BILAKAH SAKIT DADA MERBAHAYA?

Bilakah sakit dada merbahaya?

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang ringgi (hypercholestrole) dan obesiti , serangan sakit jantung adalah punca utama.

Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius.  Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung.

Bila ianya merbahaya ?

Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat.

Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika

  1. sakit dada menjadi lebih kuat
  2. sakit dada tidak berkurang dengan berehat
  3. sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress.

Maka dapatkanlah rawatan secepat mungkin. Pesakit yang mengalami sakit dada digalakkan terus ke hospital kerana kemudahannya lebih lengkap berbanding dengan klinik.

17 comments

  1. Salam.dr sy nk tnya,sy slalu sakit dada,dah hmpr 4bln dah.wlupun xtrk,tp slalu rasa xselesa,n rasa ketat dada..sy brumur 24thn..sy p check klinik dr kata angin.tp
    Mkn ubat xlega lg pun.sy bkn sj sakit dada,tp kerap jg pening..blh dr bg cndangan tuk sy brjmpa dgn pakar mana.sy ada ketulan d payudara,tp dr pakar ckp hnya ketulan biasa.smpai skrg phk hosptl xnk buang lg..katanya xbrbahaya..sy jd keliru sakit dada sbb ketulan tu @ sbb lain.sjk pening n sakit dada,bdn sentiasa rasa xsht..lemah ja..sy xtau apa pnyakit sbnrnya..bila p klinik dr. Ckp xdak apa.nk p pakar sy xtau nk jmpa dr mana tuk check apa pnyakit yg menyebabkan sy lemah n sntiasa rasa xchat

  2. assalamualaikum dr..sye juga mengalami masalh yg same seperti ieyda.umur 24 thn.sye kerap sakit dada,sush bernafas..pada masa sekarang, saye mengalami batuk..sye juga kadang2 berase lemah dan penat..

    bila buat pemeriksaan di klinik dan hospital, dr kate sye hanya gastrik dan angin. tetapi baru2 ni sye pegi ke ppum, dr mengatakan sye mngkn mengalami asthma yg tidak teruk.dan akan menjalani lung function test..

    boleh dr jelaskan pada pakar mane yg perlu sy rujuk untuk rawatan lanjut.

    time kasih..

    • salam. selain dari mendapatkan rawatan mhospital. cik juga boleh membuat terapi pemakanan dengan berpantang. sila dapatkan nasihat doktor mengenai makanan yang alah. pada masa yang sama stop minum ais batu. pergilah ke farmasi dan tanyakan mengenai suplemen2 untuk mengurangi asma.

  3. assalamualaikum DR, sy nak tanya, dah masuk 3 minggu dada sebelah kanan sy sakit. dah masuk 3 4 klinik sy pergi, tp dokter kata tak ade masalah, kalau batuk, bersin, atau baring dada sy terasa lebih sakit..

  4. siti fazlina binti hj pardani

    assalamualaikum, dr.Last week saya sakit dada sampai sekarang.Semlm jumpa dr kat hospital dia ckp puncanya jangkitan kuman pd tonsil. Sakit dada ni menyebabkan saya penat dan susah nak bernafas.Boleh dr komen sikit.TQ.

  5. assalamualaikum dr.
    saya berumur 18 thn.. saya sering mengalami sakit dada apabila saya peluk bantal erat2 dan mengalami kesukaran bernafas… apakah puncanya dan kenapa??

  6. salam.. dr,saya berumur 25thn, skrg sudah 3minggu batuk tetapi tiada kahak.. dh pergi hospital tuk x-ray,ambil darah semuanya normal.. dr bg ubat t.azitromycin, c.amoxy, sy.bena, semuanya sudah habis mkn.. mslhnya skrg batuk masih tidak kurang & terdapat sedikit bengkak disebelah kanan dada sy. apakah puncanya sy mengalami kesakitan dada? sy juga menyusukan anak. sukar utk sy bergerak kerana terasa amat sakit dibahagian bwh sebelah kanan dada saya..

  7. Assalamualaikum…Dr.
    saye berumur 16 tahun…saya selalu sakit di bahagian dada.. saya tidak tahu sama ada angin atau sebagainya.Setiap kali sakit ia membuatkan badan saya lemah dan seperti hendak demam. Setiap kali naik tangga, saya akan cepat berasa letih dan sesak nafas. Bila saya lari saya akan berasa sakit di bahagian pinggang. Kadang -kadang saya mengalami sesak nafas dan dada berasa seperti dicucuk apabila ingin menarik nafas. Saya sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur.

  8. Dear DOc,
    Saya berusia 34 thn. Sy pernah dimasukkan ke hospital krn mengalami gejala yg mirip kpd jantung. Tetapi selepas beberapa ujian yg telah dibuat oleh pihak KPJ, dapati jantung sy tidak mempunyai sebarang masalah. Soalan sy, sejak akhir akhir ini sy dapati dada sy ketat bila menarik nafas dan rasa pedih pd ulu hati. Adakah ini gejala jantung…

    • Sukar untuk saya memberikan komen. Nasihat saya saudara harus berjumpa doktor semula kerana penyakit jantung adalah penyakit yang progresif. Dulu mungkin tak ada, sekarang semakin ada. Wallahu a’lam. Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH.

