Advertorial
Home » Olive House » BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT?

BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT?

BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT?

Air sejuk dari perti sejuk atau atau juga disebut sebagai ais selalunya diminum pada hari yang sangat panas bagi melegakan kehausan.

Ramai yag tidak tahu minum air yang terlalu sejuk sama ada air kosong atau air berperisa boleh mendatangkan keburukan.

Minum air sejuk yang terlalu kerap akan memberikan kesan kepada saluran pencernaan, menyebabkan kenaikan berat badan, atau juga boleh menyebabkan badan menjadi cepat letih dan mengantuk.

Benarkah ada pendapat yang mengatakan bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan kanser?

Dalam khabar angin yang beredar luas di media sosial menyebut bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan makanan berminyak akan membeku di dalam perut. Ini menyebabkan reaksi antara di antara asid dalam perut dan menyik yang membeku. Akhirnya menyebabkan terbentuknya minyak beracun yang berbahaya. Lemak beracun ini akan menyebabkan kanser pada saluran penceranaan.

Walaupun khabar ini kelihatan logik dan meyakinkan, ramai pakar sains yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Mereka berpendapat bahawa air sejuk yang diminum tidak menyebabkan kerosakan pada saluran pencernaan atau menyebabkan kanser.

Ini kerana apabila seseorang meminum air sejuk, suhu tubuh kita secara semulajadi akan meningkatkan suhu air tersebut. Peningkatan suhu ini bermula ketika di dalam mulut lagi, seterusnya masuk ke dalam saluran esofagus, dan akhirnya ke dalam perut. Sampai di perut, suhu air sejuk tadi telah mula menyamai suhu tubuh.

Sebuah penulisan yang diterbitkan oleh American Cancer Society mengatakan bahawa meminum air dingin belum terbukti secara ilmiah boleh menyebabkan kanser.

Jadi kenyataan yang mengatakan minum air sejuk menyebabkan lemak menjadi beku dan seterusnya menyebabkan kanser adalah tidak tepat.

Tetapi saya bersetuju bahawa minum air terlalu sejuk dalam kuantiti yang banyak elok dielakkan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan perut. Saya mencadangkan minum air yang bersuhu bilik mengikut kesesuaian suhu tubuh kita.

Antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang kerap minum air sejuk (terutama dalam kuantiti yang banyak) boleh menyebabkan masalah berikut.

1. Gangguan proses pencernaan makanan

Meskipun tidak sampai merosakkan saluran esofagus, perut atau usus. Apa yang mungkin berlaku ialah apabila kita minum air sejuk yang banyak, apabila sampai ke perut dan usus, air tersebut bersuhu rendah dan menyebabkan saluran darah di sekeliling perut dan usus menjadi mengecut dan menyebabkan penyerapan nutrisi mungkin terganggu.

Ini akan menyebabkan metabolisme kita menjadi lebih perlahan dan kita mungkin mengalami peningkatan berat badan. Tubuh kita juga menjadi letih dan cepat mengantuk.

2. Menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan terutama di bahagian hidung dan tekak. Ini sering berlaku apabila kita dalam keadaan tidak sihat, minum air sejuk terlalu kerap boleh menyebabkan selsema dan rasa sakit tekak.

3. Denyutan jantung mungkin menjadi perlahan apabila air terlalu sejuk diminum dengan banyak kerana saruran esofagus sangat dekat denga saraf vagus yang menjaga rentak denyutan jantung. Laluan air yang sejuk merangsangkan saraf vagus dan akhirnya menyebabkan deguan jantung perlahan.

4. Menyebabkan rasa sakit kepala. Minum air yang terlalu sejuk secara tiba-tiba boleh menyebabkan saluran darah dan saraf di sekeliling kepala akan mengecut dan menyebabkan kita mengalami rasa sakit kepala.

Jadi berhati-hatilah apabila minum air selepas makan. Jangan minum air terlalu sejuk dengan kuantiti yang banyak. Amalan ini tidak baik untuk kesihatan tubuh secara jangka panjang.

Saya amalkan minyak zaitun OLIVIE dan OPU setiap pagi dan malam. Jom kita azam untuk sihat.

#oliviedrzubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: