Advertorial
Home » Doktor Menjawab » BERPELUH KUAT DI KEPALA DAN BADAN

BERPELUH KUAT DI KEPALA DAN BADAN

BERPELUH KUAT DI KEPALA DAN BADAN

 

 

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada masalah berpeluh berlebihan di kepala dan badan. Boleh doktor bagi saya cadangan utk merawatnya, di mana dan berapa kos yg diperlukan. Saya tinggal di Shah Alam. Terima kasih.

Wa’alaikumusalam.

Masalah yang saudara alami dinamakan Craniofacial Hyperhidrosis. Ini bermakna seseorang itu akan berpeluh pada bahagian kepala dan muka secara berlebihan berbanding dengan kebanyakan orang lain.

Saya juga mengalami masalah berpeluh secara berlebihan apabila makanan saya terlalu pedas. Keadaan ini dinamakan gustatory hyperhidrosis. Orang sekeliling selalu tersenyum melihat saya berpeluh. Mereka kata ini menunjukkan saya sihat. Tetapi itu hanya persepsi. Ia bukan tanda aras menunjukkan kita sihat.

Perpeluhan adalah suatu tindak balas yang kita tidak boleh kawal. Ia dikawal secara kendiri oleh saraf Autonomic Neuropathy, seperti mana ia mengawal degupan jantung dan pergerakan usus.

Oleh itu apabila rangsangan diberikan (contah makan pedas, stress atau cuaca penas), individu yang mengalami hyperhidrosis akan mengalami perpeluhan yang berlebihan.

Keadaan ini boleh berlaku secara normal. Jadi tidak perlu rawatan. Pastikan kita bersedia dengan tisu muka atau sapu tangan bila mula makan makanan yang pedas atau keluar rumah di waktu cuaca yang panas.

Namun ada beberapa keadaan di mana perpeluhan yang berlebihan ini disebabkan oleh penyakit diabetes yang telah merosakan saraf autonomik. Individu yang obese dan yang ada masalah berlebihan hormon tiroid juga boleh mengalami masalah ini.

Tiada ubat yang khas untuk masalah ini, walaupun ada pendapat mengatakan ia dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B, vitamin E dan vitamin D. Dalam bahasa mudah, selalunya doktor pakar bedah akan memotong saraf yang menyebabkan perpeluhan yang berlebihan ini.

Selalunya pembedahan ini dilakukan oleh doktor di hospital swasta. Saya tidak rasa doktor di hospital akan melakukannya keranna ia bukanlah masalah yang serius. Jadi boleh berjumpa dengan doktor pakar bedah (terutamanya pakar bedah vaskular) di hospital swasta, jika masalah ini mengganggu kehidupan harian saudara.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: