Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Bila lakukan pap smear

Bila lakukan pap smear

BILA LAKUKAN PAP SMEAR

doctor-patient

 

“Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj.

 

American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin).

 

Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan  pada wanita  yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa negara barat, ia digalakkan pada wanita seawall umur 21 tahun.

 

Ini kerana pemeriksaan pap smear akan menyebabkan kecederaan selaput dara. Di Malaysia kebiasaannya wanita berusia 30 tahun telah pun berkahwin. Oleh itu pap smear dilakukan pada usia 30 tahun. Bagi mereka yang telah berkahwin, ia boleh dilakukan segera pada sebarang umur.

 

Begitu juga dengan wanita yang aktif dalam hubungan seksual di usia yang lebih muda, pemeriksaan pap smear perlu dilakukan lebih awal.

 

Kebanyakan wanita di negara-negara barat telah mula melakukan hubungan seksual yang aktif pada usia 18 tahun. Jadi risiko jangkitan kuman dan kanser pada pangkal rahem lebih tinggi di kalangan mereka berbanding dengan wanita di Malaysia.

 

Secara umumnya, doktor mengesyorkan pemeriksaan pap smear setiap setiap tiga tahun, atau setiap lima tahun sekali.  Bagi wanita yang lebih tinggi risikonya, pemeriksaan yang lebih kerap (setahun sekali) harus dilakukan.

 

Antara faktor itu adalah:

1. Pemeriksaan pap smear sebelum ini yang menunjukkan terdapat sel-sel prakanser atau sel-sel yang tidak normal.

2. Pernah terdedah pada  bahan ‘dietilstilbestrol’ (DES) ketika ibu sedang hamil

3. Mengalami jangkitan HIV

4. Sistem imun yang lemah akibat pemindahan organ, rawatan kemoterapi atau penggunaan kortikosteroid (steroid) yang lama.

5. Mempunyai sejarah keluarga (ibu, saudara perempuan) menghidap penyakit kanser pangkal rahem

 

Berbincanglah dengan doktor yang biasa merawat puan mengenai manfaat dan risiko pap smear bagi menentukan masa  terbaik untuk melakukan pemeriksaan pap smear.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!