“Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.”
Wa alaikum mus salam.
Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul.
Ia tidak memudaratkan.
Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan.
Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan waktu selalunya waktu pagi atau sebelum tengah hari.
Secara tradisinya masa yang di dicadangkan oleh kebanyakan orang-orang tua, adalah pada waktu pertengahan pagi, 9:00-11:00am.
Namun begitu, bagi bayi yang berumur tiga bulan pertama, tidak sesuai dimandikan pada waktu malam kerana mereka mudah terkesan dengan perubahan suhu, kecuali jika terpaksa. Gunakan air yang suam dan keringkan dengan segera.
Wallahu a’lam.