Advertorial
Home » Koleksi Artikel

Category Archives: Koleksi Artikel

Kesan sampingan ubat theophylline

THEOPHYLLINE UNTUK ASMA     “Assalamualaikum dr.. sy ingin bertanya sy makan ubat neo napacin dr negara seberang yg mengandungi theophylline.. adakah theophylline sejenis dadah? Dan adakah ia elok utk merawat penyakit asma? Terima kasih “   Wa alaikum mus salam.   Theophylline adalah ubat sintetik untuk merawat asthma. Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah semput dan masalah pernafasan yang disebabkan oleh penyakit paru-paru berterusan (cth, asma, emphysema, bronkitis yang kronik).   Ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dalam paru-paru dan membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik. Ubat ini tidak berfungsi dengan segera dan tidak boleh digunakan untuk merawat serangan asma secara tiba-tiba.   Untuk mendapat kelegaan yang segera, pesakit harus menggunakan inhaler atau nebulizer ketika serangan asma secara tiba-tiba.  Theophylline harus diambil setelah mendapat nasihat dari doktor kerana ia ... Read More »

Q10 meningkatkan tenaga

SUPLEMEN CoQ10  MENINGKATKAN TENAGA  Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.   Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna dan menyebabkan kita rasa mudah penat, cepat letih dan mudah mengantuk. Untuk menjamin jantung bekerja dengan baik, bekalan tenaga yang berterusan diperlukan dan nutrient CoQ10 adalah kunci bagi penghasilan tenaga yang ... Read More »

Ubat selsema untuk kanak-kanak

  Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur limgkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM .   Ia bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yg tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk batuk dan selsema). Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yg mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan sampingan yang teruk seperti tidak sedarkan diri dan kehilangan nyawa.   ... Read More »

Telur untuk bayi berumur kurang setahun

“Salam doc kalau nak bg baby 6 bulan lebih telur rebus, kita perlu cuba bg yg mana dulu ye kuning dulu ke putih dulu ya. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tidak dapat dinafikan bahawa telur (putih telur atau kuning) mempunyai nutrien yang banyak dan memberi manfaat pada orang yang mengambilnya. Namun nilai nutrien ini tidak menyamai nilai nutrien yang ada pada susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi yang berumur setahun ke bawah dan digalakkan untuk meneruskannya sehingga berumur dua tahun. Maknanya jangan gantikan susu ibu dengan mana-mana makanan termasuk telur. Wallahu a’lam Mohon singgah ke farmasi online kami di http://needsvenue.com.my Read More »

mahu hamil semula

  Salam doktor. Saya dan suami telah berkahwin pada usia 29 dan mempunyai seoramg anak setahun selepas ini dan lahir dengan cara pembedahan caeser. Skrg ini anak kami dah hampir berusia 4 thn dan kami sedang berusaha untuk mendapat anak ke dua.  Sy pernah ajak suami saya jumpa pakar kedlsuburan tp dia tidak mahu kerana katanya kami telah pun sudah mempunyai seorang anak.  Tp sy risau sbb suami sy ni gemar mkn maggi, minum air asam dan air berkarbonat. Dia juga tidak suka mkn sayur. Sy puas nasihat tp tetap tidak mahu. Satu hari sy baca artikel di laman blog Dr baru la dia percaya. Jd kalu bole dpt brjumpa Dr atau kami bole buat apa2 pemeriksaan untuk tahu apa masalah kami sbnrnya. Terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM Mmg ... Read More »

Mahu hamil semula selepas dua kali keguguran

” Salam doktor. Saya XXX berumur 29 tahun. 58kg/159cm. Saya pernah mengalami 2 kali keguguran pada tahun 2014& 2015. Incomplete dan complete miscarriage. Keguguran pertama-7w6d. Keguguran ke dua-12w2d. Saya ingin hamil semula . Tempoh perkahwinan 2 tahun 8 bulan. Boleh doktor cadangkan supplement untuk saya dan suami.Terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM. Bagi wanita yang pernah hamil, kehamilan seterusnya lebih mudah dari mereka yang tidak pernah hamil. Dalam kes puan, kedua-dua keguguran ini ini berlaku pada awal kehamilan. Selalunya berpunca dari “masalah janin yang tidak kuat” atau masalah “rahem yang tidak kuat”. Masalah janin yang tidak kuat berpunca dari percampuran sperma dan ovum yg berkualiti rendah. Sementara rahem yang tidak kuat pula disebabkan oleh lapisan endometrium yang nipis atau tidak stabil, disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang. Saya mencadangkan ... Read More »

Misoprostol sebagai ubat pengguran janin

MISOPROSTOL SEBAGAI UBAT PENGGURAN JANIN     Cytotec adalah nama pasaran yang digunakan oleh ubat yang mengandungi bahan aktif misoprostol. Ia keluarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer. Tujuan  adalah untuk membantu pesakit mengatasi masalah gastrik yang kronik. Ia adalah ubat terakhir yang diberikan oleh doctor kepada pesakit yang telah menjalani pelbagai rawatan gastric tetapi gagal. Ia dijual dalam dos  200µgram setiap tablet.     Namun begitu ia juga digunakan oleh pihak hospital bagi membantu memulakan proses kelahiran, terutama wanita hamil tidak merasakan akan memulakan proses kelahiran walaupun telah mencapai tarikh yang dianggar untuk kelahiran.     Malangnya ia disalahgunakan untuk melakukan pengguguran janin.  Misoprostol menyebabkan otot-otot rahem mengecut dan tisu pangkal rahim menjadi lembut.  Ini menyebabkan janin yang berada di dalamnya akan keluar secara paksaan. Inilah yang dinamakan pengguguran terancang menggunakan ... Read More »

BOLEHKAN IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL UBAT CACING?

   “Salam doktor, bolehkah ibu yang hamil dan menyusukan anak mengambil ubat cacing? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Mebendazole adalah ubat cacing yang banyak terdapat di pasaran kita. Ia dikategorikan sebagai kumpulan C, iaitu kajian haiwan di makmal telah membuktikan terdapat kesan ketoksikan dan menyebabkan kecacatan pada janin dalam rahem haiwan yang diuji (teratogen). Namun tiada ujian yang dibuat kepada wanita yang hamil, maka kesannya tidak diketahui.     Saya mencadangkan penggunaan ubat cacing hanya diberikan kepada wanita yang hamil, jika ia dirasakan terlalu perlu, contohnya ada tanda jangkitan cacing yang jelas seperti terdapat cacing pada najis di tandas. Jika tidak boleh tunggu pada masa yang lebih selamat.       Bagi wanita yang menyusukan anak, ubat ini menyerap masuk ke dalam susu ibu dalam kuantiti yang ... Read More »

KESAN CAHAYA ULTRAVIOLET PADA KULIT

    Kesan penuaan pada kulit muka adalah berpunca dari radiasi cahaya ultraviolet dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang yang semakin berkurangan. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung.   Radiasi ultra ungu ini menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit dan mengganggu penghasilannya dalam lapisan kulit.   Walau bagaimana pun hal ini dapat dkurangkan jika seseorang itu mengambil anti oksidan yang boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang. Ia harus diambil dalam bentuk pil dan sapuan.   Bagi mengurangkan masalah ini, saya mencadangkan penggunaan pelembap yang baik. Sebelah malam boleh gunakan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai pelembap bagi mengurangkan kerosakan ini.  Ia mempunyai bahan  Hyaluronic Acid yang berfungsi secara efektif untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan hitam di ... Read More »

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN KULIT

  Pengambilan vitamin C melalui sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal) dan sayur-sayuran (sawi, bayam, kangkung, cili) adalah amat penting dan patut diamalkan setiap hari.   Pengambilan suplemen Vitamin C tambahan juga boleh diamalkan dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit. Tiada kesan sampingan yang merbahaya dengan pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana sifat vitamin ini yang larut air menyebabkan ianya mudah disingkirkan dari tubuh jika berlaku lebihan.   Terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan-bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, teh hijau, resveratrol, anthosianidin dan fitonutrien.   Ia boleh diambil bersama DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai pelembap bagi mengurangkan kerosakan ini. Produk  DOCLAB KOREAN AMPULES dalam bentuk ampule, untuk sapuan kulit, mengandungi hyaluronik acid, yang mesra kulit ... Read More »

MINUM AIR UNTUK KESIHATAN KULIT

    Minum air secukupnya adalah satu faktor yang amat penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kebolehan kulit untuk menyimpan air dan mengekalkan kelembapan.   Walaupun kita bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kehilangan air banyak berlaku akibat kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering.   Kesannya, kulit akan kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Minumlah air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh berlebihan yang menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering.   Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai pelembap di sebelah alam sebelum tidur bagi mengurangkan kerosakan kulit ini.     Produk  DOCLAB KOREAN AMPULES dalam bentuk ampule, untuk sapuan kulit, mengandungi hyaluronik acid, ... Read More »

OMEGA 3 MEMBANTU KESIHATAN KULIT

  Pengambilan makanan yang kaya dengan omega 3 boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut. Pengambilan suplemen omega 3 boleh merawat masalah kulit.     Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai pelembap di sebelah alam sebelum tidur bagi mengurangkan kerosakan kulit ini.   Produk  DOCLAB KOREAN AMPULES dalam bentuk ampule, untuk sapuan kulit, mengandungi hyaluronik acid, yang mesra kulit termasuk kulit yang berminyak dan sensitif. Boleh digunakan pada wanita hamil.   Produk kecantikan yang selamat DOCLAB mengandungi Hyaluronic Acid sebagai pelembap muka yang terbaik. Boleh didapati di: (KLIK DI SINI)  NEEDSVENUE.COM.MY  Bagi yang berminat menjadi pengedar boleh hubungi Dr Norleza di 013 ... Read More »

KULIT MUKA TUA SEBELUM MASANYA

  “Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 28 tahun dan belum berkahwin. Tetapi ramai yang kata umur saya sudah masuk 35 dan macam sudah ada anak. Saya macam tak percaya, tapi kawan-kawan saya cakap perkara yg sama. Apakah puncanya doktor?”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Penuaan pada kulit adalah proses semula jadi apabila umur kita semakin meningkat. Namun terdapat banyak faktor yang memainkan peranan, sama ada kulit wajah kita lebih tua dari umur sebenar.  Inilah yang cuba kita elakkan. Biarlah wajah kita menggambarkan umur kita, bukannya umur kita baru 28 tahun tapi kulit wajah sudah kelihatan berkedut, kusam, kering dan tidak bersinar lagi seperti sudah berumur 45 tahun.   Lebih separuh daripada kita kelihatan lebih tua daripada usia kita kerana kita tidak menyedari bahawa tabiat kita yang menyebabkan ... Read More »

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi  kesihatan kulit wajah kita.   Kulit  berfungsi melindungi tubuh dari radiasi  UV.  Jika  kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan.   Radiasi UV dari  cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.  Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep furrows) dan kutil kecil. Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis ... Read More »

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS Dandanan muka yang sempurna bermula dengan  kulit yang sihat. Oleh itu, penting memilih produk penjagaan kulit yang tepat dan sesuai  untuk mendapat kulit wajah yang sihat adalah penting.     Bagi wanita yang agak sibuk, dan tidak sempat menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari secara berterusan, mereka perlu menggunakan produk yang sempurna dan sangat asas. Ini akan menjadikan kulit akan kelihatan, lebih sihat, lembut, kering dan tidak berjerawat, walaupun tidak menggunakan sebarang make-up.   Saya mencangkan produk kecantikan yang mempunyai bahan  Hyaluronic Acid yang berfungsi secara efektif untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan hitam di wajah. Wajah yang lembap akan membuatkan makeup yang digunakan lebih menyerlah.   Jika produk seperti ini digunakan setiap hari,  ,wajah akan menjadi lebih lembap dan kelihatan lebih ... Read More »

MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI

“Salam doktor.  Saya baru-baru ini disahkan mengalami masalah alahan pada produk gluten. Doktor kata saya tidak boleh mengambil produk makanan yang kaya dengan glute. Boleh doktor beritahu apakah penyakit alahan gluten itu?” WA ALAIKUM MUS SALAM Gluten adalah campuran protein yang terdapat dalam gandum dan bijirin. Ia memberikan keanjalan pada kuih dan donut, meningkat dan mengekalkan bentuknya. Gluten adalah gabungan dua protein gliadin dan glutenin, dan ia bergabung dengan kanji dalam endosperm (biji benih) pelbagai bijirin. Ia adalah sumber protein yang baik. Makanan yang dibuat dari gluten mempunyai protein yang banyak dan ia juga ditambah dalam makanan lain bagi meningkatkan kandungan protein di dalamnya. Roti mempunyai banyak glutein. Gluten juga ditambah pada minuman, kicap soya, dan aiskrim. Gangguan Gluten (Gluten related disorder) adalah penyakit yang dicetuskan apabila seseorang itu mengambil gluten di ... Read More »

Tanda ubat kuat lelaki mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL

“Salam doktor, bagaimana mahu mengetahui satu produk kuat untuk lelaki itu mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL”   WA ALAIKUM MUS SALAM Caranya mudah. Antara tandanya ialah: 1. Ia harus diambil beberapa jam sebelum mengadakan hubungan intim. Pengguna akan merasakan selepas beberapa jam, kesan ereksi dapat dirasakan. 2. Kesan ereksi ini juga datang bersama sakit kepala, hidung berair, leher rasa tegang (tidak selesa) dan rasa lemah (akibat tekanan darah turun secara mendadak) 3. Tanpa menggunakan ubat kuat ini ereksi tidak berlaku. Akhirnya berlaku penggantungan terhadap ubat. 4. Semakin lama ia tidak berkesan lagi seperti dulu. Pengguna memerlukan dos yang lebih kuat. Akhirnya ereksi tidak dapat dicapai dan mengalami mati pucuk (tidak boleh mendapat ereksi langsung). Saya mencadangkan penggunaan campuran herba KHALL MACHO  yang selamat, iaiti Tongkat Ali, Tribulus Terrestris dan Butea Superba. ... Read More »

MINYAK KELAPA DARA UNTUK KANAK-KANAK MENGURANGKAN SEMBELIT

    “Assalamualaikum doktor. Saya mahu bertanya soalan tentang anak saya yang mengalami sembelit. Dia berumur 3 tahun lelaki. Baru ini kami pergi ke klinik dan doktor beritahu usus dia ada banyak najis yang melekat. Saya ingin tahu adakah Minyak Kelapa Dara boleh dicampur dalam air oren, milo, atau susu? Najis yang mlekat tu boleh ditanggalkan tak?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya najis anak puan mungkin mengeras. Jadi pergerakan dalam usus agak perlahan. Puan boleh meningkatkan pengambilan air dalam pemakanan anak puan. Bagikan banyak jus buah (bukan kordial), air mineral atau air susu. Berikan banyak buah-buahan.  Boleh juga campurkan 3ml Minyak Kelapa Dara ke dalam susu atau minuman. Saya selalu berikan pada susu anak saya bagi mengelakkan sembelit dan tenaga. Wallahu a’lam. SILAKAN KE KEDAI FARMASI ONLINE KAMI http://needsvenue.com.my untuk produk ... Read More »

Kisah penjual tempe

KISAH PENJUAL TEMPE     Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari… Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ... Read More »

Sabar mengharungi kehidupan

SABAR MENGHARUNGI KEHIDUPAN     Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya. “Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.” Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya. “Saya akan bekerja selama mana yang saya mau ... Read More »

kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAM RAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut.   Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”.   Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini.   Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik dalam bentuk norethisterone.   Jika puan sedang hamil janin perempuan, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan jika janin puan mengalami kesan ‘kelelakian’.   Namun ... Read More »

Onani tidak berbahaya?

ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA?   Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan.   Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani.   Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari tangan, bukan lagi hubungan intim dengan isteri. Dan kebanyakan lelaki yang beronani akan mengalami masalah ketegangan alat kelamin dan mati pucuk selepas 10-15 tahun.   Bayangkan jika mula mengalami ketagihan ... Read More »

Adakah ultrasound bahaya pada bayi saya?

ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT? “Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran. Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik. Ini kerana tidak semua doktor dapat melakukan pemeriksaan dengan baik, terutamanya dalam kes yang agak kompleks, apatalah lagi jika menggunakan mesin ultrasound yang “ketinggalan zaman”. Ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Bolehkah ovarian cyst menjadi kanser?

ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER? “Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan terlalu bimbang. Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak. Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan rawatan kerana tidak hilang dengan sendirinya. Malahan, terdapat beberapa kes terpencil yang telah berlaku ovarian cyst boleh bertukar menjadi kanser. Biasanya ... Read More »

Adakah normal mengalami keputihan semasa hamil?

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL     “Adakah normal mempunyai keputihan yang berlebihan semasa hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, apabila mengalami keputihan yang berlebihan, ia adalah suatu yang biasa dan normal. Selalunya sebelum hamil, wanita kerap mengalami lendiran yang berwarna jernih dan tidak berbau. Adakalanya akan kental seperti susu basi dan mempunyai sedikit bau. Ia adalah sesuatu yang biasa, selagi tidak menyebabkan kegatalan. Keputihan ini semakin banyak apabila mereka hamil, kerana semasa hamil terdapat peningkatan pengeluaran estrogen dan aliran darah ke kawasan faraj lebih banyak. Lendiran ini sebenarnya rembesan dari kelenjar di pangkal rahim dan faraj, dan terdiri juga dari sel-sel yang telah mati dari dinding faraj, dan bakteria normal dari faraj. Biasanya ia lebih banyak apbila menghampiri waktu melahirkan anak, terutama apabila usia kehamilan menghampiri 36 minggu. ... Read More »

Gemuk akibat antibiotik yang berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.   Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. ... Read More »

Pendarahan ketika 28 minggu kehamilan

PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam, doktor. Saya sedang hamil 28 minggu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya perasan ada pendarahan dari faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan sebaiknya buat pemeriksaan segera, walaupun pendarahan telah berhenti. Walaupun ia mungkin pendarahan yang sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah yang serius.   Ramai wanita yang hamil agak keliru dengan pendarahan yang mereka alami, kerana menyangka bahawa mereka sedang mengalami haid. Darah yang keluar, sama seperti darah haid, sama ada berwarna merah jambu ke merah darah ke coklat. Perbezaannya ialah darah haid adalah darah yang normal keluar setiap bulan, akibat perubahan hormone. Pendarahan semasa hamil pula adalah darah yang disebabkan komplikasi semasa kehamilan dan ia bukanlah normal bagi wanita yang hamil. Ia mungkin tanda yang berbahaya bagi bayi dalam rahem.   ... Read More »

Sel darah merah, Hb rendah

SEL DARAH MERAH YANG SEDIKIT, HB RENDAH “Salam, doktor saya ingin bertanya pendapat dr. mengenai HB sy..pe mknn & minumn yg perlu utk sy naikkn hb tu..nk tahu juga supplement apa yg perlu sy ambil. Dr.skrg sy berasa sukar bernafas,pening n krg selera mkn..bacaan camni biasa/serius…dr klinik bg sy ubt tmbh drh”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tanda sukar bernafas, pening dan kurang selera adalah tanda puan mengalami kekurangan sel darah merah yang serius. Selalunya doktor akan memasukkan darah bagi menampung kekurangan darah merah dan membekalkan ubat untuk puan.   Walau bagaimana pun, apa yang penting, doktor akan menyiasat punca kekuarangan sel darah merah puan. Jika tidak ia akan berulang.   wallahu a’lam   IKLAN   Bagi lelaki yang sering mengalami sering keletihan, sering mengantuk, tiada stamina dan mudah ... Read More »

Pedih ketika menyusukan bayi

PEDIH KETIKA MENYUSUKAN BAYI   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana anak saya masih menyusu. Mohon pandangan doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, ia adalah saat  yang mengujakan terutama bagi seorang wanita yang baru menjadi ibu. Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu dalam payudara dan ia juga akan memberikan satu pengalaman keibuaan yang menyenangkan.     Namun begitu ada juga ibu yang berasa ... Read More »

Menurunkan kolestrole dengan minyak biji anggur

 EKSTRAK MINYAK BIJI ANGGUR MENGURANGKAN KOLESTROLE DALAM DARAH.     “Salam doktor.  Baru-baru ini saya mengalami pening kepala dan sakit dada. Setakat ini saya ada penyakit tekanan darah tinggi dan diabetis. Bila pemeriksaan ulangan dilakukan, doktor memberitahu saya mengalami peningkatan kolestrol dalam darah, melebihi normal. Doktor belum berikan saya ubat lagi. Apakah suplemen yang bagus untuk mengurangkan kolestrole dalam darah, sebelum saya mencuba ubat kolestrole?. Mohon pencerahan”    Wa alaikum mus salam.   Dukacita saya memberitahu, tuan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung dan stroke, jika tuan tidak mengawal peningkatan kadar kolestrole tuan, kerana tuan telah pun mengalami penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Orang kita menyebutnya sebagai penyakit ‘tiga serangkai”.   Doktor belum lagi memberikan tuan ubat merendahkan kolestrol kerana ingin memberi peluang untuk tuan ... Read More »

Sukar hamil anak kedua

SUKAR HAMIL ANAK KEDUA   Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama.   Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak lewat berkahwin. Dia sekarang berumur 36tahun sementara suami berumur 40tahun. Anak pertama juga agak lambat. Dia lahir setelah 3 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk mendapat anak kedua, malangnya mereka telah mecuba untuk hamil hamil tetapi tidak berjaya.   Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan anak dengan normal, selalunya tidak sukar untuk hamil semula. Kesukaran untuk hamil semula selalunya mungkin disebabkan beberapa faktor yang mengganggu kesuburan.   Wanita ini ini telah melakukan pelbagai usaha yang telah ... Read More »

Ambil aspirin semasa hamil

MENGAMBIL ASPIRIN KETIKA HAMIL.     “Salam. Saya baru ini diberikan oleh doctor ubat aspirin. Mengikut pembacaan saya, aspirin ini boleh memudaratkan saya dan bayi dalam hamil, jika diambil ketika hamil. Mohon pandangan doctor. Terima kasih”       Aspirin mengandungi bahan aktif yang dinamakan ‘Acetylsalicylic acid’. Aspirin menghalang pengeluaran bahan yang menyerupai hormone dalam tubuh yang dinamakan “prostaglandin”. Prostaglandin berfungsi sebagai bahan yang merangsangkan rasa sakit, mengekalkan kekenyalan saluran darah dan menghalang pembekuan darah. Oleh itu aspirin diberikan untuk menghalang pembekuan darah dan mengurangkan rasa sakit dan keradangan.   Jika puan tidak mempunyai masalah kesihatan yang mana doctor menasihatkan puan mengambil aspirin, saya mencadangkan agar puan tidak mengambil aspirin semasa hamil.   Ini kerana pengambilan aspirin yang berlebihan, boleh menyebabkan keracunan aspirin. Ia berlaku apabila :   Seorang individu ... Read More »

Sangobion untuk pesakit Anemia

SANGOBION UNTUK PESAKIT ANEMIA     Anemia atau kekurangan sel darah merah, adalah suatu keadaan di mana paras hemoglobin (Hb) adalah kurang daripada biasa. Ini biasanya berlaku apabila tubuh mempunyai kekurangan zat besi.   Anemia bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, tetapi juga di kalangan kanak-kanak. Gejala anemia boleh menyebabkan rasa lemah, letih, letih dan lesu.  Tanda lain termasuk rasa pening, dan kekurangan daya ketahanan buat sementara waktu.   Ramai yang mengambil suplemen seperti Sangobion. Ia mengandungi Ferrous Glukonat, Mangan sulfat, dan Copper sulfat yang diperlukan untuk membentuk sel darah merah dengan cepat. Ia juga mengandungi Vitamin C, Vitamin B12 dan Asid Folik yang diperlukan oleh tubuh.   Vitamin C berfungsi bagi meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan dan vitamin B12 dan Asid folik memainkan peranan penting dalam pembentukan ... Read More »

Platelet rendah ketika hamil

PLATELET RENDAH KETIKA HAMIL     “Assalamualaikum  Dr Zubaidi.  Saya Anis, sedang hamil anak pertama 34 minggu dan baru-baru ini saya demam, batuk dan selesema. Saya ke hospital dan cek darah. Jumlah platelet sy 151 dan border line untuk kena denggi. So doktor masuk air dan hantar ke darah ke makmal untuk kali kedua. Bacaan platelet 155. Dua hari selepas itu saya diperiksa darah lagi dan bacaan platelet menurun lagi ke 134. Adakah keadaan ni merbahaya untuk saya dan baby dan macam mana untuk menaikkan bilangan platelet dalam darah. Combo test untuk denggi semuanya negative, tapi platelet rendah. Harap doktor dapat bantu saya. terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Saya percaya puan mungkin dijangkiti oleh kuman virus yang biasa menjangkiti saluran pernafasan. Itu yang menyebabkan puan ... Read More »

Bahaya tidur dengan bayi

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI   Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. Bayi yang tidur dengan ibu bapa juga dikatakan tidak kerap terbangun pada waktu malam dan berjaga dalam tempoh masa lebih pendek serta kurang menangis. Namun, amalan tidur bersama jika tidak ... Read More »

Ubat “viagra untuk wanita” diluluskan oleh FDA

UBAT “VIAGRA UNTUK WANITA” DILULUSKAN OLEH FDA   Hubungan intim antara suami isteri adalah suatu perkara yang penting. Boleh dikatakan hamper 30% punca penceraian berlaku apabila suami atau isteri atau kedua-duanya tidak lagi menikmati hubungan intim ini.   Sebab itu, apabila dalam hubungan suami isteri tiada lagi “chemistry” atau rasa seronok ingin bersama, selalunya nasib rumahtangga itu tidak bertahan lama, kecuali ada usaha untuk menyelamatkannya.   Tanpa rasa ingin bersama dengan suami atau isteri masing-masing, maka perasaan ini akan dikogsikan dengan orang lain.   Lelaki selalunya mengalami masalah ketegangan alat kelamin (erectile dysfunction) yang mana alat kelamin tidak mampu tegang secara maksima sehinggakan kemasukkannya dalam faraj tidak dapat dirasakan oleh siisteri, menjadikan hubungan itu menjadi hambar.   Bagi wanita, masalah utama mereka ialah tiada nafsu atau keinginan untuk melakukan hubungan ... Read More »

Scroll To Top