Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Buah belimbing untuk pesakit kencing kotor

Buah belimbing untuk pesakit kencing kotor

 

 

Buah bilimbing di kenali sebagai Star Fruit, atau Averrhoa Carambola, kaya dengan antioksida, mineral potassium, dan vitamin C. Ia mempunyai kandungan gula, mineral sodium dan asid yang kurang.

 

(rujuk: Shui G, Leong LP (2004). “Analysis of polyphenolic antoxidants in star fruit using liquid chromatography and mass spectrometry”. Journal of Chromatography 1022 (1–2): 67–75.)

 

Selain itu belimbing mampu membunuh kuman bakteria seperti Averrhoa E. coli, Klebsiella spp., Staphylococcus aureus, dan Pseudomonas aeruginosa. Kajian ini telah dilakukan oleh saintis Thailand pada 2002.

 

(rujuk: Sripanidkulchai B, Tattawasart U, Laupattarakasem P, Wongpanich V (2002). “Anti-inflammatory and bactericidal properties of selected indigenous medicinal plants used for dysuria“. Thai J Pharm Sci 26 (1-2): 33–38.)

 

Jadi ia sangat sesuai bagi pesakit ‘kencing kotor’ yang mempunyai jangkitan kuman bekteria itu.

 

Nasihat saya kepada wanita yang hamil, buatlah jus belimbing tanpa gula dan boleh diminum jika mengalami tanda-tanda jangkitan ‘kencing kotor’ seperti kerap kencing, pedih semasa kencing dan rasa tidak puas kencing.

 

Ia selamat bagi wanita hamil yang cuba mengelakkan penggunaan antibiotic. Minum air belimbing yang banyak dapat membunuh kuman di samping memberikan kesegaran tubuh (rehydration).

 

 

 

Walau bagaimana pun bagi pesakit ginjal yang teruk, menjalani hemodialysis, atau pernah mengalami penyakit batu karang di ginjal, agar lebih berhati-hati dengan buah belimbing kerana ia mengandungi oxalic acid, yang boleh memberikan kemudaratan.

 

Terdapat laporan di mana pesakit ginjal yang mendapat rawatan dialysis, mengalami sedawa yang teruk, muntah, loya dan yang kuat.

 

Kesan kemudaratan ini dapat dibaca dalam:

 

1. Neto MM, Robl F, Netto JC (1998). “Intoxication by star fruit (Averrhoa carambola) in six dialysis patients? (Preliminary report)”. Nephrol Dial Transplant 13 (3): 570–2.

2. Chang JM, Hwang SJ, Kuo HT, et al. (2000). “Fatal outcome after ingestion of star fruit (Averrhoa carambola) in uremic patients”. Am J Kidney Dis 35 (2): 189–93.

 

Semoga bermanfaat.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: