Advertorial
Home » hubungan intim

Category Archives: hubungan intim

RASA SAKIT SEMASA EREKSI

RASA SAKIT SEMASA EREKSI Ramai yang bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh segelintir lelaki, iaitu mereka mengalami masalah rasa sakit atau tidak selesa apabila mereka mengalami ereksi.   Sudah tentu ia mengganggu kemampuan untuk melakukan hubungan intim dengan lebih baik. Akhir ia juga menyebabkan mereka rasa takut bila diajak untuk bersama.   Adakah ia berkait rapat dengan kerosakan saraf?   Secara am ada beberapa masalah yang mungkin muncul ketika seorang lelaki mengalami ereksi. Ini mungkin menunjukkan ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada diri lelaki tersebut.   Kulit menjadi merah dan mengelupas. Apabila ia disentuh, keadaan ini menjadi lebih teruk.   Rasa seperti panas terbakar apabila mengalami ereksi yang maksima. Ini menyebabkan ereksi tidak bertahan lama.   Rasa menyucuk yang datang dan pergi berulang kali.   Rasa gatal dan apabila ... Read More »

MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI

MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI   Masalah ereksi adalah masalah seksual yang menyebabkan lelaki tidak boleh melakukan fungsi seksualnya kerana tidak mendapat tahap ereksi maksima. Ini mengakibatkan zakar tidak mampu mengekalkan reksi pada yang masa yang sepatutnya.   Masalah ereksi ini boleh disebabkan beberapa faktor, antaranya kerosakan pada sistem reproduksi akibat penyakit kronik seperti diabetes, mengalami gangguan karena stress yang berlebihan sehingga menyebabkan kemurungan, kegemukan dan kadar hormon testosteron yang semakin menurun.   Salah satu puncanya ialah akibat mengalami masalah tekanan darah tingg i (hypertension).   Dari sebuah kajian yang pernah dilakukan, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah hypertension mengalami masalah ereksi.   Masalah tekanan darah tinggi disebabkan secara langsung oleh saluran darah yang menyempit dan mengeras. Antara saluran darah yang terlibat adalah saluran darah pada zakar yang tidak ... Read More »

KENALI PASTI PUNCA CEPAT TEWAS DI RANJANG.

  Maaf saya berterus-terang. Masalah taboo yang semakin meningkat di kalangan para suami muda.     Hubungan kelamin adalah kunci utama bagi perhubungan suami isteri. Ini kerana di situ bermulanya suatu kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain. Selain dari kepuasan, ia juga melambang kesatuan jiwa dan tubuh.       Semakin menjadi tren biasa di kalangan suami muda berusia 20-30an yang mengalami suatu masalah besar yang menjejaskan hubungan kelamin. Mereka boleh bertahan lama di kala beronani dan berfantasi, tetapi terlalu awal tewas di kala ‘berjuang’ di medan yang sebenar bersama si isteri.       Kenapa ini berlaku? Bukankah mereka masih muda, dan masih bertenaga?       Ejakulasi atau pancutan air mani yang terlalu awal adalah keadaan di mana seorang lelaki mendapat kepuasan (orgasm) terlalu awal.     ... Read More »

melakukan hubungan seks ketika haid boleh hamil

MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN     Selamat sejahtera, Dr Zubaidi. Saya mahu pencerahan sedikit dari doctor dan saya harap doktor boleh membantu saya. Bolehkah seorang wanita itu hamil selepas melakukan hubungan seks ketika datang haid kerana suami saya terpancut dalam ketika saya dalam haid. Mohon pencerahan doktor. Saya bimbang. Terima kasih.   SELAMAT SEJAHTERA   Sama ada sepasang suami isteri sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata atau cuba untuk menjarakkan kehamilan, apa yang penting ialah dengan mengetahui hari subur seorang wanita.   Hari subur ini dapat dikenalpasti dengan melakukan catatan berkaitan dengan kitaran haid. Tandakan atau lorekkan pada kaledar pada hari-hari ketika kedatangan haid. Ini membantu seorang wanita mengira hari subur.   Jika mahu berusaha mendapatkan cahaya mata, mereka boleh melakukan hubungan seks pada hari-hari ... Read More »

rasa sakit semasa hubungan intim

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM       Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.  Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.     Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.  Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.     Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal ataupun psikologi.       1. Kurang lendiran sebagai pelincin hubungan intim.   Semasa hubungan intim dilakukan, cecair akan dirembeskan oleh faraj dan pangkal ... Read More »

Bentuk sperma yang cacat, sukar hamil

BENTUK SPERMA YANG CACAT MENYEBABKAN SUKAR HAMIL   “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Saya telah bertunang dan akan mendirikan rumahtangga. Saya dan tunang agak terbuka dalam membincangkan hal perkawinan kami. Baru-baru ini tunang telah melakukan pemeriksaan airmani, kerana beliau agak risau dengan tabiat onani beliau. Analisis air mani beliau menunjukkan dia mempunyai morfologi sperma tidak normal. Apa yang perlu saya buat, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan airmani adalah pemeriksaan yang dilakukan bagi menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. Ibarat menanam pokok, sungguh pun tanah yang subur dicampakkan benih yang tidak berkualiti, benih itu hanya akan hidup beberapa hari dan kemudian akan mati.   Sperm yang rendah kualitinya, selalunya akan menghamilkan isteri, tetapi akan keguguran sebelum mencapai 10 minggu. Ini kerana janin yang ... Read More »

Kentut Dari Faraj

KENTUT DARI FARAJ   ” Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 36 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Masalah saya ialah saya mengeluarkan bunyi ketika bersama suami saya. Seolah-olah saya kentut, padahal ia keluar dari faraj, bukannya dubur. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada kalanya angin boleh keluar dari faraj. Ia sebenarnya adalah pembebasan udara yang terperangkap di dalam faraj semasa atau selepas hubungan seks dengan suami, menyebabkan ia berbunyi seperti kentut.   Ia tidak mengandungi gas berbahaya dan dan tidak mempunyai bau tertentu. Ia hanya udara dari atmosfera.   Puncanya adalah otot-otot di sekitar faraj yang lemah  akibat telah melahirkan anak yang ramai, hormon dalam tubuh yang berkurangan dan faktor umur.   Selain dari senaman Kagel, saya mencadangkan menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah, dan ... Read More »

Kesan jangka panjang onani, melancap dan masturbasi

KESAN JANGKA PANJANG MASTURBASI, MELANCAP DAN BERONANI   “Salam doktor, saya ingin bertanya apakah kesan beronani?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Onani, masturbasi dan melancap merujuk pada perkara yang sama, iaitu mendapat kepuasan seksual bersendirian atau bersama pasangan dengan menggunakan tangan atau alat bantuan seks.   Perbuatan ini memang akan menyebabkan seorang lelaki mengalami tanda-tanda awal mati pucuk, seperti sukar mendapat kepuasan (lambat pancutan), sukar mendapat ketegangan zakar atau ketegangan zakar yang tidak maksima.   Bagi wanita pula selalunya sukar dikesan kerana mereka lebih suka mendiamkan diri walaupun tidak mendapat kepuasan seksual. Kebiasaanya wanita juga mengalami masalah ini kerana faktor wanita itu sendiri memang lambat mendapat kepuasan seksual dan faktor khitan yang keterlaluan di mana ada wanita yang dibuang keseluruhan clitorisnya.   Masalah ini berlaku apabila mereka yang melakukan ... Read More »

Luka Faraj Lambat Sembuh

LUKA FARAJ BELUM SEMBUH     “Assalamualaikum doctor Zubaidi.  Saya mengalami bengkak pada kelenjar limfa di bahagian celah peha. Hal ini disebabkan oleh ulcer dalam vagina yg telah terkoyak semasa hubungan kelamin. Untuk makluman doctor sy telah berkahwin. Saya telah diberikan ubat antibiotik cefamyine, ubat bengkak papase, serta gel gengigel untuk di sapu pada ulcer yg terdapat dlm mulut dan dalam vagina.   Ubat yang diberikan adalah untuk 7hari sahaja. Sekiranya ubat telah habis dan bengkak masih belum reda..perlukah saya berjumpa dengan doctor semula?   Saya juga mengalami demam yang biasanya lebih terasa dalan waktu malam. Saya juga menggunakan alternatif lain untuk mengurangkan bengkak tersebut menggunakan kaedah bertungku @tuam dan melekat pelekat herba pada bahagian yang bengkak.   Maklum balas dari pihak doctor sangat saya hargai. Terima kasih.”     ... Read More »

Lelaki mengalami kerosakan alat kelamin setelah menyuntiknya dengan gel vaseline

LELAKI MENGALAMI KEROSAKAN ZAKAR SETELAH MENYUNTIKNYA DENGAN GEL  VASELINE   Lelaki berbangsa Hungarian, dan merupakan bapa kepada seorang anak, berusia 24 tahun telah menyuntik zakarnya dengan gel Vaseline untuk meningkatkan kelelakian beliau. Hasrat beliau untuk membesarkan saiz kemaluan (zakar) beliau.   Rakan beliau melakukan suntikan ini setelah mempelajarinya di internet. Akhirnya beliau tidak dapat lagi mengalami ketegangan zakar (ereksi) kerana alat kelaminnya telah rosak. Ia juga telah menyababkan rasa sakit dan bengkakan. Beliau memberitahu “Saya  terpaksa berhenti melakukan hubungan seks dengan isteri saya kerana ia terlalu menyakitkan. Setiap hari adalah sukar bagi saya kerana ia sangat menyakitkan dan menyebabkan pendarahan. Ini adalah satu kesilapan yang paling teruk dalam hidup saya kerana saya tidak lagi merasa seperti seorang lelaki yang sebenar. “   Beliau memberitahu lagi  “Saya bertanya kepada seorang rakan ... Read More »

Berkhatan tidak menyebabkan pancutan pramatang

BERKHATAN TIDAK MENYEBABKAN PANCUTAN PRAMATANG     “Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya bukan Melayu dan bukan Islam. Saya mahu berkhatan, malangnya saya banyak membaca dari majalah mengatakan bahawa berkhatan boleh menyebabkan pancutan awal. Adakah ini benar? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana mahu berkhatan. Berkhatan bukan saja tuntutan agama Islam, tetapi juga tuntutan agama Yahudi dan beberpa mazhab dalam Kristian.   Malah ramai orang lelaki yang tidak percayakan tuhan di barat, turut berkhatan kerana mereka mahu menjaga kebersihan.   Lelaki yang berkhatan mempunyai risiko yang sangat rendah mendapat penyakit kanser penis.   Berkaitan dengan pertanyaan saudara, ada satu laporan yang diterbitkan dalam journal perubatan pada 2 Jan 2014.   Dalam satu kajian yang bertajuk “Does circumcision have a relationship with ejaculation time? Premature ejaculation ... Read More »

Kekeringan faraj selepas melahirkan anak

KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK     “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kekeringan faraj memang sering berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak. Selalunya ia bersifat sementara. Jangan risau.   Buat sementara puan boleh gunakan ... Read More »

Pelincir untuk kekeringan faraj

PELINCIR UNTUK KEKERINGAN FARAJ    “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Bolehkah doctor mencadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.   Puan boleh menggunakan pelincir ... Read More »

Lendiran faraj berkurangan, sakit ketika bersama suami

LENDIRAN FARAJ BERKURANGAN, SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI     “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Adakah ini berbahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.   Lendiran faraj biasanya dikeluarkan apabila ... Read More »

Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid

BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID   “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi.   Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim.   Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid yang singkat.   Setelah dikeluarkan (dipencutkan), sperma boleh bertahan sehingga lima hari dalam rahem. Jadi  jika seorang wanita itu melakukan hubungan seks semasa haid dan mengalami ovulasi beberapa hari kemudian, ... Read More »

Pendarahan selepas hubungan intim

PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM   “Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih” Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. http://drzubaidi.com/blog/pendarahan-selepas-persetubuhan/ 2. http://drzubaidi.com/blog/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim/ Semoga bermanfaat. Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. Selain dari kanser, terdapat beberapa punca lain pendarahan selepas bersetubuh seperti jangkitan kuman pada pangkal rahim, hakisan atau erosion pada pangkal rahim dan tumbuhan polyp atau fibroid pada pangkal rahim. ... Read More »

Merancang tidak hamil tanpa pil dan suntikan

  Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur. Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 kitaran haid. Walaupun ada doktor yang mengatakan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur, namun ia lebih berisiko. Jika tidak mampu ‘berpuasa’ pada hari tersebut, masih boleh guna kaedah ... Read More »

Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan  belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat pemeriksaan doctor dan doctor memberitahu saya bahawa keputihan yang saya alami tidak ada kaitan dengan keputihan. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan.   Memang benar keputihan tidak ada kaitan dengan sukar untuk hamil, tetapi ia boleh berlaku secara tidak langsung.   Keputihan yang berlaku boleh jadi disebabkan oleh jangkitan penyakit kelamin pada saluran fallopian puan sehingga menyebabkannya tersumbat.   Jadi kesukaran puan untuk hamil mungkin disebabkan oleh saluran fallopian yang tersumbat akibat jangkitan ... Read More »

Mengapa isteri suka dipeluk

    Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan ... Read More »

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.   Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat ... Read More »

Hilangan ingatan selepas hubungan intim

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?”   Wa alaikum mus salam.   Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, terutama jika sudah meningkat umur dan melakukan dengan perlakuan yang agak lasak.   Ia sering berlaku pada suami atau isteri, bergantung kepada masalah kesihatan yang dialaminya. Jika mengalami penyakit kronik ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!