Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Bolehkah wanita hamil menggunakan lozenges untuk menghilangkan batuk ketika hamil

Bolehkah wanita hamil menggunakan lozenges untuk menghilangkan batuk ketika hamil

BOLEHKAH AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL.
 
 
“Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih”
 
 
WA ALAIKUM MUS SALAM.
 
lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.
 
 
Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.
 
 
Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah selamat digunakan untuk wanita yang hamil, namun saya mencadangkan agar mengambilnya secara berhati-hati kerana belum belum ada kajian klinikal terhadap keselamatan lozenges ini apabila diambil oleh wanita yang hamil.
 
 
Pengunaan lozenges ini boleh diambil setiap 2-3 jam sekali dengan maksimal 12 tablet dalam masa 24 jam.
 
 
Wanita yang hamil mudah diserang virus dan bakteria kerana daya tahannya lebih rendah dari keadaan biasa.
 
 
Saya lebih mencadangkan agar wanita yang hamil mengambil air kosong yang secukupnya, menggunakan madu di awal pagi dan sebelum tidur, dan mengelakkan diri bercampur suasana yang ramai orang. Boleh gunakan pelindung hidung dan mulut.
 
 
Ingatlah gunakan setiap ubat sentitik dengan berhati-hati dan tinggalkan apabila ia tidak diperlukan lagi.
 
 
Semoga bermanfaat,

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!