Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

baby food

 

“Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka.

 

Ini boleh membawa kepada masalah sembelit.

 

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, di dalam Panduan mereka untuk “Pemakanan Anak Anda”, mencadangkan “pengambilan harian serat untuk seseorang kanak-kanak harus sama dengan umurnya dan ditambah dengan 5 gram ( sebagai contoh, bagi yang berusia 7 tahun, memerlukan 7 + 5 = 12 gram dalam sehari) sehingga maksimum 35 gram sehari. ”

 

Walau bagaimana pun pakar pemakanan yang berpendapat, jumlah itu tidak mencukupi.

 

Mereka berpendapat bahawa kanak-kanak perlu mengambil kira-kira 14g serat bagi setiap 1,000 kalori yang mereka makan.

 

Jadi untuk seorang kanak-kanak yang lebih besar yang  makan lebih banyak kalori, ia perlu mendapatkan lebih banyak serat dalam diet mereka.

 

Secara umum, sumber serat yang baik termasuk banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, dan bijirin.

 

Untuk mencari makanan yang mempunyai serat yang tinggi, puan boleh membaca label pemakanan pada pembalut makanan untuk melihat berapa banyak serat di dalamnya.

 

Secara amnya, jika puan membeli makanan yang sedia diproses di pasaraya, makanan yang mempunyai serat yang tinggi mempunyai sekurang-kurangnya 5g atau lebih dalam setiap hidangan, atau sekurang-kurangnya 2.5 g dalam setiap hidangan.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: