Advertorial
Home » Keguguran

Category Archives: Keguguran

Punca keguguran

    “Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) Struktur pangkal rahem yang lemah (cervical incompetence). Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor bagi memastikan rahem telah kosong-tiada baki janin yang tertinggal) ... Read More »

Punca keguguran

“Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) Struktur pangkal rahem yang lemah (cervical incompetence).   Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor bagi memastikan rahem telah kosong-tiada baki janin yang tertinggal) di ... Read More »

Sedihnya keguguran

SEDIHNYA KEGUGURAN       Ramai yang mengalami keguguran terutama di awal kehamilan.  Keguguran sebenarnya kehilangan (tidak bernyawa) janin dalam rahem sebelum mencapai usia kehamilan 22 minggu.  Dianggarkan sebanyak 20% dari kehamilan akan mengalami keguguran, dan 80% keguguran itu berlaku sebelum mencapai usia kehamilan 12 minggu. Jadi maknanya setiap wanita yang hamil akan mempunyai risiko untuk keguguran. Bagi wanita yang pernah mengalami keguguran, risiko untuk mengalami keguguran seterusnya ialah 25%.  Risiko ini akan meningkat sekiranya jika pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.  Bagi wanita yang hamil, saya cadangkan banyakkan berdoa semoga kehamilan mereka dipermudahkan. Jaga pemakanan, minum air dan tidur secukupnya, lakukan amalan agama (dapat membantu mendapatkan ketenangan jiwa) dan lakukan pemeriksaan doktor mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan ... Read More »

punca keguguran berulang

PUNCA KEGUGURAN BERULANG   “Salam dokter, saya mengalami keguguran setiap kali saya hamil. Saya keguguran selama 3 kali dan kali terakhir pada Jan 2014. Semua kehamilan saya semua pada awal kehamilan Antara 8-12 minggu. Apakah punca keguguran seperti ini ? Mohon pencerahan.”   WALALAIKUM MUS SALAM   Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai ‘habitual miscarriage’.   Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaa dan ujian yang detail bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walau bagaimana pun tidak semua punca kegiguran dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.   Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah ... Read More »

Pemeriksaan kromosom bagi keguguran berulang

PEMERIKSAAN KROMOSOM DAN DNA BAGI KEGUGURAN BERULANG “Assalamualaikum doctor, saya telah mengalami keguguran sebannyak 5 kali dalam usia kehamilan 10 minggu ke bawah. Semua keguguran saya disebabkan janin tidak membesar mengikut usianya. Saya sudah berjumpa doktor pakar dan diberitahu tiada mempunyai masalah. Doktor ingin membuat ujian kromosom tetapi saya belum bersedia. Adakah saya masih berpeluang untuk hamil dan tidak mengalami keguguran lagi. Terima kasih doktor.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah atas dugaan yang puan hadapi. Semoga ALLAH berikan kesabaran pada puan dan memberikan ganjaran yang terbaik (syurga) atas kesabaran puan.     Keguguran sebanyak 5 kali adalah satu fenomena kehamilan yang tidak normal. Pasti ada punca keguguran sebegitu. Ia dikenali sebagai keguguran di awal kehamilan (Early preganancy loss). Ia  ditakrifkan apabila seorang wanita tidak lagi ... Read More »

Tidak datang haid selepas pembedahan hamil luar rahim

TIDAK DATANG HAID SELEPAS PEMBEDAHAN HAMIL LUAR RAHIM   “Assalam mu alaikum doktor, saya ada pertanyaan sikit. Pada  bulan 5 lepas saya baru menjalani pembedahan laparoscopy d sebabkan kehamilan luar rahim. Tiub falllophian  saya dipotong sebelah kanan. Sekarang sudah 2 bulan saya tidak datang haid. Bila saya lakukan pemeriksaan UPT, ia negatif. Boleh saya tahu kenapa saya lambat datang haid, adakah sebab ubat antibiotic yg saya makan selepas operation. Mohon pencerahan , saya sangat risau. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan simpati atas ujian yang melanda puan. Semoga ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik.   Puan masih lagi boleh hamil kerana saluran fallopian sebelah kiri masih lagi berfungsi dan telur (ovum) yang dilepaskan dari kelenjar ovari sebelah kiri pada setiap masih boleh disenyawakan. ... Read More »

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN     ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.   Saya percaya doktor telah memberikan ubat bromocriptine yang selalunya diberikan kepada wanita yang mempunyai susu yang banyak agar dapat menghentikan susu. Ini kerana susu ibu yang dihasilkan tidak dapat diberikan kepada anak puan. Susu ... Read More »

Hamil lima minggu dan keluar darah warna coklat

HAMIL LIMA MINGGU DAN KELUAR DARAH WARNA COKLAT     “Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi  ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran.     Puan mengalami pendarahan berwarna coklat.  Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah pendarahan yang serius apabila berlaku ketika hamil kerana meninggikan risiko untuk keguguran.     Pendarahan ketika di awal kehamilan boleh ... Read More »

habatus sauda menyebabkan keguguran?

HABATUS SAUDA  BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN?     “Assalammualaikum doktor. Saya ada satu soalan,saya ada terbaca satu artikel berkenaan habatussauda.Dalam artikel tersebut ada menyatakan wanita mengandung dan merancang untuk mengandung tidak digalakkan untuk mengambil habatusauda kerana ia boleh menyebabkan rahim mengecut.Adakah benar kenyataan tersebut sebab saya ada mengambil habatusauda untuk mengurangkan alahan saya.Dalam masa yang sama,saya merancang untuk mengandung anak kedua.Saya harap doktor dalam memberi jawapan dari soalan ini. Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, pengambilan suplemen habatus sauda boleh menyebabkan keguguran bagi wanita yang mempunyai rahem yang sensitif, sebagai contohnya wanita yang sering keguguran atau mengalami senggugut yang kuat, kerana dalam beberpa kajian habatus sauda boleh menyebabkan rahem mengecut.   Jika pengecutan ini berlaku ketika hamil, maka dibimbangi boleh menyebabkan keguguran.   Walau pun begitu, pengambilan habatus sauda ... Read More »

Perlukah cuci rahem setelah keguguran

PERLUKAH LAKUKAN D&C (CUCI RAHEM) BILA KEGUGURAN “Salam doktor. Saya sedang hamil buat kali ke2 sekarang. Semsa kehamilan pertama, saya keguguran kerana kantung janin saya tidak menjadi. Untuk kehamilan ke-2, pada minggu ke 6, doctor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati jantung janinsudah kelihatan. Sebulan kemudian saya ke klinik semula untuk pemeriksaan susulan, malangnya apbila scan melalui faraj doktor memberitahu kantung saya sudah membesar namun janin saya tetap kecil dan menunjukkan saiz  8 minggu padahal saya hamil 12minggu. Degupan jantung juga tidak kelihatan. Doktor menasihatan saya untuk cuci pada keesokkan harinya. Apa perlu saya lakukan, adakah saya perlu saya cuci rahem? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula. Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang ... Read More »

Jenis-jenis keguguran

JENIS-JENIS KEGUGURAN “Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah.   Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155)   Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan dari faraj hanya menunjukkan bahawa proses keguguran baru bermula, dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan janin masih berada dalam rahem dan masih ada degupan jantung. Proses ini ... Read More »

Rawatan keguguran

RAWATAN UNTUK KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya telah mengalami keguguran pada usia kehamilan 10 minggu dua hari lepas. Ketika itu saya mengalami pendarahan, dan doctor memeriksa dengan menggunakan uktrasound mengesahkan keguguran itu.  Saya telah dinasihatkan untuk melakukan prosedur D&C.  Perlukah saya menjalani perosedur itu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sebenarnya tiada apa yang dapat dibuat untuk menghalang keguguran, apabila proses keguguran itu bermula.   Apa yang doctor boleh lakukan ialah memastikan keseluruhan janin telah dikeluarkan sengan sempurna dan rahem menjadi kosong semula.   Jadi doctor akan membuat keputusan  sama ada mahu melakukan prosedur D&C atau tidak, berdasarkan jenis keguguran yang berlaku.   1.  Jika doctor percaya bahawa janin dengan lengkap , telah dikeluarkan ketika proses keguguran, secara semulajadi, maka doctor tidak melakukan apa-apa. Ini kerana ... Read More »

Scroll To Top