Advertorial
Home » EKF

Category Archives: EKF

Pendarahan yang tidak normal

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL.     “ Assalamualaikum doktor. Saya berumur 36tahun dan mempunyai 5 org anak. Saya sudah ikat peranakan. Sejak dari awal tahun ini, haid saya semakin panjang. Biasa 8-9 hari saja tetapi sekarang 10-14 hari baru betul-betul kering.   Saya ada berjumpa doctor pakar, dan beliau memberikan saya ubat hormon sonulut selama 3bulan. Dengan ubat itu kitaran haid saya setiap buln seperti tetapi masih 9-10 hari baru benar-benar kering.  Sekarang saya sudah berhenti mengambil ubat hormon (atas arahan doktor) untuk tengok dalam satu dua bulan ni adakah haid saya kembali normal macam biasa.   Bulan ini, 3-4hari sebelum haid ada keluar tanda coklat (mungkin darah haid sebelumnya). Selepas itu saya haid selama 10 hari baru kering. Selepas 3 hari kering, darah keluar semula. Sifat darah seperti darah ... Read More »

perlukah pembedahan ovarian drilling pada pesakit PCOS

PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT  PCOS   “Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut?  Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan.     Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. Doktor akan membuat 5-10 lubang-lubang kecil pada setiap ovari.     Dengan menebuk ovari sebegini diharapkan mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan ... Read More »

Peluang hamil kembar bila mendapat rawatan kesuburan

APAKAH PELUANG HAMIL KEMBAR BILA MENDAPAT RAWATAN KESUBURAN   “Doktor, apakah peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan? Terima kasih”   Peluang untuk hamil bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan. Selalunya selepas pemeriksaan, doktor pakar kesuburan akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur (ovari) untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.   Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%   Jika tidak berjaya, mungkin doktor akan memberikan suntikan hormon FSH sebelum rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih ... Read More »

rasa sakit semasa hubungan intim

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM       Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.  Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.     Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.  Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.     Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal ataupun psikologi.       1. Kurang lendiran sebagai pelincin hubungan intim.   Semasa hubungan intim dilakukan, cecair akan dirembeskan oleh faraj dan pangkal ... Read More »

endometriosis adalah peyakit akibat keradangan dan ketidakseimbangan hormon

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON.     Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya.   Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone.       Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam kawasan pelvik. Akhirnya menyebabkan lekatan pada organ dalam kawasan itu seperti usus, saluran fallopian dan pundi ... Read More »

UTM menemukan formulasi rawat kulit bermasalah

UTM MENEMUKAN FORMULASI RAWAT KULIT MUKA BERMASALAH   Kacip Fatimah dikenali sebagai herba tradisional yang telah banyak digunakan di nusantara sejak dari zaman dahulu lagi. Ia biasanya digunakan sebagai rawatan selepas melahirkan anak. Ini kerana Kacip Fatimah dikatakan dapat merawat kecederaan pada rahem dan faraj ketika proses melahirkan anak. Namun tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikannya, sehingga Universiti Tekonolgi Malaysia melalui Institute Bioproduct Development (IBD) membuktikan kesan positif ekstrak Kacip Fatimah  terhadap sel-sel kulit.   Dalam kajian itu menunjukkan Kacip Fatimah atau nama sainsnya, Labisia pumila mengandungi banyak  sebatian phenolic acid dan flavonoid yang dipercayai bertanggungjawab dalam merawat pelbagai jenis penyakit. (Zhang & Ye, 2008). Sebatian ini bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel human dermal fibroblasts yang ada pada kulit, dari kerosakan yang disebabkan oleh radiasi UV dari cahaya matahari. ... Read More »

hamil walaupun UPT negatif

UPT NEGATIF TETAPI HAMIL   “Salam doktor, saya berusia 32 tahun dan sudah tidak datang haid selama 5 minggu. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan UPT dan mendapati keputusannya negatif. Adakah sah saya tidak hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Mengikut pengalaman saya, tidak datang haid selama 5 minggu dari tarikh akhir haid pertama yang lepas atau seminggu dari tarikh haid yang sepatutnya, masih dianggap sebagai terlalu awal.     Ini kerana kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari. Oleh itu tidak datang haid sehingga hari ke 35 atau minggu ke 5 masih dikira normal, dan mungkin tidak hamil.     Selepas 2 minggu dari tarikh sepatutnya atau 6 minggu dari tarikh haid pertama pada bulan terakhir adalah lebih tepat untuk melakukan pemeriksaan UPT.     ... Read More »

Implanon, haid tidak menentu dan solat

IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT   “Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang puan ajukan adalah masalah yang biasa ditanyakan oleh wanita lain yang menggunakan kaedah perancang keluarga IMPLANON.     Ia berbentuk seperti kayu pencungkil gigi yang di masukkan ... Read More »

masalah haid akibat rawatan kimoterapi

MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI       “Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat besar.   Doktor juga akan berusaha untuk meminimakan kesan sampingan yang mungkin dirasai oleh mereka. Selalunya rawatan kimoterapi yang diberikan sangat berkesan untuk penyakit kanser, bergantung kepada jenis  kanser dan ... Read More »

Tidak datang haid setahun selepas ambil implan

TIDAK DATANG HAID SETAHUN SELEPAS MENDAPAT IMPLANT DI BAWAH KULIT LENGAN    Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 30 tahun, bekas rakan utm skudai dalam bidang kaunseling. Saya ingin bertanya. Saya telah melahirkan anak tahun lepas dan mula menggunakan implan pada jun 2015 sehingga kini, sudah setahun tapi saya tiada mengalami haid yang teratur. Bulan lepas, saya ada kedatangan haid yang banyak, lebih kurang kurang 20 hari. Kemudian pada bulan berikutnya ada pendarahan berterusan selama 30 hari. Apa masalahnya ya Doktor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kitaran haid yang tidak teratur selepas suntikan hormon perancang sama ada yang dimasukkan ke bawah kulit (implant) atau ke otot punggung (Unidepo) adalah disebabkan kesan sampingan ubat hormon yang terdapat dalam suntikan itu.   Ia bukan menjadi rahsia lagi, kerana hampir kesemua wanita yang ... Read More »

Darah haid berwarna coklat dan berketul-ketul

PERSOALAN DARAH HAID BERWARNA COKLAT DAN BERKETUL-KETUL   Seorang wanita mungkin mendapati bahawa darah haid beliau menjadi warna perang gelap atau hampir berwarna hitam apabila menghampiri hari-hari terakhir haid. Ini adalah satu perubahan warna yang normal. Ia berlaku apabila darah adalah lama, tidak dapat dikeluarkan dari rahem dengan cepat.   Jika darah haid ini (berwarna perang atau kehitaman) berlangsung hingga beberapa hari atau minggu melebihi hari kebiasaan haid, maka selalunya disebabkan oleh tahap hormon dalam badan yang tidak stabil. Ini tidak normal.   Lapisan endometrium yang gugur sebagai haid hanya keluar sedikit demi sedikit menyebabkan ia lambat berhenti. Ini menyebabkan “darah haid” keluar agak lama, secara sedikit dan berwarna coklat. Jika darah haid keluar melebihi 15 hari, ia mungkin tidak dianggap sebagai darah haid lagi tetapi darah istihadah.   Ramai wanita ... Read More »

Rahem Jatuh

RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM)     “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit tompokan darah di seluar dalam. Nenek saya amat risau. Apakah masalah yang dialami oleh nenek saya dan bagaimana untuk merawat? Mohon Doktor bantu kami. Terima kasih”   Terima kasih ... Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan keguguran. Ia juga tidak menyebabkan kekurangan nutrisi kepada bayi yang berada dalam rahem. Sewaktu menyusu bayi , hanya sedikit kuantiti hormon oxytocin akan dikeluarkan dan tidak menyebabkan rahem mengecut sehingga ... Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS   “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila mereka yang mengalami masalah gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .   Ini menyebabkan masalah keputihan yang mungkin akan menyebabkan: jangkitan kuman ... Read More »

Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN   “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil.   Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.   Ini kerana mereka selalunya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Bagi wanita yang mempunyai masalah berat yang berlebihan, tetapi mempunyai kitaran haid yang tetap dan normal setiap ... Read More »

Jenis-jenis keguguran

JENIS-JENIS KEGUGURAN “Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah.   Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155)   Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan dari faraj hanya menunjukkan bahawa proses keguguran baru bermula, dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan janin masih berada dalam rahem dan masih ada degupan jantung. Proses ini ... Read More »

Wanita yang berisiko tinggi untuk keguguran

WANITA YANG BERISIKO TINGGI UNTUK KEGUGURAN   antiphospho lipid, “Salam doctor. Saya bermur 38 tahun, baru saja berkahwin dan hamil 12 minggu setelah berusaha selama 5 tahun dengan bantuan beberapa ubat dan suplemen. Apa yang merisaukan saya ialah ada berita yang saya dengar bahawa wanita yang berusia lebih 35 tahun lebih mudah untuk mengalami keguguran. Mohon pendapat doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Memang benar, semakin meningkat umur seseorang wanita, semakin tinggi untuk beliau mengalami kegugurannya.     Ini bermakna kebarangkalian untuk puan untuk mengalami keguguran sangat tinggi berbanding dengan wanita lain yang masih muda, namun tidak semestinya puan akan mengalami keguguran.     Bagi wanita yang berumur  35 tahun ke atas, risiko ini adalah tinggi. Oleh itu saya kerap menasihatkan jika seorang wanita ingin ... Read More »

Rawatan keguguran

RAWATAN UNTUK KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya telah mengalami keguguran pada usia kehamilan 10 minggu dua hari lepas. Ketika itu saya mengalami pendarahan, dan doctor memeriksa dengan menggunakan uktrasound mengesahkan keguguran itu.  Saya telah dinasihatkan untuk melakukan prosedur D&C.  Perlukah saya menjalani perosedur itu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sebenarnya tiada apa yang dapat dibuat untuk menghalang keguguran, apabila proses keguguran itu bermula.   Apa yang doctor boleh lakukan ialah memastikan keseluruhan janin telah dikeluarkan sengan sempurna dan rahem menjadi kosong semula.   Jadi doctor akan membuat keputusan  sama ada mahu melakukan prosedur D&C atau tidak, berdasarkan jenis keguguran yang berlaku.   1.  Jika doctor percaya bahawa janin dengan lengkap , telah dikeluarkan ketika proses keguguran, secara semulajadi, maka doctor tidak melakukan apa-apa. Ini kerana ... Read More »

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN   “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang anak sahaja.  Jadi, hanya inilah satu satunya sahaja peluang yg saya ada untuk mencuba dan berusaha untuk mendapatkan anak lelaki. Terima kasih Dr. kerana sudi menjawab soalan saya yang tidak ... Read More »

Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan

UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”.  Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari.   Ia sangat  berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti:   Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’   Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg yang diambil sebiji atau dua biji atau tiga biji dalam sehari, mengikut penilaian doctor pada hari ke lima hingga hari ke  hari 25 mingkut kitaran haid.   Bagi pesakit endometriosis, ... Read More »

Demam selepas melahirkan anak

DEMAM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak seminggu dan mengalami demam panas. Badan saya menjadi letih da nada kalanya menggigil. Adakah demam saya berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang)  sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj)  atau secara pembedahan Cesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.   Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian.  Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.   Demam sebegini da dikenali sebagai  “Postpartum Fever “, apabila suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.   Punca utama demam seperti ini ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada ... Read More »

Pembungan rahem dan pendarahan

PEMBUANGAN RAHEM DAN PENDARAHAN   Salam, saya ingin bertanya tentang masalah saya. 1)pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c.   2) pada tahun yang sama saya disahkan hamil lagi alhamdulillah anak saya lahir dengan selamat tetapi terpaksa di bedah kerana songsang   3)tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi  kehamilan  ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya masih ada kedua-dua belah.   4) doktor memberitahu saya yang saya tidak akan datang bulan tetapi simptom-simpton seperti sakit pinggang lenguh2 badan dan sebagai akan saya rase seperti mahu period. ... Read More »

Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon

WANITA YANG TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLANON Implanon adalah alat perancang keluarga berbentuk seperti batang lidi, mengeluarkan hormone yang menghalang kehamilan untuk tempuh 3 tahun.   Ia mengandung hormon progesterone sintetik yang dinamakan ‘etonogestrel’.   Alat ini dimasukkan ke bawah kulit, melalui pembedahan ringkas.   Implanon menghalang kehamilan dengan menghalang pengeluaran telur ovum dari ovary. Ia bermakna tiada telur wanita yang keluar untuk disenyawakan. Selain itu ia menukar tekstur lendiran faraj menjadi lebih pekat sehingga sperma tidak boleh berenang masuk ke dalam rahem.   Apabila Implanon diletakkan dengan betul, kebarangkalian untuk hamil menjadi amat rendah, iaitu satu kehamilan dalam 100 wanita yang menggunakan implanon.   Kesan implanon pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, tidak diketahui kerana tiada kajian klinikal dilakukan. Ini bermakna implanon mungkin tidak memberikan kesan yang serupa berbanding ... Read More »

Habbatus sauda dan kehamilan

HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN “Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.   Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di Mesir, mereka menggunakan habatus sauda’ sebagai suplemen dan ubat.   Contohnya, Ratu Cleopatra menggunakan habitus sauda’ untuk merawat kecantikan beliau, Ratu Nefertiti juga menggunakan minyak habitus sauda’ untuk menghitamkan rambut ... Read More »

Kitaran haid dan Implanon

KITARAN HAID DAN IMPLANON   “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya telah 2 tahun lebih mengambil implanon dan akan mengeluarkannya pada Jun 2015. Bermula tahun kedua pemakaian, saya sering mengalami haid yang lama, hingga 3 minggu. Sebelum ini, saya ambil pil perancang keluarga untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. Selepas 3 bulan pengambilan pil perancang, haid masih begitu. Saya baru mengambil pil kacip fatimah UTM untuk mengatasinya. Soalannya, setelah haid melebihi 15hari, saya bercadang untuk mengambil pil perancang untuk menghentikan pendarahan dan bolehkah diambil kacip fatimah itu semasa istihadah ? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Implanon adalah implant yang dimasukkan ke bawah kulit, selalunya di lengan yang mengeluarkan hormone hormone sintetik progestrin yang dikenali sebagai etonogestrel bagi menghalang seorang wanita itu untuk hamil, dan berkesan sehingga ... Read More »

Pendarahan yang tidak normal mungkin tanda kanser rahem

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL MUNGKIN TANDA KANSER RAHEM     “Salam doktor, bagaimanakah tandar kanser rahem yang biasa dapat dikesan pada peringkat awal. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kanser rahim mudah dikesan kerana ia mempunyai gejala (tanda) yang sangat jelas. Antaranya ialah pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Ramai wanita yang sudah menopause yang mengambil sikap sambil lewa kerana menyangka mereka mengalami darah haid semula.   Sebab itu ramai yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser dalam rahem merebak ke tahap yang lebih bahaya. Oleh itu jika seoarang wanita yang sudah mengalami menopause, kemudian mengalami pendarahan seperti darah haid, mereka sepatutnya mereka segera membuat pemeriksaan sebelum doktor.   Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan ... Read More »

PCOS berkaitan dengan penyakit kanser rahem, kitaran haid tidak menentu dan ketidaksuburan

PCOS BERKAITAN DENGAN PENYAKIT KENSER RAHEM, KITARAN HAID YANG TIDAK MENENTU DAN KETIDAKSUBURAN     “Salam doktor, bolehkan PCOS menyebabkan penyakit kanser rahem?”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Polycystic Oavrian Syndrome  (PCOS) mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keseimbangan hormone dalam tubuh wanita. Ia menyebabkan masalah ketidaksuburan wanita, apabila ovulasi (proses pengeluaran telur wanita, ovum) tidak berlaku secara tetap pada setiap bulan. Ia juga menyebabkan peningkatan hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan seorang wanita. PCOS tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti senggugut, maka ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur me­ngalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS. Pesakit PCOS turut berisiko mendapat kanser rahim. Pesakit PCOS juga mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) tetapi ada juga ... Read More »

kadar jantung perlahan semasa hamil

KADAR JANTUNG PERLAHAN SEMASA HAMIL “Assalammualaikum Dr Zubaidi, maaf menganggu, saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar deyutan jantung perlahan (bradycardia). Saya berumur 29tahun baru berkahwin, tidak bekerja serta sedang mengandung anak pertama berusia 14 minggu. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar denyutan jantung saya yang perlahan sekitar 50-51 adakah ianya berbahaya? Untuk pengetahuan Dr. Saya juga telah membuat pemeriksaan ECG di klinik kesihatan dan Dr dari klinik kesihatan telah meminta saya ke HKL untuk rawatan selanjutnya. Saya atau keluarga terdekat tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan dengan jantung serta saya tidak mengalami sebarang symptoms seperti pening, pitam, loya atau sebagainya semasa mengandung. Cuma agak keletihan, kurang selera makan dan terasa malas sahaja. Adakah kerana kurang exercise / bergerak membuatkan jantung saya berdenyut perlahan atau sebaliknya? Adakah merbahaya jika saya kembali bekerja?. ... Read More »

Folic acid 1 mg atau 5 mg?

FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL?   “Assalamualaikum doktor.  Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting  kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects.   Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk  http://drzubaidi.com/blog/?p=1038.   Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg)  atau 0.4 miligram (mg) setiap hari  kerana ia akan membantu kesburan dan mempersiapkan diri dengan kandungan folic acid dalam darah yang ckup sebagi saja berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum.   Dos ini harus diteruskan sehingga ... Read More »

Bengkak alat kelamin

BENGKAK ALAT KELAMIN “Salam doctor, saya mengalami bengkakan pada alat kelamin saya. Doktor wanita yang memeriksa mengatakan bahawa ia adalah sejenis cyst. Boleh jelaskan mengenainya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pada pintu faraj setiap wanita, terdapat sepasang kelenjar yang dinamakan  kelenjar Bartholin, yang berada di kanan dan kiri bukaan faraj. Ia berfungsi  menghasilkan pelincir  yang akan dikeluarkan dengan banyak ketika seseorang wanita mengalami keghairah sebagai persediaan untuk hubungan seksual bersama suami.   Apabila kelenjar ini tersumbat, menyebabkan cecair kelenjar ini berkumpul dan membentuk ketumbuhan cyst .Lama kelamaan cyst ini semakin membesar saiznya dan mula dapat dirasakan kehadirannya. Bartholian Cyst bukanlah ketumbuhan yang berbahaya dan jarang bertukar menjadi kanser.   Namun cecair di dalam cyst tadi boleh menjadi nanah apabila berlaku jangkitan kuman ke dalamnya. Jika agak besar melebihi 2cm ... Read More »

Darah haid atau keguguran

DARAH HAID ATAU KEGUGURAN? “As salamu alaikum  Dr Zubaidi,  saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik,  saya hamil.  Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit.  Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG.   Ini kerana kebanyakan alat UPT yang dijual di Malaysia tidak sensitif pada hormone hCG yang rendah, yang dikeluarkan oleh uri di awal kehamilan.   ... Read More »

Mengapa UPT negatif tapi tiada haid

MENGAPA UPT NEGATIF TAPI TIADA HAID   Salam doctor, saya ingin bertanya. Kali terkhir saya adalah 8 oktober lepas. Sepatutnya  saya haid semula pada 5 Nov. Pada 7 nov  saya  buat UPT dan keputusannya negative. Pada 12 nov saya ulangi semula, tapi keputusannya masih negative dan haid saya belum dating juga.   Soalan saya, apakah kemungkinan yang menyebabkan period saya lewat selain hamil? Untuk makluman, sy tidak mengambil sebarang ubatan.   Mohon doktor  membantu..terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masa untuk pemeriksaan yang sesuai ialah dua minggu dari tarikh sepatutnya puan dating haid.   Dalam kes puan, masa yang seuai ialah 19 November 2014. (5hb + 14).   Ini kerana terdapat beberapa jenama UPT yang dijual tidak begitu sensitive terhadap kepekatan hCG yang digunakan mengesahkan kehamilan.   Di ... Read More »

Ginseng juga ada kesan sampingan

GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan.   Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan pada November 2004 dalam Journal American Family Physician.   Walau bagaimanapun, belum ada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanannya, dan ia lebih bergantung kepada keserasian pada diri pengguna itu sendiri.   ... Read More »

Masa sesuai guna pil perancang

MASA SESUAI GUNAKAN PIL PERANCANG “Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak.   Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang.   Ini kerana dibimbangi pil perancang kehamilan akan menyebabkan susu ibu berkurangan.   Bagi wanita yang tidak menyusui secara eksklusif (menggunakan susu ibu dengan susu formula untuk bayi mereka), boleh ... Read More »

Kesan pil perancang Noriday pada bayi melalui susu ibu

KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU “Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu.   Pil Perancang Keluarga Noriday  termasuk dalam  kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill)  kerana ia hanya  mengandungi  satu  jenis hormon progestogen sahaja.   Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram bagi setiap biji.   Noriday boleh diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Hanya sejumlah kecil hormone progesterone yang akan masuk ke dalam susu ibu,( antara  1 hingga ... Read More »

Bila lakukan pap smear

BILA LAKUKAN PAP SMEAR   “Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj.   American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin).   Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan  pada wanita  yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa negara barat, ia digalakkan pada wanita seawall umur 21 tahun.   Ini kerana pemeriksaan pap smear akan menyebabkan kecederaan selaput dara. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!