Advertorial
Home » Akhbar

Category Archives: Akhbar

hfmd boleh membawa maut jika..

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA..      Inilah adalah intervieu saya dengan RADIO SALAM pada Khamis 11 Ogos 2018 730am.   Alhamdulillah,  Kementerian Kesihatan Malaysia pada laporan berita 5 Ogos 2018 telah merekodkan penurunan kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Hal ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 770 kes jangkitan baharu dilaporkan, menurun 19.1 peratus berbanding 952 kes pada Khamis 2 Ogos 2018 yang lalu.   Walaupun terdapat penurunan laporan, bukan bermakna wabak ini telah tamat. Setiap hari ada laporan jangkitan baru. Cuma kadar jangkitan semakin menurun, seperti mana dilaporkan.     Apakah punca penyakit ini?   Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand, Mouth, Foot Disease, HFMD) disebabkan oleh sejenis virus dalam kumpulan ... Read More »

durian antara sihat dan nikmat

DURIAN ANTARA SIHAT DAN NIKMAT    Berikut adalah temuramah saya dengan wartawan Harian Metro pada 30 Julai 2018    1 . Boleh Dr jelaskan bahan-bahan  nutrisi atau zat yg terdapat dalam durian dan apakah kepentingan nutrisi ini?   Durian (Durio zibethinus) adalah buah tempatan yang enak dan bernutrisi. Ramai yang memakan durian kerana rasanya yang manis dan berlemak. Oleh itu kita selalunya mengambil isi durian dalam kadar yang berlebihan, tanpa mengetahui manfaat dan keburukannya.   Secara amnya. isi durian mengandungi 65% air, 27% karbohidrat termasuk 4% adalah serat, 5% lemak dan 1% protein.   Satu cawan (250gram) isi durian mempunyai 360 kCal yang kebanyakannya dari lemak dan karbohidrat. Berdasarkan keperluan tenaga seorang dewasa, pengambilan secawan isi durian (atau 2-3 ulas durian) hampir memenuhi keperluan kalori yang diperlukan oleh seseorang untuk ... Read More »

awas bahan terlarang dalam vitamin C

AWAS BAHAN TERLARANG DALAM (SUNTIKAN) VITAMIN C     Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, perkara yang dibimbangi dalam suntikan vitamin C yang ada di pasaran sekarang ialah ia mungkin mengandungi campuran bahan terlarang yang mungkin berbahaya kepada kesihatan.   “Jika kandungan suntikan itu adalah vitamin C tulen tanpa ada kandungan lain ia selamat digunakan. Bahan-bahan yang mungkin dimasukkan ialah bahan penstabil dan pengawet yang membolehkan cecair vitamin C ini dapat disimpan lebih lama dalam ampule kaca“.   “Suntikan Vitamin C adalah tujuan kosmetik untuk mencantikkan kulit dan lebih elastik agar dapat melambatkan kesan penuaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.   Setakat ini semua produk suntikan Vitamin C yang ada di pasaran yang diperoleh dari negara jiran dan tidak mendapat kelulusan KKM.   Ekoran ... Read More »

pengambilan pil ectasy sebagai fat burner

PENGAMBILAN PIL ECTASY SEBAGAI FAT BURNER   Berikut adalah temubual saya dengan Puan Rabi’atul A’dawiyah, wartawan Harian Metro 19 October 2017         Adakah dakwaan pengamal pil ekstasi sebagai fat bunner ini benar? Secara amnya, penurunan berat badan berkait rapat dengan pengambilan makanan dan pembakaran tenaga yang kita ambil dalam makanan. Selalu kita sebut ‘calories in and calories out’. Semakin kita banyak makanan dan tidak banyak melakukan pergerakan, lebih mudah kita mengumpul lemak dan meningkatkan berat badan. Jika kita kurang makan dan banyak bergerak, maka dengan mudah kita mengurangkan berat badan. Oleh itu orang yang menjaga pemakanan (kurang pengambilan kalori) dan banyak melakukan pergerakan tubuh, akan cepat menurunkan berat badan.     Ectasy mengandungi bahan psychotropic sintetik Gamma-hydroxybutyrate, (GHB) yang sangat berbahaya. Kadang kala pil ini dijual dalam ... Read More »

Gemuk akibat antibiotik yang berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.   Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. ... Read More »

Bahaya antibiotik dalam daging ayam

PENGGUNAAN ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI TERNAKAN   1.MENGAPA AMALAN ANTIBIOTIK DILAKUKAN OLEH PENTERNAK KEPADA HAIWAN TERNAKAN MEREKA.   Memang benar bahawa penternak memberikan ubat-ubatan terutamanya antibiotik pada haiwan ternakan mereka. Namun kita harus ingat yang amalan sebegini memberikan kesan sampingan kepada manusia yang memakan daging haiwan ternakan ini. Apatah lagi jika ia diberikan secara berterusan dalam makanan dan minuman haiwan ternakan itu.   Pemberian antibiotic ini dilakukan atas dua alasan:   Mencegah penyakit berjangkit. Oleh kerana haiwan ternakan sering hidup dalam kumpulan yang besar, maka serangan bakteria kepada seekor haiwan boleh menyebabkan keseluruhan kelompok haiwan tersebut terdedah kepada bahaya penyakit. Ini boleh memberi inplikasi buruk terhadap industri ternakan. Penternak boleh mendapat kerugian yang besar.   Penyakit seperti radang kelenjar susu, radang usus kecil dan radang paru-paru mudah merebak. Jadi penggunaan antibiotik diberikan ... Read More »

Elak 
kanak-kanak dijangkiti bisul

ELAK KANAK-KANAK DIJANGKITI BISUL   (Berikut adalah artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 hb Mac 2015)   Bisul lazimnya menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak, namun risiko untuk golongan kanak-kanak terkena bisul juga tinggi, malah memungkinkan komplikasi yang lebih buruk memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada kekotoran. Bisul merupakan kumpulan nanah yang berlaku di bawah kulit yang sangat menyakitkan akibat proses jangkitan, biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit. Selalunya, masyarakat menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) adalah bisul, namun pengumpulan nanah boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh seperti otak, hati dan ginjal. Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn. Bhd., Dr. Zubaidi Ahmad, proses pembentukan nanah adalah salah satu proses tindak balas daya tahan melawan penyakit tubuh untuk menghalang penyebaran kuman terutamanya bakteria kepada bahagian tisu badan yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!