Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Motivasi » Cara menguruskan kemarahan

Cara menguruskan kemarahan

CARA MENGURANGKAN KEMARAHAN
marah
 
Salah satu cara untuk mengawal kemarahan , selain kita mengingati ALLAH SWT dan mengambil wudhu’, ialah dengan cara mengamalkan “konsep diam dan berfikir “.
 
Konsep ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan dengan cara rasional. Dengan ini kita dapat berfikir secara rasional tentang diri kita. Oleh itu, konsep ini sangat membantu diri menjadi rasional semasa marah.
 
Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
 
1) Diam
 
2) Berfikir
 
 
Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
 
Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
 
1. Mengapa aku perlu marah?
 
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
 
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
 
Sekiranya persoalan-persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah.
 
Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.
 
Oleh itu, “konsep diam dan fikir” mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap-luap itu.
wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: