Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN?

BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN?

BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN?


Madu mempunyai kandungan air, antara 10-20%. Dalam madu yang tulen juga terdapat bakteria baik yang boleh melakukan proses penapaian (fermentasi).


Saya mencadangkan agar madu tidak disimpan dalam petisejuk. Jika terlalu banyak air dalam madu, ia menyebabkan madu akan tersejat dan gula dalam madu (fruktosa dan glukosa) akan mendak. Pemendakan ini menyebabkan madu kelihatannya seperti ada dua lapisan cecair.


Jika hendak disimpan, letakkan dalam bahagian yang kurang sejuk. Contohnya di bahagian paling bawah di mana kita menyimpan sayur-sayuran.

Oleh itu ia harus disimpan di tempat yang kering dan tidak terlalu panas.


Ramai yang bimbang proses fermentasi yang mungkin berlaku apabila kuman baik yang ada dalam madu bercampur dengan gula yang ada pada madu. Jadi mereka menyimpan madu dalam petisejuk untuk mengelakkan fermentasi.


Proses fermentasi tidak merosakkan madu. Memang ada madu yang agak masam dan terdapat buih pada lapisan atas permukaan madu akibat fermentasi. Ini bukan bermakna madu telah rosak.


Jika dibiarkan dalam suasana terkawal, madu yang difermentasi akan bertukar menjadi cuka madu. Ia bagus untuk kesihatan perut dan usus.


Jangan menyimpan madu dalam bilik yang panas atau mendapat sinaran matahari secara langsung. Enzim dalam madu akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Selain itu sebatian karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF). Bahan ini merupakan toksik yang berbahaya pada tubuh.


Pertukaran ini boleh berlaku jika madu didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas dalam masa lama.


Pilihan saya madu dari Pergunungan Kyrgystan. Natural dan Organik.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: