Advertorial
Home » Doktor Menjawab (page 18)

Category Archives: Doktor Menjawab

Pendarahan haid berpanjangan: Pil henti darah (norethisterone) vs Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

      “Salam Doc. Saya hendak bertanya mengenai kitaran haid saya yang tidak menentu. Sebelum ini saya tidak mengalami haid beberapa bulan. Selepas sebulan saya mengamalkan EKF tiada perubahan pada kitaran kitaran haid saya. Tetapi masuk bulan kedua, saya mula datang  haid pada 25 Jun dan bersih hari ke 8. Kemudian haid datang  semula pada hari yang 12 berlanjutan hingga ke 15. Saya dah berjumpa doktor dia telah berikan ubat  Sunolut yang mengandungi Norethisterone untuk berhentikan pendarahan untuk dimakan selama 20 hari. Saya makan hanya selama 14 hari. Selepas berhenti ubat tersebut darah datang balik. Soalan saya adakah saya patut makan EKF semula walaupun darah masih ada? Atau teruskan makan ubat hormon tersebut? Adakah darah itu darah haid?”   Dr Zubaidi Hj Ahmad :   Wa alaikum mus salam. Seperti ... Read More »

Sakit pinggang selepas bius spinal anesthesia

    “Salam doktor. Saya melahirkan nak pada awal Februari lalu secara pembedahan Ceserean kerana extended breech presentation. Saya telah dibius secara spinal. Masalah saya adalah sehingga kini saya masih alami sakit belakang yang agak teruk. Ia menggangu tidur dan saya terpaksa meminta bantuan suami untuk duduk dari posisi baring. Ia berlaku sesekali. Saya harap dapat penjelasan doktor doctor. Terima kasih”   Ramai wanita yang telah melahirkan anak secara ceserean dan diberikan bius spinal, mengadu mengalami masalah yang sama seperti yang dicerita oleh wanita di atas.   Terasa sakit menyucuk-cucuk pada tempat yang disuntik dengan jarum bius spinal, hingga kadang kala rasa sakit merebak ke bahagian punggung dan kaki.   Mengapakah keadaan ini berlaku, sedangkan kebanyakan wanita lain tidak mengalami sakit belakang selepas pembedahan?   Rasa sakit di bahagian belakang ... Read More »

Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami

    “Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?”   “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?”   “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.”   “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?”   “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.”   “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..”   “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara yang sama pada saya..”   “Kalau saudara berkata benar, maka tiadalah kemungkinan saudara mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti syphilis, gonnorhea atau HIV..”     “Mungkin saudara dijangkiti jangkitan fungal ... Read More »

Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

  Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi.   Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri.   Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..”   Saya agak  keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah itu bagi menggambarkan struktur morfologi spermanya tidak normal. Bentuknya berbeza, tidak serupa dengan sperma yang normal.   Sebenarnya istilah yang biasa dalam dunia perubatan digunakan ialah ... Read More »

Kitaran Haid tidak berjaya dirawat dengan Clomid dan Proglyluton

Salam Dr.. Saya mohon Dr dapat tolong saya bagaimanakah untuk saya mengetahui hari subur. Dari zaman remaja recycle period saya antara 35-45 hari.walaubagaimanapun, saya xpernah miss period. Saya telah berkahwin pada Feb 2012. Pada April 2012 doktor detect saya mengandung luar rahim.tiub sebelah kanan telah dibuang. selepas operation itu, period saya tidak datang 2-3 bulan.kadang2 saya terpaksa ambil ubat turun darah. Pada awal tahun 2013, saya mendapatkan rawatan di hospital pakar.doktor kata saya pcos melalui ujian darah. rahim saya pula jenis terbalik.lain2 semuanya ok. doktor beri rawatan dgn mkn ubat metaformin dan progyluton. dan baru2 ini saya diberikan clomid. Di sini saya berikan jadual period saya:   Bermula Jan, saya start makan progyluton. Start 25 Feb saya stop makan progyluton kerana doktor nak tgk cycle saya ok tak selepas mkn ... Read More »

Bengkakan kelenjar pada kanak-kanak

    As salamu a’laikum doktor. Anak saya berumur 5tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh. Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital & sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi. Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak. Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak… Terima kasih   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan juga bimbang dengan keadaan anak puan. Saya doakan agar anak puan diberikan kekuatan oleh ALLAH agar terus berada dalam keadaan sihat.   Cuma saya ... Read More »

Sakit lutut dan suntikan Orthovisc ketika hamil

  “Salam doc, sy berumur 33 thn dah mengalami arthritis. pd 14 june 2013 lalu sy ada telah disuntik dgn orthovisc injection ke atas lutut kiri saya. Sy sekarang merancang utk mengandung anak ketiga. sekiranya sy merancang utk mengandung atau sy disahkan mengandung, adakah othovisc injection itu selamat? utk pengetahuan doctor, next appointment sy utk orthovisc injection adalah 25 june 2013 dan saya telah lewat period selama 3 hari”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Sebagai pengetahuan umum, Orthovisc adalah sejenis cairan sintetik yang sama seperti cairan sendi (synovial fluid). Ia dibuat daripada bahan hyaluronic acid.   Cairan sendi adalah cairan yang penting dalam sendi terutamanya sendi lutu kerana ia berperanan sebagai pelincir, memudahkan pergerakan tulang peha (femur) dan tulang kaki (tibia dan fibula). Ia juga ... Read More »

PUNCA RAMBUT BERUBAN PADA KANAK-KANAK

“Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr.Terima kasih” Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban. Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn Shu’ayb dari bapanya, dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mencabut uban, kerana ia akan menjadi cahaya pada Hari Kebangkitan.” Dalam satu hadis yang lain dalam kitab Sahih al-Tirmizi, yang dianggap sahih oleh ... Read More »

Adakah cervical cysts merbahaya dan sebahagian kanser?

“Salam. Kawan saya belom berkahwin. Pada tahun 2011 dia telah melakukan pembedahan buang cyst pada pangkal rahim. Sehingga sekarang dia merasa sakit pada luka pembedahan itu. Adakah ia normal dan sesuai tidak dia amalkan EKF ini?”   Jawaban: Sebenarnya apa yang dimaksudkan cyst di pangkal rahem atau “cervical cysts” adalah kelompang yang mengandungi lendiran mucus yang berada pada pangkat rahem (cervix). Kadang kala ia disebut  “nabothian cyst”.   Jawapan:  Ia bukan sebahagian dari kanser pangkal rahem.   Cervical cysts selalunya dijumpai secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis.  Selalunya ia tidak memberikan tanda dan tidak memerlukan pembedahan yang major.   Namun begitu jika terdapat tanda-tanda yang seperti pendarahan, dan mengeluarkan lendiran yang berbau atau ketika melakukan hubungan intim bersama suami merasa sakit dan pedih atau terdapat darah, maka berjumpalah dengan doctor ... Read More »

Apakah saya mengalami menopause?

  Assalamualikum, Dr. Zubaidi ,   Saya berumur 45 tahun dan belum berkahwin . Situasi saya pernah menjalani major operation sebanyak 3 kali berkaitan dgn perut iaitu endometriosis , hernia dan yg terakhir usus bocor pada penghujung tahun 2011. Sejak dari itu saya hanya didatangi haid pada Jan 2012 selepas itu pada bulan Mac , Jun 2012 dgn pengeluaran haid yg byk . Seterusnya bulan Sept jumlah yg sedikit , Nov 2012 terlalu sedikit saja . Sejak dari itu saya tidak didatangi haid sehingga skrg sedangkan sebelum pembedahan pada 2011 putaran haid saya adalah normal . Tidak pernah mengalami masalah sengugut. Soalan saya, adakah  saya sedang mengalami pre menopause . Di harap Dr. dapat membantu saya . TQVM Dr. Zubaidi .   Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan ... Read More »

PENDARAHAN SELEPAS HAID

PENDARAHAN SELEPAS HAID Salam doctor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu.Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakn saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi ape yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu banyak, cukup sekadar sya memakai pantyliner..mohon penjelasan doktor.. Pada kebiasaannya, tempoh haid adalah antara tiga hingga lima hari.     Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan keluar dari faraj selepas ... Read More »

Komplikasi Selepas Pembedahan Buang Appendix

Salam Doc, saya nak minta pandangan Doc mengenai anak saya berumur 13 tahun. Dua  minggu lepas beliau telah menjalani pembedahan appandix. Dua hari selepas keluar, beliau ok tapi selang beberapa hari hingga kini beliau kerap rasa sakit dan kadang-kadang badan panas dan demam. Adakah ini disebabkan angin dalam badan yang tak lepas keluar. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Pembedahan appendectomy adalah pembedahan membuang appendix yang dijalankan secara emergency, bermakna harus segera dilakukan. Pengalaman saya semasa bekerja di hospital, tidak semua pesakit yang disyaki mengalami jangkitan pada appendix (disebut sebagai appendicitis) akan dibedah. Selalunya doctor akan memberikan suntikan antibiotic melalui IV drip sebagai usaha mencegah berlakunya sepsis iaitu keadaan di mana jangkitan kuman semakin merebak ke seluruh tubuh dan ia boleh membawa maut. Bagi pesakit yang mengalami jangkitan appendicitis  belum menjadi nanah, ... Read More »

Bahaya menggunakan Sauna selepas bersenam

  Assalamu alaikum. Saya nak tanya dan minta pendapat doktor. Saya sedang mulakan aktiviti jogging setiap hari.selepas  joging dlm 10 minutes sy akan sauna dalam gym.Bolehkah kita ber-sauna setiap hari.Mohon pendapat doctor,terima kasih doctor     Ramai orang yang berpendapat bahawa sauna boleh mengurangkan berat badan. Apatah lagi jika sauna dilakukan selepas senaman kardio yang mengeluarkan peluh. Sudah tentu mesin penimbang berat badan akan menunjukkan pengurangan yang mendadak.     Tetapi adakah kita benar-benar kehilangan berat badan? Adakah yang hilang itu hanya kandungan air dalam badan atau lapisan lemak?     Sauna sebenarnya boleh memberikan kebaikan dan boleh mendatangkan keburukan.     Bayangkan puan telah bersenam dengan bersungguh-sungguh sama ada berlari di padang atau berada gym. Sudah tentu banyak peluh yang keluar. Apabila memasuki sauna, sudah tentu lebih banyak peluh ... Read More »

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)     Soalan : “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit tompokan darah di seluar dalam. Nenek saya amat risau. Apakah masalah yang dialami oleh nenek saya dan bagaimana untuk merawat? Mohon Doktor bantu kami. ... Read More »

Keguguran Berulang

SOALAN: “Saya baru sahaja keguguran seminggu lalu. Kandungan saya mencecah dua bulan setengah. Masalah saya ini keguguran kedua. Keguguran pertama juga kandungan saya masuk dua bulan. Kedua-duanya turun sendiri bersama sarung. Saya juga tidak menggunakan kaedah D&C kerana menurut doktor rahim saya sudah kosong dan bersih.  Saya ingin bertanya doktor adakah disebabkan janin saya atau rahim saya tidak kuat. Suami saya juga kuat mengambil ubatan seperti ubat asma. Adakah itu juga puncanya?” Keguguran sering berlaku di awal kehamilan selalunya disebabkan masalah ‘janin yang tidak kuat’secara gentiknya. Keguguran yang puan alami juga bukan disebabkan oleh ubat asma yang diambil oleh suami puan.  Saya mencadangkan puan meneruskan pengambilan folik asid untuk memberi banyak kebaikan kepada ibu dan janin. Jika puan mengalami keguguran yang berulang, saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan untuk mengetahui punca ... Read More »

Pilih waktu subur

  Soalan: “Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini menganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?”     Tahniah kepada puan dan Selamat Pengantin Baru! Insya ALLAH puan akan hamil dengan izin Allah, jika terus berusaha dan banyakkan berdoa.   Mengira waktu subur adalah penting bagi wanita. Pada kebiasaannya peluang untuk hamil adalah dalam 80 hingga ... Read More »

Penyakit Hati Berlemak

  Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh kegemukan dan diabetes. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.   Penyakit hati berlemak turut dikenali sebagai “Fatty Liver Disease”. Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar lemak tepu berkumpul di dalam sel hati.   Kebanyakan punca penyakit ini akibat pengambilan alkohol terutama di negara barat. Namun, terdapat juga perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.   Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda luaran yang khusus. Tanda-tanda awal ialah kegemukan, rasa mudah penat dan tidak bertenaga. Lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas, selain penghidap obesiti atau diabetes. Ia hanya dapat dikesan hanya dengan melakukan pemeriksaan darah dan ujian ultrasound. ... Read More »

Kebocoran Air Tuban

Salam doktor.  Saya hamil 15 minggu. Dua minggu lepas saya mengalami pendarahan yang serius. Alhamdullillah sekarang sudah tiada pendarahan. Sekarang ini, saya risau dengan mengenai air yang keluar melalui faraj saya dan sering membasahi ‘panty liner’ saya. Kuantitinya sedikit sedikit. Doktor membuat pemeriksaan dan confirm air ketuban saya bocor. Persoalan saya adakah bayi saya akan selamat? Mohon jawapan dan pendapat daripada doktor.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Kehamilan puan telah diuji dua kali, pertama dengan pendarahan di awal kehamilan, dan sekarang kebocoran air tuban.   Kebocoran air tuban boleh berlaku apabila terdapat koyakan kecil pada selaput ketuban (amniotic membrane), mungkin bersaiz kepala jarum saja. Apabila seorang wanita hamil itu bergerak atau melakukan aktiviti yang lasak, kebocoran air tuban akan menjadi lebih besar.   Namun jika kepala ... Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.   Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83).   Bagaimana diagnose PCOS diberikan kepada pesakit? Pesakit yang mengalami PCOS sekurang-kurangnya mempunyai dua ciri dari tiga ciri yang berikut: 1.hyperandrogenism (lebihan hormone lelaki) 2.oligo and/or anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan ... Read More »

Pemakanan untuk Chicken Pox

“Doktor, saya ingin bertanya anak saya mengalami Chicken Pox sudah beberapa hari. Ibu saya menasihatkan agar menghindarkan kicap, telur, ayam dan pelbagai lagi agar ia mudah sembuh. Adakah boleh saya mengikuti nasihat ibu saya” Chicken Pox atau dikenali sebagai penyakit cacar air (kerana ia menyebabkan gelembung air pada kulit) merupakan penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella. Ia akan menyebabkan ruam pada badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari, ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini, ia mungkin akan menyebabkan kegatalan. Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam mulut dan mehnyebabkan luka pada mukosa mulut. Oleh itu pesakit yang mengalami cacar air harus meminum air secukupnya dan kekal terhidrat, mengambil makanan yang berkhasiat supaya tubuh cepat sembuh dan ... Read More »

Wanita Gemuk Sukar Hamil

“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?” Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya ovulasi.     Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada ... Read More »

Madu untuk Bayi ?

  Salam Dr. Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.   Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu.   Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia juga bertindak sebagai anti oxidant dan mengandungi pelbagai vitamin dan seperti manganese dan zat besi yang sangat penting bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak.   Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke ... Read More »

Lama tidak datang haid

  As salam mu alaikum Dr Zubaidi. Saya selalu baca penulisan Dr tentng kehamilan dan saya ingin bertanya. Saya mengalami haid pada 13.12.12, masalahnya sehingga sekarang haid saya belum dating. Saya selalu sakit perut dan kadang rasa berdenyut, kadang di sebelah kiri, kadang belah kanan. Saya telah melakukan ujian UPT dan negatif. Saya pernah ke klinik, dan saya diberi pil hormone, tetapi masih juga belum dating haid. Saya risau kalau ada pnyakit lain yg saya tak tahu dan akan terlambat.  Doktor pernah membuat pemeriksaan ultrasound dan mengatakan bahawa rahim saya elok n cantik. Mohon nasihat.   Dr Zubaidi Hj Ahmad :  Wa alaikum mus salam. Saya boleh simpulkan bahawa: 1. Puan tidak datang haid hampir 14 minggu. 2.Ujian UPT telah dilakukan dan keputusannya negatif. 3.Doktor telah memberikan ubat hormon tetapi ... Read More »

Merawat Jerawat dengan Pil Perancang

  Sebagai  seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?     JAWAPAN   Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka dan tubuh badan kita. Sebum ini akan menyekat liang roma. Liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bakteria. Ini menyebabkan proses keradangan dan seterusnya menjadi jerawat.   Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga kebersihan kulit dan menggunakan krim antijerawat untuk menyembuhkan masalah ini.   Pil perancang jenama Yasmin dan Yaz  sesuai untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah ... Read More »

Pendarahan haid yang banyak

  SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?   Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna.   Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan.   Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca.   Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan darah bagi menguji tahap kandungan haemoglobin, ujian fungsi kelenjar thyroid dan tahap hormone termasuk tahap hormon prolaktin.   Doktor juga akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat ... Read More »

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

    As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.     Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak pertama. Ini bermakna puan menjalani dua pembedahan dalam sekali bius.     Pembedahan pembuangan ovari ini perlu dilakukan segera kerana saiznya agak besar iaitu 10X20 cm. Jika pembedahan tidak dibuat puan ... Read More »

Pendarahan selepas Pap smear

As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah.. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa susah hati. Banyaklah berdoa semua apa yang puan fikirkan itu tidak akan menjadi kenyataan. Saya tidak menafikan bahawa pendarahan selepas melakukan Pap smear bukanlah suatu yang biasa berlaku. Apatah lagi ... Read More »

Anak Kecil Demam Berpanjangan

  As salam mu alaikum. Doktor anak saya berumur 3 tahun. Pada awal tahun ini anak saya demam selama sebulan. Namun beliau demam pada waktu tertentu saja, sekejap demam sekejap ok. Selepas sebulan anak saya sihat, namun pada bulan berikutnya beliay demam kembali terutama waktu petang hingga malam. Saya ada berjumpa dengan doktor pakar namun beliau mengatakan anak saya sebagai demam biasa saja. Saya amat risau.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Demam di kalangan kanak-kanak adalah suatu perkara yang membimbangkan.   Namun suatu perkara yang menjadi tanda Tanya ialah berapa tinggi demam anak puan? Mungkin puan berasa anak puan mengalami demam, tetapi suhu badannya tidak terlalu tinggi atau mungkin juga normal.   Oleh itu perkara yang puan perlu ada ialah alat thermometer yang baik bagi ... Read More »

Kesan Ketoconazole pada Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

  As salam mu alaikum doktor, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari doktor. Saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. Adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Namun apa yang telah berlaku (puan mengambil ubat ketoconazole) tanpa menyedarinya  adalah suatu takdir, yang tidak dapat puan lakukan apa-apa lagi. Cuma saya mengharapkan puan banyak berdoa agar ia tidak memeberikan apa-apa kemudaratan pada anak yang puan hamilkan.   Ketoconazole sebenarnya dikategorikan dalam kategori C untuk wanita hamil. Ini bermakna, kajian yang dilakukan ke atas haiwan-haiwan dalam makmal menunjukkan kemudaratan pada janin-janin haiwan ini (embryotoxicity) dan menyebabkan kecacatan (teratogenicity).     Walau bagaimana ... Read More »

Pendarahan di awal kehamilan dan Keguguran

  As salam dr…. sy ada sedikit masalah. bln ini sy lewat haid seminggu dan telah berjumpa doktor skit puan. doktor telah buat utp dan ultrascan. hasilnya utp ade 2 line tp ultrasound msih xnmpk mgkin krn msih awal. esoknye, darah sprt haid keluar pula.. selepas habis haid, sye buat utp dan masih wujud 2 line itu. skrg sye selalu alami sakit ngilu pada rahim bila sye bergerak bnyk n bile angkat brg. boleh doktor bntu sye dlm hal ini? minta tlog sgt ye. terina kasih   Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut kefahaman saya, puan telah disahkan hamil apabila ujian UPT puan positif, walaupun ujian pemeriksaan ultrasound masih tidak menunjukkan apa-apa kerana mungkin masih awal.   Kemudian puan mengalami pendarahan. Ia berlaku  berkemungkinan disebabkan fenomena “implantation bleeding”, bermakna ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!