Cara Mengurang Kesakitan & Bengkak pada Payudara

Doktor, saya mengalami penyakit yang pelik. Saya merasa sakit pada ke dua-dua belah payu dara saya. Seolah-olah seperti ditekan, direntap dan bengkak. Ia berlaku pada bulan mengambang dan berulang-ulang untuk 2-3 bulan. Banyak tempat saya telah pergi untuk rawatan. Doktor di semua klinik mengatakan saya tidak mengalami apa-apa sakit. Hanya mainan perasaan”

“Kemudian suami saya membawa saya kepada satu rawatan tradisonal Melayu. Bomoh yang merawat mengatakan kemungkinan saya didengki seorang perempuan kerana payu dara saya lebih besar darinya. Mengikut kata bomoh itu lagi, perempuan ini menghantar ’santau bulan’, jadi apabila bulan mengambang, saya akan berasa sakit pada payudara saya.”

Saya menggeleng-geleng kepala membaca mesej di inbox facebook saya. Tidak habis-habis percayakan bomoh.

Namun saya tidak boleh menyalahkan pesakit itu kerana ‘doktor yang memeriksa’ mengatakan dia tidak mengalami apa-apa penyakit. Entah apa yang diperiksa sehingga dia membuat kesimpulan diagnosa begitu.

Sepanjang saya berada di Jabatan Pembedahan, perkara ini pernah terjadi. Seorang wanita yang mempunyai payudara yang agak besar meminta agar payudaranya dikecilkan kerana dia tidak sanggup menahan kesakitan setiap bulan.

Setelah datang beberapa kali untuk follow up, pesakit itu tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah besar pada payudaranya. Maknanya  kesakitannya bukanlah disebabkan kanser.

Pemeriksaan mammogram, juga tidak menunjukkan ada ketulan dalam tisu payu daranya. Akhirnya setelah berbincang dengan konsultant saya, pembedahan dilakukan untuk mengecilkan sedikit saiz payudaranya. Alhamdulillah dengan pembedahan, fisioterapi dan beberapa multivitamin yang diberi, kesakitannya hilang.

 

Bukan santau bulan

Mastalgia adalah istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan perasaan pesakit yang merasakan payudaranya bengkak dan sakit.

Kesakitan ini boleh berlaku pada beberapa tahap dalam kehidupan seorang wanita akibat perubahan hormon. Sebagai contohnya ketika berubah dari kanak-kanak kepada remaja, di awal kehamilan, ketika menyusukan bayi, selepas melahirkan bayi atau mendekati fasa menopause. Keadaan-keadaan ini adalah normal.

Mastalgia terbahagi kepada dua, iaitu cyclical breast pain, di mana kesakitannya berkaitan dengan kitaran haids (bukan mengikut peredaran bulan). Selalunya bermula di pertengahan kitaran haids dan bertambah kuat beberapa hari sebelum haids. Kesakitan itu akan tiba-tiba hilang apabila kedatangan darah haids. Kedua, non-cyclical breast pain di mana kesakitannya tidak berkaitan dengan kitaran haids.

Saya cuba mengupas permasalahan pesakit wanita ini iaitu cyclical mastalgia. Seperti yang dikatakan tadi, kebanyakan kesakitan pada payu dara ini berkaitan dengan kitaran haids. Cara mudah untuk mengenalpasti ialah dengan cara menyimpan diari untuk 3-4 bulan. Tandakan hari di mana payu dara mula berasa sakit terutama ketika kesakitan itu mengganggu kerja seharian.

Kita akan dapati terdapat satu corak (pattern) yang ditandakan iaitu kesakitan bermula seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan darah haids dan kemudian tiba-tiba hilang setelah kedatangan darah haids.

Kesakitan ini melibatkan kedua-dua belah payudara, terutama di bahagian atas di sekitar ketiak sehingga ke bahagian bahu dan lengan. Payudara akan menjadi bengkak dan sakit tetapi tiada ketulan di dalam tisu payu dara. Akitiviti seperti berjogging, mendukung bayi dan aktiviti jima’ akan menjadikan payudara bertambah sakit.

 

Jampi bukan rawatannya

Tidak ada rawatan spesifik untuk mastalgia. Tujuan rawatan hanya untuk memastikan kesakitan itu bukan disebabkan oleh masalah jangkitan kuman dan kanser. Jika tidak terlalu sakit, selalunya doktor tidak memberikan apa-apa ubat. Mungkin fisioterapi boleh membantu.

Banyak kajian mendapati rasa sakit akan hilang dengan sendirinya selepas 3-6 bulan. Oleh itu jika diminta minum air jampi atau diminta disapu air itu ke payu dara selama 40 hari, tentu saja ada kemungkinan kesakitan itu akan hilang. Bukan disebabkan oleh air jampi tetapi sememangnya nature penyakit itu sedemikian. Ia hilang dengan sendiri dengan izin Allah.

Walaubagaimanapun, kesakitan pada payudara boleh berulang. Ini kerana tisu payu dara masih lagi sensitif pada hormon estrogen. Oleh itu ada doktor yang memberikan ubat anti-estrogen yang memberikan kelegaan tetapi boleh mengundang beberapa kesan sampingan yang lain pula.

 

Buatlah pemeriksaan

Jadi jika mengalami kesakitan pada payu dara, haruslah melakukan pemeriksaan yang sempurna terutamanya mammogram. Mammogram dapat mengesan kehadiran perubahan tisu payu dara sebelum ia menjadi kanser yang lebih parah.

Jika tidak dapat menahan sakit pada payudara, beberapa petua di bawah mungkin boleh digunakan:

  1. Gunakan bra yang sesuai apabila mula rasa sakit. Kesakitan ini lebih dirasai apabila bra yang dipakai tidak sesuai kerana saiznya yang terlalu kecil. Pakailah bra 24 jam apabila ada tanda-tanda rasa sakit akan muncul semula walaupun ketika tidur. Elakkan membeli bra yang mempunyai dawai besi pada sekeliling bra. Ini menambahkan kesakitan.
  2. Jika kesakitan tidak dapat ditanggung dan mengganggu tidur dan pekerjaan seharian, boleh ambil ubat penahan sakit seperti paracetamol or ibuprofen. Sekurang-kurangnya membantu mengurangkan kesakitan untuk sementara.
  3. Terdapat juga krim ubat yang boleh disapu sebagai ubat penahan sakit yang diserap terus oleh tisu payudara. Antaranya ubat krim sapu diclofenac atau ibuprofen yang boleh didapati di farmasi.
  4. Beritahu doktor jika sedang dalam rawatan kerana beberapa ubat untuk darah tinggi dan kemurungan boleh menyebabkan rasa bengkak dan sakit pada payudara.
  5. Evening primerose oil (EPO) boleh digunakan tetapi kesannya tidak dapat dijanjikan. Belum banyak kajian mengenai ubatan herba ini.  Ada juga EPO yang berbentuk tablet yang mengandungi asid gamolenic 120-160mg diambil dua kali sehari. Ia perlu diambil berterusan untuk beberapa bulan, namun keberkesanannya hanya pada sesetengah kes saja.
  6. Jaga pemakanan dan diet. Kurangkan makanan berlemak kerana ada kajian mendapati tahap lemak tepu yang tinggi dalam darah akan menjadika tisu payudara lebih sensitif pada hormon. Antara makan yang berlemak ialah daging merah, susu penuh lemak/krim. Boleh gantikan menu ini dengan ikan.
  7. Ada juga kajian yang membuktikan kaffein akan menyebabkan tisu payu dara lebih sensitif kepada hormone estrogen. Mengurangkan atau menghentikan pengambilan kaffein dalam kopi, minuman bergas atau teh akan membantu mengurangkan kesakitan ini.
  8. Cara lain ialah menggunakan teknik menuam dengan air suam. Caranya seperti berikut :
  • Isikan air suam (dalam anggaran suhu 40 darjah celcius) dalam botol mineral 500ml. (jangan terlalu panas akan melukakan kulit payudara)
  • Tuamkan dengan menggolekkan botol mineral pada bahagian payu dara yang sakit.

9.   Teknik lain ialah urutan payudara mengikut aliran limfatik (lymphatic breast massage).

  • Tujuan urutan adalah untuk melancarkan peredaran bendalir limfatik. Oleh itu urutannya harus mengikut aliran saluran limfatik.
  • Teknik ini menggunakan tekanan yang lembut kemudian lepaskan tekanan itu agar payudara kembali ke posisi semula. Setiap kali tekanan dan lepasan dikira sebagai satu kitar urutan.
  • Ia boleh dilakukan berseorangan atau dengan bantuan orang lain sebagai pengurut.
  • Caranya seperti berikut:

 

LANGKAH PERTAMA 

Letakkan tangan di ketiak dan tolak dengan menggunakan tekanan yang sederhana ’ke arah leher’. Tekan terus ke dalam ketiak sedalam yang boleh. Lepaskan perlahan-lahan untuk dikira sebagai satu kitaran urutan.Lakukan  sebanyak dua puluh kali.

LANGKAH KEDUA 

Genggam payudara dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. Tangan yang memegang payudara dari atas menolak ke arah puting terus ke ketiak. Kemudian tangan yang memegang payudara dari bawah juga  menolak ke arah puting dan kemudian terus ke ketiak. Jika payudara agak kecil, gunakan sebelah tangan sahaja. Lepaskan perlahan-lahan untuk dikira sebagai satu kitaran urutan.

Lakukan sepuluh hingga dua puluh kitaran.

Kemudian gunakan teknik yang sama tolakkan pula ke arah dada. Lakukan sepuluh hingga dua puluh kali juga.

LANGKAH KETIGA

Gunakan dua belah tangan untuk memegang payudara. Tangan yang memegang payu dara dari bahagian bawah tidak digerakkan untuk menstabilkan payudara. Sementara tangan yang memegang payudara dari atas menolak ke arah bawah. Lepaskan perlahan-lahan untuk dikira sebagai satu kitaran urutan. Kemudian tangan yang memegang payu dara di bahagian atas tidak digerakkan untuk menstabilkannya. Tangan dari bawah menolak payudara ke arah leher atau dada. Lepas perlahan-lahan untuk dikira sebagai satu kitaran urutan.

 

Lakukan sebanyak lima hingga sepuluh kali.

LANGKAH KEEMPAT

Kemudian menggunakan kedua-dua belah tangan, pegang payudara dan tolakkan kedua-dua belah tangan ke arah puting secara perlahan-lahan. Kemudian lepaskan untuk dikira sebagai satu kitaran urutan.Lakukan antara sepuluh hingga dua puluh kali.

 

 

Jika petua-petua yang diberikan tidak berkesan, bolehlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Perasaan malu dapat diatasi  dengan berjump dengan doktor wanita, namun pastikan beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes payudara.

 

Wallahu a’lam

 

Susunan Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (030311)

  26 comments for “Cara Mengurang Kesakitan & Bengkak pada Payudara

  1. farizah
    18/05/2011 at 11:47 pm

    assalamualaikum doktor,saya mengalami masalah bengkak payudara pada awalnya saya syak dari breast feeding so saya stop breast feeding, bengkak sehingga operation after 2 week bengkak lagi and after 3 week bangkak dan 7 place yang berlainan dr hasil scan ada nanah, saya dah check tissue ke makmal tak ada unsur2 cancer so sekarang if want operation x tau tempat mana dan kesakitan ini berterusan……apa yang perlu saya buat doktor..terima kasih.

    • norhafizah
      28/05/2012 at 9:03 am

      Saya mengalami bengkak pada buah dada saya dan dr. telah memberi ubat memberhentikan susu. Tapi tidak berkurangan sakitnya dan saya telah membuat utra sound dan didapati ada nanah. Saya telah menjalani pembedahan membuang nanah dan masalah kini adalah saya mengalami sakit di puting saya yg membengkak dan keras. Tempat pembedahan telah beransur baik dan tidak sakit, tetapi ada kesakitan di puting payu dara saya. Mohon mendapat penjelasan dr. terima kasih.

      • eftiyana
        20/09/2012 at 9:04 pm

        sy mgalami msalah bngkak pyudara…apakah yg perlu sy lakukan?

        • 21/09/2012 at 5:10 pm

          sy mgalami msalah bngkak pyudara…apakah yg perlu sy lakukan?

          Dr Zubaidi ; Mohon dijelaskan umur, berat dan tinggi, adakah sudah berkahwin, kitaran haids adakah normal dan mohon huraikan maksud mengalami bengkak payudara.

  2. salbiah
    31/07/2011 at 9:44 pm

    Assalamualaikum.Doktor, saya mengalami sakit di dada sehingga sukar untuk tidur dan bergerak. Kesakitan ini berpunca daripada payu dara. Kesakitan akan menjadi kuat apabila ditekan.Doktor telah memberi saya suntikan dan ubat tahan sakit dan sakit urat, tetapi saya masih merasa sakit. Apa yang patut saya lakukan doktor? terima kasih .

  3. 26/09/2011 at 3:38 pm

    assalamualaikum DR…
    saya mengalami seperti masalah diatas… tetapi terdapat ketulan didalam breast saya…. ianya akan merasa sakit apabila saya akan datang period… bila sudah abis period sakit pun tak ada… tapi ketulan masih ada…. rawatan mcm mana yang perlu saya lakukan….

  4. Syiha
    20/11/2011 at 6:38 pm

    Assalamualaikum, doktor….
    Saya berumur 22 tahun dan terdapat benjolan pada bahagian bawah breast kiri saya. kadang2, saya terasa sakit pada sekeliling bahagian dada dan breast saya. jika ditekan pada benjolan tersebut, tidak rase sakit, tetapi sakit pada bahagian lain. Kadang2 juga, jantung saya berdegup kencang apabila rasa sakit itu datang. Apekah masalah yang saya alami sebenarnya? Terima kasih…

  5. 30/12/2011 at 5:06 pm

    Dr. Saya masih remaja. Saya mengalami sakit di payu Dara kanan je. Tiada bengkak. Bukan nak dekat period. Pe maksudnye?

  6. Piza
    15/02/2012 at 7:19 am

    Doktor, sy berumur 28 thun dan menpunyai seorg anak perempuan yg mnyusu badan hingga skrg. Usia anak sy setahun. Bru2 ini sy mnyusu Anak spnjang mlm dgn buah dada kiri..
    Keesokan pagi payudara sy sakit dan bgkak..
    Bgkak itu berlaku disekitar puting dan sy demam mngejut shingga suhu bdn naik 38.8..
    Sy cube mnyusu anak dgn payudara yg bengkak akan tetapi bengkak itu tidak surut..
    Apa yg perlu sy lakukan..
    Sebelum ini terdapat benjolan kcil namun skrg sudah hilang.
    Adakah itu kanser?
    Sy risau dgn keadaan ini memandangkan usia anak sy masih kecil dan bgantung pd susu payudara kanan shj dan bgkak dipayudara kiri itu masih ada dan sy masih demam..
    Mohon doktor beri cadangan..

  7. Rose
    28/06/2012 at 6:01 pm

    Assalamu’alaikum Doktor, saya berumur 19th,di payudara saya yang sebelah kanan di bagian puting spt tergores rasanya perih,padahal sblmya tidak terjadi apa2 dok, baru terasa pas pagi, saya sdkit takut dg keadaan spt ini, klo spt itu obatnya apa ya dok, mhn bantuannya..trims
    Wassalamu’alaikum

  8. nisa
    05/07/2012 at 8:31 pm

    dr,sy brumur 35 thn..sy megalami rase sakit d bhgian kiri payudara sy,sy telah berjumpa dr dan telah membuat scan.namun dr medapati tiada apa2 ketulan.namun sehingga kini sy terpaksa menanggung kesakitan,merase seperti ada ketulan yg meyakitkn kadangkala meyucuk dan sehingga berasa leguh mengcekam di belakag saya.sy merasa amat tertekan..tlglh..

  9. Azie
    01/09/2012 at 10:17 am

    Salam dr,
    Sy br melahirkan anak awal Julai aritu dan fully breastfeed anak sy dr ari ke 10 hinggalah sekarang. Baru 2-3 ari lepas, payudara kanan sy tiba2 sakit ketika sy bangun pagi dan bila ditekan, macam ada biji kecil yg lembut di payudara tu. Sy terus menyusukan anak seperti biasa. Malam tadi ketika menyusukan anak di payudara kanan, rasa sakit yg amat terasa di situ. Sy tukar ke payudara kiri utk meneruskan penyusuan. Di puting payudara kanan sy lihat ade macam gelembung kecil warna putih/kuning (bile ditekan sakit). Pagi tadi sy cuba jugak untuk susukan payudara kanan. Bila disedut, rasa sakit yg amat dan sy cuba juga tahan kerana tidak mahu supply susu berkurangan. Seluruh area payudara terasa panas dan sakit. Bila ditekan2, terasa ade 3-4 biji kecil di payudara dan seolah2 dlm satu aliran. Adakah ini sesuatu yg normal? Adakah cara untuk mengurangkan sakit ini. Harap dr bley bantu. Terima kasih.

    • 03/09/2012 at 10:15 am

      Salam dr,
      Sy br melahirkan anak awal Julai aritu dan fully breastfeed anak sy dr ari ke 10 hinggalah sekarang. Baru 2-3 ari lepas, payudara kanan sy tiba2 sakit ketika sy bangun pagi dan bila ditekan, macam ada biji kecil yg lembut di payudara tu. Sy terus menyusukan anak seperti biasa. Malam tadi ketika menyusukan anak di payudara kanan, rasa sakit yg amat terasa di situ. Sy tukar ke payudara kiri utk meneruskan penyusuan. Di puting payudara kanan sy lihat ade macam gelembung kecil warna putih/kuning (bile ditekan sakit). Pagi tadi sy cuba jugak untuk susukan payudara kanan. Bila disedut, rasa sakit yg amat dan sy cuba juga tahan kerana tidak mahu supply susu berkurangan. Seluruh area payudara terasa panas dan sakit. Bila ditekan2, terasa ade 3-4 biji kecil di payudara dan seolah2 dlm satu aliran. Adakah ini sesuatu yg normal? Adakah cara untuk mengurangkan sakit ini. Harap dr bley bantu. Terima kasih.

      DrZubaidi: saya harap puan dapat melakukan pemeriksaan doktor dikhuatiri jangkitan kuman pada payudara (mastitis/breast abscess)

  10. Tie
    23/10/2012 at 11:39 am

    Assalamualaikum, doktor. Saya berumur 20 tahun, berat badan, 49 kg dan ketinggian saya 153cm. Saya belum berkahwin. 2 minggu lepas saya mengalami sakit di bahagian payudara kanan selepas bangun tidur. Then hari ni puting payudara kanan bengkak. Apakah punca dan apakah tandanya,doktor?

  11. SHARIFAH
    30/10/2012 at 11:10 am

    Salam Dr, umur saya 33 thn, anak 3 org, 8, 5 dan 1 1/2 tahun. Bulan ogos lepas breast kanan saya tiba2 rasa sakit dan bengkak, berlanjutan hingga bulan september. Saya pergi check dgn dr pakar di HSB, ada ketulan dan buat ultrasound dan core biopsy, 2 weeks later keluar result, granulomatous mastitis dan dr beri saya antibiotik utk 1 mgu. Selepas 2 mgu, dr check lagi dan beri lagi antibiotik utk 1 mgu. sy dah abiskan. skrg masalahnya, ketulan tu masih ada, tapi tak sakit dah, cuma saya still risau kenapa ketulan masih ada, walaupun dah mengecut sedikit. dr ada kata nak bagi steroid, tapi ada org cakap kalau makan steroid, berat badan akan bertambah. bila sy tanya bila nak buat operation, dr kata nanti dulu.

  12. Norsuzi
    08/02/2013 at 11:47 am

    Salam Dr..sy kini breast feeding ank berusia 3bln..mgu lepas breast knan sy bengkak dan bdenyut..sy terus menyusukan ank dan secara tiba2 sy demam dgn suhu 39′c..kebetulan nipple sy luka dan sdikit bdrah..tetapi sy msih menyusukan ank kerana tlalu bgkak dan ssu pula mencurah2..1mgu slpas itu ank sy muntah dgn mengeluarkan ketulan darah beku..sy telh pg bjumpa Dr dan ia mengatakn ank sy tsedut drah dbhgian luka nipple..shingga skrang breast msh lgi trase skit dan sy cuba nyusukan ank spti biase..apakah sebenarnye tjadi? Apakah yg perlu sy buat? Minta Dr tolong jelaskan

    • 08/02/2013 at 4:37 pm

      Salam Dr..sy kini breast feeding ank berusia 3bln..mgu lepas breast knan sy bengkak dan bdenyut..sy terus menyusukan ank dan secara tiba2 sy demam dgn suhu 39′c..kebetulan nipple sy luka dan sdikit bdrah..tetapi sy msih menyusukan ank kerana tlalu bgkak dan ssu pula mencurah2..1mgu slpas itu ank sy muntah dgn mengeluarkan ketulan darah beku..sy telh pg bjumpa Dr dan ia mengatakn ank sy tsedut drah dbhgian luka nipple..shingga skrang breast msh lgi trase skit dan sy cuba nyusukan ank spti biase..apakah sebenarnye tjadi? Apakah yg perlu sy buat? Minta Dr tolong jelaskan

      Dr Zubaidi: Saya berpendapat bahawa puan mengalami jangkitan kuman pada payudara kanan akibat luka pada puting. Apabila terdapat puting di situ, kuman akan masuk ke kelenjar payudara, menyebabkan puan merasa sakit (berdenyut-denyut) akhirnya boleh menyebabkan nanah di dalam payudara. Puan harus membuat pemeriksaan doktor semula bagi mengelakkan keadaan ini.

  13. raihan
    17/02/2013 at 2:01 pm

    as salam Dr, anak saya baru berusia 7 bulan dan saya baru perasan dalam 2 hari lepas. terdapat benjolan di puting payudara sebelah kiri anak saya. adakah keadaan ini normal atau membahayakan. terima kasih

    • 18/02/2013 at 4:10 pm

      “as salam Dr, anak saya baru berusia 7 bulan dan saya baru perasan dalam 2 hari lepas. terdapat benjolan di puting payudara sebelah kiri anak saya. adakah keadaan ini normal atau membahayakan. terima kasih”

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Ia adalah sesuatu yang normal bagi sesetengah bayi sama ada lelaki atau perempuan mengalami bengkakan atau benjolan pada putting atau tisu di bawah putting mereka. Ia selalunya tidak bahaya kerana terdedah kepada hormone ibu mereka ketika berada dalam rahem. Hormon yang menyebabkan payudara seorang ibu mengalami bengkakan untuk membekalkan susu, hormone yang sama menyebabkan bengkakan pada payudara atau putting bayi mereka.
      Bengkakan ini adakalanya dapat diperhatikan semenjak lahir lagi. Ia boleh semakin membesar selepas lahir untuk beberapa waktu. Jika ibu bayi itu menekan atau memicit payudara yang membengkak itu, mungkin akan mengeluarkan cecair seperti susu. Selepas beberapa minggu atau bulan apabila kepekatan hormone menjadi kurang, tisu payudara itu akan mengecil dan lama kelamaan akan menghilang.

      • raihan
        18/02/2013 at 6:08 pm

        terima kasih banyak2 Dr, baru lega hati saya mendengar penjelasan Dr.

  14. mas
    18/02/2013 at 5:56 pm

    Asalam doctor. Saya berumur 30 tahun dan berkahwin. 5 bulan lepas saya pergi ke hospital dan cek pakar mengenai payudara yang sakit. Alhamdulillah, doctor kata x da pape. Tapi bulan 3 ni kene scan jugak. Perlu ke saya pergi? scan ada effect pape x?tq

    • 18/02/2013 at 6:26 pm

      Asalam doctor. Saya berumur 30 tahun dan berkahwin. 5 bulan lepas saya pergi ke hospital dan cek pakar mengenai payudara yang sakit. Alhamdulillah, doctor kata x da pape. Tapi bulan 3 ni kene scan jugak. Perlu ke saya pergi? scan ada effect pape x?tq

      Dr zubaidi: saya amat menggalakkan puan menjalani pemeriksaan itu.

  15. syieda
    20/02/2013 at 12:36 am

    slm doktor. sy 23 thun, da berkahwin dan mempunyai seorang ank 1 thun. soalan saya, di ketiak kanan sy terdapat benjolan. sebelum nikah lg dah ada. ad yg kate puncanya adalah dr cabutan atau cukuran bulu di ketiak. saya ada berjumpa dgn doktor kesihatan, doktor tersebut katakan bende yg sama. benjolan tu kalau di tekan akan terasa sakit. ape yg perlu sy lakukan? adakah itu dikategorikan sbg benjolan payudara? terima kasih

    • 20/02/2013 at 10:54 am

      “slm doktor. sy 23 thun, da berkahwin dan mempunyai seorang ank 1 thun. soalan saya, di ketiak kanan sy terdapat benjolan. sebelum nikah lg dah ada. ad yg kate puncanya adalah dr cabutan atau cukuran bulu di ketiak. saya ada berjumpa dgn doktor kesihatan, doktor tersebut katakan bende yg sama. benjolan tu kalau di tekan akan terasa sakit. ape yg perlu sy lakukan? adakah itu dikategorikan sbg benjolan payudara? terima kasih”

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya tidak pasti benjolan di ketiak yang puan maksudkan, namun saya percaya ia adalah disebabkan oleh ‘lebihan payudara’. Ia juga boleh jadi bengkakan kelenjar lymph node. Jadi lakukanlah pemeriksaan doctor.

      • syieda
        23/02/2013 at 2:34 am

        terima kasih doktor. saya ada lagi 1 soalan. jikalau saya pergi berjumpa doktor, apakah jenis-jenis rawatan yg akan mereka berikan? tk

  16. 27/07/2012 at 9:32 am

    Ia mungkin disebabkan oleh fibroadenoma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *