Advertorial
Home » Diabetes Mellitus

Category Archives: Diabetes Mellitus

LIMA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI DAN DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES

      Diabetes adalah penyakit kronik, iaitu ia bersifat progresif. Ini bermakna pesakit boleh menjadi lebih teruk dan menjadi lebih baik.   Terdapat beberapa jenis komplikasi yang boleh menyebabkan pesakit diabetes menjadi teruk, antaranya serangan penyakit jantung, serangan stroke, masalah kerosakan mata, masalah luka yang lambat baik sehingga menyebabkan kaki membusuk dan terpaksa dipotong, masalah fungsi ginjal dan kerosakan saraf.   Oleh itu bagi mengelakkan komplikasi dan mendapat bacaan gula yang baik, perlu perhatikan lima perkara.   1. Memiliki pengetahuan asas tentang penyakit diabetes. Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah tanda-tanda tahap gula terlalu berlebihan dan tahap gula yang rendah dalam tubuh. Cara melakukan pemeriksaan glucometer di rumah. Cara pemakanan yang betul bagi pesakit diabetes. Dan tahu apa yang dikatakan gaya hidup yang sihat.   2. Mengamalkan cara pemakanan ... Read More »

pengamalan kurma membantu proses kelahiran

PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN       Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017   Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium, dan zinc.   Dalam 100g kurma mengandungi  282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g.   Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan bo ma’an 30.5. Jadi kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah, walaupun ia manis tetapi ia mempunyai banyak serat yang ... Read More »

bacaan gula terlalu rendah

BACAAN GULA SAYA TERLALU RENDAH.         “Assalamualaikum dan selamat malam doktor, Saya ingin tanya, saya bukan pesakit diabetis. Baru-baru ini saya baru melakukan ujian tahap gula menggunakan mesin glukometer saya sendiri. Keputusannya ialah gula dalam darah saya adalah LO. Adakah ia bermakna gula dalam darah saya yang sangat rendah? Saya tiada mengalami masalah penat, menggigil atau berpeluh Mohon penjelasan. Terima kasih”     WA ALAIKUMMUS SALAM.     Alat glukometer yang puan gunakan mempunyai kemampuan mengukur gula secara terbatas. Bila telah lama digunakan ia perlu diservis agar bacaan yang diberikan menjadi tepat. Begitu juga dengan strip test yang puan guna. Perhatikan jika ia telah melewati tarikh luput.     Selalunya jika bacaan menunjukkan keputusan LO, bermakna gula dalam darah puan sangat rendah sehingga ia tidak boleh dibaca ... Read More »

kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit

KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT     Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam.   Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan berpindah ke klinik yang baru di daerah berlainan. Tetapi ibunya berusaha mendapatkan telefon saya dan menjejaki saya. Mahu membawa anaknya berjumpa saya.   Kali ini beliau datang bersama dengan ibunya kerana masalah yang berlainan. Beliau mengalami sakit sendi, sakit badan dan mudah letih. Sebelum ini telah berjumpa dengan doctor di klinik panel syarikat beliau pada bulan lepas. Beliau telah diberikan ubat penahan sakit dan pil B-kompleks. Namun mendapat kelegaan yang ... Read More »

Pengambilan cecair bagi pesakit ginjal yang menjalani rawatan hemodialysis

    PENGAMBILAN CECAIR BAGI PESAKIT GINJAL YANG MENJALANI RAWATAN HEMODIALYSIS   Pesakit yang mengalami kegagalan ginjal selalunya akan melakukan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di pusat hemodialysis. Mereka terpaksa melakukan rawatan ini kerana ginjal mereka tidak mampu lagi menghasilkan air kencing. Jadi semua bahan kumuh yang sepatutnya keluar melalui air kencing tidak dapat dikeluarkan.   Ini menyebabkan mereka mengalami komplikasi apabila terlalu banyak cecair dalam tubuh yang biasanya berkumpul dalam paru-paru, akhirnya menyebabkan pesakit sukar bernafas dengan baik. Selain itu bahan kumuh akan berkumpul terutamanya dalam otak, menyebabkan pesakit mungkin pengsan dan meninggal dunia.   Setakat ini tiada lagi ubat sintetik moden yang mampu merawat kegagalan ginjal ini. Rawatan hemodialysis yang dilakukan ini sebenarnya menggantikan fungsi ginjal, walaupun ia tidak sempurna seperti fungsi ginjal.   Oleh kerana mereka tidak ... Read More »

Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetis

APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETIS?     Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang. Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan ketegangan dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah ini. Jangan membeli ubat kuat sebarangan kerana ia merosakkan diri dan mempercepatkan ... Read More »

Saya perlu minuman manis untuk tenaga

RAMAI PESAKIT DIABETIS MENYANGKA “JIKA SAYA TIDAK MINUM AIR MANIS SETIAP HARI, SAYA TIDAK ADA GULA DALAM BADAN”       Ramai pesakit diabetes menyangka yang mereka memerlukan air manis setiap hari untuk mendapatkan tenaga. Pada hal, karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, makanan bijirin dan protein juga membekalkan tenaga atau kalori.   Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan glukosa dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan pertambahan berat badan.   Dalam tubuh pesakit diabetes, hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan. Ini menyebabkan gula tidak boleh dibakar sebagai tenaga, dan otak tersilap menafsir keadaan ini dan menyangka kita kekurangan gula.   Ini menyebabkan badan akan tisu protein untuk dipecahkan kepada glukosa dan tubuh pesakit diabetes akan mengalami kekurangan protein (otot) dan mempunyai banyak lemak. Di dalam mulut : Makanan berkarbohidrat akan ... Read More »

Lemah tenaga batin yang boleh dirawat

LEMAH TENAGA BATIN YANG BOLEH DIRAWAT “Salam doctor, bolehkah mati pucuk atau lemah tenaga batin boleh dirawat? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.   Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens'”‘ dalam istilah perubatan.   Ada sesetengah masalah lemah tenaga batin ini boleh dirawat, kerana ia hanya melibatkan psikologi saja. Ia berlaku terutamanya dalam golongan muda.   Secara umum, lemah tenaga batin masih ada peluang dirawat jika lelaki itu:   Mempunyai ketegangan zakar  pada waktu pagi ketika bangun tidur.  Masih mempunyai ketegangan zakar ketika beronani.   Jika lelaki tidak mengalami ketegangan zakar walaupun telah dirangsang secara fizikal dan ... Read More »

Kesan pengambilan serat tinggi terhadap penyerapan gula untuk pesakit diabetes

KESAN PENGAMBILAN SERAT TINGGI TERHADAP PENYERAPAN GULA UNTUK PESAKIT DIABETES     “Salam doctor. Saya pesakit diabetes. Bolehkah saya mengambil buah-buahan kerana buah-buah pun manis”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Dulu  pesakit  diabetes dilarang  sama sekali untuk mengambil makanan manis. Namun sekarang pesakit dibenarkan mengambil makanan yang manis  daripada makanan yang mempunyai serat yang banyak kerana ramai pakar pemakanan baru memahami konsep baru dalam pemakanan.   Untuk memahami konsep ini, cuba kita diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang INDEKS GLISEMIK (GI).   Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat penyerapan gula yang telah dicernakan dalam usus untuk diserap  masuk ke darah.   GI yang tinggi bermakna kadar penyerapan yang cepat, sehingga kandungan gula dalam darah menjadi tinggi secara mendadak. Sementara GI rendah bermakna kadar ... Read More »

Datuk ada diabetes luka di kaki semasa banjir

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR       “Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.   Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan ... Read More »

Indeks Glisemik

APAKAH INDEKS GLISEMIK (GI)? “Salam doctor. Apa yang doctor maksudkan sebagai indeks glisemik dalam penulisan doctor di blog?”   Indeks Glisemik telah diperkenalkan pada 1981 oleh seorang ahli sains, Dr David Jenkins. Ia telah dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah. Secara tidak langsung  kajian beliau memberikan impak mengenai kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.   Untuk menilai GI dalam satu makanan, ia diberikan nilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100.   Makanan yang mudah dan cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) apabila nilai GI lebih daripada 70.   Makanan lebih lambat ... Read More »

Tip merendahkan gula pada tahap normal dengan menjaga pemakanan

TIP MERENDAHKAN GULA PADA TAHAP NORMAL DENGAN MENJAGA PEMAKANAN   “Salam doktor. Saya pesakit diabetes. Bacaan gula saya tidak begitu cantik. Selalunya antara 10-15. Saya telah cuba makan makanan berkhasiat. Namun ada kalanya ia menyebabkan saya mengalami kandungan gula yang rendah. saya pernah beberapa kali pengsan. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih”   W ALAIKUM MUS SALAM Memang sukar untuk pesakit diabetes mendapat bacaan gula dalam darah yang normal. Semakin lama semakin sukar untuk dia mendapat bacaan yang normal, disebabkan faktor umur di mana tubuh tidak dapat lagi bertindakbalas dengan baik terhadap ubat-ubatan yang diberikan.   Ini menyebabkan dos ubat-ubat yang diberikan semakin dinaikkan, atau doktor akan menukar kepada ubat yang lebih baik, akhirnya terpaksa bertukar kepada rawatan suntikan insulin pula.   Apa yang dapat saya cadangkan ialah makanlah makanan yang ... Read More »

Perlukah pesakit diabetes mellitus meninggalkan makan nasi?

PERLUKAH PESAKIT DIABETES TIDAK MAKAN NASI?   “Salam doktor, saya seorang pesakit diabetes. Bacaan gula saya antara 9-10 mmol/L setiap kali saya periksa selepas berpuasa pada malamnya. Jururawat di pusat kesihatan memberitahu saya harus makan sedikit nasi saja dan kalau boleh tinggalkan terus nasi. Betulkah doktor, mohon pencerahan. terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Jawabannya: TIDAK PERLU   Pesakit diabetes tidak perlu untuk meninggalkan makanan berkarbohidrat sepenuhnya. Pilih karbohidrat yang kompleks dan akan menjadi gula secara perlahan-lahan dalam badan untuk mendapatkan tenaga yang stabil. Namun begitu saya mencadangkan agar mengurangkan pengambil nasi dan semua makanan yang bergula dan amat manis. Makanlah  makanan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Atau secara ringkasnya, pilihlah makanan yang mengandungi Indeks Glisemik yang rendah.  Ya, pesakit diabetes masih boleh makan buah-buahan walaupun ia berasa ... Read More »

Bacaan gula dalam darah tidak berapa tinggi

BACAAN GULA DALAM DARAH TIDAK BERAPA TINGGI “Salam doktor. Saya berumur 45 tahun. Saya bertemujanji dengan doktor setiap 6 bulan sekali kerana mengalami hypertension dan memakan ubatan berikut: Perindropril 6mg, Amlodipine 10mg, propanolol 20mg dan mula mengambil ubat pada tahun 2008 pada ketika tekanan darah saya 130/90. Sekarang purata tekanan darah saya adalah 120/80 atau ke bawah. Selain itu saya mengalami tinggi kolestrol ( 5.62) dan diberi ubat Simvastatin berikutan kadar gula saya juga agak tinggi iaitu bacaan 6.0 ( fasting ). Yang membuat saya terkilan ialah apabila kandungan gula saya 6.0 tersebut di mana doktor yang merawat saya tidak memberikan maklumat yang mencukupi sedang saya tidak mengetahui 6.0 itu pada tahap mana seriusnya. Apakah cadangan atau diet terbaik untuk saya lakukan bagi menurunkan kadar kolestrol dan kadar gula dalam ... Read More »

siapakah yang harus melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahui ada diabetes mellitus?

SIAPAKAH YANG HARUS MELAKUKAN UJIAN GULA DALAM DARAH UNTUK MENGETAHUI ADA DIABETES MELLITUS?   “Salam doktor, saya berusia 50 tahun. adakah saya harus memeriksa kandungan gula dalam darah untuk mengetahui sama ada sama menghidap penyakit diabetes mellitus? Terima kasih “   WA ALAIKUM MUS SALAM Puan harus melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahi sama ada mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak, adalah apabila puan  mengalami tanda-tanda berikut, seperti   kerap membuang air kecil   kerap  haus   sering rasa penat dan letih walaupun tidak buat kerja berat   rasa  kerap mengantuk dan senang tertidur luka  yang tidak lambat sembuh dengan sempurna pandangan mata kabur   Jka puan tidak mengalami tanda-tanda di atas, tetapi telah  berumur  45 tahun ke atas , puan juga dinasihatkan melakukan ujian pemeriksaan darah, terutama jika puan mempunyai faktor risiko ... Read More »

luka diabetes

LUKA DIABETES     “Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami  rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik.   Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis.   Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif.   Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, pesakit diabetes mungkin akan mengalami rasa kebas (tidak rasa sakit) pada kaki dan tangan. Dibimbangi pesakit tidak menyedari yang beliau mungkin terpijak benda tajam atau ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!