Advertorial
Home » Kardiovaskular

Category Archives: Kardiovaskular

degupan jantung tidak menentu ketika hamil

DEGUPAN JANTUNG TIDAK MENENTU KETIKA HAMIL     Degupan jantung yang tidak menentu (irregular heartbeat), disebut dalam bahasa perubatan sebagai “arrhythmia“, adalah keadaan yang sering berlaku ketika hamil.     Dianggarkan 50 peratus wanita yang hamil mengalami masalah degupan jantung yang tidak menentu. Masalah ini boleh jadi hanya degupan jantung laju yang biasa atau boleh jadi ia menandakan masalah jantung yang lebih serius.     Kebanyakan masalah ini adalah tidak berbahaya, dan tidak memerlukan sebarang ubat. Walaubagaimana pun ada juga degupan jantung yang laju boleh menyebabkan kemudaratan pada ibu yang hamil dan anak dalam kandungan. Jadi jika ini berlaku, buatlah pemeriksaan doktor.     Punca sebenar masalah degupan jantung yang tidak menentu ini tidak diketahui dengan jelas. Ada beberpa kemungkinan bagai mana ia boleh berlaku:     1. Kehamilan menyebabkan ... Read More »

Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

    APAKAH ITU TRANSFAT?   Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon.   Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid).   Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans fats), dan satu lagi sintetik (artificial trans fats).     Transfat yang natural berlaku dalam  usus haiwan tertentu dan kita mendapatkannya dari sumber haiwan tersebut seperti susu dan daging. Proses ... Read More »

MANFAAT BIJI LABU

      Semasa kecil, ibu saya selalu menggoreng biji labu. Beliau tidak membuangkan biji labu apabila memasak buah labu itu untuk dijadikan lauk untuk dimakan.   Bila jadi doktor dan mengkaji tentang nutrien dalam pemakanan, rupanya baru saya tahu biji labu mengandungi banyak asid lemak yang bermanfaat untuk kesihatan manusia, seperti asid oleik dan asid alfa-linolenik.   ASID OLEIC diklasifikasikan sebagai asid lemak mono-taktepu omega-9. Ia dapat menurunkan “kolestrole jahat” LDL dan meningkatkan tahap “kolestrol baik” HDL.  Ia juga bertanggungjawab untuk menurunkan tekanan darah. Rujuk: Teres, S.; Barcelo-Coblijn, G.; Benet, M.; Alvarez, R.; Bressani, R.; Halver, J. E.; Escriba, P. V. (2008). “Oleic acid content is responsible for the reduction in blood pressure induced by olive oil”. Proceedings of the National Academy of Sciences 105 (37): 13811–6.     ALFA ... Read More »

PERLUKAH HENTIKAN PENGAMBILAN UBAT STATIN?

“Assalamualaikum Dr, Saya sudah 5 tahun lebih kurang ambil simvastatin 20mg. Pemeriksaan darah akhir saya bulan oktober 2015 bacaan cholesterol 5.3. Bolehkah saya terus berhenti ambil simvastatin ni dan gantikan dengan sakanjabeen. Tak bahaya? Terimakasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Simvastatin perlu diambil dalam jangka masa yang pendek kerana kesan sampingannya yang agak kuat. Ia tidak seharusnya diambil dalam jangka masa yang panjang atau untuk seumur hidup. Pengambilan simvastatin untuk jangka masa yang panjang hanya sesuai jika pesakit pernah mengalami sumbatan pada saluran darah koronari di jantung, atau pernah diserang sakit jantung; dalam masa yang sama mempunyai bacaan HDL yang rendah dan bacaan TG dan LDL yang tinggi. Saya mendapati bacaan puan hanya di peringkat yang tidak tinggi, seharusnya puan telah mengubah cara pemakanan, iaitu kurang pengambilan gula ringkas, dan lemak tepu ... Read More »

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE     “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya mempunyai tahap kolestrole yang tinggi dan doktor telah memberikan ubat Simvastatin 40mg sehari sebiji. Masalah saya ialah, selepas sebulan saya mengambil ubat itu saya mengalami rasa sakit badan dan lemah otot. Otot-otot saya terasa sakit ketika bangun pagi dan ketika mahu menaiki tangga. dakah ini disebabkan oleh kesan ubat atau tahap kolestrole saya yang tinggi ?. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Doktor sering memberikan ubat statin (antaranya simvastatin) untuk pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Apabila kandungan kolesterol dapat dikurangkan dalam darah, ini akan mengurangkan serangan jantung atau strok. Kebanyakan pesakit terpaksa mengambil ubat sepanjang hidup mereka.   Mereka harus berusaha untuk mencapai tahap kolesterol yang normal melalui diet, ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).   Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi, terutamanya risiko penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung. Kebiasaanya jika dalam masa 10 ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!