BOLEHKAH COENZYME Q10 MERENDAHKAN RISIKO KESAN SAMPINGAN UBAT SINTETIK STATIN

1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa selain merendahkan tahap kolestrol, ubat sintetik anti-kolestrol statin memberikan kesan sampingan.

2. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah:

✅ Sakit kepala
✅ Pening
✅ Lemah badan
✅ Sakit-sakit otot, otot lembik atau lemah otot yang bukannya berpunca dari kurang bersenam
✅ Rhabdomyolysis: pengoyakan otot lembut ke dalam saluran darah.
✅ Kenaikan tahap alanine dan aspartate transaminase (parameter untuk ujian fungsi hati)
✅ Kurang darah merah (anemia)
✅ Hati Bengkak
✅ Jaundis (kekuningan)
✅ Reaksi hipersensitif seperti bengkak, kulit kemerah-merahan dan kegatalan
✅ Sakit urat
✅ Kebas otot
✅ Sukar tidur
✅ Boleh menyebabkan hiperglisemia (kadar gula naik dalam darah)

3. Jika mengalami kesan sampingan di atas, berbincang semula dengan doktor yang merawat bagi menukar strategi rawatan yang lebih baik.

4. Contoh ubat sintetik anti-kolestrol yang biasa digunakan adalah:

✅ Atorvastatin (Lipitor)
✅ Fluvastatin (Lescol XL)
✅ Lovastatin (Altoprev)
✅ Pitavastatin (Livalo)
✅ Pravastatin (Pravachol)
✅ Rosuvastatin (Crestor, Ezallor)
✅ Simvastatin (Zocor, Flolipid)

5. Walaupun tidak ramai yang mengalami kesan sampingan ini, namun ia sangat merisaukan kerana menyebabkan kesan sampingan seperti rasa sakit pada otot dan lemah tubuh.

6. Ini kerana ubat sintetik ini menurunkan sebatian coenzyme Q10 yang biasa dibentuk secara semulajadi dalam tubuh.

7. Sebatian coenzyme Q10 dalam tubuh memainkan peranan dalam menghasilkan tenaga. Oleh itu pesakit yang kekurangan coenzyme Q10 akan mengalami rasa mudah penat, lemah dan tidak bertenaga.

8. Sebahagian saintis mencadangkan pengambilan suplemen coenzyme Q10 bagi pesakit yang mengambil ubat sintetik ini dan mengalami kesan sampingan tersebut.

9. Selain itu doktor mungkin akan mengurangkan dos ubat anti-kolestrol jenis statin yang diberikan.

Semoga bermanfaat.

Rujukan:
Effects of Coenzyme Q10 on Statin‐Induced Myopathy: An Updated Meta‐Analysis of Randomized Controlled Trials. Journal of the American Heart Association. 2018.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

 

[IKLAN]

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan CoEnzyme Q10 50mg keluaran dari Nutriforte.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!