Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Berhati-hati dengan makanan sejuk-beku

Berhati-hati dengan makanan sejuk-beku

sejuk beku

 

Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit?

Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan.

 

Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa.

Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah.

Masihkah berzat dan berkualiti?

Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya, perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit.

Tetapi makanan boleh berubah warna dan menjejaskan kualitinya. Contohnya warna daging berubah coklat kerana kurang oxygen, manakala tulang dan daging ayam menjadi lebih gelap kerana pigment daripada tulang menyerap ke tisu-tisu sekitarnya.

Sebab itu, adalah lebih baik makanan disejuk beku dengan cepat. Jika disejuk beku dengan perlahan, kristal ais yang besar akan terbentuk, dan apabila anda menyahbekukan makanan, ia akan merosakkan sel-sel dan melarutkan emulsi. Daging contohnya, akan mengeluarkan banyak air dan hilang jusnya. Emulsi seperti mayonis atau krim akan kelihatan seperti pecah minyak dan kelihatan bergentel.

Semasa menyimpan makanan dalam ruang sejuk beku, elak meletakkannya di atas satu sama lain, sebaliknya biarkan selapis atas rak-rak berbeza. Setelah makanan sudah membeku, barulah disusun berlapis.

Bukan berniat untuk menghalang pembelian makanan sejuk beku, tetapi untuk kita lebih berhati-hati saja.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!