Halia atau “Zingiber officinale” boleh bertindak sebagai anti-loya dan anti-muntah bagi wanita yang hamil.
Namun begitu harus berhati-hati dengan dos yang digunakan. Jika membeli ekstrak halia di farmasi, pastikan ia mengandungi 1,000 hingga 1,500 mg dalam sehari. Dos ini boleh dibahagikan kepada tiga kali sehari atau dua kali sehari.
Berhati-hati ketika mengambil ekstrak halia terutama di awal kehamilan.
Cara paling selamat ialah mengambil halia yang segar dan potong nipis kira-kira sebesar 1-2cm dan masukkan ke dalam air teh yang panas dan minum perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa loya dan mahu muntah.
Wallahu a’lam.