Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » bolehkah menghentikan ubat thyroid

bolehkah menghentikan ubat thyroid

BOLEHKAH MENGHENTIKAN UBAT HORMON THYROID?

 

Related image

Gambar Hiasan

 

Assalamualaikum Dr Zubaidi.  Anak perempuan saya berusia 4 tahun disahkan sebagai pesakit hypothyroidism sejak lahir. Dia diberikan ubat oleh pihak hospital. Setakat ini tahap tumbesarannya baik. Tetapi dia terpaksa mengambil ubat tersebut sepanjang hayat untuk menampung hormone yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuhnya. Sekarang saya ingin beralih pada perubatan alternative kerana pengambilan ubat hospital menjadikan anak saya bergantung dengan ubat itu seumur hidup.

1) Apakah dia boleh berhenti selepas perkembangan tumbesarannya sempurna/lengkap semasa remaja?

2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti hormon tersebut.?

3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?

 

WA’ALAIKUMMUSSALAM

 

Masalah yang dialami oleh anak tuan bermula sejak dilahirkan. Masalah ini dinamakan sebagai congenital hypothyroidism. Ini bermakna kelenjar thyroid anak tidak dapat mengeluarkan hormo thyroid secukupnya. Jadi doctor memberikan ubat sintetik hormone thyroid bagi menambahkan kekurangan hormone ini.

 

Selagi kelenjar anak tidak mampu mengeluarkan hormone thyroid secukupnya, selagi itulah dia terpaksa menambah kekurangan hormone thyroid ini dengan mengambil ubat-ubat itu.

 

Jadi ini yang menyebabkan kekeliruan. Ibubapa menyangka ubat itu menyebabkan kebergantungan. Sebenarnya,  tanpa penambahan ubat, dia akan mengalami kekurangan hormone dan akan menjejaskan kesihatannya.

 

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan:

 

  1. Bilakah ubat hormone ini boleh dihentikan?

 

Jawapan agar mudah difaham ialah apabila anak tuan mampu mengeluarkan hormone thyroid yang mencukupi tanpa bantuan ubat. Apabila kelenjar thyroidnya mampu mengeluarkan hormone thyroid dengan mencukupi (kelenjar thyroid telah mampu berfungsi secara normal), maka pengambilan ubat-ubat thyroid itu boleh dihentikan.

 

Bagaimana mengetahui anak tuan tidak memerlukan ubat thyroid lagi? Doktor akan memeriksa darah untuk tahap hormone thyroid yang ada. Jika dengan dos ubat yang diberikan, keputusan darah menunjukkan tahap hormone telah tinggi, maka doctor akan mengurangkan dos yang diberikan. Jika pada pemeriksaan berjadual seterusnya, tahap hormone masih tinggi, doctor akan mengurangkan dos lagi. Ini bermakna jika kelenjar thyroid telah mula berfungsi dengan baik, walaupun ubat yang diberikan telah dikurangkan dosnya. Akhirnya mungkin anak tuan  tidak perlu mengambil apa-apa ubat lagi kerana tahap hormone thyroid anak tuan sentiasa normal tanpa bantuan ubat.

 

Tetapi ia tidak berakhir di situ. Pemeriksaan berjadual akan diteruskan memastikan anak tuan sentiasa mempunyai tahap hormone yang normal. Tidak kira dia telah remaja atau dewasa, selagi kelenjar thyroidnya tidak mampu mengeluarkan hormone ini secukupnya, selagi itu anak tuan harus mengambil ubat thyroid bagi menambah kekurangan hormone ini.

 

Kekurangan hormone ini pada kanak-kanak akan menyebabkan dua perkara yang jelas akan berlaku dalam proses tumbesarannya. Iaitu:

  1. Peningkatan ukuran tinggi dia akan perlahan. Dia kelihatan lebih rendah dari rakan-rakan sebaya.
  2. Proses akhil baligh atau perubahan fizikal menjadi perlahan.

 

Jika tuan ingin menghentikan pengambilan ubat ini selepas melepasi fasa remaja tetapi masih tidak mampu mengeluarkan hormone thyroid secukupnya, anak tuan mungkin akan mengalami masalah-masalah berikut:

 

Rasa letih dan tidak bertenaga

Bertambah berat badan walaupun tidak banyak makan

Kurang selera makan

Tidak tahan sejuk

Kulit kering

Rambut gugur

Asyik mengantuk

Asyik lupa

Sembelit

Haid yang terganggu

Pada jangka yang Panjang, keadaan hipotiroid terlampau teruk, ia boleh menyebabkan satu keadaan yang dipanggil sebagai ‘Myxedema coma’. Selalunya pesakit ini akan:

Kesedaran mental yang terganggu

Konfius

Suhu badan yang rendah

Degupan jantung yang lambat

Saiz jantung yang besar

Terdapat cecair di dalam abdomen yang menyebabkan perutnya menjadi busung.

 

Jadi jika tuan mahu menghentikan ubat-ubatan yang diberikan, saya mencadangkan berbincang dengan doctor apabila tahap hormone thyroid anak tuan sudah berada dalam keadaan normal (mencukupi) walaupun tidak mengambil apa-apa ubat.

 

  1. 2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti ubat hormon tersebut.?

 

Setakat ini  tiada apa-apa yang dapat  menggantikan ubat hormone itu. Ini kerana masalah utama adalah kelenjar hormone tidak mengeluarkan hormone dengan mencukupi. Ini bermakna punca masalah ini ialah kelenjar thyroid.

 

Dalam perubatan moden, tiada ubat yang merawat kelenjar hormone. Ubat yang diberikan ialah ubat hormone sintetik bagi menambah kekurangan hormone ini. Bukan merawat kelenjar hormone.

 

Ada beberapa kajian yang diterbitkan dalam journal yang menunjukkan pengambilan makanan atau suplemen yang mengandungi nutrisi tertentu mampu membantu ‘merawat’ kelenjar hormone. Saya tidak memberikan panduannya di sini kerana ia memerlukan penerangan yang mendalam.

 

Antara penerbitan yang boleh dirujuk:

 

  1. Derumeaux H., Valeix P., Castetbon K., et al. Association of selenium with thyroid volume and echostructure in 35- to 60-year-old French adults. European Journal of Endocrinology. 2003;148(3):309–315.

 

  1. Institute of Medicine (US) Panel on Dietary Antioxidants and Related Compounds; N. A. P. (US) Dietary Reference Intakes for Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoids. Washington (DC), USA: 2000. Vitamin C, vitamin E, selenium, and β-carotene and other carotenoids: overview, antioxidant definition, and relationship to chronic disease.

 

3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?

 

Kitaran haid hanya akan terganggu apabila seorang wanita mengalami masalah ketidakseimbangan hormo. Antara hormone yang penting ialah hormone thyroid. Sama ada terlebih hormone thyroid (hyperthyroidism) atau kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) aakan menyebabkan masalah kitaran haid yang tidak menentu, akhirnya menyebabkan ketidakseuburan.

 

Jadi bukan ubat hormone thyroid yang menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu, tetapi masalah tahap hormone thyroid yang tidak normal.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

 

Wakil-wakil kami di seluruh negara.

Klik bendera negeri masing-masing http://needsvenue.com.my/Reseller/

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

 

 

 

 

ld or teenager has hypothyroidism is to perform a blood test.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: