Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?

Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?

BOLEHKAH MENGAMBIL FOLIC ACID WALAUPUN BELUM HAMIL?

“Salam. Dr saya ingin bertanya tentang pengambilan asid folik di hospital kerajaan. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Bolehkah kami mengambil asid folik 5mg untuk persediaan? Saya juga mengalami masalah sengugut yg agak teruk. Mohon pencerahannya doktor. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Ada dua isu yang diutarakan:

Pertama adakah pengambilan asid folik asid 5mg sebagai persediaan untuk hamil itu bermanfaat?

 

Ya pengambilan asid folik sangat bermanfaat ketika hamil dan harus bermula ketika seorang wanita itu sedang berusaha untuk hamil (belum hamil lagi).

 

Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada risiko mendapat kecacatan saraf tunjang  seperti spina bifida. Asid folik juga boleh membantu untuk mencegah kecacatan kelahiran yang lain, seperti sumbing pada bibir dan lelangit.

 

folic acid 2

 

Asid folik jika diambil dengan vitamin B12 akan membantu membentuk sel darah merah yang baru. Wanita yang tidak mempunyai cukup asid folik dalam tubuh boleh mengalami kekurangan sel darah merah (anemia).

 

Sebab lain mendapat anemia, adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi (iron).

 

Dos asid folik yang dicadangkan sebanyak 400-500 mikrogram (mcg) sehari, dan diambil sebaik saja seorang wanita itu membuat keputusan mencuba untuk hamil. Kemudian pengambilannya harus diteruskan sekurang-kurangnya sehingga usia kehamilan 12 minggu.

 

Dos ini harus diambil dalam kadar yang lebih tinggi jika:

  1. Pernah mempunyai kanak-kanak dengan kecacatan tiub neural (NTD)
  2. Mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti untuk rawatan epilepsi, kerana ubat-ubatan ini boleh menghalang badan menyerap asid folik.
  3. Mempunyai berat badan berlebihan dan mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 30
  4. Mempunyai penyakit diabetes

 

Kedua, masalah senggugut. Banyak punca masalah senggugut. Apa yang mungkin membimbangkan ialah masalah senggugut yang berkaitan dengan kitaran haid yang tidak menentu. Ini kerana kitaran yang tidak menentu mungkin menandakan seorang wanita mungkin mengalami masalah kesuburan, sehingga menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Oleh itu jika puan mengalami masalah kesuburan, iaitu tidak hamil selepas berkahwin selama dua tahun (jika puan berumur kurang 30 tahun) atau selama setahun (jika puan berumur lebih 30 tahun), saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan doctor.

 

Wallahu a’lam

 

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: