Advertorial
Home » EKF (page 5)

Category Archives: EKF

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?

    “Assalamu alaikum, doktor.  Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi.   Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan  pemeriksaan doctor.   Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan.   Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia dapat dilihat  pada faraj, sebagai satu bentuk daging yang menonjol keluar dari pintu kemaluan.   Jadi mustahil jika seorang bidan dapat memberitahu seorang wanita mengalami ... Read More »

Amalan mencuci faraj (Douching)

          “Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan  vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?”    Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini.   Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’.   Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka berbaur kuat. Ada di antara mereka pula yang membasuh baki-baki darah haid dengan cara ini. Wanita yang tidak mahu hamil juga melakukannya untuk mengelakkan kehamilan.   Namun mereka tidak menyedari ... Read More »

Perlukah rawatan D&C selepas Keguguran?

  “Salam, doctor. Baru-baru ini saya mengalami keguguran. Saya telah menjalani rawatan “cuci rahem”. Setengah doctor berpendapat ia tidak perlu kerana menyebabkan luka dalam rahem. Jadi apakah rawatan yang sebenarnya harus saya terima selepas keguguran? Bolehkah saya hamil semula selepas ini? Terima kasih.”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula.   Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang negatif dan doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat sama ada janin yang telah meninggal dunia itu masih berada dalam rahem, atau rahem puan telah kosong.   Jika rahem puan telah kosong doctor tidak perlu mengosongkan rahem puan dengan melakukan prosedur ERPC (Evacuation of Products of Conception) atau D&C (Dilation & Curettage).   Jika ... Read More »

Pendarahan selepas haid

    “Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”.  Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?”   Wa alaikum mus salam.   Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil.   Darah yang keluar sebenarnya adalah darah haid. Puan mengalami pendarahan selepas tamat tempuh haid kerana darah haid yang tidak habis keluar dari rahem. Warna menjadi gelap kerana ia berada lama dalam ... Read More »

Lendiran kental dari kemaluan

  Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur.  Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15/5/2013. Soalan saya ialah  pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari faraj saya bersama dengan sejalur darah warna pink dan kemudiaannya coklat. Ia hanya berlaku selama 2 hari saja. Setelah sebulan berlaku, pada 9.6.2013, perkara yang sama berlaku  semula. Soalan saya adakah keadaan itu merbahaya kepada saya? Saya belum lagi pergi ke klinik untuk pemeriksaan..   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam   Lendiran yang keluar dari faraj puan sebenarnya adalah lendiran cervix (mucous plug).   Itu berasal dari keputihan yang banyak berasal dari faraj dan rahem, dan ... Read More »

Pendarahan haid berpanjangan: Pil henti darah (norethisterone) vs Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

      “Salam Doc. Saya hendak bertanya mengenai kitaran haid saya yang tidak menentu. Sebelum ini saya tidak mengalami haid beberapa bulan. Selepas sebulan saya mengamalkan EKF tiada perubahan pada kitaran kitaran haid saya. Tetapi masuk bulan kedua, saya mula datang  haid pada 25 Jun dan bersih hari ke 8. Kemudian haid datang  semula pada hari yang 12 berlanjutan hingga ke 15. Saya dah berjumpa doktor dia telah berikan ubat  Sunolut yang mengandungi Norethisterone untuk berhentikan pendarahan untuk dimakan selama 20 hari. Saya makan hanya selama 14 hari. Selepas berhenti ubat tersebut darah datang balik. Soalan saya adakah saya patut makan EKF semula walaupun darah masih ada? Atau teruskan makan ubat hormon tersebut? Adakah darah itu darah haid?”   Dr Zubaidi Hj Ahmad :   Wa alaikum mus salam. Seperti ... Read More »

Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami

    “Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?”   “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?”   “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.”   “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?”   “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.”   “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..”   “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara yang sama pada saya..”   “Kalau saudara berkata benar, maka tiadalah kemungkinan saudara mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti syphilis, gonnorhea atau HIV..”     “Mungkin saudara dijangkiti jangkitan fungal ... Read More »

Keluar tompokan darah selepas menggunakan EKF

      Assalamualaikum doc. Sy telah menggunakan ekf selama 20 hari. Sebelum kahwin period sy teratur.lepas 2,3 bulan berkahwin, sy x dtg haid selama 3 bulan.doc d klinik yg sy pegi bg sy ubat hormon, lpas seminggu lbih sy kluar haid slama 4 hari…tp malangnya, bulan seterusnya x dtg haid dah. So, sy tryla ekf. Spjg mkn ekf, ada sekali kluar tompokan coklat berbau darah. Esok xde dah. Hari ke 20 ni pula kluar cairan putih jernih, perut sy kembung dan asyik buang angin, letih asyik nak tertidur. Apakah tanda period sy dh normal? Atau jangkitan d V sy?   Terima kasih, smoga doc dpt membalas dan mnjawab mslh saya.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikummussalam. Biar saya ringkaskan masalah yang puan hadapi. Puan mengalami masalah kitaran haid ... Read More »

Kacip Fatimah Membantu Kitaran Haid?

  “Assalamualaikum doktor,saya sudah berkahwin selama 2 tahun 3 bulan dan belum dikurniakan zuriat. Berat saya 88kg tinggi 158. Masalah saya ialah kitaran haid saya tak teratur, dan sekarang period saya yang terakhir ialah pada bulan dec tahun lepas, sehingga bulan Jun tahun ini, saya masih tidak datang haid.   Saya sudah mengambil suplemen EKF selama 5 minggu. Pada minggu ke4, bahagian bawah perut rasa sakit seperti mahu datang haid, rasa sakit selama 5 hari. Saya rasa ngilu dan mmg rasa mcm nak period, setiap kali buang air kecil, selalu check kalau-kalau ada darah keluar, tapi tak ada. Sekarang dah masuk minggu ke 5 makan pil suplemen EKF. Rasa sakit di bahagian bawah perut  sudah tidak ada. Sekarang rasa mcm biasa saja, adakah ia normal ?”   Jawapan: Wa alaikum ... Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.   Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83).   Bagaimana diagnose PCOS diberikan kepada pesakit? Pesakit yang mengalami PCOS sekurang-kurangnya mempunyai dua ciri dari tiga ciri yang berikut: 1.hyperandrogenism (lebihan hormone lelaki) 2.oligo and/or anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal. Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan ... Read More »

D&C dan Kehamilan Semula

D&C dan Kehamilan Semula

Banyak soalan yang klinik FB terima mengenai kehamilan dan keguguran. Saya cuba menjawab pada kadar kemampuan saya. Klinik FB kali ini ditanya mengenai sama ada D&C mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil semula. “Salam doktor, saya sekarang sedang mengalami kitaran haids yang tidak teratur semenjak dari keguguran sehingga sekarang. Saya ingin bertanya adakah rawatan D&C menyebabkan saya mempunyai peluang yg sgt tipis utk hamil semula?” Setiap kali musibah keguguran ditanyakan kepada saya, saya amat bersimpati. Nasihat saya banyaklah bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tentu banyak hikmah yang tersembunyi. Namun berusahalah agar kesihatan puan bertambah pulih seperti sedia kala. Sepanjang pengetahuan saya, tiada kajian yang menunjukkan prosedur dilation and curretage (D&C) bagi mengeluarkan saki-baki janin yang keguguran (retained products of conception) akan mengurangkan kebarangkalian untuk hamil semula jika keguguran itu bukan disebabkan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!