Advertorial
Home » #drzubaididetoks

Category Archives: #drzubaididetoks

rasa pedih perut semasa berpuasa

RASA PEDIH PERUT SEMASA PUASA     Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.   Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.   Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati.   Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati“, namun ia tidak ada kena mengena dengan ‘organ hati’ kita.   Masalah ini berlaku apabila kita menguba pola pemakanan kita. Biasanya kita makan ... Read More »

Persekitaran kita bertoksin?

SUMBER TOKSIN DI SEKITAR KITA     “Betulkah persekitaran kita sudah tidak selamat lagi? Berbahaya pada kesihatan?” Tanya seorang peserta kelas yang saya anjurkan. Saya malas hendak menjawab. Tidak mahu menyudukan informasi ke mulut beliau. Saya mahu dia berfikir. “Tuan rasa bagaimana?” “Saya rasa memanglah persekitaran kita tidak bersih. Tetapi ia masih di tahap biasa ” “Apa maksud tuan di tahap biasa?” “Kita tak jatuh sakit. Saya dan keluarga masih sihat” “Maksudnya jika tuan dan keluarga sihat, tahap persekitaran kita masih selamat dan berada di tahap biasa?” Peserta itu terdiam. Agaknya cuba memikirkan logiknya. “Kalau saya kata orang ramai sakit diakibatkan persekitaran kita yang tidak sihat, adakah tuan setuju?” saya cuba mencabar mindanya. “Saya setuju. Jika tidak ramai yang sakit juga bermakna persekitaran kita masih bersih dan tidak berbahaya” Dia pusing ... Read More »

Kesan toksin pada tubuh kita

KESAN TOKSIN PADA TUBUH KITA Perlukah kita membuang toksin? Ini adalah soalan yang biasa ditanyakan kepada saya. Ada yang benar-benar bertanya. Ada yang saja ingin menduga. Ada yang bertanya dengan nada menyindir.   Terserahlah pada pengetahuan dan pengalaman yang kita ada. Jika kita kurang berpengalaman dan jarang membaca, apatah lagi menghadiri seminar dan konferens perubatan, memang jawab yang diberikan adalah “No such thing as detox!!”   Saya pernah bekerja (lebih dari 10 tahun) di kawasan industri perkilangan (pembuatan barangan plastic, wayar dan kimia) di Johor Bahru dan Pasir Gudang. Saya telah memeriksa dan merawat kes-kes yang pelik. Contohnya seorang pekerja kilang yang rasa kebas tangannya berminggu-minggu. Rasa lemah dan tidak boleh diangkat. Walaupun pemeriksaan kesihatan telah dijalankan dan didapati beliau adalah normal (tiada masalah kesihatan). Tiada tanda stroke (telah diperiksa ... Read More »

Bagaimana nak detoks

BAGAIMANA NAK DETOKS?   Ramai yang bertanya saya bagaimana mahu membuang toksin atau detox tubuh dengan cara yang betul? Saya senyum kerana kebanyakan penjual suplemen mengatakan produk mereka adalah produk terbaik untuk detoks tubuh. Untuk membuang toksin dalam tubuh. Untuk menyegarkan tubuh. Menjadikan tubuh bertambah sihat. Tetapi detoks itu bukan hanya mengamalkan produk kesihatan tertentu. Ia meliputi 3 aspek, Pantang, Buang dan Ganti. Saya akan menulis mengenai tiga langkah dengan lebih mendalam.     Paling pertama, ketahui apa itu TOKSIN dan kesannya terhadap tubuh. Musuh kita adalah Toksin. Kita tidak mampu berperang dan menggunakan senjata yang salah jika kita tidak tahu siapa musuh kita.   Bila kita tahu apa itu toksin, barulah kita tahu bagaimana mahu mengelakkannya, dan bagaimana mahu membersihkan tubuh kita dari toksin. Kita kena tahu apa itu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!