Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Beza Minyak Sawit dan Minyak Sayuran untuk Memasak

Beza Minyak Sawit dan Minyak Sayuran untuk Memasak

cooking oil

 

 

Pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

 

Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.

 

Sementara  minyak zaitun contoh adalah minyak mono tidak tepu,  yang mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

 

Selain itu minyak mono yang lain seperti minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari, sangat baik kerana mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.

 

Minyak tidak-tepu tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus.

 

Jadi setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak-tepu atau mono tidak-tepu.

 

Gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!