Advertorial
Home » Doktor Menjawab » bingung cyst dan kehamilan

bingung cyst dan kehamilan

BINGUNG CYST DAN KEHAMILAN

UPT 1

“Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya pendapt  tentang perkara yang sedang saya alami skrg, iaitu berkaitan dengan kehamilan. Saya  telah membuat ujian UPT di rumah dan keputusan kabur. Hari pertama haid saya yang terakhir  ialah 26.8.2014. Saya telah ke klinik swasta pada  8.10.2014 untuk kepastian dan ujian UPT menunjukkan jalur lebih terang berbanding yang dibuat di rumah. Apabila  doctor melakukan pemeriksaan perut, doctor memberitahu tiada apa-apa  yang dapat dikesan cume ada cyst sebesar 3x3cm. Doktor juga memberitahu  kemugkinan saya hamil tetapi janin tidak jelas. Saya sy perlu melakukan pemeriksaan ultrasound ulangan, tambahan pula ada  keluar cairan coklat dalam kuantiti sedikit setiap hari bermula 6.10.2014 hingga kini. Saya amat tertekan. Saya pernah hamil sebelum ini dan tidak pernah ada pengalaman seperti ini. Saya menjadi bingung dn rasa cepat marah. Tidak ada mood. Bingung dengan cyst. Bingung dengan kehamilan yang tidak pasti.. Apa yang perlu saya buat dr? Terima kasih sekiranya doktor sudi memberi nasihat dan panduan untuk saya. Moga Allah sahaja dapat memblasnya.”

 

W A ALAIKUM MUS SALAM.

 

Saya menharapkan agar puan bertenang dan bersabar. Jangan mudah bingung dan salurkan segala emosi puan dengan banyakkan berdoa dan berharap kepada ALLAH.

 

Inilah perjalanan hidup. Segala yang ditentukan oleh ALLAH adalah ujian daripadaNYA.  Setiap makhluk di dunia ini akan diberikan ujian sama ada bersifat musibah atau kesenangan.

 

Apakah puan marah dan kecewa denga pihak yang memberikan ujian pada puan?

 

Cuba puan baca semula ayat-ayat yang puan tulis.. “Saya menjadi bingung dn rasa cepat marah. Tidak ada mood. Bingung dengan cyst. Bingung dengan kehamilan yang tidak pasti.”

 

Bersabarlah, kerana ALLAH akan memberi berikan ganjaran yang sebaiknaya di dunia dan di akhirat kelak.

 

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

 

Allah SWT berfirman bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin, ayat 60)

Apa pun takdir yang mungkin terjadi, ianya adalah dengan izin ALLAH dan setiap yang ditakdirkan untuk kita, percayalah ia adalah yang terbaik untuk kita.

 

Apa pun yang menjadi takdir kita, samada kita menyangkakan ia adalah suatu musibah, namun sebenarnya itulah terbaik di sisi Allah untuk kita. Kita tidak tahu apakah sebenarnya rancangan Allah untuk kebaikan diri kita.

 

Yakinlah bahawa semua itu adalah proses dalam hidup kita yang merupan ujian untuk kita bagi menilai diri kita sama ada kita seorang yang beriman atau tidak.

 

Apabila kita memahami hal ini, kita tidak perlu bertanya-tanya mengapa ujian ini berlaku pada diri kita, kerana ia akan terus membingungkan kita.

 

Kita hanya ada pilihan untuk melakukan suatu usaha dan serahkan segalanya kepada ALLAH untuk memutuskan segalanya. Lalu usaha dengan daya kemanusiaan dengan sabaiknya, kerana semuanya itu adalah tuntunan Allah pada kita.

 

Yang utama kita tetap terus bergantung pada Allah SWT 100% dalam hidup ini. Apa pun perkara yang terjadi pada kita, yakinilah bahawa selagi kita tetap terus bergantung pada Allah SWT, kita tetap akan diredhai Allah SWT dan ALLAH akan berikan terbaik untuk kita.

ALLAH merahsiakan perancanganNya kepada kita agar kita tetap terus bergantung kepadaNya dengan keyakinan yang tidak ada keraguan sedikit pun.

 

Berdoalah agar ALLAH menggantikan yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik dan yang menyakitkan dengan sesuatu yang lebih menggembirakan.

 

Semoga kita tidak lagi keliru dan bengung memikirkan apa yang bakal berlaku. Terima dengan redha setelah berusaha berjumpa doctor dan mengambil ubat-ubatan.

 

Berbalik kepada masalah puan iaitu ujian UPT puan mulanya samar kemudian menjadi lebih terang, dan pemeriksaan ultrasound mendapati bahawa tiada janin yang jelas kelihatan, hanya cyst yang sebesar 3X3 cm saja di sebelah (?).

 

Cara terbaik ialah dengan melakukan ujian UPT dan pemeriksaan ultrasound semula selepas dua minggu, kerana jika puan hamil, janin akan menjadi lebih jelas keliahatan dan pemeriksaan UPT akan menjadi lebih bermakna.

 

Selain itu, puan boleh menjalani pemeriksaan darah untuk b-hCG bagi mengesan peningkatan hormone hCG dalam darah, menunjukkan puan hamil.

 

Ini kerana pendarahan ketika hamil selalunya menandakan tanda-tanda awal keguguran. Namun begitu banyak juga sebab-sebab lain bagi pendarahan yang puan alami.

 

Tiada apa yang puan boleh lakukan, hanya menunggu dan berdoa. Buat sementara boleh amalkan folic acid.

 

Walalhu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: