Advertorial
Home » Diet Sihat

Category Archives: Diet Sihat

Jangan gabungkan minum air bersoda dengan makanan segera

JANGAN GABUNGKAN MINUM AIR BERSODA DENGAN MAKANAN SEGERA. 3 MEI 2019       Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Saya sudah lama tidak membeli di restoran segera. Mungkin lima tahun lepas. Seingat saya pernah minta air mineral tetapi tidak dijual. Saya tidak faham mengapa makanan segera seperti burger harus diambil bersama air bersoda.     Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger dengan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya.     Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang.  Ini kerana kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi di dalam kedua-dua makanan ini. Begitu juga dengan kentang goreng yang disediakan. Ia juga memberatkan fungsi hati, ginjal, pankreas dan jantung.     Jika diambil ... Read More »

NUTRIEN UNTUK OTAK

23 FEB 2019     Selalu kita bercakap tentang jantung sebagai organ utama tubuh. Namun otak juga sama penting seperti organ-organ lain. Ia memerlukan nutrisi yang banyak untuk berfungsi dengan secara maksima. Jika otak kita mengalami masalah, ia akan menjejaskan keseluruhan fungsi tubuh kerana fungsi organ yang lain dikawal oleh otak.     Otak kita memerlukan nutrisi dari makanan yang akan membuatkan otak ini menjadi semakin sihat. Ini adalah sebahagian dari nutrien yang diperlukan oleh otak.   1. Ikan laut berlemak Ikan laut seperti salmon, sardin, markerel dan sejenisnya mempunyai kandungan lemak sihat Omega-3 yang cukup tinggi. Ia membantu membangunkan sel-sel otak dan saraf baru. Omega-3 juga mengurangkan risiko tubuh mengalami penyakit Alzheimer pada usia tua. Kekurangan omega-3 juga boleh menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami kecelaruan emosi seperti kemurungan. Oleh itu ... Read More »

AWET MUDA DARI PEMAKANAN YANG RINGKAS

  3 FEB 2019 Ramai yang keliru apabila dikatakan mengamalkan awet muda atau selalu kita sebut sebagai “anti-aging”. Adakah bermaksud kita akan kekal muda dan tidak menjadi tua? Apakah dengan mengamalkan beberapa petua awet muda, tarikh kematian kita ditangguhkan? Jawabannya tidak.   Sebenarnya awet muda (anti-aging) lebih bermakna kita “tidak tua sebelum masanya”. Maksudnya kita tubuh kita menjadi tua selari dengan usia kita. Sebab itu saintis di barat memperkenalkan “biological age” yang menunjukkan “umur sebenar tubuh kita” berdasarkan beberapa kriteria termasuk kesihatan dan kecergasan.   Masih keliru? Pernah tak kita mendengar seorang muda yang tidak mampu menanding seorang tua dalam melakukan kerja berat seperti berladang? Secara “biological age” atau umur biologi, umur lelaki muda itu lebih tua dari umur lelaki tua itu.   Umur kronologi adalah usia yang dihitung mengikut ... Read More »

BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?

2 FEB 2019   Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan.   Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”?  Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik.   Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam.   Jika mereka ingin melakukan puasa atau Intermittent Fasting, ia adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan mereka terutama yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti orang yang bekerja di pejabat selama ... Read More »

MAKANAN UNTUK PESAKIT GASTRIK

MAKANAN UNTUK PESAKIT GASTRIK  Bagi pesakit gastrik, selain mengambil ubat yang diberikan, saya mencadangkan beberapa makanan yang sesuai untuk mereka agar mudah sembuh. 1.KARBOHIDRAT   Karbohidrat membekalkan tenaga segera, tetapi pilihlah karbohidrat kompleks dalam bentuk sayur-sayuran dan bijiran seperti beras rebus dan beras perang. Makanan berkarhidrat ringkas seperti beras putih dan tepung putih menyebabkan keadaan bertembah teruk.   RUJUK: Mi-Kyeong Choi,Myung-Hwa Kang, and Mi-Hyun Kim. Dietary Intake Assessment and Biochemical Characteristics of Blood and Urine in Patients with Chronic Gastritis. Nutr Res. 2015 Apr; 4(2): 90–96.     2. PROTEIN   Protein terbaik adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan. Ini kerana tumbuh-tumbuhan bersifat alkali sangat membantu pesakit gastrik.   Selain itu banyakkan protein dari sumber marine seperti ikan.     RUJUK: Shinozaki K, Kamada T, Sugiu K, Kusunoki H, Manabe N, Shiotani ... Read More »

minyak zaitun sebagai penahan sakit

MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAHAN SAKIT Saya mengunjungi imam masjid di salah satu taman perumahan di Johor Bahru. Isteri beliau melefon saya mahu memesan satu botol minyak zaitun OLIVIE POWER UP. Jadi saya terus hantarkan ke rumah sebab saya teringin berbual dengan orang tua itu. Imam Wak Ali.   Beliau berusia 70an, badannya memang kurus dan tinggi. Beliau tersenyum saja bila melihat saya memberi salam.   “Walaikumusalam. Sila masuk doctor”   Saya duduk dan bertanya khabar.   “Wak sihat ke?” Saya memang memanggilnya Wak. Panggilan hormat pada orang yang berumur dan rapat dengan kita.   “Wak sihat. Cuma pagi tadi Wak lambat ke masjid sebab badan Wak ini sakit-sakit. Wak cuba tahan. Dah sebulan. Tapi pagi tadi sakit sangat badan Wak ni”   “Jadi Wak tak jadi imam pagi ini. Wak ... Read More »

air kelapa muda bagus untuk wanita hamil

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.   Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.   Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.   Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah karbohidrat, dan 1% adalah protein dan lemak.  Air kelapa muda mengandungi sejumlah  kecil (10% dari keperluan seharian) vitamins dan mineral.   AIR KELAPA MUDA ... Read More »

asam gelugor mengurangkan bereat badan

ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN     Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini.   Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji.   Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping.   Buah ini dikatakan sebagai sebahagian dari keluarga manggis, tetapi ia mempunyai persamaan dengan limau. Asam keping sendiri bukan sahaja masam, tetapi ia kaya dengan vitamin C.   ... Read More »

pemanis tiruan dan sintetik menyebabkan rasa lapar

PEMANIS TIRUAN DAN SINTETIK MENYEBABKAN RASA CEPAT LAPAR     Dalam satu kajian terbaru menunnjukkan bahawa pemanis tiruan akan menyebabkan kita akan berasa lebih lapar dan akan makan dengan lebih banyak.  Kajian yang diterbitkan dalam journal Cell Metabolism, menunjukkan kesan pemanis tiruan (sintetik) yang mengganggu bahagian otak yang mengawal rasa dan selera terhadap makanan.   Kajian ini dijalankan di University of Sydney’s Charles Perkins Centre dan Garvan Institute of Medical Research. RUJUKAN : University of Sydney. “Why artificial sweeteners can increase appetite.” ScienceDaily. ScienceDaily, 12 July 2016.   Kajian ini menunjukkan satu bahagian yang dikenali sebagai “reward centres” mempunyai intergrasi kesimbangan antara rasa manis dan keperluan tenaga. Apabila tiada lagi kesimbangan ini, rasa manis (dari pemanis tiruan dan sintetik) akan menyebabkan otak kita memerlukan lebih banyak kalori lagi bagi memperbaiki ... Read More »

Elakkan kerap makan untuk lebih sihat

TIPS UNTUK LEBIH SIHAT : ELAKKAN KERAP MAKAN .           Dulu kita diberitahu agar makan sekerap yang mungkin tetapi dalam jumlah yang sedikit. Tujuannya agar kita mendapat bekalan nutrisi dan gula yang tetap agar kita mempunyai kandungan gula boleh yang ditukarkan kepada kalori dengan serta merta.   Ia juga kononnya dapat mengekalkan tahap kandungan amino asid dan nitrogen yang mencukupi bagi mengelakkan kita mengalami catabolisme, iaitu tubuh menggunakan asid amino yang ada dalam otot sebagai sumber tenaga,   Tetapi sebenarnya itu tidak berlaku. Proses menukarkan otot (asid amino) kepada gula melalui proses glukoneogenesis yang mengambil asid amino sebagai sumber tenaga tidak berlaku dengan mudah. Ia sangat kompleks dan ia adalah jalan terakhir, Ia hanya berlaku apabila seseorang itu tidak makan langsung untuk beberapa minggu.   Kebanyakan ... Read More »

telur berwarna putih atau perang

TELUR BERWARNA PUTIH ATAU PERANG ?         Telur ayam mempunyai pelbagai warna. Sesetengah orang percaya telur perang lebih sihat atau lebih semula jadi, manakala yang lain merasakan bahawa telur putih bersih atau hanya rasa lebih baik.   Pigmen utama dalam kulit telur perang dipanggil protoporphyrin IX. Ia diperbuat daripada heme, sebatian yang memberikan darah warna merah. Warna telur bergantung kepada baka ayam. Ayam akan menghasilkan pigmen-pigmen ini berdasarkan kod genetik yang dimilikinya.   Warna-warna kulit telur yang berbeza datang dari pigmen ayam-ayam betina menghasilkan telur-telur tersebut. Secara mudah, baka ayam kampung biasanya mempunyai kulit telur yang berwarna putih, sementara kebanyakan ayam yang diternak di dalam reban (ayam reban) berwarna perang. Namun ada juga baka ayam kampung yang diternak dalam reban.   Selain itu, warna kulit telur boleh ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!