak doktor bagi saya jalan penyelesaian ... Read More »

kenapa ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak?

UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK       “Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih elsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemberian ubat selsema bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya memang ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk batuk dan selsema).   Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yg mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan ... Read More »

Anak-anak yang lambat berkembang

ANAK-ANAK YANG LAMBAT BERKEMBANG Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting.     Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.     Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir.   Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku apabila mereka tidak mendapat kemahiran yang dicapai oleh kanak-kanak yang sama umur dengannya.   Antara kemahiran yang perlu diperhatikan ialah : 1. Kemahiran melakukan pergerakan kasar (seperti berjalan dan ... Read More »

masalah kecacingan

  MASALAH KECACINGAN         Baru-baru ini seorang ibu membawa anak perempuannya ke klinik berjumpa saya. Apa yang merisaukan beliau adalah perut anak beliau yang berusia 9 tahun itu kelihatan membuncit.     Ibunya mendesak saya lakukan pemeriksaan ultrasound, kerana bimbang anaknya hamil. Saya berfikir panjang. Namun saya hanya mengikuti kehendak ibu kanak-kanak ini memandang beliau sangat runsing.   Ini kali ketiga beliau membawa anaknya ke klinik. Sebelum ini pergi ke satu klinik swasta, tetapi oleh kerana tiada kemudahan ultrasound, doctor merujukkan ke pusat kesihatan kerajaan.     Di pusat kesihatan kerajaan pula doctor yang bertugas tidak mahu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana tidak percaya kanak-kanak perempuan itu hamil.     Saya melakukannya, mulanya agak sukar kerana saiz tubuhnya yang kecil, apatah lagi saiz rahemnya yang kecil. Tiada sebarang ... Read More »

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!

AWAS 5 MAKANAN INI DILARANGKAN KEPADA BAYI. BELUM MASANYA!       Kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja.   Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.   Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.   1. Jus Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih ... Read More »

masalah mata anak berair seperti menangis

MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS Pada keluaran kali ini, saya ingi berkongsi jawaban pada pertanyaan yang ditanyakan oleh seorang ibu yang risau terhadap keadaan mata nakanya yang berumur lapan bulan.   Pertanyaan beliau seperti berikut: “Assalamu’alaikum. Dr. maaf saya mengganggu. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini.  Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.   Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya.  Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu selepas kelahiran. Pada mulanya saya fikir ia hanya perkara biasa dek kerana cuaca sejuk di Jordan ketika itu. Sehingga kini ia masih lagi berair walaupun ... Read More »

Berhati-hati Penggunaan Ubat Batuk Dan Selesema Dalam Rawatan Kanak-kanak

BERHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN UBAT BATUK DAN SELSEMA DALAM MERAWAT KANAK-KANAK     Pada lazimnya, masalah batuk dan selesema adalah berpunca daripada jangkitan virus yang mana badan kita secara semulajadi mempunyai mekanisme pertahanan diri untuk melawan jangkitan tersebut. Simptom awal selesema yang dialami pesakit adalah seperti sakit kerongkong, lemah-lemah badan dan diikuti dengan hidung berair dan tersumbat, batuk dan juga sakit kepala. Batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan yang spesifik untuk sembuh. Kebiasaannya badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan simptom akan beransur pulih dalam tempoh tertentu. Rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut. Ubat yang biasa diberikan adalah dari jenis antihistamin (seperti chlorpheniramine), antitusif (seperti dextromethorphan) dan dekongestan (seperti pseudoephedrine) yang secara amnya adalah selamat untuk digunakan. Walau bagaimanapun, ubat batuk ... Read More »

Bayi 5 bulan diberikan nasi empit

BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT     “Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi yang berumur enam bulan ke bawah belum lagi matang. Mereka belum bersedia menghadamkan makanan yang kompleks, dan terlalu banyak rempah.   Begitu ... Read More »

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?       “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”      WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat.   Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.   Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang ... Read More »

Ubat selsema untuk kanak-kanak

  Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur limgkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM .   Ia bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yg tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk batuk dan selsema). Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yg mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan sampingan yang teruk seperti tidak sedarkan diri dan kehilangan nyawa.   ... Read More »

Telur untuk bayi berumur kurang setahun

“Salam doc kalau nak bg baby 6 bulan lebih telur rebus, kita perlu cuba bg yg mana dulu ye kuning dulu ke putih dulu ya. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tidak dapat dinafikan bahawa telur (putih telur atau kuning) mempunyai nutrien yang banyak dan memberi manfaat pada orang yang mengambilnya. Namun nilai nutrien ini tidak menyamai nilai nutrien yang ada pada susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi yang berumur setahun ke bawah dan digalakkan untuk meneruskannya sehingga berumur dua tahun. Maknanya jangan gantikan susu ibu dengan mana-mana makanan termasuk telur. Wallahu a’lam Read More »

