Advertorial
Home » Doktor Menjawab (page 10)

Category Archives: Doktor Menjawab

Anak sering demam sejak masuk TASKA

ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA   “Salam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah  anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya sangat risau Adakah beliau mengalami penyakit berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Demam di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah suatu fenomena yang biasa. Ini disebabkan daya tahan kanak-kanak adalah rendah.   Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia akan mengalami demam.   Demam juga sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang dijaga di  TASKA, kerana kanak-kanak ini mudah dijangkiti dari teman-teman yang sama tinggal di TASKA tersebut.   Jika anak puan hanya mengalami ... Read More »

Lendiran faraj bercampur darah, sedikit dan hanya beberapa hari

LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI     “Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar.     Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal. Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari.     Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu kitaran haid antara 21-35 hari masih dianggap normal. Kitaran haid pula dikira dari hari ... Read More »

Kesan kehamilan terhadap penyakit asthma

KESAN KEHAMILAN TERHADAP PENYAKIT  ASTHMA “Salam doktor. Apakah risiko saya mengalami asthma apabila saya hamil? Untuk pengetahuan doktor saya agak kerap diserang asthma tetapi setakat ini hanya menggunakan inhaler dan nebulizer salbutamol saja. Mohon pencerahan. Terima kasih”  WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi wanita yang tidak pernah mengalami asthma sebelum hamil, selalunya kehamilan tidak menyebabkan beliau mengalami serangan asthma. Tetapi bagi wanita yang pernah mengalami asthma sebelum hamil, kesan kehamilan terhadapan penyakit asthmanya berbeza-beza. Satu pertiga dari pesakit asthma yang hamil, akan mengalami serangan asthma yang teruk. Satu pertiga lagi akan merasakan penyakit asthmanya bertambah baik. Dan satu pertiga lagi kehamilan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap penyakit asthmanya. Dalam beberapa penyelidikan mendapati bahawa jika seseorang pesakit asthma tidak mengalami serangan asthma yang teruk di usia awal kehamilannya (kurang 13 minggu), berkemungkinan ... Read More »

Yogurt untuk kanak-kanak dan bayi

YOGURT UNTUK KANAK-KANAK DAN BAYI   “Salam doctor, bolehkah yogurt diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah untuk mengurangkan kembung perut dan merawat sembelit ? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebaiknya bayi diberikan susu secara ekslusif (tiada tambahan makanan lain kecuali susu sahaja) sehingga berumur  satu tahun, dan boleh diberikan bersama makanan lain selepas berumur satu tahun.   Islam pula menggalakkan pemberikan susu sehingga bayi/kanak-kanak berumur dua tahun.   Yogurt adalah makanan bayi yang baik. Ia mengandungi banyak protein berkualiti tinggi, banyak kalsium, dan mengandungi banyak bakteria yang baik/berfaedah.  Oleh itu yogurt sesuai diberikan kepada bayi yang berusia lebih enam bulan. Selepas enam bulan boleh diberikan diberikan sebagai makanan tambahan kepada susu formula atau susu ibu, bukan sebagai pengganti.   Pilihlah  yogurt yang ... Read More »

Susu kambing untuk bayi berumur 6 bulan

SUSU KAMBING UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN   Lifelong Left Foot Pain Sep 9, 2014 PRESENTATION   “Assalammualaikum doctor, saya ingin bertanya berkenaan susu tepung susu kambing yang semakin mendapat perhatian ibu bapa sebagai ganti susu lembu yang berada di dalam pasaran sekarang. Apa  pendapat doctor mngenai susu tepung susu kambing untuk bayi 6 bulan ke atas? Saya sebagai ibubapa perlu mendapat kesahihan produk bukan sahaja dari segi halal malah kandungan yang terdapat di dalam susu trsebut membantu dalam tumbesaran kanak-kank . Apa yang perlu saya kaji sebelum memberikan susu ini kpda anak saya? Mohon pandangan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Menurut Persatuan Doktor Pakar Kanak-kanak Amerika Syarikat (AAP), susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur satu tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak ... Read More »

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI   “Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan.   Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka.  Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini bagi meneliti sejarah kesihatan mereka dahulu.   Risiko untuk mendapat kemudaratan bius pengsan (general anaesthesia) untuk pembedahan bagi kanak-kanak/bayi adalah rendah.  Cuma kesan sampingan yang ringan, mungkin berlaku, itu pun ... Read More »

D&C dapat membersihkan rahem dan meningkatkan kesuburan

D&C DAPAT MEMBERSIHKAN RAHEM DAN MENINGKATKAN KESUBURAN     “Salam doktor. Saya berumur 38 tahun dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Saya telah mencuba rawatan pil hormon, namun kitaran haid saya masih tidak menentu dan saya belum dikurniakan zuriat lagi. Ada yang mencadangkan saya menjalani prosedur D&C. Bukankah D&C adalah untuk membersihkan rahem setelah keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   D&C adalah prosedur mengeluarkan tisu lapisan dalam rahem (endometrium) dengan menggunakan alatan tertentu dan pesakit diberikan ubat bius. Kebanyakan pesakit yang keguguran, D&C dilakukan untuk mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia di dalam rahem. Dengan ini rahem dapat dibersihkan. Jika tidak rahem akan mengalami pendarahan yang sedikit-sedikit dan tidak berhenti. Selain itu D&C juga ada kalanya dilakukan sebagai rawatan untuk pesakit wanita berumur 40an yang mengalami pendarahan akibat ketidakseimbangan hormon. ... Read More »

Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM?       “Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak.   Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah appendicits, patah tulang akibat kemalangan jalan raya, atau kanser.   Kesan dan risiko kemudaratan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem, yang melakukan pembedahan, sebenarnya adalah gabungan kesan anesthesia dan ... Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK     “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku.   Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling.   Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai psoriasis, ia mempunyai risiko sebanyak 15% -25% untuk mendapat psoriasis juga. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai psoriasis, ... Read More »

Menghilangkan kulit hitam di leher

MENGHILANGKAN KULIT HITAM DI LEHER     “Salam Doktor, seorang pesakit diabetes berusia 45 tahun dan berat saya 120kg. Masalah saya ialah saya mengalami ‘skin tag’ dan mempunyai daki yang tebal pada leher saya. Bolehkah daki yang tebal ini dihilangkan? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya saudara mengalami masalah yang dinamakan “Acanthosis Nigricans” iaitu kulit menjadi tebal dan gelap terutama di kawasan berlipat seperti leher, ketiak, atau lipatan antara payudara dan dada.   Acrochordons (tags kulit) sering hadir di kawasan-kawasan terlibat.   Ia selalu berlaku pada pesakit diabetes mellitus, obese, Polycyctic Ovarian Syndrome, dan Cushing Syndrome.   Jadi agak sukar untuk menghilangkan kulit tebal berwarna gelap itu kerana ia bukanlah daki atau pengumpulan kotoran sel-sel kulit yang mati. Apa yang lebih penting ialah saudara mengawal gula dalam ... Read More »

Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?

ADAKAH SAYA HAMIL DAN BAGAIMANA MENGIRA HARI SUBUR?       “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan hal yang berkaitan dgn kehamilan. Saya sudah berkahwin selama 6 bulan, kami suami isteri memang hendak zuriat secepat mungkin tetapi belum lagi ada rezeki dari Allah. Tetapi kami tetap mencuba. Saya ingatkan bulan ini saya akan hamil tetapi tidak. Saya kecewa doktor.   Sebelum ini saya memang makan asid folic tetapi lepas sudah mencuba tetapi tiada apa-apa, saya berhenti dari makan asid folic. Sebelum haid yang lepas saya ada rasa macam tanda-tanda hamil kerana selera makan pun bertambah tetapi saya telah datang haid sehari sebelum tarikh sebenar period saya. Haid saya kali ini sangat pelik.   Hanya tompokan coklat, tetapi tiada darah berketul atau macam darah haid tetapi tompokan itu selama 4 hari dan ... Read More »

Ruam berlingkar di kulit

RUAM BERLINGKAR DI KULIT   “Salam doktor. Saya berusia 28 tahun, baru-baru ini saya pergi berbulan madu di sebuah pantai terkenal. Masalah saya ialah saya mengalami rasa gatal keterlaluan pada betis kanannya akibat gigitan (?serangga) yang saya tidak sedari. Saya adalah seorang yang sihat, dan tidak mengambil apa-apa ubat-ubatan. Isteri saya juga tidak mempunyai masalah kulit. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya telah melihat gambar yang diberikan. Saya dapati ada ruam yang berbentuk lingkaran berkeluk seperti ada cacing halus di bawah kulitnya.     Saya percaya saudara mungkin mengalami penyakit “cutaneous larva migrans” yang disebabkan oleh sejenis cacing ‘hookworm’.   Hookworm ini mungkin saudara dapati dari aktiviti berjalan, berjemur, atau berjalan di atas pasir, di pantai-pantai yang tercemar.   Selalunya dalam tempoh sejam setelah ... Read More »

Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

PATAH TULANG TENGKUK DISEDARI SELEPAS BEBERAPA HARI KEMALANGAN JALANRAYA     “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalanraya apabila motorsikal saya dilanggar dari belakang dan saya tercampak ke dalam parit. Saya tidak pengsan. Di hospital saya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa hari berehat di rumah, saya mengalami sakit tengkuk. Saya kembali ke hospital dan pemeriksaan xray menunjukkan saya mengalami keretakan pada tulang leher C6 dan C7. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang lumpuh pada anggota. Boleh doctor komen masalah saya ni. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doctor di Jabatan Kecemasan akan melakukan xray terutamanya di bahagian leher, jika difikirkan perlu, terutama apabila mangsa mengalami hentakan atau tercampak semasa kemalangan jalanraya itu.   Ini kerana kira-kira 5% daripada mangsa ... Read More »

Jangkitan kudis buta Impetigo

JANGKITAN KUDIS BUTA IMPETIGO     ” Salam doktor, baru-baru ini anak saya mengalami penyakit kudis buta. Doktor hanya memberikan ubat gatal dan sapu saja. Namun tidak berkesan. Mohon pandangan doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kudis buta disebut dalam bahasa perubatan sebagai IMPETIGO. Impetigo adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin.   Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali menyebabkan jangkitan ini iaitu Methicillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA).   Impetigo mudah terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitive dan masalah kulit seperti  ekzema, ... Read More »

Ujian tahap kesuburan suami isteri gempal

UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL   “ Salam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini tidak bermakna puan dan suami tidak boleh mempunyai zuriat, tetapi proses untuk hamil akan memerlukan usaha yang lebih dari pasangan yang mempunyai berat badan yang normal.   Selalunya wanita dan lelaki yang mempunyai bacaan BMI yang melebihi 30kg/m2 akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan benih perempuan (ovum) dan benih lelaki (sperma).   Ini kerana berat badan yang berlebihan akan ... Read More »

Clomid ubat penyubur

CLOMID UBAT PENYUBUR     “Salam doktor. Baru-baru ini saya ke klnik kerana masalah kitaran haid saya tidak menentu dan saya telah berkahwin selama 3 tahun tapi belum ada anak. Doktor memberikan saya ubat CLOMID. Bolehkah saya menggunakannya?  Mohon pencerahan”    WA ALAIKUM MUS SALAM Pada kebiasaannya penyebab utama sukar untuk hamil ialah apabila seorang wanita mengalami ANOVULATION , iaitu wanita itu gagal menghasilkan telur ovum dalam setiap kitaran haid mereka. Selalu masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun begitu sebilangan kecil wanita yang mempunytai kitaran haid yang normal mengalami masalah yang sama. Ubat subur yang biasa diberikan ialah CLOMIPHENE CITRATE atau CLOMID. Ia merupakan hormon anti-estrogen sintetik yang berfungsi untuk meningkatkan rembesan hormon perangsang folikel (FSH) daripada kelenjar pituitari yang seterusnya akan ... Read More »

Anak terhantuk dan kepala berdarah

   “SALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan itu? Adakah ia berbahaya? Mohon pandangan doctor, terima kasih”         WA ALAIKUM MUS SALAM   Anak-anak dalam usia segini memang aktif dan selalu terdedah kepada kecederaan kepala.   Walau bagaimana pun, kesan luka atau koyakan pada kulit kepala sebenarnya adalah kecederaan yang tidak serius, terutama apabila tiada pendarahan yang banyak dan pendarahan telah berhenti.     Ia hanya disebabkan oleh saluran darah yang koyak. Untuk menghentikan pendarahan, puan boleh menekapkan luka dengan menggunakan tuala atau kain yang ... Read More »

Pendarahan selepas hubungan intim

PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM   “Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih” Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. http://drzubaidi.com/blog/pendarahan-selepas-persetubuhan/ 2. http://drzubaidi.com/blog/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim/ Semoga bermanfaat. Read More »

Kualiti Udara Dalam Rumah Juga Perlu Diberikan Perhatian

KUALITI UDARA DALAM RUMAH JUGA PERLU DIBERIKAN PERHATIAN     “Salam doctor. Saya pesakit asthma yang agak teruk, pernah dalam sebulan, saya dimasukkan ke dalam wad sebanyak 4 kali. Saya telah melakukan terbaik untuk mengelakkan diri dari melakukan aktiviti luar, banyak minum air dan menggunakan penutup muka bagi apabila berada di luar rumah. Bagaimana cara lain untuk saya lakukan agar saya kurang diserang asthma?. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila kita bercakap tentang pencemaran udara, kebanyakan orang menumpukan semata-mata kepada kualiti udara di luar rumah dan terlepas pandang bahawa udara di dalam rumah boleh tercemar juga.   Pencemaran udara di bandar-bandar utama Asia Tenggara merupakan antara yang paling teruk di dunia, menyumbang kepada kematian kira-kira 500,000 orang setiap tahun akibat penyakit kronik yang melibatkan saluran ... Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Selepas Menukar IUCD Baru

KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS MENUKARKAN IUCD BARU     “Saya baru membuka IUCD dan telah menukarkannya dengan yang baru. Sebelum ini kitaran saya teratur, tetapi sekarang saya mengalami haid hanya sehari saja selepas memasang IUCD yang baru. Adakah ini kesan daripada IUCD yang menghalang pengeluaran darah haid? Saya risau darah kotor berkumpul dan muncul pula penyakit lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   IUCD adalah alat pencegah kehamilan, berbentu seperti “T”  yang dimasukkan ke dalam rongga rahem. Ia boleh bertahan kira-kira 3 tahun dan IUCD baru akan dipasang pada hari yang sama selepas IUD yang lama dikeluarkan.   Wanita yang menggunakan IUCD mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu pada awal waktu penggunaannya. Lama waktu gangguan terhadap kitaran haid bergantung kepada jenisnya.   Ia adalah ... Read More »

Tidak datang haid 2 tahun

TIDAK DATANG HAIDS 2 TAHUN   “Salam doctor. Saya berusia 20 tahun, belum berkahwin, berat saya 75kg dan ketinggian saya 155cm. Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.  Kali terakhir haid saya pada awal 2012. Saya pernah ke klinik kerajaan dan doctor hanyamemberitahu bahawa  hormon saya tidak stabil dan dia tidak berikan sebarang ubat.  Apa yang perlu saya lakukan? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tidak mengalami darah haid selama dua tahun, bukanlah suatu yang normal bagi seorang gadis.   Saya berpendapat bahawa masalah ini adalah berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormone yang yang dihasilkan dari ovari iaitu estrogen dan progesteron.   Hormon Estrogen berperanan membentuk lapisan haid dalam rahem (endometrium) manakala progesteron pula menyebabkan lapisan endometrium menjadi matang lapisan itu.   Apabila sudah cukup ... Read More »

Bahan kimia penyebab kanser payudara

BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARA     “Salam doktor. Baru-baru ini saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat bahan-bahan kimia dalam palstik makanan, kosmetik, barang permainan kanak-kanak dan pencuci boleh menyebabkan kanser. Kakak saya baru saja menjalani pembedahan pembuangan kanser payudara, dan akan menjalani radioterapi dan kemoterapi di HKL. Soalan saya adakah saya berisiko untuk mengalami masalah yang sama (kanser payudara) jika saya terdedah pada bahan-bahan kimia ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita. Secara amnya menunjukkan satu dari lapan wanita akan menghidap penyakit itu. Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia.   Ya benar, terdapat bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser payudara, tetapi  Kesan bahan-bahan kimia ini berbeza pada individu yang ... Read More »

Kerap keguguran

KERAP KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya berumur 35 tahun dan sudah sepuluh tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat.Sebelum ini saya pernah hamil beberapa kali, malangnya setiap kali hamil, saya keguguran di awal kehamilan. Kali terakhir saya hamil dan keguguran ialah pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, saya sudah lima kali keguguran. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun saya percaya setiap yang berlaku ini tentu ada kebaikannya. Saya doakan ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti.   Keguguran di aal kehamilan adalah suatu yang normal. Namun jika ia melebihi tiga kali, saya mencadangkan agar puan dan suami melakukan pemeriksaan doctor yang lebih mendalam. Saya percaya tentu doctor yang merawat pernah mencadangkan beberapa pemeriksaan untuk ... Read More »

Saiz zakar kecil sebelum berkahwin

SAIZ ZAKAR KECIL SEBELUM BERKAHWIN   “Salam doctor, benarkah zakar lelaki yang sudah berkahwin lebih besar berbandingkan dengan lelaki yang belum berkahwin. Saya masih risau mengenai saiz zakar saya kerana saya akan berkahwin tidak lama lagi. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Zakar seorang lelaki tidak sama jika dibandingkan dengan seorang lelaki lain. Saiz dan bentuk zakar bergantung kepada baka keturunan dan umur.   Saiz dan bentuk zakar seorang yang sudah berkahwin selalunya lebih besar berbandingkan ketika dia masih bujang mungkin disebabkan kerap melakukan hubungan seks dengan isteri menyebabkan otot-otot zakar lebih mudah mengembang dan membesar.   Jadi tidak perlu risaukan bentuk dan saiz. Apa yang lebih penting ialah zakar sebagai alat kelamin mampu mengeras dan berfungsi dengan baik semasa hubungan seksual dengan isteri.   Bagi ... Read More »

Mudahkan untuk hamil?

MUDAHKAH UNTUK HAMIL?   “Salam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Masalah saya ialah saya belum lagi mempunyai zuriat. Saya juga perhatikan bahawa beberapa orang rakan saya juga mempunyai masalah yang sama walaupun telah berkahwin beberapa tahun. Adakah pada masa sekarang seorang wanita memang sukar untuk hamil? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak menafikan bahawa pada masa sekarang ramai pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Dalam erti kata yang lain, mereka mengalami masalah untuk mendapat zuriat.   Ramai wanita muda yang baru berkahwin menyangka bahawa mereka akan hamil sebaik saja bernikah dan melakukan hubungan intim bersama suami.   Hakikatnya kehamilan bukanlah suatu yang mudah. Bagi mereka yang mudah hamil sebaik saja berkahwin, ia adalah suatu nikmat ALLAH yang kepada hambaNYA yang ... Read More »

Benarkah masalah kesuburan berpunca dari wanita?

BENARKAH MASALAH KESUBURAN BERPUNCA DARI WANITA?   “Salam doctor. Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Apabila balik beraya, saya sangat tertekan kerana saya selalu ditanya tentang anak. Mertua saya menuduh saya mandul dan tidak subur, sedangkan anaknya yang kuat merokok, tidak pula dipersalahkan. Saya mohon pandangan doctor, Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila sepasangan suami isteri masih tidak mempunyai zuriat, selalunya isteri yang dipersalahkan.  Seolah-olah di pihak suami tiada masalah langsung.   Fakta sebenar menunjukkan bahawa dakwaan ini tidak benar.  Yang sebenarnya, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan pasangan ini.   Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 40% lagi adalah wanita. 10 % disebabkan oleh kedua-dua lelaki dan perempuan dan 10% lagi tidak ... Read More »

Keguguran Tanpa Disedari dan Kehamilan Kimia

KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA   “Salam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada tisu janin yang keluar. Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya berpendapat pada mulanya puan telah hamil dan pemeriksaan UPT menunjukkan keputusan positif.   Ini berlaku selepas telur perempuan (ovum) telah disenyawakan oleh benih lelaki (sperma) di fallopian tiub, dan bergerak ke rahem dan akhirnya tertanam pada dinding rahem.   Pada masa ini terbentu uri dan hormon hCG dikeluarkan dari uri tadi. Oleh itu UPT dapat mengesan hormone hCG ... Read More »

Tanda luka pembedahan Cesarean mengalami masalah

TANDA LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN MENGALAMI MASALAH     “Salam. Saya telah menjalani pembedahan Ceserean dua minggu lepas. Saya mendapati ada cecair jernih yang keluar dari luka tersebut. Adakah ia tanda bahaya doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Cecair yang keluar dari luka Cesarean adalah perkara yang normal, terutama terutama bagi wanita yang berbadan besar.   Namun terdapat banyak cecair itu, ia akan mengganggu penyembuhan kerana luka pembedahan seharusnya kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman.   Secara ringkasnya, saya berikan beberapa tanda yang menunjukkan luka Cesarean mengalami jangkitan kuman dan perlu dirawat segera.   1. Demam berterusan. 2. Sakit pada luka 3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj 4. Keluar nanah dari luka 5. Tanda kemerahan pada sekitar luka 6. Keluar air jernih ... Read More »

Penjagaan luka pembedahan Cesarean

PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN     “Salam doctor. Isteri saya baru melahirkan anak melalui pembedahan Cesarean. Bolehkah saya mengamalkan petua-petua yang sama bagi wanita yang melahirkan anak secara normal? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Luka selepas pembedahan Cesarean ketika melahirkan anak, memerlukan penjagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit itu lebih besar dan dalam berbanding luka episiotomy di faraj.   Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, saya mencadangkan agar melakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil.   Jangan risau dengan luka tersebut akan terbuka atau sebagainya, kerana banyak kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan Cesarean membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.   Minta bantuan ahli keluarga yang menjaga untuk melakukan pergerakan ini jika rasa tidak selesa ... Read More »

Punca pendarahan ketika hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut.   Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.   Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahem.   Maka berlaku sedikit pendarahan, dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama  1-3 hari sahaja.   Selain itu, jika seorang ... Read More »

Jenis-jenis pendarahan yang tidak normal di kalangan wanita

JENIS-JENIS PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL DI KALANGAN WANITA     “Salam doctor. Selain dari pendarahan haid, bolehkan doctor menerangkan pendarahan yang tidak normal pada waniat. Sekian, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang tidak normal, iaitu pendarahan yang tidak menentu atau berlaku di luar waktu haid yang sepatutnya, berkemungkinan beliau mengalami masalah yang besar.   Oleh itu pemeriksaan perlu dijalankan kerana pendarahan sebegitu bermungkinan berlaku disebabkan masalah ketidak-seimbangan hormon, fibroid, PCOS atau masalah lain.   Wanita yang hamil juga boleh mengalami masalah pendarahan di luar waktu haid yang sepatutnya. Oleh itu jangan terperanjat jika doktor juga melakukan ujian kehamilan bagi pesakit ini, bagi memastikan bahawa ia bukan disebabkan oleh masalah kehamilan.     Jika pendarahan berlaku pada pertengahan kitaran haid (intermenstrual bleeding), ... Read More »

Pendarahan tidak berhenti-henti

PENDARAHAN TIDAK BERHENTI-HENTI     “Salam, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pada Ogos 2013 saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang. Saya berhenti makan pil perancang tidak sampai setahun. Selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. Apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm. Dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. Menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).   Setiap bulan, darah yang keluar sangat banyak dan berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam. Doktor membekalkan ubat tranexamic acid untuk mengurangkan pendarahan.   Adakah ia pendarahan biasa bagi pesakit DUB? Adakah cara lain bagi mengurangkan pendarahan tersebut? ada kemungkinan saya mengalami keguguran sedangkan saya rasa ia adalah ... Read More »

Darah keluar dari dubur

DARAH KELUAR DARI DUBUR.     “Salam Dr, saya hendak bertanya, kalau keluar darah dari dubur kita, adakah ia buasir? Tapi masa buang air besar tidak rasa sakit pun. Darah pun keluar bukan pada masa buang air besar. Darah hanya keluar hanya sesekali. Mohon pencerahan doktor, terima kasih doktor atas masa diluangkan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya banyak punca pendarahan dari dubur. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak berbahaya. Antaranya luka di lubang dubur, buasir (haemoroid) ketumbuhan tidak berbahaya seperti polyps dan yang ketumbuhan yang berbahya ialah kanser rectum.   Jangan ambil mudah. Saya banyak pengalaman di mana pesakit yang mulanya didiagnosa sebagai buasir, (kebetulan memang terdapat buasir di lubang dubur) rupanya ada kanser di bahagian lebih dalam (di dalam rectum), terutama pesakit yang berusia lebih 50an. ... Read More »

Mudah hamil pada usia 35 tahun ke atas

MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS         “Salam doctor. Saya telah berusia 35 tahun dan suami pula 40 tahun. Kami telah berkahwin selama setahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Mohon penjelasan doctor mengenai masalah saya. Bolehkah doctor berikan tips agar saya mudah hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedkah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahi.   Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah:   1. KETAHUI WAKTU SUBUR   Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita ... Read More »

Bolehkah saya hamil walaupun tidak datang haid?

  BOLEHKAH SAYA HAMIL WALAUPUN TIDAK DATANG HAID?   “Assalamualaikum doctor, saya ingin tanya, adakah saya berpontensi untuk hamil walaupun saya tidak  datang haid? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ia bergantung pada punca tidak datang haid. Jika dari awal tidak pernah mengalami haid, memang terlalu sukar dan hampir mustahil untuk hamil kerana terdapat masalah dalam sistem reproduktif puan.   Tetapi jika pernah mengalami haid, tetapi kitaran haid puan sekarang tidak teratur puan masih lagi boleh hamil walaupun agak sukar sedikit.   Semakin panjang masa untuk puan tidak mengalami haid, semakin sukar peluang puan untuk hamil kerana masalah kitaran haid yang tidak teratur selalunya berkaitan dengan tidak mengalami ovulasi.   Tidada ovulasi bermakna puan tidak mengeluarkan benih perempuan, ovum setiap bulan, dan sudah tentu persenyawaan tidak ... Read More »

Pendarahan akibat ketumbuhan polyps semasa hamil

PENDARAHAN AKIBAT KETUMBUHAN POLYPS SEMASA HAMIL   “Salam doctor, saya berumur 37 tahun, hamil kali pertama. Sewaktu saya umur kehamilan saya 19 minggu saya mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu saya bahawa uri saya berada di bahagian atas. Jadi pendarahan saya alami bukanlah disebabkan oleh masalah uri di bahagian bawah.   Semenjak itu saya kerap mengalami pendarahan dan ketika usia kehamilan saya berusia 21 minggu, doctor mendapati ada  ketumbuhan polyp yang bertangkai.   Adakah ketumbuhan polyp ini bahaya, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang puan alami sebenarnya jarang berlaku. Namun ia bukanlah suatu yang berbahaya pada diri dan bayi dalam rahem.   Namun begitu ia sangat merunsingkan kebanyakan ibu yang hamil kerana ia menyebabkan pendarahan ketika hamil.   Ketumbuhan polyp ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!