Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Berzikir dengan suara yang kuat dan ubat penenang

Berzikir dengan suara yang kuat dan ubat penenang

BERZIKIR DENGAN SUARA YANG KUAT DAN UBAT TENANG

 

“Assalamualaikum Doktor, saya ingin ajukan soalan berkaitan pengambilan ubat penenang dan ubat tidur. Baru-baru ini salah seorang ahli keluarga saya mengalami gangguan. Pada awalnya, beliau menunjukkan sikap yang aneh dan tidak seperti keadaan normal iaitu kerap berzikir dengan suara yg kuat, tidak tidur malam, dan tidak makan. Keluarga saya telah pun membawanya ke hospital dan dirujuk ke bahagian psikiatri. Beliau juga diberikan ubat penenang dan ubat tidur. Selain rawatan moden, kami juga ikhtiar dengan rawatan islam, dan alternatif. Namun masih belum menunjukkan tanda untuk sembuh. Doktor juga mengatur temujanji untuk melakukan pemeriksaan. Persoalan saya, apakah kesan pengambilan ubat penenang dan ubat tidur ini jika diambil berterusan? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor.”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Masalah yang dihadapi oleh salah seorang dari keluarga puan sebenarnya lebih kepada masalah psychiatri. Ia bermula dari masalah kecelaruan jiwa yang tidak dikesan lebih awal, dan berlangsung untuk satu jangka masa yang lama, akhirnya ia menjadi gangguan mental.

 

Ia bukan masalah kerasukan jin atau orang halus. Sebab itu rawatan Islam yang dilakukan tidak berkesan. Gangguan mental berlaku apabila terdapat kerosakan fungsi otak, menyebabkan beliau tidak dapat berfikir dengan betul.

 

Gangguan mental ini tidak disebabkan oleh kelakuan beliau sekarang, iaitu berzikir dengan suara yang kuat, bukanlah penyebab gangguan mental ini. Ia sebenarnya terhasil dari cara pemikiran beliau yang salah.

 

Doktor psikiatri akan memeriksa beliau dan membuat penilaian sewajarnya. Ubat-ubat yang diberikan adalah untuk memulihkan semula fungsi otak, kerana dibimbangi beliau akan menjadi lebih agresif apabila beliau memikirkan sesuatu yang tidak logic.

 

Contohnya beliau berfikir ada ‘iblis’ yang merasuk ke dalam diri beliau sendiri, sehingga beliau semakin kuat berzikir dengan suara yang lantang, dan akhirnya mungkin cuba mencederakan ‘iblis’ tersebut, pada hal beliau mencederakan diri beliau sendiri. Bayangkan jika beliau berfikir, ‘iblis’ itu merasuk ibunya atau ahli keluarga yang lain. (Semoga ALLAH menjauhkan kita dari musibah)

 

 

Oleh itu doctor akan memberikan ubat penenang dan ubat tidur. Ia hanya untuk rawatan sementara bagi membolehkan beliau berehat dari memikirkan hal-hal yang tidak masuk akal dan menjalani kehidupan secara normal.

 

Selepas dinilai oleh doctor psikiatri, mungkin ubat yang lebih baik akan diberikan.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: