Advertorial
Home » Ezerex

Category Archives: Ezerex

Sakit pinggang, sakit tengkuk dan masalah ereksi

SAKIT PINGGANG, SAKIT TENGKUK DAN MASALAH EREKSI   “Assalamualaikum dr. Saya berumur 32 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu saya mengalami suatu yg amat menggusarkan saya iaitu saya mengalami sakit di bahagian pinggang, tengkuk dan tahap ereksi yang menurun begitu mendadak sekali. Dan saat kemuncak permasalahan ini ialah apabila saya tidak mampu menegangkn zakar saya ketika hendak bersama isteri saya. Adakah sy mengalami masalah mati pucuk atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terlalu sukar untuk saya mengagak masalah yang saudara hadapi kerana banyak maklumat yang tidak diberitahu.   Jika saudara mengalami masalah berat badan berlebihan, saya bimbang saudara juga mula menghadapi masalah penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hypertension dan kandungan lemak dalam darah yang tinggi.   Saudara boleh melakukan ... Read More »

Masalah ceret-beret semasa haid

MASALAH CERET BERET SEMASA HAID “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengapa seorang wanita mengalami rasa sakit perut terutama bahagian ari-ari, dan ceret beret semasa kitaran haid? Terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seorang wanita sedang mengalami haid, bukan saja beliau mengalami rasa kekejangan dan sakit terutama di bahagian ari-ari, kembung perut , tetapi juga mengalami ceret-beret.   Tidak semua wanita mengalami masalah rasa tidak selesa ketika kedatangan haid, ada yang diberikan nikmat oleh ALLAH untuk mengalami rasa mudah menjalani pendarah haid setiap bulan.   Namun ramai juga yang mengalami gejala yang tidak menyenangkan. Ini semua ujian dari ALLAH bagi seorang wanita. Wanita yang tabah pasti akan dapat menjalani ujian ini dengan tabah dan redha.   Timbul pertanyaan, sama ada masalah ceret beret ini berbahaya dan mengapa ... Read More »

pesakit batu karang mengalami tulang yang reput

PESAKIT BATU KARANG MENGALAMI TULANG YANG REPUT     Pesakit yang pernah mempunyai batu karang dalam ginjal mungkin mengalami peningkatan risiko untuk mendapat kecederaan patah tulang dengan mudah. Kajian ini diterbitkan dalam “Clinical Journal of the American Society of Nephrology.” Ini kerana pesakit yang mempunyai batu karang dalam air kencing selalunya bermula dengan mengalami peningkatan kepekatan mineral kasium dalam air kencing. Mineral kalsium ini akan perlahan-lahan mendak dalam buah pinggal dan menyebabkan batu karang. Kalsium yang keluar melalui air kencing biasanya berasal dari tulang dalam tubuh. Ini bermakna garam kalsium dari tulang keluar dan menyebabkannya menjadi rapuh dan mudah patah apabila berlaku kecederaan. rujuk: Risk of Fracture in Urolithiasis: A Population-Based Cohort Study Using the Health Improvement Network.Clinical Journal of the American Society of Nephrology. Oct 2014.   Read More »

Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman

    “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets.   Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit.   Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB).   Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk ... Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013  dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.   Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya tahu punca saya jadi macam itu. Sebelum ini, haid saya teratur. Untuk pengetahuan doctor, saya ingin untuk hamil lagi. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Punca masalah ... Read More »

Kehamilan di luar rahem

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita yang terpilih saja akan diuji dengan ujian ini. Pada kehamilan biasa, ovum yang dibebaskan daripada kilang telur ovari akan disenyawakan pada hujung saluran fallopio. Persenyawaan ini akan membentuk zigot (gumpalan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!