Advertorial
Home » Herba

Category Archives: Herba

buah markisa bagus untuk pesakit saraf

BUAH MARKISA BAGUS UNTUK PESAKIT SARAF   Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit. Bahasa botaninya ‘Passiflora edulis’. Ia bukan ubat, tetapi bagus diamalkan kerana mengandungi banyak vitamin terutama mereka yang ada masalah penyakit kronik.  Ambil secara bersederhana. Jika berlebihan ia mungkin memudaratkan. Ia sangat kaya dengan vitamin vitamins A (1274 IU 43%) dan vitamin C 30 mg 50%), potassium (348 mg 7%) , dan fiber (10,40 g 27%) dan mempunyai 16 calories dalam setiap biji. Ia boleh dimakan begitu saja, atau sebagai jus atau dijadikan salad dicampur dengan sayur-syuran yang lain. Sangat baik untuk pesakit terutama yang ada mengalami masalah saraf. #dietdrzubaidi #nutrisidrzubaidi (Sumber: USDA National Nutrient data base) Read More »

kenapa produk herba dianggap bahaya

KENAPA PRODUK HERBA DIANGGAP BERBAHAYA.   Saya berikan 10 perkara yang perlu kita perhatikan.    Memang banyak lambakan produk herba di pasaran. Ada yang dimport, dan ada yang dikeluarkan oleh pengusaha. Soalnya bagaimana memilih produk herba yang selamat dan bersesuaian untuk kegunaan sendiri? Saya ingin kongsikan beberapa tip.   Pertama, pastikan kita tahu kenapa kita mengambil produk herba tersebut. Dapatkan pandangan pakar herbalist. Jangan silap tanya pakar. Kalau motorsikal rosak, jangan tanya mekanik kereta. Dia mungkin ada sedikit pengetahuan, tetapi tiada pengalaman dalam membaiki motosikal. Kalau kita ada masalah saraf, kita ambil produk herba yang membantu melegakan masalah saraf kita. Jangan pula ambil produk yang membaiki kerosakan kulit.   Kedua, pastikan mendapat produk herba yang diambil, tidak mengandungi banyak campuran dalam satu formulasi. Formulasi yang mengandungi lebih dari 3 bahan sudah ... Read More »

kitaran haid tidak stabil

KITARAN HAID TIDAK STABIL     Ini adalah temubual untuk siaran TV Astro untuk Program Mingguan Wanita (live) pada 16 Ogos 2018 (Khamis).   PENGENALAN Pusingan kitaran haid yang teratur melambangkan kesuburan dan kesihatan seorang wanita. Pelbagai gelaja penyakit boleh menyebabkan gangguan kitaran haid. Ada yang berbahaya dan mengancam kesihatan seperti kanser pangkal rahem, kanser ovari dan kanser rahem.     APA ITU KITARAN HAID? Kitaran haid adalah adalah perubahan yang berkala berlaku secara semulajadi berlaku dalam sistem reproduksi wanita (lebih spesifik rahem dan ovari) sepanjang usia kesuburan bagi membolehkan seorang wanita itu hamil, ditunjukkan dengan adanya darah haid yang keluar.   Kitaran haid ini melibatkan perubahan hormone yang diperlukan bagi penghasilan telur wanita (oocytes) dan persediaan rahem untuk menerima dan membesarkan telur wanita yang telah disenyawakan oleh telur lelaki ... Read More »

rawatan alternatif untuk senggugut

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT   Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah EPO boleh diambil oleh remaja berusia 13 tahun? Anak saya mengalami masalah senggugut yang kuat. Ada alternative tak, selain ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan  rasa senggugut? Terima kasih.   WALAIKUMUSSALAM   Puan mempunyai anak gadis remaja yang mempunyai masalah senggugut yang teruk. Masalah senggugut di kalangan remaja biasa berlaku dan bukan disebabkan oleh masalah lain yang berbahaya. Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit. Jika berulang, elok juga dibawa untuk pemeriksaan doctor bagi memastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius.   Saya juga tertarik dengan penggunaan EPO. Evening Primrose Oil adalah ekstrak minyak dari tumbuhan yang dikenali sebagai evening rose yang banyak ditanam di Amerika Utara dan Eropah dan beberapa negara ... Read More »

essential oil bagus memberikan ketenangan

PENGGUNAAN ESSENTIAL OIL (EO) SANGAT BAGUS UNTUK MENENANGKAN ANAK   Kita tidak sedar anak kita mungkin mengalami kerisauan. Ramai di antara anak-anak yang mengalami masalah kerisauan yang kadang kala kita tidak perasaan. Pergaulan bersama dengan rakan-rakan, komunikasi dengan orang dewasa, pengaruh TV dan video, pengalaman yang dilalui ketka bermain atau dalam perjalanan ke sekolah dan banyak lagi perkara yang mereka lalui sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran mereka.   Bayangkan pagi tadi dia dimarahi oleh seorang dewasa di perkarangan sekolah, atau seorang guru memberi amaran agar menyiapkan kerja sekolah yang belum lagi disiapkan atau terbayang imej yang menakutkan di layar TV.   Kita sudah pasti tidak menyedari anak kita mungkin dalam kebimbangan atau trauma.   Pengalaman sendiri ketika kanak-kanak tentu memberikan gambaran tentang perasaan kita sewaktu itu. Saya masih ingat ketika remaja. ... Read More »

manfaat mengambil tembikai ketika berbuka (iftar)

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)       Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.   Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.   Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.   Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga ... Read More »

suplemen vitamin C dan E membantu pesakit endometriosis

SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS     Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini.   Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini.   Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini.   Selalunya, sel-sel endometrium ini akan mati, mengecut dan diserap semula ke lapisan peritoneum. Akhirnya hilang.  Tetapi pada sesetengah wanita, sel-sel ini terus hidup dan membesar dalam ... Read More »

pendarahan panjang selepas D&C

PENDARAHAN PANJANG SELEPAS D&C   Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya telah melakukan prosedur D&C pada 1st Ramadhan. Banyak darah yang keluar pada hari pertama dan kedua selepas itu. Kemudian ia keluar sedikit-sedikit sehingga dua minggu. Adakah ini normal? Terima kasih.   Walaikumusalam.   Prosedur D&C bukanlah prosedur yang ringkas dan mudah. Ia bertujuan untuk mengeluarkan janin yang sudah tidak bernyawa.   Oleh kerana ia dilakukan tanpa panduan seperti ultrasound, ia mungkin menyebabkan komplikasi (tetapi jarang berlaku). Antara komplikasi yang biasa berlaku ialah kecederaan besar pada permukaan dalam rahem sehingga boleh menyebabkan kebocoran, janin tidak habis dikeluarkan (ada yang masih tertinggal) dan mungkin ada jangkita kuman semasa prosedur itu.   Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doctor semula. Paling baik berjumpa semula dengan doctor yang merawat dan melakukan D&C tempoh hari.   Antara ... Read More »

halia herba nusantara yang bermanfaat

HALIA  HERBA NUSANTARA YANG BERMANFAAT Siaran  Salam FM,  pada 11  Nov 2017   1.Kita ketahui halia sebagai bahan dalam masakan dan ia juga digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan lama. Jadi pa sebenarnya halia ini?   Halia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ginger atau dalam bahasa botaninya sebagai Zingiber officinale adalah tumbuhan renek yang berbunga yang mana akarnya (atau disebut rhizome) digunakan secara meluas sebagai perencah dalam masakan dan digunakan sebagai ubat. Ia adalah tumbuhan yang tidak hidup lama, mempunyai daun hijau dan berbunga kuning.   Halia adalah sebahagian ‘adik beradik” atau satu keluarga besar Zingiberaceae, termasuk kunyit  (turmeric  atau curcuma longa),  pelage (cardamom atau elettaria cardamomum), dan lengkuas (galangal atau alpinia officinarum).   Halia berasal dari hutan tropika di Selatan Asia, berkemungkinan di India, kerana terdapat pelbagai jenis halia ... Read More »

Mengurangkan rasa loya dan muntah selepas kimoterapi dengan perahan halia

PERAHAN HALIA MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH PADA PESAKIT KANSER YANG MENJALANI RAWATAN KIMOTERAPI.     Ramai ibu yang memberikan anak mereka minum yang mempunyai ekstrak atau perahan halia untuk melegakan kembung anak mereka yang berumur 4 tahun ke atas.  Beberapa kajian terbaru menunjukkan bahawa perahan halia membantu mengurangkan rasa loya dan muntah jika diberikan kepada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi. Hanya dengan memberikan suku suduteh perahan halia, sama ada dicampurkan dengan the, lemon atau madu, ia dapat mengurangkan rasa loya sebanyak 40%.       Kajian yang dilakukan oleh Assistant Prof Dr Julie Ryan, Pakar Dermatology dan Radiation Oncology di University of Rochester,  New York, Amerika Syarikat. Berbanding dengan pesakit yang menggunakan ubat sintetik untuk menahan muntah, 70%  dari pesakit yang menjalani rawatan kimoterapi masih lagi merasa loya dan muntah. Pembentangan ... Read More »

UTM menemukan formulasi rawat kulit bermasalah

UTM MENEMUKAN FORMULASI RAWAT KULIT MUKA BERMASALAH   Kacip Fatimah dikenali sebagai herba tradisional yang telah banyak digunakan di nusantara sejak dari zaman dahulu lagi. Ia biasanya digunakan sebagai rawatan selepas melahirkan anak. Ini kerana Kacip Fatimah dikatakan dapat merawat kecederaan pada rahem dan faraj ketika proses melahirkan anak. Namun tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikannya, sehingga Universiti Tekonolgi Malaysia melalui Institute Bioproduct Development (IBD) membuktikan kesan positif ekstrak Kacip Fatimah  terhadap sel-sel kulit.   Dalam kajian itu menunjukkan Kacip Fatimah atau nama sainsnya, Labisia pumila mengandungi banyak  sebatian phenolic acid dan flavonoid yang dipercayai bertanggungjawab dalam merawat pelbagai jenis penyakit. (Zhang & Ye, 2008). Sebatian ini bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel human dermal fibroblasts yang ada pada kulit, dari kerosakan yang disebabkan oleh radiasi UV dari cahaya matahari. ... Read More »

Ekstrak Bawang Putih untuk turunkan kolestrole

EKSTRAK BAWANG PUTIH UNTUK TURUNKAN KOLESTROL   Kesan bawang putih pada metabolisme lipid telah dikaji dalam eksperimen yang menggunakan beberapa ekor tikus jantan yang diberikan makan diet yang mengandungi  15% lemak haiwan.  Ekstrak bawang putih telah ditambah pada kadar 2% daripada diet. Plasma glukosa  tidak diubah dalam kajian ini.   Setelah empat bulan, tikus yang diberi makan diet yang mengandungi  lemak haiwan didapati menunjukkan peningkatan tahap jumlah keseluruhan kolesterol (total cholestrole) dan peningkatan  tahap kolestrol jahat, (trigliceride) berbanding dengan tikus yang diberikan ekstrak bawang putih, walaupun mengambil diet yang sama.   Tikus yang diberikan ekstrak bawang putih didapati mengalami penurunan tahap kedua-dua parameter, iaitu  jumlah  kolesterol (total cholestrole) dan juga  kolestrol jahat,  (trigliceride).  Selain itu ekstrak bawang putih dapat menurunkan  kolesterol jahat jenis Very Low Density Lipoprotein, VLDL dan meningkatkan kolestrol baik ... Read More »

Tip untuk ulser mulut dan lidah

TIP UNTUK ULSER MULUT DAN LIDAH  Ulser mulut memang menyakitkan dan adakalanya agak sukar untuk sembuh. Ia bergantung kepada lokasi ulser mulut dalam rongga mulut ini, dan sering mengganggu keupayaan kita untuk makan dan bercakap. Bagi yang mahu mencuba bahan-bahan natural, saya mencadangkan menggunakan madu dan minyak kelapa. Madu adalah sebagai pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru. Ia jika berkebolehan sebagai anti-mikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut dengan lebih cepat. Caranya ialah sapukan sedikit madu pada ulser mulut atau campurkan sedikit dengan kunyit yang ditumbuk, agar ia dapat dijadikan pes yang boleh digunakan pada kawasan yang terjejas. Minyak kelapa dan air kelapa adalah produk pokok kelapa yang sangat berguna dalam merawat ulser mulut. Caranya ... Read More »

Khasiat peria untuk penyakit kronik

KHASIAT PERIA Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.   Peria juga mengandungi lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.   Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, boleh cuba meminum perahan daunnya.   Namun peria bukanlah ubat yang dicadangkan untuk penyakit-penyakit tersebut. Ia adalah suplemen yang membantu mempercepatkan penyembuhan bagi pesakit dan mencegah dari mengalami penyakit tersebut bagi orang yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!