Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Bolehkah guna ubat Clomid untuk saluran fallopian tersumbat

Bolehkah guna ubat Clomid untuk saluran fallopian tersumbat

clomid

 

“Salam doktor, saya memang memerlukan pendapat dari doktor tentang masaalah saya.saya ada anak berusia 7tahun. 2tahun lepas saya penah mengandung luar rahim.setelah tiub kiri dibuang hasil dari pemedahan itu doktor mengesahkan right tube of fallopian tube adheret  to pouch of douglas dan retroverted uterus. hampir 2tahun ni saya berusaha untuk mengandung semula tapi masih tidak berhasil. saya sudah mengambil clomid selama 5pusingan haid dengan kadar dos yg paling tinggi 150mg. hasil dari sperm count dan blood test saya semua normal. Adakah usaha lain yang boleh saya lakukan selain IVF?

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya bersimpati dengan  masalah puan. Masalah puan sekarang ialah

 

1. saluran fallopian sebelah kiri dipotong dan dibuang.

 

2. saluran sebelah kanan pula melekat pada peritoneum pouch of douglas.

 

3. retroverted uterus (rahem terbalik)

 

Saluran sebelah kanan puan  tidak semestinya tersumbat.  Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan HSG bagi menentukan ia tidak tersumbat atau tidak.

 

Jika ia disahkan tersumbat, maka alternatif yang puan ada ialah melakukan prosedur IVF.

 

Dalam masalah ini clomid tidak membantu kerana clomid hanya diberikan jika kelenjar ovari tidak mampu mengeluarkan telur ovum, dan harus dipantau oleh doctor.

 

Saya tidak pernah mencadangkan ubat clomid untuk pesakit yang mengalami saluran fallopian tersumbat.

 

Rahem yang terbalik pula tidak mengganggu kehamilan.

 

Berbincanglah dengan dengan doktor yang merawat.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: