Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Peluh Berlebihan dan Bau Badan
Peluh Berlebihan dan Bau Badan

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

 

”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?”

Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah.

Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru”

“Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?”

”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor”

Itu semua soalan yang biasa saya dengar. Namun satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga ialah “Bila saya masuk bilik stor (yang gelap dan sempit) tu, saya terus berpeluh-peluh macam orang berlari doktor. Saya rasa bilik stor penuh dengan jin !”

 

Berpeluh bukanlah kawalan kita

Ada tindakan tubuh yang tidak dapat kita kawal. Contohnya degupan jantung dan pernafasan kita. Ianya dikawal oleh system saraf otak yang kompleks. Begitu juga dengan berpeluh. Ianya dikawal oleh sistem saraf autonomik.  

Kebiasaannya, berpeluh penting bagi membantu tubuh kita untuk kekal sejuk. Jumlah peluh yang dikeluarkan adalah ditentukan oleh jumlah kelenjar peluh yang terdapat pada kita sejak dilahirkan lagi. Kelenjar itu paling banyak terdapat di bawah ketiak (axilla), kaki dan telapak tangan.

Kelenjar-kelenjar peluh ini berjumlah kira-kira 2-4 juta di seluruh tubuh kita. Kelenjar ini mula aktif mengeluarkan peluh yang banyak apabila kita mula mencapai akhil baligh.

Wanita mempunyai bilangan kelenjar peluh yang lebih banyak berbanding dengan lelaki. Namun begitu kelanjar peluh lelaki lebih aktif mengeluarkan peluh. Oleh itu lelaki mengeluarkan lebih banyak peluh dan dapat mengawal suhu tubuhnya dengan lebih baik.

Bila seseorang berpeluh dengan banyak dan berlebihan, ianya mengundang masalah. Keadaan ini dinamakan diaphoresis

 

Penyakit atau  normal physiology?

Berpeluh secara berlebihan ini boleh disebabkan oleh aktiviti fizikal yang agresif, demam yang tinggi, wanita yang mengalami menopause, memakan makanan yang pedas dan berada dalam cuaca yang panas.

Emosi yang melampau seperti terlalu marah, ketakutan yang amat sangat dan trauma mengingati peristiwa lama yang menakutkan, juga menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak.

Diaphoresis juga boleh dikaitkan dengan keadaan yang tidak normal seperti:

  1. hyperthyroidism. Yakni berpeluh dan disertai dengan masalah lain seperti kehilangan berat badan secara tiba-tiba, atau demam tanpa diketahui punca, atau degupan jantung yang pantas, atau sakit dada atau sukar bernafas.  Jika terdapat tanda-tanda ini pada anda, anda disarankan berjumpa dengan doktor.
  2. Bagi pesakit diabetics, kekurangan gula dalam darah (hypoglycemia) juga  boleh menyebabkan diaphoresis.
  3. Beberapa ubat moden (seperti caffeine, morphine, alcohol, dan ubat tidur),atau
  4. Jika berlaku keracunan dengan spray bahan pembunuh serangga yang mengandungi acetylcholinesterase inhibitors atau  
  5. terdapat juga tumor pada kelenjar adrenal yang dinamakan pheochromocytoma, di mana ia boleh menyebabkan seseorang mengalami keadaan berpeluh secara berlebihan.
  6. Keracunan disebabkan oleh mercury juga menyebabkan diaphoretic.
  7. Diaphoresis juga berlaku jika seseorang diserang sakit jantung (acute myocardial infarction).
  8. Jika ianya berlaku bersama demam dan menggigil, ia mungkin disebabkan jangkitan kuman, antaranya ialah malaria dan tuberculosis.

  

Berpeluh berlebihan dan bau badan

 

Berpeluh secara berlebihan selalunya mendatangkan masalah apabila ianya menghasilkan bau badan yang kurang menyenangkan. Bau badan biasanya dihasilkan oleh kulat yeast atau bakteria yang biasa berada di kulit kita secara semulajadi. Apabila kulit menjadi lembap dan berlaku percampuran antara kuman/yeast dan peluh, maka bau badan akan dibebaskan.

Jika tidak dirawat, kulit ini akan menjadi gatal atau berwarna merah akibat radang. Saya menerima ramai pesakit yang mengalami bisul di ketiak mereka, buka disebabkan memakai deodorant, tetapi tidak menjaga kebersihan ketiak masing-masing. Ianya bermula dengan rekahan, dan akhirnya menyebabkan benjolan yang berisi nanah. Antibiotik kadangkala tidak dapat merawat keadaan ini. Pembedahan kecil harus dilakukan.

Terdapat juga ubat-ubatan yang menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan. Jika pesakit merasakan bau badan mereka berubah dengan pengambilan ubat yang diberikan, maka haruslah memberitahu doktor yang memberikan ubat itu supaya ubat itu boleh ditukarkan.

Selain itu ada beberapa penyakit yang menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan ini seperti pesakit ginjal rosak dan diabetes yang tidak terkawal.

Dirawat atau tidak ?

Bagi rakan-rakan fb yang mempunyai masalah ini, saya mencadangkan agar cuba kurangkan faktor-faktor yang menyebabkan berpeluh berlebihan seperti yang saya terangkan. Namun jika ianya berterusan, berjumpalah dengan doktor agar keadaan ini boleh diperiksa dan dikaji masalahnya.

Jika diaphoresis atau berpeluh secara berlebihan ini disebabkan oleh penyakit tertentu, maka penyakit  itu haruslah dirawat. Tidak guna jika seseorang itu cuba memakan majun atau ubatan herba untuk mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan dan bau badannya jika dia mengalami penyakit diabetes yang tidak terkawal.

Namun jika berpeluh berlebihan ini berlaku tanpa disebabkan oleh penyakit atau faktor persekitaran, keadaan ini dinamakan hyperhidrosis. Pesakit boleh mencuba deodorant yang berfungsi untuk menjadikan kulit berkeadaan ‘asid’ menyebabkan kuman bakteria tidak sesuai untuk tinggal di kawasan itu. 

Satu lagi ialah teknik iontophoresis di mana arus elektrik bervoltan rendah digunakan di kawasan itu. Ia amat berkesan untuk sesetengah pesakit. Ada juga beberapa ubat yang boleh diambil untuk mengurangkan keadaan ini. Namun kesan sampingannya terlalu banyak.

Pembedahan sympathectomy  yang dilakukan oleh pakar bedah juga mampu membantu pesakit dengan memusnahkan saraf yang mengawal kelenjar peluh. Ia akan mengurangkan pengeluaran peluh. Rawatan ini sesuai untuk pesakit yang menghadapi masalah berpeluh secara berlebihan terutama di tangan dan kaki.

Bagi keadaan yang tidak berapa serius, amalan mandi mampu mengurangkan bau badan namun masalah berpeluh berlebihan itu tidak dapat diatasi. Namun sekurang-kurangnya ia membantu pesakit merasa selesa dan yakin untuk berada di khalayak ramai.

Penggunaan deodorant setiap pagi dan malam boleh mengurangkan bau badan. Amalkan diet yang seimbang dan perbanyakkan minum air kosong. Yang penting kurangkan diet yang banyak mengandungi banyak daging merah.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (2011010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog 

60 comments

  1. methylbenzene

    kalau panic bile masuk bile gelap dan sempit..hurm..agoraphobia mungkin…?

  2. eh, bukankah agoraphobia tu takut berada di tmpat awam atau pun open space??

  3. sy mgalami masalh peluh berlebihan. tak kira panas atau sejuk, sy sentiasa berpeluh. tgh menaip ni pun berpeluh. jika nak duduki exam,sy kena berbekal kan tisu…kalau x,sy sukar untuk menulis. sy mula fed up dgn keadaan ni. apa masalah sy sebenar dan apa yg perlu sy lakukan?

  4. saya penghidap hiperhidrasis sejak umor 12 thn..skrg saya bumur 16 thn..saya nak bebaS DRPD mslh ini..tlg bantu???

  5. Doc, saya nya kes, ms student semua xda masalah, tp sy rs lain after melahirkan ank..kebanyakkan t-shirt saya dah tak boleh pakai di sebabkan di bwh ketiak baju tue akan mengeluar kan bau bila berpeluh.. mcm ada bakteria lekat dekat baju tersebut, w/pun sudah di basuh dan di pakai semula ia nya tetap sama ..apakah punca nye doc ?

  6. hmm..,doc.,kt tmpat berair cond pun peluh slalu kuar..kadg2x tu melampau2x peluh keluar. saye kerap memakai bju berwarne gelap untuk mgelakkan baju basah dibahgian ketiak nampak.saya amat malu dan kalau blh tolg. saye berase kurg confident bile keadaan macm tu

    • Memang sah menghadapi hyperhidrosis..mungkin pembedahan minor akan membantu. Jika berada di JB, saya boleh mencadangkan doktor yg baik untuk sdri.

      • Salam dr,
        Saya hadapi masalah perpeluhan dan bau badan
        Boleh sy dptkan doktor rujukan di jb?

      • nurul saadah hashim

        Salam dr.
        Saya juga mengalami masalah yang same.peluh menitis-nitis keluar dari ketiak dan tapak tangan sehingga jadi tidak selesa.bolehkah dr beritahu berape kos untuk pembedahan itu dan saye pun tinggal di JB.saye dah naik fedup dengan masalah ini.kalau dapat, email dengan kadar segera ye dr.tqvm

      • asalam dktor,di manakah hospital yg elok utk mmbuat opeation minor d malaysia ne??

  7. saya mengalami masaalah peluh berlebihan terutamanya di bahagian dahi ngan leher..tak kira sejuk atau panas…dan kadang2 bila ada org perhatikan sy (pandang2)muka akan merah dah berpeluh..di bahagian tangan tiada pulak peluh..apakah masaalah sy ni dr…adakah rawatan pembedahan di bahagian ketiak akan memulihkan di bahagian muka juga?

    • hahaha..kita same la geng..kat dahi..kat bahagian len x pulak…

      • Salam Dr.
        Sy mengalami masalah berpeluh di bahagian muka.terutama dahi n atas hidung.walaupun tanpa senaman, bahagian muka sya memang kerap berpeluh dengan banyak.bagaimna nak mengatasi masalah saya?

  8. assalamualaikum..saya mengalami peluh berlebihan pada ketiak dan juga tangan ni..tapi yg memealukan pada ketiak terlalu banyak sgt peluh smpai menitik2 air pd ketiak…saya malu lah.terpaksa memakai pakai2an hitam je setiap hari..tertekan songguh rasa…mcm ne sy nk atasi semua ni..adakah sy ni ad penyakit??bantu sya…

  9. SALAM DOKTOR….BOLE TAK DOKTOR CADANGKAN SAYA…BAGAIMANA SAYA INGIN MELAKUKAN PEMBEDAHAN MEMBUANG KELENJAR TERSEBUT AREA SELANGOR….ANGGARAN KOS..??

    SAYA MEMPUNYAI MASALH KETIAK BERPELUH….BNYK DOKTOR…SAYA AKAN BEKERJA SEBAGAI EXEC X LAMA LAGI…SAYA MALU DOKTOR…TEMPAT YG ADA AIRCOND PN BOLE BERPELUH…KKDANG DALAM KERETA PUN BERPELUH…SAYA HARAP SNGT DOKTOR DAPAT MEMBANTU SAYA…KALAU BOLEH…SESEPAT YG MUNGKIN DOKTOR…THANKS…SALAM

  10. salam Dr.

    saya mengalami masalah kuat berpeluh ni sejak 7tahun yg lepas.saya amat malu untuk berhadapan ngn org ramai disebabkn baju saya akan basah dibahagian ketiak.saya berasa amat tertekan dengan keadaan ini.saya harap Dr. dpt membantu saya.jika pembedahan dilakukan,berapa anggaran kosnya.saya berada di kuala lumpur.Boleh kah Dr. mencadangkn kepada saya Dr. yg baik tuk saya rujuk tentang masalah saya ini.

  11. salam doc ,
    adakah peluh berlebihan ini akan berterusan smpi ahir hayat ??

  12. suami saya mengidap sakit jantung …dahi sentiasa berpeluh dgn byk…tetapi sejak seminggu ni suami saya telah mengambil supplement vitami c, omega plus dan enzim semulajadi product CNI..dahi nya tak berpeluh lagi.. adakah ini tanda2 baik atau sebaliknya bagi dia…

    saya harap Dr dapat beri sedikit penjelasa.. Terima kasih

  13. Salam,Dr..
    Saya jenis yg susah nak keluar peluh…tp baru-baru ni saya selalu berpeluh di badan sahaja bila berjalan di tengah panas..kalau sikit 2 saya x risau sangat,tp saya berpeluh byk sgat smpai basah baju…apa masalah sebenar saya Dr??adakah saya mengidap apa-apa penyakit?

  14. salam dr
    sy mempunyai maslah kuat berpeluh sejak zaman sekolah lg…lau saya gemuruh dan panas mesti muka saya dn bahagian belakang saya akan kuar peluh yg bnyak…rasa malu dan rendah diri sgt…keadaan ni menyebabkan sya kurang bergaul dgn org ramai..lau bermake -up pun..cepat aje hilang sumua meke-up….rase tension sgt2….adakah dgn pembedahan blh merawat maslah saya terutama bahagian muka…?

  15. salam ….doctor saya nk tnya skit lh…saya pnya peluh nih lain skit,sbb saya pnya berpeluh tapi berat bdan saya x berkurangan pn…saya dngar daripada seorang cikgu kt tmpat saya blajar dia kata kalo saya mkn lemak saya akan bertambah 50 percent kalao saya berpeluh saya akan kurang 50 percent …saya harap doctor tau apa nama penyakit nih dn mcm mana nk hilangkan nya….

    • Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan saudara. Soalan saudara sedikit rumit dan memerlukan penjelasan yang panjang. Saya cadangkan saudara pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus menguruskan blog ini. Selain itu saudara juga dapat memelihara kerahsiaan maklumat saudara dengan pihak kami. Terima kasih. -ADMIN

  16. salam doc… suami saya kuat berpeluh tapi peluh yang dialami tidak berbau, suami saya sering mengadu pada saya, peluh nya terlalu banyak apabila membuat kerja, tidak kira ada di luar rumah ataupun didalam pejabat, tempat sejuk juga begitu… punca apa ye doc??… tq…

  17. Salam Dr. Sy sntiasa brpeluh..samaada di kaws. aircond@ tidak..Klu keluar brjumpa rakan2..pasti akn brpeluh…Peluh yg berlebihan…Kadang2..Rasa malu pun ada juga…pdahal bkan sy berlari pun…duduk sahaja pon bole brpeluh?apakah masalah saya dr?harap dapat di bantu.. :)

  18. slm dr…sy mengalami maslah bepeluh nie dr kaki tgn n ketiak…sy sush nak bekerja disbkan keadaan nie….bole kah sy tau kos untk pembedahan nie ?

  19. saya nak tanya…saya sering berpeluh…takdalah terlalu mudarat but peluh sya berlebihan drpda kwan sya…sya tk thu knapa…mcm bnda yng sya wat sekejap pun tibe2 berpeluh….dan ddk berdekatan dgan kipas pun sya boleh berpeluh…knapa yer?>>

  20. dr,saya mengalami masalah peluh di dahi yg kritikal….ttp peluh akn hilang ketika berada dalam suasana air cond…sye berpeluh ketika berada ditempat kerja yg menggunakan udara dari luar….sye tidak rse panas,tetapi peluh akn keluar juga ketika berkerja….adakah mempunyai rawatan untuk masalah ini ataupun petua untuk sye mengurang masalah peluh ini…..???

  21. nur azah binti abd aziz

    assalamualaikum…hai doktor…sy azah,at cne sy nk kongsi crte…sy brmur 19thun,berat 60 kg & tinggi 156 cm…dr sy from 4(16thn) sy mmpunyai mslah di bhagian ktiak yg kuat sngt2 brpluh…bju yg sy akn pkai hnya wrne HITAM n putih shje,sy malu untuk pkai bju yg brwre trang coz bhgian ketiak shje akn bsah kuyup..wlpun wktu hujan bdan kt akn sjuk tp sy ttap akn brpluh at ketiak…dbhgian lain bdn brpluh gak tp pd sy nrmal coz xtruk cngt…untuk pngthuan dktor setiap kli lpaz mndi sy akn pkai deadran rexona wlpown sy x kluar rumah kcuali nk tdor…sy mua pkai deadoran umr 12thun n xpnah miss….sy hrap doktor dpt mmbntu sy dlm hal nie coz sy x ykin dngan sy…tlng la doktor…..

  22. Salam dok. Saya terlibat dgn kemalangan pd thn 2000 & mgalami kecederaan di bhgn kepala hingga myebabkan kehilangan deria bau. Pada 5 tahun pertama sya tiada masalah dgn bau bdn. Tetapi pd 2005 hingga sekarang sya mghadapi masalah bau bdn yg serius kerana sy tidak dpt mengesan punca bau tersebut. Saya tlh cuba mnurunkan berat bdn & mengamalkan diet yg ketat tp keadaan tetap sama. Sya tlh beberapa kali mgambil keputusan bunuh diri tp sya keraskn semangat untuk terus hidup. D mana2 saja sya berada, org d sekiling akan mnutup hidung @ meludah kerana tidak tahan bau bdn sya. Sya nak tanya dok, bolehkah sya mjalani pembedahan mbuang kalenjer peluh ‘apokrin’ d bawah ketiak? Terima kasih.

  23. Salam?Sy ingin bertanya sedikit mengenai peluh berlebihan…Sy brumur 19 tahun..selalu menghadapi masalah peluh yg brlebihan..Boleh dikatakan d seluruh badan..depan/blakang..termasuk muka dan kepala…namun tangan dan kaki…kurg brpeluh…..

    Apa sebenarnya masalah sya ye..dan apa yg memungkinkan masalah ini trjadi…dan bole ke di ubati? Harap dapat penjelasan dan bantuan..

  24. Salam..saya jugak mengalami mslh peluh yg teruk terutama di muka…peluh akan keluar tidak kira tempat termasuk dlm tempat yg ber air-con…

  25. mansor ghafur

    Salam kpd Tuan Doktor,

    Anak saya sudah melalui pembedahan ETS (symphatectomy)untuk merawat berpeluh ditapak tangan dan kaki.Tetapi sekarang dia menderita kesan sampingan yang lebih teruk iaitu dia peluh berlebihan hampir seluruh badan(Tiada sebelum ETS)Apakah cara untuk mengatasi penderitaan ini?Anak saya makin murung dan enggan menyambung pengajian di UMT.

    Sekian,wassallam.

  26. saya mengalami peluh diketiak..xkira sy berada…selepas mandi pun ketiak sy kuaq peluh yg banyak.kadang-kadang malu jugk berjumpa ngan kwan

  27. salam….sy mnetap d johor…mslah peluh yg sy alami sgguh mmalukan…n sy xda kyakinan diri ble brpeluh…cdgkan rwtan n tmpat trbaik untuk masalah ini…tq..

  28. High School Girl

    Hi dr.
    Sbenarnye saya hnyak peluh berlebihan di tapak tgn dan kaki, kawan saya ckp itu symptom ada masalah jntung, betul ke?

  29. sya seorang student nurse..sy juga mengalami masalah yg sama..uniform sya selalu basah especially bahagian ketiak..dan tapak kaki sya juga selalu basah sepanjang praktikal..sebenarnya,sya sangat malu setiap kali buat procedure..tangan ni selalu sja berpeluh..nak check blood pressure patient pun sya susah..tapak tgn basah je..sya terpaksa bawa tisu d tgn sambil buat blood pressure..sya malu dgn clinical instructor..dia dah detect sya slalu berpeluh..sya malu..maluu sangat maluu..sya malu nak salam dgn org..sy malu lagi sbb uniform sy basah je bahagian ketiak..sya dah pkai deodorant..tp hasilnya buatkn baju d bhagian ketiak kekuningan ..malu nmpk ada kuning2.. :(tapi ..masalah kuat berpeluh ni slalu datang n pergi jua..on n off.
    tp msalah ni dtg kerap bila sy bt kerja../menulis..or if i know someone will “salam tangan ?”sya..
    doctor..as a student i feel very uncomfortable..please help me doctor…

  30. insan kesedihan

    slm doktor..
    nk tnye nie,, knape sy sntiase brpeluh d tekak dan d kpala?? ape pnyakit sy?? x kira sjuk atau pns,, tetap je mengalir..sy malu apabila brhadapan dng kwn2 trutama dngn yg sy suka.. ttpi di tangn dan kaki xprnh wlupun trasa sngt panas..tolong sy doktor?? ape cara utk mngatasi selain buat pembedahan??

  31. deodorant pe yg elok utk kurgkn bau badan?? spray atau yg biase?? mnta bntuan…

  32. Assalamualaikum doktor .

    Anak perempuan saya berumur 13 tahun dan berat 80kg . Anak saya mengalami masalah badan berbau yang kurang menyenangkan . Saya kasihan kerana kawan-kawan sekolah sering memandang sinis terhadapnya . Anak saya menjadi hilang keyakinan diri untuk bergaul dengan rakan-rakannya di sekolah dan asrama . Mohon bantuan dan nasihat daripada doktor Zubaidi bagi mengatasi masalah ini . Terima kasih .

    • Wasalam. Jika masalah bau badan disebabkan peluh, boleh lakukan pembedahan seperti yang saya tuliskan. Ramai yang telah mendapat faedah dari pembedahan itu. Jika bau badan disebabkan oleh faktor lain, harus berbincang dengan doktor yang memeriksa anak puan.

  33. salam dr…boleh sy tau..pmbedahan ni ade kesan sampingan ke???bahaya tak???dan berape kos klu buat di hospital krjaan or swasta???…sy nak sgt tau=)

  34. salam doktor,saye dduk area jb..saye ade masalah berpeluh berlebihan di ketiak,tangan,kaki dan badan apabila berada ditempat beraircond n panas sgt..saye dah pakai bermacam-macam deodorant (termasuklah deodorant jenama perspirex) dan sabun tpi bau badan masih ade..bau nye melekat dekat baju even da cuci 2 kali..mlu nk jumpe org sebab bile berpeluh busuk sgt..da buat ujian tyroid tpi xde pun..jdi ape yg ptut saye buat?buat ETS? cos berapa?dengan doktor pakar mne saye perlu brjumpe?minta bantuan doktor sangat2 bgtahu saya..terima kasih..:)

  35. Salam Doc,

    Saya nak tumpang tanya, saya ni kalau makan pedas macam sambal belacan ke cili padi ke mesti berpeluh.. berpeluh bukan satu badan, cume berpeluh kat area muke je. Saya ni mcm tembam sikit je. Berat 78kg tinggi 174cm.

    Kalau macam keadaan lain, saya rasa normal. takde berpeluh tiba2. cuma makan pedas je. harap dapat memberi pandangan doc. tq

  36. salam,doc bgaimana sy nak berdepan dgn orang disekeliling dgn bau badan yang kurang menyenangkan?

  37. ASsalam…sy jga mengalami perpeluhan yg melampau di bhgian muka n ketiak. keadaan ni memalukn sy sbg student ipta. terutamanya bila ad presentation dlm kls. sy jdik nerveous. peluh mkin menitik2 di muka. nak pndang muka lecturer pun malu. bile ad aktiviti kokukikulum sy ase nk ponteng je. sbb malu dgn keadaan sy. pakaian pun kebanyakkan warne hitam je. naik rimas pun ade. sy ada ambik ubatan n pakai deodorant anti peluh tpi satu tidak berkesan .kdg2 sy rasa nk berhenti bljar je…tlg sy doc…apa rwtan yg t’baik utk sy???

  38. insan menderita

    Assalamualaikum doc..
    sy sudah melalui pembedahan ETS(symptatectomy) utk merawat berpeluh di tapalk tangan dan kaki.sekaran nie tapak tangan sy 100% hilang cuma kesan sampingan yg lebih teruk sy alami iaitu sy berpelu hampir seluruh tubuh badan sy di mna sebelum pembedahan ETS tubuh sy tidak ada peluh..Apakah cara sy nk megatasi masalah ini doc?

  39. Assalamualaikum Dr.
    Sy mengalami masalah berpeluh yg byk d bahagian axila myebabkn sy x berasa selesa dn merasa rendah diri disebabkan masalah ini. Suami sy pn selalu tegur rasa x selesa dgn masalah yg sy hadapi. Sbb apabila berpeluh ia akan mengeluarkn bau yg x enak. Sy bukanlah gemuk sangat. Tp walaupun hanya buat kerja ringan saja pn sy sdh bepeluh byk bahagian axila.. Boleh ka sy menjalani pembedahan untuk kurangkn perpeluhan yg sy alami di sebabkan sudah banyak deodorant sy guna semua x berhasil… Mohon pendapat dr Dr… Trima kasih

  40. Assalamualaikum doc..

    Saya selalu berpeluh di ketiak..kadang2 di tempat yg ada aircond pown peluh..bla malam kadang2 ok n kadang2 xok..bla xpakai baju ok n bla pakai baju ja twus berpeluh kat ketiak..sebelum ini ok..dah dekat setahun dah jadi macam ni…ada ka ubat yang boleh ilangkan smua ini selain pembedahan?..terima kasih

  41. salam dr..
    Sy ada mslah bau bdan la,peluh sy berbau la,hbis pakaian sy asyik berbau aja. .
    Selalu sy bli pakaian bru coz pakaian sy asyik bau hapak n bau peluh..dr tolonglah sy,dah mcm2 ikhtiar sy cuba tapi gagal..apakah rawatan trbaik?
    Disbabkan mslah ini sy jadi seorang yg suka menyendiri dan hlang keyakinan bila brhadapan dgn orang. . .apapun email sy ye dr. . .thankz

  42. salam dr..
    sejak akhir2 ni saya sering berpeluh di bahagian belakang badan..apakah yg menyebabkan hal itu berlaku?
    adakah sesuatu yang normal atau ada masalah kesihatan?
    untuk pengetahuan dr saya seorang yg kurus..
    saya btol2 memerlukan penjelasan dr..
    thank..

  43. maafkan saya doctr , agak lari topik sedikit..iklan adverlets di ruangan blog doctor tidak berapa sesuai, mungkin boleh adjust setting jenis iklan yg boleh dipaparkan ..maaf dan terima kasih segala ilmu doctor share kan disini..

    • maafkan saya doctr , agak lari topik sedikit..iklan adverlets di ruangan blog doctor tidak berapa sesuai, mungkin boleh adjust setting jenis iklan yg boleh dipaparkan ..maaf dan terima kasih segala ilmu doctor share kan disini..

      Dr Zubaidi: Terima kasih.

  44. Wa alami kaum mus salam, saya masih samar2 dan penerangan siri, tapi mungkin neurofibroma. Boleh jumpa doktor untuk pengesahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top