BOLEHKAH AMBIL FOLIC ACID SEBELUM HAMIL?

 

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Sebelum hamil saya tidak mengambil asid folik. Sekarang saya hamil lima minggu. Bolehkah saya mulakan pengambilan asid folik? Terima kasih dr Zubaidi.

Walaikumusalam.

Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia.

Asid folik adalah vitamin B sintetik bagi folate dicadangkan kepada sesetengah individu kerana makanan yang dimakan tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita hamil.

Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil (belum hamil) atau wanita yang hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan untuk kesihatan wanita itu sendiri.

Pengambilan supplemen asid folik dapat membantu mengelakkan  kecacatan kongenital saraf seperti spina bifida dan anencephaly.

Jadi sama ada wanita sedang hamil atau merancang untuk hamil  harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 500 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini.

Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik juga dapat meningkatkan kesuburan wanita.

Dos yang biasa disarankan 500 mcg setiap hari. Bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi.  Asid folik boleh diambil sebelum atau selepas makan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!