Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?
Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?

Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?

 

“Mana doktor? Mana doktor? Bini saya dah nak terberanak ni !”

Saya masih ingat peristiwa itu ketika saya masih lagi menjadi houseman (doktor pelatih) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baru hari kedua. Semua kelam kabut bila saya diberikan ‘pressure’ begitu.

Saya segera memanggil Dr Khairiah, registra di Jabatan O&G. Tak sempat untuk bertanyakan apa-apa lagi.

“Relaxlah Zubaidi. Dah ambil history dan buat clerking?”

Dr Khairiah memang relax. Sekarang sudah menjadi Pakar Perunding O&G di Pusat Bersalin Barakah, Kelang.

Dr Khairiah

Saya terkedu. Saya juga menjadi kelam kelam kabut seperti suami wanita itu.

Dengan tenang Dr Khairiah memeriksa. Saya memerhati dan kemudiannya memeriksa dengan supervision Dr Khairiah.

“Ini anak pertama kan? Jangan risau ’jalan masih’ belum terbuka. Kalau rumah awak dekat, elok balik dulu. Ini ambil masa 8-12 jam”

“Aik, belum lagi? Ingat dah nak beranak kat rumah. Mengerang bukan main lagi. Sori doktor…”

Suami wanita itu senyum dan memandang isterinya.

Klinik FB saya ditanya dengan nada marah oleh seorang lelaki. Walaupun ianya hanya tulisan dalam inbox saya, saya dapat rasakan kemarahannya. Soalan itu telah saya ’edit’kan.

“Saya menghantar isteri saya ke Pusat Bersalin di hospital kerajaan apabila isteri saya yang hamil 38 minggu mengerang kesakitan. Beliau idak boleh tahan kesakitan dan saya mengesyaki isteri saya sedang dalam proses kelahiran”.

“Apa yang mengecewakan saya, apabila saya sampai di sana doktor melakukan pemeriksaan dan menyuruh saya pulang dulu. Katanya pangkal rahem isteri saya belum terbuka.”

”Masalahnya sekarang ialah bila sepatutnya masa yang sesuai saya hantar isteri saya. Saya bimbang jika dia melahirkan anak dalam kereta.”

Saya tersenyum. Teringat kejadian 15 tahun lalu. Sabar-sabarlah.

Tidak semua kesakitan perut bagi wanita adalah tanda mula proses kelahiran. Kesakitan perut bersama keluarnya air tuban adalah tanda proses kelahiran bermula.

Namun pemeriksaan doktor akan mengesahkannya. Doktor akan memasukkan 2 jarinya ke faraj bertujuan untuk ’mengesan’ pangkal rahem telah terbuka atau belum. Ianya juga untuk mengesan sama ada pangkal rahim masih keras atau telah mula lembut untuk memulakan proses kelahiran. Adakalanya bahagian tubuh bayi dapat dirasa, sama ada kepala, punggung, atau mungkin muka atau tangan atau kaki.

”Iskh, takkan saya nak masukkan jari saya dalam ’benda tu’. Tak sangguplah saya..!”

Saya tidak menyuruh suami wanita hamil itu memasukkan jarinya. Cuma saya menerangkan apa yang dilakukan oleh doktor, agar tidak salah faham. Elok juga suami tidak berada bersama isteri ketika itu.

Saya pernah dengar seorang doktor lebam matanya akibat ditumbuk oleh suami seorang wanita hamil akibat salah faham apaila doktor mula memasukkan jarinya ke kemaluan wanita itu.

”Padan muka. Tak ada cara lain ke doktor ?”

Alamak. Kita hendak menolong dia nak marah pula. Ok lah saya terangkan bagaimana nak bezakan antara ’sakit perut mahu melahirkan’ dengan ’sakit perut yang bukan mahu melahirkan’.

Sakit perut yang bukan mahu melahirkan dinamakan Braxton Hicks contractions. Rasa sakitnya tanpa sebab. Kadang kala hanya disebabkan ada orang menyentuh perut atau mungkin selepas merasakan pergerakan anak dalam rahem.

Ianya tidak perlu rawatan. Biarkan saja. Tiada cara untuk mengurangkannya kerana ia akan berakhir selepas beberapa saat selepas itu. Ianya berbeza dari sakit perut akibat mahu melahirkan kerana selang masanya tidak tetap.

Kadang kala ianya menyebabkan 3-4 kali sakit perut dalam sejam. Selepas beberapa saat ianya akan hilang dan akan berulang selepas beberapa kali.

Jangan cuba mengerang menahan sakit, ia tidak membantu. Apa yang boleh dibuat ialah dengan bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan. Atau cuba minum air suam. Ia membantu mengurangkan kesakitan.

“Habis kalau sakit perut tak baik, macam mana? Katakan dah dua jam masih lagi tak baik..”

Ini soalan loyar buruk kah atau soalan yang ikhlas tak tahu? Emmm..

Jika sakit perut berlangsung beberapa hari atau wanita itu mengalami sakit perut yang serius, bawalah berjumpa doktor. Kesakitan perut serupa itu boleh berpunca dari jangkitan kuman di pundi kencing atau otot perut atau usus yang memulas akibat jangkitan kuman atau racun. Jadi jangan biarkan keadaan begitu, mungkin ada masalah lain yang lebih serius.

“Jadi macam mana nak tahu sakit perut tu memang proses kelahiran?”

Sakit perut disebabkan mahu melahirkan disebabkan oleh pengecutan rahem. Ketika itu juga pangkal rahem mula menjadi lembut dan membuka jalan untuk kelahiran.

Kesakitan ini berlangsung secara tetap. Semakin lama, ianya bertambah sakit dan berlangsung dengan lebih lama. Secara amnya, gunakan rule of thumb 411 iaitu sekurang-kurangnya mengalami sakit perut berjarak empat (4) minit, berlangsung selama satu (1) minit bagi setiap (1) jam.

Adakalanya kesakitan itu berlangsung melebihi seminit sebanyak empat hingga enam kali sejam. Jika ianya berlangsung selama dua jam, maka segeralah dihantar ke Pusat Bersalin. Kemungkinan besar wanita itu dalam proses kelahiran.

Sebaiknya apabila mula rasa sakit cuba lihat jam di tangan. Lihat berapa lama ianya berlangsung. Kemudian cuba lihat berapa lama selang masa bagi setiap kesakitan.

Di US, jika wanita hamil mengalami kesakitan sebegini, dia dikehendaki menelefon bidan bertauliah bagi mengetahui sama ada kesakitannya disebabkan proses kelahiran atau tidak. Tidak perlu segera ke hospital. Namun di Malaysia, seorang wanita hamil boleh ke klinik untuk mengesahkannya atau terus ke Pusat Bersalin (jika ia berdekatan).

Namun penerangan saya ini hanya boleh digunakan untuk wanita yang sedang kehamilan pertama atau kedua. Bagi wanita yang hamil ke 4 atau ke 5, selalunya proses kelahiran amat pantas. Biasanya wanita yang berpengalaman dapat membezakannya.

Allahu a’lam.

 

Klik sini untuk memudahkan proses kelahiran dan mengelak induksi

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

 

Susunan : Dr Zubaidi bin Ahmad (020111)

13 comments

  1. Assalamualaikum Tuan Doktor,
    Saya ingin bertanya, sekiranya seorang ibu hamil berusia
    38 weeks didapati bayinya belum engage dalam saluran. Adakah
    ianya bermasalah ataupun tidak normal?

    • Assalamualaikum Tuan Doktor, Saya ingin bertanya, sekiranya seorang ibu hamil berusia 38 weeks didapati bayinya belum engage dalam saluran. Adakah ianya bermasalah ataupun tidak normal?

      wa alaikum mus salam. Ia memerlukan induksi.

  2. salam dr..skrg sy tgh mengandungkan ank sy yg pertama..tp sy btl2 kompius sakit nie..sy sakit ari2 sngt kerap sejak smlm hingga arini..adakah sy kene kencing kotor atau sakit nk bersalin..kandungan sy dah msk 38 minggu

    • salam dr..skrg sy tgh mengandungkan ank sy yg pertama..tp sy btl2 kompius sakit nie..sy sakit ari2 sngt kerap sejak smlm hingga arini..adakah sy kene kencing kotor atau sakit nk bersalin..kandungan sy dah msk 38 minggu

      DrZubaidi: Wsalam. Puan harus melakukan pemeriksaan air kencing, dikhuatiri ada jangkitan dalam air kencing.

  3. Doctr sy skrang hamil 38 minggu.perut sy sentiasa memulas2,terkentut dan perut sy jgk mengeras.bahagian punggung sy sudah mula sakit sedikit.adakah itu tanda hampir bersalin?due sy 27.9

    • Doctr sy skrang hamil 38 minggu.perut sy sentiasa memulas2,terkentut dan perut sy jgk mengeras.bahagian punggung sy sudah mula sakit sedikit.adakah itu tanda hampir bersalin?due sy 27.9

      DrZubaidi: Masalah yang puan hadapi adalah masalah penghadaman, dan perlu memilih makanan yang kurang ‘berangin’ (sila rujuk pakar pemakanan di Pusat Kesihatan tempat puan menjalankan pemeriksaan).

  4. Dr Zubaidi,
    trima kasih sbb berjaya menerangkan secara ringkas dan mudah utk difahami. i just love ur article. ramai ibu2 diluar sana cepat panik bila menghadapi BH dan tak tahu bila masa mahu ke hospital sebenarnya. terdapat banyak article dari pakar OnG luar negara yg menyentuh ttg ini, tapi bila saya tanya ibu2, rata2 mereka tidak faham mungkin kerana kekangan bahasa ataupun ilmu sedikit sebanyak ttg tubuh badan sndiri atau sekadar ditakut2kan dengan cerita2 seram pengalaman bersalin. pada saya bersalin perlu releks dan tak perlu takut ianya juga bukan disease yg perlu diubati secara segera dan masa itu juga. ia ambil masa, dan masa yg diambil juga agak lama. saya harap ibu2 luar sana dpt menjadikan artikel dr ini sebagai panduan utk mencari lbh banyak ilmu ttg bersalin.
    trima kasih dr. :)

    • Terima kasih atas sokongan puan. Saya juga mengharapkan tulisan-tulisan saya menjadi panduan yang berguna kepada wanita-wanita dan suami-suami yang kebingungan di luar sana.

  5. assalam… saya ibu kepada 5 org anak dan anak kedua di sambut oleh Dr Khairiah masa dr khariah bertugas di penawar specialist, pasir gudang. beliau mmg sangat lemah lembut dan byk memberi info kpd saya.

    • assalam… saya ibu kepada 5 org anak dan anak kedua di sambut oleh Dr Khairiah masa dr khariah bertugas di penawar specialist, pasir gudang. beliau mmg sangat lemah lembut dan byk memberi info kpd saya.

      Dr Zubaidi: terima kasih atas perkongsian pengalaman.

  6. nashitah zakaria

    Sgt best bsalin d sambut oleh dr khairiah seman semua ank doc khairiah smbut hehe :-)

  7. haslina bt basiron

    aslamualaikum….dokter saya ingin minta pndapat…saya sudah mengandung hampir 32 minggu..deu date saye 8.6.2013…saya juga ade buat pemeriksaan di hospital sultan aminah setiap 3bln sekali sebab ade kes anak pertama meninggl dlm kandungan stress sampai termakan najis 40+2…minggu hidup 2 hari saja…sekarang dokter hospital tersebut suruh membuat pilihan samaada anak ke dua ini hendak bersalin normal atau operation…sebab kelahiran pertame saya urgen operation…jadi saya confius samada nk normal or operation sebab xnak terjadi mcm dulu lg..klau operation dokter akn operation 38minggu,tp klau normal saya xde gese nak beranak jgak tggu sampai deu..saya takot lambat dan terjadi lagi..3.5.13 dokter suruh bagi keputusan..dokter tolg beri pendapat..

    • aslamualaikum….dokter saya ingin minta pndapat…saya sudah mengandung hampir 32 minggu..deu date saye 8.6.2013…saya juga ade buat pemeriksaan di hospital sultan aminah setiap 3bln sekali sebab ade kes anak pertama meninggl dlm kandungan stress sampai termakan najis 40+2…minggu hidup 2 hari saja…sekarang dokter hospital tersebut suruh membuat pilihan samaada anak ke dua ini hendak bersalin normal atau operation…sebab kelahiran pertame saya urgen operation…jadi saya confius samada nk normal or operation sebab xnak terjadi mcm dulu lg..klau operation dokter akn operation 38minggu,tp klau normal saya xde gese nak beranak jgak tggu sampai deu..saya takot lambat dan terjadi lagi..3.5.13 dokter suruh bagi keputusan..dokter tolg beri pendapat..

      Dr Zubaidi: Puan melahirkan anak secara Ceseran Section sebelum ini disebabkan anak puan mengalami stress, di mana dia perlu dikeluarkan segera. Pembedahan yang puan lalui bukan bermakna puan tidak boleh menjalani proses kelahiran bayi secara normal. Selalunya doktor akan mencuba proses kelahiran secara normal dahulu dan jika keadaan tidak mengizinkan, seperti anak puan mengalami stress, maka pembedahan Ceserean Section akan dilakukan.

      Banyaklah berdoa dan bersedekah semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top