Advertorial
Home » Farmasi

Category Archives: Farmasi

INFO TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN

INFO YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN Losartan dijual di pasaran dengan nama Cozaar. Losartan digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Ia dikatakan dapat melindungi ginjal dari kerosakan akibat diabetes. Ini bermakna pesakit diabetes yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, ia adalah pilihan yang lebih baik. Ia juga diberikan kepada pesakit bagi melindungi pesakit dari risiko mendapat komplikasi dari stroke, serangan sakit jantung dan kerosakan ginjal. Losartan termasuk dalam kumpulan angiotensin receptor blockers (ARBs). Ia akan mengembangkan saluran darah bagi melancarkan pengaliran darah dan mengembangkan saluran darah. Akhirnya tekanan darah akan menurun. Bagaimana menggunakan Losartan? Saya nasihatkan agar membaca info yang dituliskan pada kertas yang disertakan dalam kotak ubat. Jika tidak faham, berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengambil ubat sintetik ini. Ubat ini diambil ... Read More »

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE Amlodipine adalah pil yang digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi (hipertensi)¬†dan sakit dada akibat sumbatan pada saluran darah (angina). Jadi ia boleh digunakan bersama beberapa ubat sintetik yang lain. Biasa dipasarkan dengan nama Norvasc. Amlodipine hanya ada dalam bentuk pil dan diambil terus ke dalam mulut. Tiada dalam bentuk suntikan. Amlodipine termasuk dalam kumpulan Calcium Channel Blockers. Oleh itu ia saluran darah mengembang dan memudahkan pengaliran darah. Ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, kerosakan ginjal atau serangan sakit jantung. Kesan sampingan Amlodipine Pil Amlodipine boleh menyebabkan rasa mengantuk yang keterlaluan. Selain itu ia boleh menyebabkan : 1. Bengkakan pada kaki dan pergelangan kaki 2. Rasa terlalu letih 3. Rasa tidak selesa dalam perut 4. Loya dan muntah 5. Pening 6. Rasa panas ... Read More »

KESAN SAMPINGAN BAGI UBAT DARAH TINGGI FELODIPINE

Kesan sampingan bagi ubat darah tinggi Felodipine Yang biasa berlaku adalah : 1. Sakit kepala 2. Pening 3. Flushing (rasa panas atau kulit jadi merah) 4. Jantung berdegup laju 5. Rasa perut tidak selesa Selain itu, kesan sampingan yang mungkin berlaku : 1. Gusi bengkak 2. Ruam pada kulit 3. Batuk dan selsema 4. Rasa letih 5. Rasa tidak menentu (restlessness dan nervousness) 6. Loya 7. Sembelit, kadang kala cirit-birit 8. Tidur terganggu 9. Sakit sendi 10. Kerap kencing Kesan sampingan yang serius adalah : 1. Bengkak pada tangan, pergelangan kaki dan kaki. 2. Jantung berdegup tidak menentu. Jika mengalami masalah di atas, jangan terus berhenti mengambil ubat tersebut. Berbincang dengan doktor. Doktor mungkin menukarkan kepada ubat yang lebih sesuai. Selain itu ubat ini tidak boleh diambil sekali dengan beberapa ... Read More »

INFO TENTANG ATENOLOL

INFO YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT SINTETIK UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI-ATENOLOL Atenolol adalah ubat sintetik yang diberikan untuk pesakit hipertensi. Ia telah digunakan lama, semenjak saya berada di universiti lagi. Pada masa itu ialah adalah ubat yang biasa diberikan. Itu cerita 25 tahun lepas. Bermakna ubat ini selamat, cuma ada beberapa kesan sampingan yang jarang dirasakan, mungkin pesakit yang menggunakan ubat ini tidak mengetahui. Jadi kita bincang berkaitan ubat ini, bukan tujuan menakutkan, tetapi supaya kita faham terhadap kesan sampingan yang mungkin kita alami dan beritahu doktor yang merawat. Atenolol dijual di pasaran dengan nama Tenormin. Atenolol digunakan (mungkin bersama ubat lain) dalam merawat pesakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Dengan merendahkan tekanan darah ke paras yang normal, diharapkan dapat mengelakkan dari risiko serangan sakit jantung, stroke dan kerosakan ginjal. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!