Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

scan 1

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina anak kami. Mohon penjelasan, doktor dan terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Sebenarnya sekadar untuk mengetahui jantina anak, tidak berdosa
kerana jantina anak puan telah ditetapkan dan telah pun terbentuk ketika bayi puan masih dalam rahem.

Zaman dulu ibubapa tidak mengetahui jantina anak, dan meminta pertolongan pawang yang menggunakan khidmat jin untuk mengetahui jantina bayi. Mereka ingin mengetahui kerana sangat menghendaki anak lelaki dan tidak mahu anak perempuan.

Oleh itu ia adalah berdosa kerana:

1. menggunakan khidmat jin

2. berniat untuk mendapatkan anak lelaki dan ingin membunuh anak perempuan.

Jika sekadar ingin mengetahui jantina anak bagi menambah kegembiraan di saat menanti kelahiran anak nanti, selain redha akan ketentuan sama ada anak yang dilahirkan itu anak lelaki atau perempuan, itu adalah tidak menjadi perkara yang dilarang.

Firman ALLAH :

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

“Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (as-Syura 49.50)

Allah memberikan peringatan tentang kekuasaan-Nya dan menjelaskan bahawa ALLAH lah yang menetapkan jantina dalam rahem. Bukan saja alat kelamin jantina tetapi segala yang berkait dengannya seperti perasaan, keinginan dan bentuk tubuh juga mengikut kehendak dan kekuasaan ALLAH.

Ramai doktor yang ikhlas juga percaya bahawa melakukan scan hanya untuk mengetahui jantina bayi tidak sepatutnya berlaku. Maknanya tidak perlu memeriksa sama ada anak yang di dalam rahem itu seorang lelaki atau perempuan.

Ini boleh mendatangkan stress, kegusaran dan dibimbangi tidak menerima ketentuan ALLAH apabila jantina yang diberitahu mungkin berbeza dengan jantina bayi yang dilahirkan, akibat kesilapan yang tidak disengajakan sama ada doktor tidak mahir atau mesin scan yang tidak begitu jelas.

Pemeriksaan ini hanya perlu dilakukan jika ibubapa bayi itu mempunyai sejarah keluarga yang mana ada di kalangan ahli keluarga yang terdekat mempunyai penyakit genetik yang berkait rapat dengan jantina.

Oleh itu lebih baik menunggu saja saat kelahiran dan bersyukur dengan apa saja jantina bayi yang dikurniakan. Apa yang penting ialah amanah yang perlu dilakukan setelah bayi itu dilahirkan.

Kualiti sperma dapat ditingkatkan dengan suplemen ProxeedPlus. Keterangan lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia
WA ALLAHU A’LAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!