Advertorial

BENGKAKAN PAYUDARA KETIKA HAMIL

(mengandungi gambar yang agak menjolok mata)

 

“Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai masalah ketulan di sebelah kiri paydara saya.Untuk pengetahuan doctor saya menyusukan bayi saya sepenuhnya. Pada mulanya saya ingat bengkak susu tetapi seminggu kemudian masih ada ketulan tu. Saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi surat untuk dirujukkan ke doctor pakar. Saya telah pergi mendapat tarikh temujanji di hospital kerajaan pada 14hb Feb nanti nanti. Saya sangat risau dan tidak tahu apa harus saya lakukan. Saya mohon pendapat doctor. Jasa baik doctor amatlah dihargai. Terima kasih”

 

Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar puan diberikan ketabahan menghadapi ujian ALLAH dan dipermudahkan untuk mendapatkan rawatan.

 

Bagi wanita yang menyusukan anak, masalah yang biasa berlaku ialah disebabkan oleh saluran susu dalam payudara yang tersumbat sehinggakan susu berkumpul di dalam kelenjar susu. Akhirnya akan membengkak dan menyebabkan kesakitan.

 

Cara terbaik untuk rawatan ini ialah dengan menuamkan payudara yang bengkak itu dengan air suam. Gunakan pam untuk memerah susu dari payudara tersebut, insya ALLAH akan berjaya.

 

Jika kaedah ini tidak berjaya dibimbangi akan menyebabkan jangkitan kuman kerana susu yang terperangkap akan menjadi media yang sangat baik untuk pembiakan kuman. Keadaan ini dinamakan mastitis.

 

Jangkitan kuman akan menyebabkan payudara menjadi amat sakit, merah dan terasa hangat. Ia akan menyebabkan pengumpulan nanah dan keadaan ini menjadi parah. Walau bagaimana pun, mastitis dapat dirawat dengan antibiotik yang sesuai dan dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doctor.

 

SAatu lagi bengkakan ialah Fibroadenoma atau bengkakan yang tidak sakit pada wanita yang menyusukan bayi. Oleh kerana ia boleh berlaku pada wanita yang tidak menyusukan, jadi jika ia berlaku pada wanita yang menyusukan, ia hanyalah disebabkan factor kebetulan, kerana penyusuan tidak menjadi punca secara langsung menyebabkan bengkakan atau ketumbuhan fibroadenoma ini.

 

Fibroadenoma adalah bengakan yang tidak merbahaya. Jika saiznya kecil, ada kalanya ia akan hilang dengan sendiri. Jika saiznya besar dan mengganggu aktiviti seharian, pembedahan kecil harus dilakukan untuk  mengeluarkan ketulan itu.

 

Untuk menentukan sama ia adalah bengkakan susu atau bengkakan fibroadenoma, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound dahulu. Pemeriksaan ini lebih mudah dan tidak menyakitkan berbanding dengan prosedur Fine Needle Aspiation, FNAC iaitu mencucuk payudara dengan jarum yang panjang dan halus.

 

Jika puan mendapati pemeriksaan di hospital agak lambat, saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan ultrasound di hospital swasta, lebih kurang RM150.

 

Kemudian boleh emailkan keputusan ultrasound payudara itu kepada saya di drzubaidiahmad@gmail.com.

 

Semoga ALLAH permudahkan usaha puan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top