MINYAK KELAPA DARA UNTUK KANAK-KANAK MENGURANGKAN SEMBELIT

    “Assalamualaikum doktor. Saya mahu bertanya soalan tentang anak saya yang mengalami sembelit. Dia berumur 3 tahun lelaki. Baru ini kami pergi ke klinik dan doktor beritahu usus dia ada banyak najis yang melekat. Saya ingin tahu adakah Minyak Kelapa Dara boleh dicampur dalam air oren, milo, atau susu? Najis yang mlekat tu boleh ditanggalkan tak?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya najis anak puan mungkin mengeras. Jadi pergerakan dalam usus agak perlahan. Puan boleh meningkatkan pengambilan air dalam pemakanan anak puan. Bagikan banyak jus buah (bukan kordial), air mineral atau air susu. Berikan banyak buah-buahan.  Boleh juga campurkan 3ml Minyak Kelapa Dara ke dalam susu atau minuman. Saya selalu berikan pada susu anak saya bagi mengelakkan sembelit dan tenaga. Wallahu a’lam.   Read More »

Gemuk akibat antibiotik yang berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.   Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. ... Read More »

Pedih ketika menyusukan bayi

PEDIH KETIKA MENYUSUKAN BAYI   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana anak saya masih menyusu. Mohon pandangan doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, ia adalah saat  yang mengujakan terutama bagi seorang wanita yang baru menjadi ibu. Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu dalam payudara dan ia juga akan memberikan satu pengalaman keibuaan yang menyenangkan.     Namun begitu ada juga ibu yang berasa ... Read More »

Bahaya tidur dengan bayi

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI   Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. Bayi yang tidur dengan ibu bapa juga dikatakan tidak kerap terbangun pada waktu malam dan berjaga dalam tempoh masa lebih pendek serta kurang menangis. Namun, amalan tidur bersama jika tidak ... Read More »

Anak selalu mengalami pembengkakan tonsil

ANAK SELALU MENGALAMI PEMBENGKAKAN TONSIL   Terima kasih kerana membaca email saya,di sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan. Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap demam, batuk dan selsema  sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami “febrile fits”, dan berulang pada usia 2 tahun 3 bulan. Apa y merisaukan saya, tiap kali demam, doctor akan memberikan ubat antibiotic kerana jangkitan kuman pada tonsil, dan boleh dikatakan 2 bulan sekali diberikan antibiotics. Saya risau akan ada kesan sampingan jika ubat tersebut diambil dgn kerap. Sehingga kini, tonsil anak saya bengkak wlupun tidak demam. Dari segi makan dan minum, tiada masalah. Cuma ketika tidur saja berdengkur. Pada pandangan doctor, perlukah pembedahan buang ... Read More »

Rahem ke dalam, adakah sukar hamil?

RAHEM KE DALAM, ADAKAH SUKAR HAMIL?   “Salam .dan salam syawal Dr. Harap Dr menjawab persoalan saya. Semasa bulan puasa. Period saya berlarutan sehingga 15hari. Kemudian saya pergi hospital pakar puan. Doktor melakukan pemeriksaan scan dan tiada apa kelihatan yang tidak normal termasuk rahim, cuma kata “rahim berada dalam keadaan ke dalam” katanya. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut sebab pada masa itu saya agak keliru. Sekarang baru saya khuwatir .Adakah bahaya jika rahim ke dalam dan tidak kelihatan. Adakah sukar untuk hamil? Mohon penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA.   Puan mengalami dua kemusykilan, pertama posisi rahem puan yang dikatakan “ke dalam” setelah doktor melakukan pemeriksaan ultrasound. Saya percaya rahem puan berada dalam posisi “retroflexed” di mana posisi fundal rahem membongkok menghadap tulang belakang. ... Read More »

Anak demam melebihi 10 hari

ANAK DEMAM “ON AND OFF” BATUK DAN BERKAHAK MELEBIHI 10 HARI   “Assalammualaikum doktor. Anak saya mula batuk pada 8hb Feb kemudian pada 10hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan. Doktor yang bertugas memberikan ubat antibiotik amoxycilin dgn ubat batuk bromehexine. Lepas habis ubat antibiotic, anak saya masih tidak sembuh.   Pada 13hb Feb saya pergi klinik swasta dan doctor tidak berikan antibiotik, Cuma memberikan ubat salbutamol dan prednisolone, namun anak saya masih tidak sembuh juga.   Pada 24hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan semula. Doktor memberikan nebulizer dan melakukan pemeriksaan x-ray. Doktor memberitahu ada kuman dalam paru-paru dan kahaknya terlampau banyak. Doktor memberikan ubat ubat antibiotik EES, dan salbutamol.   Hari ini anak saya mengalami demam panas yang tinggi (39°C), berkahak kuning meleleh keluar ... Read More »

susu formula tidak serasi menyebabkansembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT     “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.   Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.   Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin untuk mendapatkan sembelit. Susu ibu menghasilkan najis yang sentiasa lembut, walaupun bayi yang telah tidak dilakukan membuang air besar untuk ... Read More »

Susu formula tidak serasi menyebabkan sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT     “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.   Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.   Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin untuk mendapatkan sembelit. Susu ibu menghasilkan najis yang sentiasa lembut, walaupun bayi yang telah tidak dilakukan membuang air besar untuk ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!