  9. mohd firdaus mahmud

    Salam doktor,saya berumur 27 tahun telah mula diserang sakit dada sejak 9 bulan yang lalu yang pada mulanya hanya didiagnos sebagai panic attack kerana simptom SOB. Sekarang saya mempunyai masalah merasa tekanan didada (rasa ditekan dan ketat)yang berlarutan sehingga 20 minit. Ianya juga disertai rasa sukar bernafas,pening dan mual.Saya juga sering merasa letih walaupun hanya melakukan aktiviti ringan seperti membasuh kereta,mandi atau berjalan kaki. Saya sudah berjumpa dengan pakar dari klinik MOPD, dan telah melakukan ujian holter monitoring.Hanya terdapat masalah “ectopic” yang dikatakan normal oleh doktor.Namun masalah ketegangan di bahagian dada saya rasakan setiap hari,dan ianya tidak berasa sakit,cuma seperti ditekan. Saya juga sudah menjalani ujian endoskopi kerana doktor menyatakan saya mengalami masalah “gerd”. Tetapi ianya juga normal finding. masalah ini sangat2 menggangu kehidupan saya. Kerana segala ujian yang dilakukan pihak hospital adalah normal.Setiap kali saya ke unit kecemasan,ujian darah akan dibuat begitu juga ecg,kebanyakan nya sinus tachycardia,no iscemic change dan doktor menyatakan semuanya normal.apakah nasihat doktor mengenai perkara ini?adakah cara atau ujian lain yang boleh dilakukan bagi mengesan apakah penyakit sebenar saya.Mohon perhatian doktor.

    • Salam.. fidaus.

      sekarang keadaan awak macamane? sy juga mengalami.. masalah sedemi.. kian.. tetapi..
      ada bekurangan.. kadang2..ada menmgalami.. masalah.. fikiran terganggu.. dan tekanan darah saya 136/96 agak tinggi..
      harap doktor boleh komen.. untuk masalah kami..
      saya baru berkahwin..

  10. salam, saya berumur 23 tahun. saya selalu sakit dada belah kanan.adakala samapai ke belah belakang dada rasanaya.nak tarik nafas pon susah. adakala tetiba sesak nafas…pastu tangan dan kaki saya adalkala jadi kebas2…kenapa ya??

  11. Salam Dr.

    Saya nak tanya sikit pada Dr. tentang keadaan pelik yg saya lalui ….lately kalo saya marah ke, sedih ke, nanti sy akan rasa sakit kat belah dalam dada kiri. napa ye? kalo saya rasa nk menangis ke,tahan menangis ke nnti sakit kt belah kiri.kalo tekan2 xbetambah sakit plak.sakit belah dalam.

    Saya search kt intenet sakit belah kiri ni mungkin sakit jantung. lagi lah saya risau.yg pelik tu kalo marah ke sedih tu dah hilang,tp sakit tu x hilang2 lagi.lama esok2 br die ilang.nk tarik nafas boleh tp xleh dalam2 nanti sakit.

    Kdg2 time saya xsakit dada, tiba2 dada saya berdebar2.saya seakan-akan boleh dengar degupan jentung saya tu.

    Adakah doktor rasa saya perlu cek hospital? umur saya 27 thn. berat 58kg. tinggi 153.5.tq doc for ur respond.

    • Salam Dr. Saya nak tanya sikit pada Dr. tentang keadaan pelik yg saya lalui ….lately kalo saya marah ke, sedih ke, nanti sy akan rasa sakit kat belah dalam dada kiri. napa ye? kalo saya rasa nk menangis ke,tahan menangis ke nnti sakit kt belah kiri.kalo tekan2 xbetambah sakit plak.sakit belah dalam. Saya search kt intenet sakit belah kiri ni mungkin sakit jantung. lagi lah saya risau.yg pelik tu kalo marah ke sedih tu dah hilang,tp sakit tu x hilang2 lagi.lama esok2 br die ilang.nk tarik nafas boleh tp xleh dalam2 nanti sakit. Kdg2 time saya xsakit dada, tiba2 dada saya berdebar2.saya seakan-akan boleh dengar degupan jentung saya tu. Adakah doktor rasa saya perlu cek hospital? umur saya 27 thn. berat 58kg. tinggi 153.5.tq doc for ur respond.

      Wzsalam.Cara terbaik ialah melakukan pemeriksaan di hospital. Jika normal, ia mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan. Hal ini boleh berulang dan boleh diatasi dengan teknik Psychoterapi.

  12. Salam Dr, saya berumur 40 tahun ,saya ada mengalami sakit dada yang agak ganjil dari dada hingga ke seluruh sebelah kanan dada saya, kadang kadang apabila saya batuk pun sakit. ada masa sakit seperti ditumbok orang , kadang kadang seperti jarum masuk di dalm dada kanan saya…..dan kadang2 susah nak bernafas……kenapa ya

    • Salam Dr, saya berumur 40 tahun ,saya ada mengalami sakit dada yang agak ganjil dari dada hingga ke seluruh sebelah kanan dada saya, kadang kadang apabila saya batuk pun sakit. ada masa sakit seperti ditumbok orang , kadang kadang seperti jarum masuk di dalm dada kanan saya…..dan kadang2 susah nak bernafas……kenapa ya

      Dr Zubaidi: Wsalam. Memandangkan usia saudara telah mencecah 40, dan sakit dada yang serius, saya mencadangkan saudara menjalankan pemeriksaan doktor dengan segera. Ia boleh kadi berpunca dari jantung.

Leave a Reply to drzubaidiCancel reply

error: Content is protected !!